Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/04/2010

2010 = 3 tahun sudah!

Memandang sahaja kepada tarikh hari ini, memberi satu senyuman di wajah saya. Syukur al-hamdulillah, hari ini sudah 3 tahun saya bergelar mama, dan sudah 3 tahun hidup saya disirami dengan tawa dan keceriaan dari anak kecil ini.

Sepanjang 3 tahun ini, banyak sungguh warna yang tercurah ke dalam kansas kehidupan saya. Pada mulanya, saya sangkakan duka yang akan melanda, namun saya sesekali silap. Idris dianugerahkan kepada saya dengan seribu satu nikmat dan rezeki yang selama ini saya tidak pernah kecapi. Sudah saya tinggalkan jauh-jauh segala kesedihan yang pada mulanya saya rasa begitu melemahkan jiwa ini. Selalu saya titipkan kepada diri sendiri, air mata hanya akan melemahkan saya dan saya tidak mahu sesekali lagi menangis untuk Idris melainkan air mata kegembiraan kerana ianya terlalu bernilai untuk dibazirkan.

3 tahun lalu, dihari ini saya berada didalam kegusaran, berdebar menanti kelahiran anak sulung saya. Kala itu, hanya Allah yang tahu saya tidak sabar menatap wajah ini. Kala itu, tak putus doa dan doa saya pohonkan, agar anak lelaki saya ini menjadi anak yang soleh, anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya.

Apabila anak ini dikhabarkan sebegini istimewa orangnya, berhari-hari saya bermandikan gerimis mengenang nasib dan untungnya. Berhari-hari saya cuba yakinkan bahawa anak saya sihat, anak saya juga seperti anak-anak lain. Saya terlalu cepat melatah dan akhirnya saya tersedar tiada ertinya saya berduka kerana saya tahu anak ini adalah anak kebanggaan saya, tak kira walau apa dan sebagaimana bentuk kejadian yang Allah berikan padanya.

Hari ini, genap 3 tahun saya bersamanya. Saya tahu dia istimewa, malah saya tahu tidak semua diberikan keistimewaan menjaga anak sepertinya. Cukup sahaja buktinya saya membesarkan Sophia, berbeza cara dan ceritanya. Mendidik dan membesarkan Idris memerlukan saya lebih sabar, lebih kreatif, lebih tekun dan lebih sensitif. Pendek kata, jika mendidik Sophia saya memerlukan 100% kesungguhan, mendidik Idris saya perlukan gandakan lagi usahanya.

Jika dengan Sophia, sekali saya memberi tunjuk ajar, pantas sahaja dia meniru perlakuan saya, tetapi jika dengan Idris, beratus kali juga masih belum mampu membuatkan dia bisa meniru. Pada awalnya, saya agak 'panas' hati, tetapi betullah kata orang-orang dahulu, alah bisa tegal biasa.

Untuk ulang tahun ketiga ini, tiada apa-apa yang istimewa Mama sediakan untuk Lope selain doa yang berpanjangan memohon kesejahteraan untukmu. Mama tidak membelikan hadiah, kerana Mama tahu anak Mama tidak akan bermain dengan mainan itu melainkan Sophia yang akan menggunakannya. Mama tidak membelikan kek dan meminta Lope meniup lilin, kerana Mama tahu Lope akan mengabaikan permintaan Mama ini. Mama sekadar membeli beberapa helai pakaian baru, dan menaik pulih ruangan bermain untuk Lope dan Phia. Itu sahaja untuk Idris.

Selamat hari lahir sayang. Mama doakan Idris jadi anak yang soleh, anak yang selalu menyejukkan hati Mama dan anak yang akan membawa Mama ke pintu firdaus. Mama, Abah dan Sophia akan sentiasa menyayangi Idris seadanya kamu. Mama juga yakin ramai yang menyayangimu. Lihat sahaja pada nama-nama ini...

Bagi pihak Idris, terima kasih korang!~


5 comments:

.ariffa. said...

happy birthday sekali lagi utk idris
semoga menjadi anak soleh kebanggaan mama dan encik bubu :)

one day hopefully dpt jumpa idris :)

Miss Layaleya said...

Syg Idris........muahh!!!!!!!

Phia cam budak 3 thn je... huhu^_*

jUliANa^sAlLeh said...

lope!!!

love u!!!cepat2!!kte lawan phia!!! :) lope da muke notty boy la..suda besar..gaye sorg abg...heheh :)

fabulous.farah said...

idris suka main jari gitu eh?adik farah pon kalau dok sorang2 memang die main jari gitu..kenape ek?

wssuhana said...

hepi birthday idris...semoga panjang umur dan dimurahkan rezki...