Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/04/2010

Bezanya si abang dan si adik....

Idris dan Sophia sudah berjaya saya lenakan. Pada mulanya, saya juga ingin lena, tetapi hasrat saya ini terbantut tatkala melihat ruang tamu yang agak bersepah dengan permainan. Rumah saya kini tidak lagi seperti dulu, al-maklumlah saya kini sudah punya seorang interior designer yang hebat dirumah. Tak cukup ruang tamu, ruangan dapur juga dia hiaskan. Siapa lagi jika bukan Sophia. Kadang kala, Encik Bubu juga naik angin, kerana tangan dan kakinya yang pantas meniru dan beraksi. Memang rumah saya teruk bersepah, tetapi saya tidak marah. Malah, saya seronok menyaksikan perkembangan ini. Saya bersyukur kerana saya dikurniakan Sophia, dan saya tahu dimana dan bagaimana lagak anak yang Allah kurniakan dengan segalanya ada. Sophia dan Idris adalah berbeza. Membesarkan mereka juga lain gaya dan caranya. Rasanya mengenai Sophia tidak perlulah saya ketengahkan sangat bagaimana dia. Sophia sama juga seperti anak-anak lain seusianya.

Sophia sukakan kepada Upin dan Ipin.
Sophia sering memegang makanan di tangannya.
Sophia akan menari dan menyanyi apabila iklan Digi ke udara.
Sophia akan membebel rancak mengenai apa sahaja.
Sophia adalah kelemahan my FIL -'-

Sesekali saya tidak lari dari membandingkan kedua-dua mereka. Idris, walaupun begitu, bagi saya sungguh banyak dia berubah, berkembang setelah kelahiran Sophia. Terbaru, tiada lagi kata pelat beberapa perkataan seperti dalam entry Apabila Idris Bersuara. Bibik sudah betul sebutannya, begitu juga dengan pedia (Apa dia?) Malah, tatkala Idris menonton TV sekalipun apabila Sophia menghalang ceritanya, cepat sahaja dia memekin nama 'Obiya!' dalam nada penuh kemarahan. Bukankah itu tandanya Idris semakin baik?

Dahulu, Idris tidak mahu makan. Malah, makan bubur nasinya juga tidak mahu. Jenuh saya usahakan, akhirnya Idris menunjuk minat kepada makanan nestum didalam kotak/tin/segera. Sayang apabila anak saya tidak memakan hasil tangan ibunya, saya masakkan bubur nasi untuk Idris. Saya campurkan isi ayam, carrot, ubi kentang, sayur sawi dan sedikit beras. Apabila masak, saya kisarkan. Alhamdulillah, percubaan saya berjaya. Hari ini, nasi semakin berketul saya sediakan untuknya, malah tiada lagi dikisar. Pada awalnya, Idris juga menangis teresak-esak ingin menghabiskan sepinggan mangkuk bubur nasinya.

Benar kata pepatah orang tua, alah bisa tegal biasakan. Begitu juga yang terjadi apabila setiap kali disuakan berus gigi ke mulutnya. Seminggu pertama, asyik tangisan yang kedengaran. Tetapi kini, tidak lagi. Apabila saya memegang berus gigi sahaja, Idris sudah mengangakan mulutnya. Idris boleh diajar, cuma sedikit perlahan dari anak-anak lain. Bagi saya, itu sahaja sudah cukup memadai.

Berbeza dengan anak pandai ini, Rayyan Ariff juga lebih banyak makan berbanding Idris. Idris cuma memakan makanan yang diketahui kelazatannya dan yang sering dimakannya. Jika makanan yang tidak familiatr, Idris akan menangis dan menutup mulutnya rapat-rapat tidak ingin menjamah makanan tersebut. Malah, Idris lebih rela memilih berlapar dari makan. Sebab itulah saya sering membawa bahan makanan Idris. Walau untuk perjalanan jauh sekalipun, saya akan membawa bekalan makanan ini secukupnya.

Lihat wajah ini, ramai yang tidak percaya akan kelainan yang ada padanya. Saya menganggapnya sebagai doa semata-mata apabila orang mengatakan 'eh, Put tak ada apa-apalah pada Idris' :) Walau mereka berbeza, mereka adalah anak-anak yang saya kandungkan. Tiada istilah saya memilih kasih, mereka adalah nyawa saya dan saya tak mampu kehilangan salah seorang dari mereka.

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kehidupan anak-anak saya ini. Andai kesusahan yang ingin diberikan kepada mereka, Engkau berikanlah kepadaku hari ini agar hidup mereka tenang di hari muka. Amin.

6 comments:

fabulous.farah said...

amin=)

Zety Zin said...

amin.. :)

eima said...

insyaallah k.put ...

actually saya sedih arr .. bila baca post² k.put ...
saya tatau boleh ke saya lalui klu saya berada ditempat k.put .. k.put cukup tabah .... :)

alyyani said...

awak menguatkan saya untuk membesarkan anak2 saya dengan penuh kasih sayang. thnaks put! :)

Miss Layaleya said...

amin...
saya gembira mjadi sbahagian dr org yg mengikuti pkembangan idris & phia..

ct HajAR said...

amin....sabar itu org yg menang...=)