Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/06/2010

Perihal dia yang sangat istimewa

Sudah lama tidak membawa Megat Jr. mendapatkan rawatan Mak Raw di Gedangsa. Rasa bersalah itu datang menghimpit kerana terasa diri gagal menjalankan tanggungjawab untuknya. Sudah 2 bulan tidak menjejakkan kaki ke Gedangsa. Sudah tergambar akan teguran Mak Raw nanti kepada kami kerana 'meninggalkannya' begitu lama. Encik Bubu juga sedikit ralat apabila saya nyatakan hal ini, dan kami sememangnya mencari dan menanti masa yang sesuai untuk membawa Megat Jr. ke sana. Kata Zura cara rawatan Mak Raw kini juga berbeza. Jika dahulu kami perlu meredah kedamaian dinihari untuk tiba ke sana untuk Mak Raw memandikan Megat Jr. tapi kini Mak Raw telah merubahnya ke waktu malam.


"Kak Raw mandikan budak pukul 12 malam, pastu tidur kat sana dan selepas subuh, Kak Raw bungkus terus," lebih kurang begitu kata Zura. Bagi saya, keadaan itu agak membebankan. Saya tidak kisah memandu ke sana meredah malam pekat sebelum angka 12, tetapi untuk tidur disana dengan bilangan yang agak ramai ini, membuatkan saya agak terfikir. Saya tidak betah meninggalkan Puteri Jr. dirumah bersama Bibik dan membawa Megat Jr. sahaja ke sana. Saya inginlan penglibatan Puteri Jr. bersama-sama. Saya mahu dia melihat setiap usaha yang saya lakukan pada abangnya, agar suatu hari nanti dia memahami kenapa sedari kecil lagi dia melihat abangnya sering ke sana ke mari. Saya harapkan satu pemahaman.

Model baju melayu ;-D

Sudah seminggu saya pendam cerita ini, kerana saya masih menanti andai saya diberi kesempatan untuk merakamkan momen tatkala anak teruna saya bangun berdiri sendiri. Kalau dahulu, dalam entri ini saya bercerita Megat Jr. saya sudah boleh diletakkan dalam posisi berdiri sambil bersandar, saya sudah sujud syukur berterima kasih kepadaNya, kali ini, saya diberi peluang untuk melihat Megat Jr. dengan menggunakan kedua tangannya mencapai kerusi, perlahan-lahan kemuadian, berusaha sedaya upaya menolak punggung dan badannya seterusnya dia berdiri! Untuk beberapa ketika, saya terdiam. Saya membiarkan sahaja Bibik bertempik kesukaan, keceriaan meliha Megat Jr. berdiri, sambil mulutnya tak putus-putus menyebut 'eemmmMa, eemmmMa'. Sayang, saya masih belum berkesempatan untuk merakamkan aksi itu didalam kamera, mahupun video. Insya Allah sedikit masa lagi.


Megat Jr. kini juga lebih responsif. Siri Penyiasatan Upin dan Ipin kini menjadi kegemerannya selepas Barney dan Disney Playhouse. Jika tidak silap saya, terdapat satu scene didalam cerita Upin dan Ipin mengenai lelaki India yang berkata 'Mana itu budak kecik, marvellous! marvelleous' kerana tiap kali sebelum scene itu ditayangkan, Megat Jr. terlebih dahulu memasang senyum, dan apabila scene itu ditayangkan, tawanya bergema memenuhi satu rumah kecil kami. Oh, indah! Malah, dengan quote itu juga, tatkala disebut oleh abahnya mampu membuatkan dia ketawa berdekah-dekah. Sungguh lucu pada pendengaran telinganya. Saya sendiri tidak tahu mengapa dia kelucuan, tetapi itulah dia Megat Jr. saya.

Megat Jr. yang sememangnya menyukai muzik tetap meletakkan lagu-lagu FT sebagai pilihan utamanya. Masuk sahaja dalam kereta Mama, jika lagu FT tidak berkumandang, maka tangislah mengiringinya. Namun, saya juga memberinya satu pilihan muzik yang baru, sesuai dengan usianya - Nursery Rhyme! Lagu yang selalu membuatkan Megat Jr. ketawa berdekah-dekah. Hickory Dickory Dock. Banyak lagi lagu yang menjadi kegemarannya, tapi lagu ini satu memang membuatkan dia ketawa sehingga bergenang matanya!
Buat semua, inilah wajah terbaru Megat Jr. bersama Wan Tehnya. Sila abaikan wanita berbaju pink itu yer :-D Sila pandang kepada yang cute sahaja. LOL!

Look at me, I'm the cute one! - Megat Jr.

7 comments:

Min Min said...

Idris boleh!!!!
Yeay!!!

JMY said...

gembiranya bila ada perkembangan. berapa umur megat jr?

Baby Tiger said...

yeah go lope, go!!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Min/Anim,
Mesti Lope akan go go lagi.. lambat atau cepat je. Insya Allah, nanti Lope main kejar-kejar dengan u olls yer :-D

Min Min said...

MAin kejar2 dgn kami?
huhuu...tak saba nak tunggu saat tu...(mesti Phia interframe gak lari2 sama)

fabulous.farah said...

alhamdulillah. yeay. idris dah makin maju..congrats lope~ usaha lagi!!

~mama aiman~ said...

u are so strong sis!! saya kagum dengan ketabahan akak dalam usaha memulihkan Megat Jr. Saya yakin usaha akak yang berterusan ini akan membuahkan hasil, amin.. moga Allah permudahkan urusanmu..