Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/06/2010

Sabtu saya yang suam-suam kuku..

Mengapa? Ini sebabnya...

Semalam saya sengaja tidur awal. Jam 10 malam sudah saya belayar ke dreamland. Megat Jr. dan Puteri Jr. saya tinggalkan dibawah pengawasan Encik Bubu dengan 100% jaminan kepercayaan. Alasannya, jam 2.30 pagi saya perlu bangkit untuk demam Piala Dunia saya :D Encik Bubu dengan penuh redha mengizinkan dia dimadu setiap 4 tahun sekali untuk saya. Namun, England tetap akan menjadi England. Walau FIFA meletakkan mereka di ranking #8 dunia dan Algeria #30, I'm feeling vice versa!

Cole : man of the match?
Oh my! I think Gerrard deserves better!

They should play in suits like Beckham. Maybe then they'll play with more 'style' - Faizal Tahir.
... and, I could never agree more!

Saya tidak tidur sehingga azan subuh berkumandang. Hati hampa, ok. Jam 11 pagi, Encik Bubu mengejutkan saya, menjemput sang isteri untuk makan. Waduh, terasa diri sungguh berharga. Musim-musim WC ni, si suami sungguh prihatin dengan sensitiviti isterinya. Mungkin sudah mengetahui akan 'seri' semalam, Encik Bubu tidak bertanya banyak. Sambil makan pagi (yang sepatutnya seperti brunch) saya membiarkan Puteri Jr. turut sama dalam aktiviti kami. Saya suka biarkan anak-anak saya menerokai sendiri dunia mereka walau itu akan mengakibatkan kecelaruan keadaan meja, kerusi, lantai, baju dan diri Puteri Jr. sendiri. Mahu lihat hasil kecelaruaan anak dara saya yang sedang breakfast bersama ayahanda dan bondanya?

Puteri Jr. saya sedang menggunakan segala muslihat tipu dan dayanya untuk mengaburi mata Abah dan Mama bahawa sebenarnya dia sedang makan roti dan bukannya Heinz Starawberry Jam :P Adakah anda yakin bahawa dia sedang makan roti?

Dan semakin gigih sedang menyakinkan Mamanya bahawa 'saya makan roti dan bukannya Strawberry Jam' sambil buat-buat tak tahu dan tak nampak Mama sedang sibuk snap gambar di meja makan sambil makan (Oh! Mama, not good! Masa makan, makanlah :P)

Tengok keadaan roti tu, masih sempurna bentuk dan sifatnya sedangkan mulut dan pipi dipenuhi jam. Ok, now I know Mama dah tahu trick yang dia dah buat. So, I asked her to smile for this one.

There you go. Ada sapa-sapa memerlukan model jual roti kanak-kanak? :P Sangat drama queen! Seterusnya, selesai aktiviti di meja makan, saya bersama-sama Encik Bubu melepak pula bersama Megat Jr. yang sejak semalam pantang mendengar perkataan 'marvellous' diucap. Tiap kali saya menyebut 'marvellous' ketawa nyaring akan kedengaran. Rupanya, dia kelucuan melihat aksi Upin dan Ipin dalam siri penyiasatan tu yang ada menyebut 'marvellous'. Oh, anak Mama. Apa-apa sahajalah.

Tersenyum bila abahnya sengaja menyebut 'marvellous' sambil sedaya upaya badan mengimbangi badan agar tidak terjatuh. Mendengar sahaja jerit gelaknya membuatkan dunia saya sungguh sempurna. Hilang segala duka lara dan masalah yang bersarang didalam hati ini.

dan, gambar ini melengkapkan definisi bahagia saya. Inilah sabtu saya yang suam-suam kuku.

3 comments:

Baby Tiger said...

suam suam kuku yang indah !!

alyyani said...

pengan england, terus down. husband tak minat wc ke put? oh phia, comel nye kamu dalam comot itu :)

Noina said...

tak boleh tahan betul tgk Phia jilat jem tuh..pastu sengih..geram jer tgk dia..

phia..ibu rindu kamulah..bila nak jumpe yek..