Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/02/2010

Selamat Hari Lahir, Encik Bubuku :)

Seperti tajuk di atas, hari ini, genap usia Encik Bubuku menjadi semakin berusia, dan lebih matang :) Enam tahun saya berkongsi segala macam rasa dan peristiwa bersamanya. Memandangkan hari ini adalah harinya, ingin sekali saya menyatakan sesuatu disini untuknya. Mungkin, bukan setiap hari saya menyatakan cinta, dan hari ini, saya ingin mencuri masanya selama 5 minit cuma untuk membaca entry ini. Sengaja saya menjawab tag ini, untuk Encik Bubuku.

Kali pertama bertemu, dimana dan bila
Pada Jun 2003, saya jumpa Encik Bubu di KUSTEM, Terengganu. Masa itu, saya bekerja di sana dan saya benar-benar tidak menyangka yang Encik Bubu akan datang mencari saya, kerana pada waktu itu, Encik Bubu berada di Perak, sedang menghabiskan cuti musim panasnya sebelum berangkat pulang semula ke UK.

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, gambar siapakah ini? Untuk pengetahuan semua, inilah Encik Bubu saya semasa kali pertama saya bertemunya. Hampir 97% orang mengatakan 'no way' but 'yes way' sebenarnya. Camera trick? Maybe.

Siapa dia sewaktu kali pertama bertemu?
Dia adalah seorang pelajar Sarjana Sejarah, SOAS, UK dan ketika itu, pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas. Seorang pemuzik, menyayangi piano dan gitar melebihi segalanya.


Berapa lama untuk dia mengajak anda keluar dating?
Gone with the days kena kenal lama-lama dulu baru keluar dating. Mind you, we only took for only 7 days.

Dia kacak?
Cukup sempurna untuk saya. Jika mendambakan baik elok rupa paras seseorang itu, saya yakin tidak kekal ke mana. Encik Bubu hadir dan melengkapkan saya, dalam segala segi.

One word: Comel!

Tempat pertama anda dating?
Di Kuala Terengganu, restoran di Batu Buruk sahaja :P Sebab itu saya suka Kuala Terengganu, ada sejarah cinta saya disana :)

Bagaimana dia melamar anda?
"Abang nak balik UK, abang harap ada ikatan antara kita. Be my wife, would you?" itulah dia. Simple, direct to the point dan buat saya 'wow!'

Tarikh-tarikh istimewa dengan suami anda?
01.07.2003 : Kami secara rasminya berpacaran :P
15.08.2003 : Secara rasminya kami bertunang.
05.02.2004 : Sahnya kami menjadi suami dan isteri.
12.04.2007 : Idris lahir ke dunia.
11.02.2009 : Sophia menjengah bumi.

Apa padanya yang membuatkan anda suka padanya.
Encik Bubu saya mempunyai daya tarikan yang tersendiri, terutamanya sewaktu bercerita. Tak susah untuk melihat saya bergelak ketawa dengannya. Kami juga banyak berkongsi persamaan dan wave-length. Tak susah bagi saya menerima Encik Bubu, mungkin kerana kami datangnya dari kasta yang sama.

Apakah perubahan padanya yang anda harapkan?
Encik Bubu saya datang dengan caranya tersendiri. Sebagai isteri, saya tak mampu untuk merubah apa-apa yang ada padanya, kerana dialah syurga saya. Satu pinta saya, jom kita sama-sama menjaga kesihatan diri, bukan sahaja untuk kita, tapi untuk Idris dan Sophia juga.

Anda akan hilang kawalan diri, jika dia...
Encik Bubu curang pada saya. Titik. Nokhtah.

Anda akan tersenyum sepanjang hari apabila dia...
Sentiasa berada disamping saya dan anak-anak.

Cinta anda padanya adalah...
I love you, for enfinity and beyond. Itu yang selalu saya sebut, SMS dan email padanya dan saya memang maksudkannya. Encik Bubu adalah imam hidup saya, syurga yang patut saya berada disampingnya selalu, ayah kepada anak-anak saya dan yang penting, dia adalah my other half. Hanya cangkul dan tanah sahaja yang memisahkan kita.

To: Mr. Bubu

Tak nak wish banyak-banyak, saya sayang awak sangat-sangat. Di hari penuh bermakna ini, Sue doakan Abang agar dilimpahkan dengan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang tidak putus-putus dan rasa kasih sayang selalu kepada Sue (hahahha~*) dan anak-anak.

From: Mrs. Bubu

14 comments:

fabulous.farah said...

happy beday en.bubu.huhuh

Min Min said...

Romantic Wish....:)

Deelira @ Deeliraz said...

wah syahdunya cerita cinta kak put..
selamat hari lahir utk encik bubu
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki bersama keluarga tercinta

IrinaSairah said...

selamat hari lahir jugak untuk en bubu...heheh...mesti terharu en bubu baca entry ni kak put...heeee

eMMe said...

slamat ari lahir abg...opss silap! Mr. Sue, hiks~ semoga bahagia selamanya....Amin....

Zety Zin said...

so sweet..! happy birthday to mr bubu.

Miss Layaleya said...

Hepy Besday to Abg Is.. May Allah Bless U & Family..

To Kak Put, I luv ur writing ^_*
Romantika d amor.. huhu..

Noina said...

wow..lain sungguh muka incik Bubu..hehe..nanti gathering leh la incik bubu main gitar yek..kita nyanyi2..hehe

Farid Hanif said...

MEGATKAH ITU?!!! Tapi rasanya Megat sekarang kelihatan lebih muda compare gambar first yang tengah bagi ceramah tu.

Anyways, best of luck to the both of you; in love, marriage, parenting, health, bla bla bla.

azmina ibrahim said...

kak su, gg antara pembaca setia blog kak su...gg ingin ucapkan syabas, suka sgt ngan gaya tulisan kak su...ringkas tp penuh bermakna..i LOVE it !!!..sungguh terkesan, just wanna wish u n famili, bahagia dunia akhirat..selamat hari lahir utk suami kak su !!

Light of Allah said...

kak sue, so sweet! Sangat ikhlas!

Dayah doakan kebahagian dan kesihatan yg baik kak sue, kandar n family selamanya. Amin!

::Mrs.Bubu:: said...

Thanks to all well-wishers :) Semoga hidup Encik Bubu lebih diberkati dengan doa-doa kalian.

::Mrs.Bubu:: said...

[Min Min]
Romantic, kah? :)

[Deelira@Deeliraz]
Inilah kisah cinta KakPut :D

[Irina Sairah]
Bila Encik Bubu baca, first word dari mulut dia 'Abang kuruskan?' hahahha~*

[Noina]
Oh semestinya boleh dia melalaks tapi range lagu pilihan Encik Bubuku adalah ala-ala M. Nasir gituw. Korang layan ke?

::Mrs.Bubu:: said...

[Miss Layaleya]
Menulis adalah bahasa hati, apa yang kurasa ini, diterjemahkan ke dalam bahasa.

[Farid Haniff]
Oh haruslah Encik Bubuku gumbira membaca komen kamu :P

[azmina ibrahim]
GG, thanks for reading :P nati kelik Bukit Marak, silalah mari kerumahku jugoks :D

[light of Allah]
dayah, Kak Sue terbau 'darah manis' ni. tak sabar nak attend your big day!