Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/06/2010

Hari Abah yang lalu..

Encik Bubu saya bangun pagi! Pagi pukul 6 pagi tau.

Maka, kehairananlah sang isteri, tatkala yang masih mamai-mamai bangkit dari katil menuju ke tandas untuk berwuduk, sang suami datang mengucup dahi dan berkata 'Abang nak pergi dah..' maka dalam mamai, sang isteri bertanya 'Ke mana?' Oh, saya terlupa. Encik Bubu ada golf dengan kawan-kawan. Awalnya! Selalunya jarang saya lihat Encik Bubu bangkit pagi di hari Ahad. Selalunya dia akan melingkar di katil sehingga jam 10 pagi. Haish.. betul ke pegi golf? :-P *ish, encik setan ni suka cucuk saya tau fikir bukan-bukan*

Rupanya, inilah hasil bangun pagi di hari Ahad yang lepas.

Olololo.. comelnya Encik Bubu saya :-P
*sila muntah wahai pembaca*


Ada gaya? Nanti balik rumah paduka bonda saya, kita sama-sama cuci lalang kat tepi bilik kita yer :-D Seriously, saya tak tahu apa-apa pun pasal golf :-D Bila saya dengar dan tengok Encik Bubu bercakap itu dan ini dengan penuh minatnya, saya mengangguk untuk ambil hati. Hahahaha. Tapi, saya tumpang gembira bila dia suka dengan apa yang dia buat. Hidup mesti happy selalu, kan?

They are daddies and they are taken!
Guys, kat blog i u olls tak boleh nak jual minyak :-P

OK daddy, daddy cool, next gathering STARian nanti, selitkan acara golf yer. Cari lokasi yang boleh main golf. I think, next trip ke Awana Genting macam menarik. Sila usul yer, saya perlu untuk berjalan-jalan dengan Megat & Puteri Jr. plak.

Balik sahaja dari golfing, si anak dara Encik Bubu demand an attention. Nak belajar dengan si abahnya, nak kenal warna. Sebelum Encik Bubu ajar anak dia warna, saya yang test dulu mata Encik Bubu dengan warna, kot-kot dia kasi ajaran sesat kat Puteri Jr. nanti. Sah, Encik Bubu agak confuse bila warna green dan brown. I've told you so, hun!

Si Puteri Jr. yang manjanya sangat berlebihan dengan sang abahnya. Sebenarnya knob match ni adalah alat bantuan belajar untuk Megat Jr. yang mana digunakan untuk membantu Megat Jr. menggunakan kebolehan koordinasi mata dan tangan. Si adik, seperti biasa akan jadi tester untuk semua barangan si Lopenya.

Knob Match boleh didapati dalam beberapa variasi iaitu warna, angka, abjad dan beberapa elemen lain lagi. Boleh didapati di mana-mana Toys'R'Us dengan harga RM24.90 setiap satu. Faktor keselamatan sangat sesuai, tidak tajam dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Puteri Jr. is exceptional :-P

Abah sedang menunjuk ajar Puteri Jr. 'This one is black, put it here..' dan sang anak sampai muncung-muncung mulutnya mengikut tunjuk ajar. Sila abaikan tangan abahnya yang gebu gebas itu.

... and, orange, and...

yeay! clap your hands :-D

So, lepas ni, misi seterusnya adalah untuk belajar bersama-sama Megat Jr. plak. Nampaknya Puteri Jr. dah pandai dah, semalam masa saya sengaja nak uji memori dia, masa saya sebut yellow, dia pun sama sebut 'low'. There you go :-D

picture by Encik Mohd Farid Abu Bakar a.k.a Boden :-D

2 comments:

Baby Tiger said...

owh this tomato gettin cuter and cuter!!

nifalnin... said...

wahhhh... dah makin comel si put jr. nih... heheheh.. cerdik plak tu..

*put, sy dah lame nak cr bnda ni tp x ketemu.. thnks for the info ya...