Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/06/2010

Superhero dan Semesta, petua ajaib saya ;-)

Seperti malam-malam yang sudah, Megat Jr. tak lekang dari 'menyumbangkan suara emasnya' untuk saya tatkala jam menghampiri angka 2 pagi. Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh Megat Jr. yang membuatkan makin hari, makin Mama sayang *keep it up* (sila baca dalam nada sayang sangat kat anak) Ada sahaja perkara yang tak kena padanya. Tergaru sana, tergaru sini. Sudah lali dengan keadaan itu, saya layankan aje.


Apabila dia menangis, saya dukung dan dodoikan. Sudah 2 malam berturut-turut saya mencuba kaedah baru mendiamkan anak diwaktu malam, dan hasilnya agak menjadi. Mungkin kaedah ini tidak menjadi untuk anak orang lain. Apabila Megat Jr. menangis, saya akan pasang lagu Superhero / Semesta on repeat. Saya sendiri tidak tahu, apa istimewanya lagu Superhero yang terang-terang rancak itu sehinggakan dia mampu tidur dengan lena dan pulas. Oh, anak saya peminat tegar Faizal Tahir :) Saya yakin, masih ramai yang tidak tahu, bagaimana bunyinya lullaby songs untuk Megat Jr. ini ;-) Nanti beli CDAdrenalin yer *promote big boss plak kat sini*

1 comment:

alyyani said...

wajib la FT berbaangga di sini :)