Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/05/2010

Suprise........!

Dari semalam dia berSMS denganku, saya tahu, hari ini hari ulang tahun kelahirannya. Tepat jam 12 malam, saya langsung tidak menelefonnya, tidak juga mengutus SMS mengucapkan selamat sempena hari lahirnya.

Jam 10.15 pagi ini, dia SMS saya ini...

'Call Cik, Cik ingat birthday kata 10.15 pagi. Tadi call Cik 10.10 pagi, Cik kata masa ni tengah tunggu Aboh kelik Sekolah Melor, Ayah Pa gi turut. Aboh kelik baru beranok.'

Ok, saya terjemahkan ke dalam bahasa surat yang difahami :

Call Cik, Cik ingat birthday. Tadi Call Cik, Cik kata masa ni sedang tunggu Aboh pulang, Ayah Pa yang panggilkan. Aboh balik, baru bersalin'

How cute!

Dan saya jawab SMS nya:

Happy Birthday Sister. Macam mana nak claim hadiah ni?

Dia sekadar menjawab ala-ala kadar sahaja. Saya lantas memberi satu kejutan yang menyenangkan untuk dia kali ini.

Dengan bantuan Jujue yang comels *sebab dia dah tolong* saya berjaya menghantarnya sendiri ke pejabatnya nun di Cyberjaya *abaikan aktiviti ponteng kerja yer*

Saya dan kakak saya di hari lahirnya. Saya tahu dia syahdu bila nampak saya dan Jujue di pintu biliknya. Selamat hari lahir Yong, teruskan menjadi kakak yang cool di muka bumi ini. Lepas ni, sumpah saya malu dah nak pergi pejabat dia, rasa macam gelemer haram bawa bunga gitu :p

Oh, thanks Sen for the 'rock-on' tu :) Yes, I was in Utusan itu bersama idola itu.

Selepas saya pulang, ini SMS dari Yong:

'Tq Geb (nama manja saya dengannya) Luv e bunga, luv e card, n luv u.. x sangka mari sungguh!'

Oh, saya gembira kerana saya menggembirakan orang-orang yang saya sayang di hari lahir mereka. Love you too, Yong!

p/s: Cor and Kak Yan, kalau anda berada dalam kawasan sekitar denganku, bersediakah menerima kejutan di hari lahirmu? :)

6 comments:

:: m.u.n.i.r.a :: said...

how sweet!bestnya kalau dapat kejutan di hari lahir sebegini!

Miss Layaleya said...

ku sgt terharu.. sob! sob!

MY HEART said...

kejutan untuk saya takde ker?? nama panggilan saya dirumah pun YONG gak..ahaks.

jUliANa^sAlLeh said...

haha..kak put ckp Jujue comey????waaaaaaaaaaa..hehehe..weeeeeeeee.. :) hiks..lalala~*

hiks..sgtttt segan..tapi ase hapy dpt suprisekan yong..hiks!!happy burtzdae!!lalalala~*

alyyani said...

sweet! mesti rapat sgt dgn kakak ni kan. aku pun sama. tp cmne nanti ek bday dia. adakah aku perlu ke mebuk kedah nun. ;) happy bday kak yong! sorry, belated! :)

Sen's Station said...

rock on beb ! my frenz foreva...Sue & Yong ;)

Love u both !!!