Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/05/2010

Betapa cepatnya masa berlalu...



Saya rindukan anak-anak saya. Rasanya 24 jam sehari tidak pernah cukup untuk saya bersama-sama mereka. Saya rindukan setiap gelakan dan tangisan mereka. Memang, bila Megat Jr. (Idris) dan Puteri Jr. (Sophia) menangis, terbut juga rasa bosan, namun adatlah. Saya perlu mengakui tanpa tangisan mereka, hidup saya akan sunyi.


Saya melihat pada Megat Jr. sekali pandang saya nampak anak teruna saya seperti sudah berumur 5 tahun. Sayang sekali, tuan empunya badan masih belum mampu berdiri sendiri, masih belum mampu mengatur langkah sendiri. Saya lihat Megat Jr. yang sudah pandai duduk sendiri, namun kadang kala masih memerlukan bantuan untuk dibetulkan kedudukannya. Umurnya sudah mencecah angka 3 tahun. Semalam juga saya berbincang dengan Encik Bubu, dan kami sepakat untuk membawa anak teruna kami menjalani assesment di NASOM. Kami berdua juga bertekad untuk menghantarnya ke pusat latihan NASOM. Rasanya tidak adil untuk Megat Jr. saya berada sahaja di rumah. Dia perlu didedahkan dengan seberapa banyak pendedahan.

Namun, kuatkah saya melepaskan dia sendirian ke sekolah? Tanpa saya dan tanpa sesiapa sahaja wajah dikenalinya? Mampukah orang menjaganya sebagaimana saya menjaganya? Aduh, rawan lagi hati saya. Sungguh, kalau saya diberikan rezeki lebih, ingin sekali saya bercuti untuk beberapa tahun. Ingin sekali saya menjaga Megat Jr. dengan tangan saya sendiri, saya rela bersusah setiap hari menghantar, menunggu dan membawanya pulang dari sekolah ke rumah jika itu telah ditakdirkan oleh Allah untuk saya.

Sekarang saya sudah emo T_____T

p/s: Berdoa harap ada rezeki bergolek dari langit untuk saya dan anak-anak.

2 comments:

fabulous.farah said...

sabar kak put..rezeki ade kat mana2..kalau kak put buat keputusan nk berehat sekejap sebab nk jaga idris pon jangan risau. budak istimewa ni murah rezeki nya. insyaallah ok semuanya=)

MY HEART said...

Put,

u can do it dear.. akak pun sama seperti awak menghadapi dilema mempunyai anak yang istimewa ni tapi insyallah.. si anak akan tahu bahawa walaupun tidak sentiasa bersama 24 jam namun ibu mereka tetap menyayangi mereka sampai akhir hayat..

put, buat je assessment tu jangan jadi cam akak leka dan lalai then doc cakap too late...