Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/02/2010

Ragut, sebuah kisah semalam

Semalam, saya bersama keluarga berkumpul beramai-ramai di bowling alley. Encik Bubu awal-awal lagi sudah keluar rumah, menghadiri AGM Megat di KGNS. Saya tidak ikut serta memandangkan di sana nanti akan bermesyuarat. Membawa Idris dan Sophia bukanlah perkara yang mudah untuk dijangkakan. Jam 12 tengahari, saya bergerak dari Putrajaya, menjemput KakLong dan Jue untuk turut serta. Nyah and the three megats memang sudah ke sana. Maka, lengkaplah senarai adik beradikku yang dijemput hadir :)

Tiba disana agak awal, namun The Summit sungguh tidak mesra pengguna terutamanya pengguna kecil seperti anak-anak saya. Agak kesal juga dengan pengunjung-pengunjung yang majoritinya adalah kaum saya sendiri yang sungguh tidak tahu bagaimana untuk beratur dan bertimbang rasa. Hampir setengah jam saya menunggu untuk menggunakan lif naik ke tingkat 3. Alasannya? Saya dan bibik bersama 2 stroller adalah sukar untuk masuk serentak. Jika anak-anak saya boleh berjalan, mahu saja saya gunakan esculator yang tersedia dan mereka, yang hanya membawa badan dan sebuah beg kecil adalah sungguh senang untuk melangkah masuk ke dalam lif tanpa melihat saya yang bersusah payah berdiri dan menunggu.

Bowling berjalan seperti yang dijangkakan. Bertemu sanak- saudara jauh dan dekat sungguh menggembirakan saya. Bowling sekadar alasan sahaja untuk meletakkan kami bersama, kami bertemu, bersoreh dan bermesra. Itu yang diharapkan sebagai satu keluarga yang besar begini. Alang datang diakhir permainan. Terpandang sahaja wajah Qaisah, saya seperti terlihatkan imbasan wajah Sophia padanya. Itulah namanya sepupu. Ibu dan ayah mereka berkongsi rahim yang sama, kan?

Apabila pulang, saya berasingan dengan Encik Bubu. Saya dan anak-anak pulang sendirian. Jenuh menghubungi Min Min bertanya arah, sudahnya saya pulang kerumah dengan jaya. Tiba di Cyberjaya, teringat akan kelazatan Chicken Kabsah with rice kat Saba', terlintas jua pada Yong, saya terus menghubunginya. Dalam hati, makan secara berjamaah adalah lebih lazat berbanding biasa.


"Yong di Balai Polis ni. Kena ragut. Talk to you later" tiba-tiba, saya jadi tergamam. Talian sudah diputuskan. Dari nada dan suara Yong, saya tahu dia bukanlah jenis yang main-main, lainlah saya, bila dihubungi akan berkata "Balai Polis Gombak, boleh saya bantu?" :P OK, OK back to the story. Saya seterusnya hubungi Abang Di, suami Yong. Dari situlah saya tahu ceritanya. Rupanya, Yong diragut waktu di Summit tadi. Waktu itu, Yong memegang dua beg. Satu beg tangan dan satu beg kain, kerana sebelum singgah di Bowling tadi Yong menghadiri kenduri di Shah Alam, dan kerana itu juga Kak Long dan Jue datang bersama saya.

Menurut Abang Di, mereka semua selamat. Waktu diragut, Abang Di tiada di tempat kejadian, dia masih didalam perjalanan dari Shah Alam. Kak Long dan Jue yang menjadi saksi kejadian. Pada tika itu, saya tak dapat bayangkan, bagaimana mereka. Melimpah ruah simpati saya sambil berbakul sumpah seranah saya lemparkan kepada si peragut. Dari Cyberjaya, saya terus ke rumah Yong di Seri Kembangan. Mungkin saya tidak dapat membantu apa yang telah terjadi, namun sokongan moral dan hadir saya sebagai seorang adik diharapkan dapat membantu.

