Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/07/2010

Are they doing OK while I'm chasing the rockstar?

Oh, it sounds like i'm the paparazzi here :-)

Seseorang datang kepada saya dan memberi kenyataan ini :

"Sudah-sudahlah mengejar eef-tee, awak tu dah kahwin dah ada anak. Jaga anak-anak kat rumah"

Saya agak terkesima jugaklah. Setahu saya, dia bukanlah mengenali saya dalam dan luar. Setahu saya, jika diminta mengeja nama penuh saya sekalipun, saya pasti dia tidak mampu menulisnya dengan betul. Lantas saya bertanya semula, masih dalam nada 'saya-menghormati-anda'

"Kak xxx saya tahu tapi bila-bila masa nak pergi tengok eef-tee, perancangan nak urus diaorang semuanya under control :-D Samalah kalau pergi outstation pun "

Tapi, jawabnya selepas itu ini jawabnya:

"Patutlah anak macam tu.."

Saya berhenti sekejap. Beberapa ketika saya membaca balik apa yang ditulisnya. 'Patutlah anak macam tu..' Selepas tu, saya offline. Saya tiba-tiba tak tahu apa saya nak fikir. Saya tulis ini di facebook. Saya tak tahu, dia yang menegur saya itu membaca atau tidak.

Keluarga adalah keutamaan saya. Saya menjaga dan menjalankan tanggungjawab saya kepada Encik Bubu, Megat & Puteri Jr. selayaknya saya buat. Saya uruskan makan minum mereka, saya uruskan makan pakai mereka, saya uruskan segala-galanya keperluan mereka. Pergi saya dengan izin Encik Bubu. Salahkah seorang ibu dan isteri meminati rockstar? Mungkin masyarakat melayu pekanya terlalu berlebih mengenai perkara remeh. 'Patutlah anak macam itu' adalah rahmat dan anugerah kepada saya. Mungkin cara saya membesarkan anak-anak tidak sama dengan apa yang Kak XXX praktikkan, mungkin cara saya menjadi ibu dan isteri juga berbeza dengan cara Kak XXX amalkan.

Jika tidak mengenali saya, jika tidak tahu sejauh mana kesungguhan saya, jika tidak tahu dimana teguh saya berdiri, jika tidak tahu apa yang saya lalui, jika tidak tahu siapa saya, adalah tidak adil untuk memberikan penilaian kepada saya. Tidak perlu tampil bertanya 'are them doing OK while I am away chasing the rockstar' kerana saya hanya akan melangkah keluar dari rumah apabila semuanya sempurna untuk mereka hidup. Tidak perlu berkata eeftee comes first kerana saya tahu Encik Bubu dan Megat + Puteri Jr. adalah hidup saya.

the only human living that I asked for a signature for my berry

Kak XXX, saya terluka dengan kata-katamu, tetapi saya terima kerana ini adalah sebuah kehidupan yang mana tidak semuanya indah. Terima kasih ye, kerana setiap kali luka yang terpalit dibadan saya, parutnya membuatkan saya makin hari makin kental menghadapi hari-hari mendatang dalam mendidik si kecil ini..

.. dan, saya tidak akan berhenti menyokong lelaki ini. Kerana saya tahu, muziknya memberi saya inspirasi dan bersemangat menempuh hari mendatang.

abaikan perempuan cantik disebelah kanan!

Terima kasih juga buat Raihanim Noran untuk ini.



Nota kaki: Terima kasih Encik Bubu, kerana percaya akan saya dan tahu mengerti apa itu minat saya pada muzik, dan bukan pada tuannya.


9 comments:

Min Min said...

Abaikan manusia bermulut longkang...
U know who are u akak...
Org tu sebenarnya jeles sebab dia tak boleh buat dan menikmati apa yang akak nikmati...
Org tu dengki la tu...
We all tetap sokong akak!!!!!

JMY said...

mula2 sy baca, saya tak tahu ft, now i know, abaikan je la kak xxx tu...

ieda said...

asalkan kita tahu apa yg kita buat & suami memberi restu..pada saya tak salah sekali sekala kita menghiburkan diri sendiri..memiliki hobi mengurangkan stress...so that kita sentiasa mampu memberi yg terbaik buat org2 yg kita sayangi.

so puteri...bubuh cerita FT banyak2 kat blog ni bg kak xxx tu berasap..hehehe..

Baby Tiger said...

alaahhh kak put.. entah2 orang tu jeles.. patutlah anak macam tu! hey, kalau tak sungguh2, lope tak kan boleh kasik respon macam skang. kalau kak put n abg is tak usaha, lope tak kan boleh duduk berdiri main ketawa cakap macam skang.

pedulikan orang tu!

awan said...

patutlah anak mcm tu??? dia ckp pkai otak ke pkai lutut?huhuhu..main petik ja.. smoga dia sedar akn kta2nya yg sgt berbunyi jahil. I hardly know u kak put, but following your blog has make u, phia and Idris as characters that matter in my little world. :)

Deelira @ Deeliraz said...

cam setan je XXX tu.x layak di panggil "kak"

JMY said...

ooo ganaz ayat deelira ni..hehehe

Light of Allah said...

Ish..bengangnya dan naik bulu roma (sebab geram..har har har) bila baca komen ORANG TU..

abaikan je Kak Sue..

kita tahu, Kak Sue tahu apa yang terbaik..

ish sibuk je ORANG TU...

Light of Allah said...

Dayah peminat MUSE dari UK.

Bila dayah dengar musik FT..sama level dengan MUSE...

Cool! best!