Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/05/2010

Selamat Hari Ibu

Entri ringkas, tak sempat nak buat panjang-panjang walau banyak yang bersarang dalam hati. Nak ucap Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu didunia ini.

Walau hati agak marah apabila membaca surat khabar hari ini, gadis berumur 15 tahun sudah menjadi ibu dengan hubungan terlarang, tetapi ada sedikit bangga kerana dia berjanji untuk membesarkan anaknya. Sekurang-kurangnya, anak tidak berdosa itu tidak dibakar didalam tong sampah, tidak dibuang didalam tandas atau tidak dibuang untuk dijadikan makanan anjing. Sekurang-kurangnya masih ada naluri keibuan didalam hati gadis itu.

Wanita dijadikan dengan penuh sifat kasih dan sayang, untuk membentuk hati anak-anaknya. Mengasihani suami, untuk mendamaikan jiwanya. Semulajadi sifat seorang ibu, melakukan yang terbaik untuk anaknya. Jika tiada sifat ini, tiada gunanya manusia itu digelar ibu. Buang sahaja rahim yang diciptakan dalam badanmu dan bertukar sahaja menjadi haiwan.

Bersyukur kerana dipertemukan dengan ibu-ibu ini. Mereka sanggup mengorbankan apa sahaja dalam perjuangan membesarkan anak-anak mereka. Bersyukur saya ditemukan dengan ibu-ibu yang dibekalkan dengan jiwa yang kental dan penuh dengan kasih sayang, kerana mereka banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus menjadi seorang ibu. Terima kasih keluargaku, adik-beradikku kerana saling menyokong, sering ada untuk satu sama lain. Hadirnya kalian, momen menjadi ibu semakin indah untuk dilakarkan dalam journal kehidupan saya.

Selamat hari ibu!

5 comments:

Ezzah said...

Slmt hari ibu kak put! :)

mamamarissa said...

selamat hari ibu my dear sis *hugs*

mrs_zura said...

hoho..sy adalah di antara ibu2 itu..sggh bangga!
selamat hari ibu kak put ye...all d best to you..

alyyani said...

happy mothers day to u too! idris & phia, kamu sangay beruntung punya mama macam ni. jadi anak yg soleh & solehah ye.

Noina said...

Selamat hari ibu put.. :)