Tiba di rumah Yong, dari pintu pagar lagi saya sudah di update oleh Kak Long. Agak detail juga penceritaannya. Yong terduduk di kerusi, kaki sakit adunya. Wajahnya mendung dan saya duduk disisinya. Saya berlagak biasa, walau dalam hati gerimis sarat ingin berlabuh. Saya rasa, tak perlu untuk saya membasahi rumah Yong dengan tangis saya, sebab saya tahu ianya akan melemahkan Yong. Saya juga tak tahu apa yang harus saya tuturkan, cukup sekadar bersedia menyediakan bahu untuk berkongsi masalah dan telinga yang sudi mendengar sebarang keluh kesahnya.

"Dalam sekelip mata saja bila Allah nak tarik. Duit ada dalam beg tu tak banyak, ada la dalam RM350 je. Tapi, yang penting pengenalan diri dan kad-kad bank/kredit la untuk kegunaan kita. Hari ni jugak, ada jewelleries dalam tu. Passport Yong pun ada dalam beg tu," saya maklum, Yong baru pulang dari kenduri, kerana itu barang kemas ada padanya. Kata Yong, jewelerries yang ada paling-paling rendah harganya RM9K+ . Waduh, kami bukanlah orang senang, menginginkan barang kemas yang sebegitu harganya bukanlah dalam sekelip mata sahaja kami perolehi. Saya sungguh simpati.

"Kalau dia nak ambil duit, jewelleries tu, ambillah. Mungkin Allah dah kata itu bukan rezeki Yong, tapi pulanglah semula kad-kad penting tu. Peliknya hidup tanpa pengenalan diri dan beg..," dalam nada sedih Yong masih ingin berjenaka. Itulah dia kakak saya dan saya tahu dia sangat kuat. Jika saya ditempatnya, masih belum pasti saya setenang itu. Saya biarkan sahaja dia berbicara, saya tidak ingin menambah. Saya tahu, kadangkala apabila ada seseorang yang mendengar segala keluh kesah kita, terasa sedikit lega. Namun, saya tak sempat berbual lama dengannya. Dia perlu ke balai polis USJ pula, menyelesaikan segala prosedur yang perlu. Encik Bubu dan my FIL juga singgah sebentar bertanya khabar.

Malam itu, pulang ke rumah saya berfikir. Besarnya kesan seseorang peragut telah lakukan kepada mangsanya. Saya masih terdengar Jue berkata, dia masih terkejut, malah semalam dia juga tidak lalu makan. Seumur hidup saya, FauzurRahman yang saya kenali bukanlah jenis yang menolak makanannya tambahan pula makanan kegemarannya dari McD. Tetapi, semalam dia yang masih terkejut nyata terkesan. Anak lelaki mana yang sanggup melihat sahaja ibunya diragut hatta dia berumur sembilan tahun cuma. "Jue kejar dia, jue baling batu tapi dia dengan motor," itu ceritanya pada saya.

Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan baik dan buruknya, mungkin baiknya masih belum kami nampak. Saya terus berharap agar Yong terus kuat, dan perkara seumpama ini tidak terjadi lagi. Saya juga berharap, agar saya lebih berhati-hati di masa hadapan.

Yong dan Encik Bubunya (bukan Bubuku) :P

5 comments:

Miss Layaleya said...

Smoga Yong tabah.. Setiap yg tjadi pasti ada sbbnya.. Moga rezki lepas ni makin bertambah.. Syukur Yong slmt & x mdpt kecederaan spt mangsa2 ragut sblm ni..

Deelira @ Deeliraz said...

mmg dasar *(^&*@%&*)@(* peragut tuh
kalau melibatkan nyawa bagaimana pula cerita? sy doakan semoga kak yong segera sembuh dan tabah.

Sutera Batik said...

Huhu...9k tu. Kalo aku tatau r camane.ilang suar levi's kat ampaian selai pun siap nangis.duit hasil titik peluh kita.Mmg x selamat ar peragut tu.Moga Yong tabah..

Min Min said...

nasib ek yong x pape...
peragut2 tu biar tuhanlak balas...

Zety Zin said...

Seriously, ragut adalah satu jenayah yang serius. Makin hari makin banyak kes-kes ragut macam ni. Huhu.

Syukurlah Yong tak apa-apa.