Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/06/2010

Segelas Pediasure untuk Lope Tersayang :-)

Adakah anda penggemar Pediasure?

Adakah anda seorang yang sanggup tak nak makan porridge yang Mama masakkan sebab nak minum 8oz Pediasure?


Adakah anda rasa Pediasure adalah minuman tersedap abad ini?




Jika semua jawapan anda adalah YA maka anda berpotensi besar untuk melakukan scene ini dirumah anda tatkala Mama sedang syok layan World Cup kat TV.

Me, caught in the act!

Oh, bukannya Mama tak kasi saya minum, tapi saya saje nak explore macam mana Mama buat Susu. Bezanya, sewaktu saya memanjat meja didapur pada malam kejadian, Mama tiada botol susu saya tiada ditempat kejadian. Oleh itu, saya gunakan sahaja gelas yang disediakan disitu. Saya tuangkan semua susu didalam container susu berkenaan. Kata Mama, susu dalam container tu boleh saya minum sebanyak 4 kali minum susu.

Pediasure, anyone?

Patutlah seronok minum susu, sebab saya sendiri pun seronok sewaktu menuangkan semua susu ke atas meja. Saya juga hairan kenapa susu-susu itu bersepah kat atas meja. Memandangkan tiada sudu, saya sekadar menggunakan jari jemari sahaja untuk membancuh susu ini. Mama pesan, semuanya kena buat dengan kasih dan sayang. Inilah yang saya praktikkan.

Saya yakin apabila susu dibancuh dengan tangan gebu saya ini, hasilnya akan lebih sedap dari susu yang pernah mama buatkan pada saya. Oh! saya juga bercadang nak kasi Lope minum susu ini. Tapi hajat saya tak kesampaian sebab, sekarang ni Mama sudah betul-betul berada didepan saya sambil memegang berrynya. Saya rasa Mama amik gambar saya kot..

Pediasure untuk Lope

Saya baru je tersenyum-senyum bila tengok susu yang saya bancuh dah ready dalam gelas putih tu, tapi seribu kali sayang, tangan saya tiba-tiba tertolak gelas dan hasilnya....

Okey Bibik, help! Tata. Sure Mama marah saya ni... help!

Catatan: Puteri Jr.

9 comments:

Baby Tiger said...

owh owh owh.. this is berry berry cute!

Deelira @ Deeliraz said...

this is bery2notti...mama..nak tgk world cup kena bawak phia sama ok :)

Diana Din said...

haha...sgt comel aksi phia ni... sure mama nk marah, tp dlm masa yg sama nk tergelak... hehe

Puteri Nuur At-Terawis said...

Anim: Bery bery cute la.. ini budak sangat suka berkemas rumah bagai.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Zue: Dia pun tengok world cup, bila goal dia akan bangun bertepuk melompat sambil cakap 'go'

Puteri Nuur At-Terawis said...

Dee: I melted!

ieda said...

seram jer tengok dia duduk kat atas meja tu...alhamdulillah tak terjatuh.

fabulous.farah said...

cute sangat kak put.huhu

eima said...

comey !!
good work ... berjaya panjat meja &tak jatuh !!