Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/06/2010

Alanna Qish, si bidadari syurga yang menyentuh jiwaku...

Saya baru sahaja membaca entry terbaru Ayu Surat Dari Laura. Saya mencadangkan agar kalian yang masih belum membacanya agar berbuat sedemikian dahulu. Saya sendiri tidak mengenali siapa Laura, tetapi tiap bait yang ditulisnya sungguh menyentuh hati dan perasaan. Sungguh, tiap kata dan bait yang Ayu dan Syarul coretkan tidak pernah gagal menyentuh hati saya. Secara peribadi, saya berterima kasih kerana diberi peluang dan ruang mengenali pasangan ini, dan tidak ternilai kerana mengenali bidadari syurga ini.

Alanna Qish memang berjaya menyentuh hati saya, malah ribuan hati lagi. Alanna Qish mengajar saya erti sebuah kesyukuran, kekuatan dan kasih sayang yang tanpa sempadan.

Pens are mightier than swords. True indeed.

Syarul dan Ayu,
Memang pemergian Alanna Qish satu tamparan yang hebat buat kalian berdua, namun Allah lebih menyayanginya. Kini, adik sudah berada ditempat yang lebih baik dari sebelumnya, dibawah jagaan Maha Pencipta, menanti kalian tiba padanya suatu masa nanti. Sebagai seorang sahabat, saya tahu bukan mudah menerima sebuah kehilangan. Namun, kehilangan ini yang menguatkan kita untuk terus menghadapi hari mendatang. Pemergian Alanna Qish juga memberi inspirasi untuk Mama Put untuk terus menyayangi Megat Jr. seadanya dia, kerana jika suatu masa nanti dia dijemput pergi, saya tidak mahu saya kekesalan kerana tidak mencuba sepenuh mampunya saya.

Terima kasih Alanna Qish, pelawat dari syurga yang singgah ke hati Mama Put. Kehadiranmu mengajar Mama Put erti kekuatan. Seperti juga Amir Yusof, Alanna Qish akan sentiasa subur dihati Mama Put, akan menjadi kisah teladan yang Mama Put dakap kemas sebagai sebuah kisah inspirasi untuk Mama Put teruskan perjuangan ini bersama Lope Idris kelak. Insya Allah, tiada istilah putus asa dalam kamus hidup Mama Put demi Lope Idris dan tiada erti tidak mencuba selagi terdaya kudrat dan usaha, seperti juga Daddy dan Mummy Alanna lakukan untukmu.

Gambar terakhir beberapa jam sebelum Alanna Qish pergi.
Ayu, I'll email you soon.

5 comments:

MRS. K said...

sedih....

Mayyonnizz said...

owh...nanes lg ku di sini.. berapa kali nak nanes hari ni????? boleh nanes sekaligus tak??

owh..put..........:)

masha_alris said...

betul2 menyentuh hati...
Alanna Qish si bidadari syurga...

al-fatihah

alyyani said...

sedih...dia banyak membuka mata semua kaum ibu didunia ni termasuk la saya.. sangat sangat sedih.. :((

eima said...

bila baca diary alanna .. nk nangeh rasa nye ... sedey sgt ... dugaan terhebat ...