Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/04/2010

Apabila nafasnya pasang surut, hanya doa saya panjatkan...

Semalam, saya pulang lewat ke rumah. Alasannya, saya menunggu Ha di pejabat. Hajat hati ingin memperkenalkan mereka kedai makanan arab yang baru di Presint 15. Kalau ada yang ingin tahu, sila ziarah blog Fahi, klik sini yer. Dia dah buat entry pasal tu. *Fahi, i promote blog you tau, suh traffic you melompat naik* Saya tiba dirumah jam 9 malam. Sophia terlompat-lompat kegembiraan menyambut saya dimuka pintu. Tetapi Idris tiada di tempatnya. Rupanya, Idris sedang ditidurkan dibilik. Sedikit kesalan bersarang di hati, kerana tidak sempat bermain dan bergurau dengannya sebelum dia tidur.

Jam 10, Idris menangis, merengek. Saya ambil kesempatan mendukung dan mendodoinya. Kali ini saya lihat batuknya teruk, nafasnya turun naik. FIL meminta saya membawanya ke klinik., mengambil nebulizer. Saya akur, dan Encik Bubu membawanya. Untuk menenangkan Idris, saya memerlukan 4 orang untuk memegangnya sewaktu proses menyedut nebulizer. Mengenali anak saya, asmanya agak kronik. Jika sekali sedutan diambil, selalunya sekejap sahaja dia akan kelegaan. Naluri ibu saya benar. Malamnya, jam 3 pagi Idris sudah mula merengek. Nafasnya mula naik turun.

Saya sapukan sedikit vicks ke dada. Sekejap kemudian, dia nampak kelegaan. Namun tidak lama. Susu saya suakan ke mulutnya, dia menggeleng tidak mahu. Saya dodoikan, Idris tidak mahu tidur didalam posisi baring. Sudahnya, saya dan Idris tertidur di atas kerusi depan TV. Dia tidur beralaskan bahu saya *nasib bahu Mama dipenuhi daging-daging yang mantap, jadi selesalah sang anak* Namun, tidurnya juga tidak lama. Dia menangis lagi. Merengek lagi. Mula-mula saya bacakan surah-surah juzzu'amma padanya, tidak menjadi. Kemudian, saya nyanyikan lagu Malaysia Satu dan Sampai Syurga, cuma bertahan seketika. Idris memang betul tidak dapat ditenangkan.

Akhirnya, saya mengejutkan Encik Bubu. Kali ini membawa Idris ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Dari jam 5.30 pagi hingga jam 8.00 pagi, baru Doktor berani mengizinkan Idris pulang. 3 kali nebulizer diambil, baru Idris nampak aman bernafas. Waktu pasang surut nafasnya, sungguh saya membayangkan sesuatu buruk yang akan terjadi. Tak putus berdoa, tak putus memeluk Idris dalam dakapan. Saya takut kehilangan, dan saya memang tidak tahu bagaimana jika benar ia terjadi.

Maaf, gambar tidak jelas. Credit to Minmin. Gambar ini diambil tahun lalu di Klinik Kesihatan Putrajaya. Allah selamatkan kamu, Megat Idris Naquiyuddin.

Dan, hari ini saya masih dirumah. Jam 2 petang, saya bercadang melangkah ke pejabat., itupun jika keadaan Idris semakin OK. Terpaksa meninggalkan Idris seketika dalam jagaan bibik. Harapnya Sophia juga tidak menunjukkan perilaku cemburu nanti. Ya Allah, tolonglah permudahkan segala urusan. Dalam hati, ada juga merasa, adakah 'sakitnya' kali ini kerana ingin membawa 'sesuatu' perubahan ke dalam dirinya? Ya Allah, semoga dimakbulkan.

9 comments:

Ezzah said...

insyaAllah moga my Superhero ini sihat. :)

my pray alway with u.

mamaaerish : said...

amin...
moga2 cepat sembuhnyer...

Zety Zin said...

Idris anak yang kuat. Semoga Idris sihat. Amin.

Deelira @ Deeliraz said...

semoga idris sembuh k..

Madamme Anne said...

idris kuat.. Anne doakan semoga Idris cepat chat

eima said...

sy doakan idris cepat sembuh .. & jarang kena attack ...kesian bila tgk budak² kena asthma...

k.put cuba bw idris pegi specialist .. cam pusrawi or an nur Bangi ...
anak saya pun sama gak ade asthma so skrg nih kurang ckit attack sbb amik prevention utk asthma .... seretide + aerochamber

mamamarissa said...

Ya Allah, selamatkan si comel ini...amin

Miss Layaleya said...

Amin.. semoga Idris diberikan kesihatan yg baik..

TQ promote blog I nyah..heeheheh:)

Noina said...

Adui..siannya Idris..