Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/02/2010

Idris saya dan dunianya

Isnin lalu, saya dan Encik Bubu sengaja membawa Idris dan Sophia ke Sunway Phyramid, memandangkan hari ini Encik Bubu terbang ke Sabah dan Sarawak, membawa mereka keluar adalah 'bekalan' untuk mereka sepanjang ketiadaan Abahnya. Pesan Encik Bubu kepada mereka "Abah pergi kerja, Abah pergi hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis malam, Abah balik" saya lihat dua-dua beradik itu seperti tekun mendengar, tetapi tidak tahulah pula apa fahaman yang mereka dapat. Saya juga lihat Encik Bubu mengira hari bersama mereka "Isnin 1, Selasa 2, Rabu 3, Khamis 4. 4 hari je Abah takde" sambungnya lagi.

Sang anak yang sedang mengira bersama Abahnya

Sudah lama saya tidak bercerita mengenai Idris dan perkembangan serta kebolehannya. Hari ini, saya sedaya upaya menyiapkan entry ini, setelah 2 hari berada didalam draft saya. Untuk entry kali ini, saya terpaksa membuat beberapa catatan :P (macam nak tulis essay nak masuk exam) terlebih dahulu.

Kebolehan Bersuara

Idris kini petah berbahasa sepanyol dan thailand kadang kala menyampuk perbualan saya dan Encik Bubu dengan menyebut "pedia Bah? pedia Ma?" dan apabila dia bertanya, kami tidak bosan melayan lagi kerenahnya. Kami mengandaikan dia berkata 'apa dia Abah?' dan sebentar kemudian dia "Aapeda (apada)" sambung Idris lagi. Kami menyambung tawa. Apada merupakan perkataan favourite Encik Bubu. Mungkin Idris meniru percakapan Abahnya. Waallahuaklam. Kami sekadar menganggarkan, namun itu sudah memadai untuk saya jika Idris boleh memahami apa yang ingin kami sampaikan kepadanya dan berkomunikasi semula dengan kami.

Kebolehan Mengenal Ahli Keluarga

Jika dahulu, saya sering mendengar Idris menyebut Mama dan Abah sewaktu sendirian. Namun, jauh disudut hati, saya tidak tahu sama ada, dia benar-benar mengenali saya adalah Mamanya. Untuk mencari kesahihan, saya lakukan beberapa kali eksperimen ke atasnya. Begitu juga dengan Encik Bubu. Apabila saya pulang kerja, saya secara diam-diam menyelinap masuk ke rumah. Saya tidak memberikan salam, dan secara diam-diam, saya intai Idris dari jauh. Dia sedang asyik sendirian. Lama saya disitu. Tiba-tiba, Idris menoleh. Matanya memandang saya, dan menyebut 'Mama!' Waktu itu, saya tahu, dia mengenali saya. Saya pasti. Saya positif.

Saya juga meminta Encik Bubu melakukan benda yang sama. Bimbang andai perkataan 'Mama' adalah sebutannya sahaja. Namun, Idris menyebut 'Abah' dan apabila Bibiknya melintas dihadapannya juga akan diseru 'Bik'. Al-hamdulillah. Pernah sekali sewaktu saya membiarkan Idris dan adiknya berdua-duaan di tempat pembaringannya, saya terdengar sang adik tergelak kelucuan. Saya perhatikan butir bicaranya, rupanya si abang menyebut 'Obiya, obiya, obiya' sambil memandang Sophia. Mungkin si adik ketawa kelucuan kerana sebutan abangnya begitu sepanyol pada pendengarannya. Tok dipanggilnya 'To-tok', Cik disebutnya 'Jhek' dan Zuladz diserunya 'Adz'.

'She is my Obiya' said Lope.

Merajuk, cemburu dan minta dipujuk

Semenjak Sophia lahir, saya perhatikan perkembangan emosi Idris berkembang dengan baik. Kalau dahulu, saya lihat Idris seperti tidak berperasaan, kerana dia mengalami kesukaran dalam melahirkan eksperesinya. Kini, semenjak Sophia lahir, terbit rasa cemburu didalam hatinya, dia juga tahu bagaimana untuk menunjukkannya kepada saya, atau Abahnya juga. Jika Sophia minta didukung, Idris akan menangis juga sambil memandang saya dan Sophia. Tangisnya akan diam dan senyuman manis menghiasi wajahnya hanya apabila saya juga mendukungnya.

Lope dan Obiya

Menjadi kepantangan untuk Idris, jika saya pulang ke rumah dari pejabat, atau kemana-mana sahaja, saya menyapa Sophia terlebih dahulu. Mulalah Idris akan terpekik dan merajuk. Peraturan ini juga terpakai untuk Encik Bubu dan my FIL. Mereka juga arif dengan keadaan ini dan sering menegur Idris terlebih dahulu sebelum menyapa Sophia. Juga, apabila mana-mana adik beradik saya dan keluarga mereka datang ke rumah, jika menyapa Sophia terlebih dahulu, maka rajuknya makin panjanglah. Menangis dan meraung, adalah tanda minta dipujuk. Jika dengan saya, apabila saya meletakkan tangan saya ke ketiaknya sahaja dia sudah mengukir senyum. Surutlah rajuknya.

Anti Sosial

Semasa di Sunway Phyramid tempoh hari, sungguh banyak kerenah Idris. Saya tahu, sebagai kanak-kanak autistik, Idris tidak gemar berada di dalam kelompok asing. Begitu juga sewaktu saya membawanya ke The Summit sehari sebelum ini. Apabila terpandang sahaja wajah-wajah yang tidak dikenalinya, Idris mula merengek. Tidak mahu duduk didalam strollernya, tidak mahu didukung oleh Abah, tidak mahu didukung oleh Bibik atau Tok, yang dia mahu cuma Mama.

Sikap anti-sosial Idris mula ketara sejak akhir-akhir ini. Saya perhatikan, dia mula selesa apabila dia dikelilingi oleh wajah-wajah familiar seperti Ayah Nyoh, Cor Cor, Chik Chik, Kak Long, Abang Jue dan Abang Aqeel. Bila Wanyong datang, juga meraih senyuman manis Idris. Idris juga terdiam dalam pangkuan Ayah Nyoh tatkala Ayah Ngoh memainkan lagu Sampai Syurga , lagu kegemarannya dan akhirnya terkulai layu juga apabila Wanyong mendodoikannya.

Kehadiran Qaisah juga tidak mampu menenangkan Idris

Suka Makan

Al-hamdulillah, kini Idris tidak lagi mengharapkan susu semata-mata. Dia gemar makan, terutamanya bubur nasi yang saya masak. Masakan di atas, saya masak setiap hari sebelum ke pejabat.

Bahan-bahannya
Beras
Isi ayam
Sayur sawi
Carrot
Ubi kentang

Tambahan
Kacang hijau/kacang merah
Dimakan bersama
Tempe goreng (ditumbuk)

Tetapi, saya khuatir andai dia akan muak dengan makanan yang sama setiap hari. Idris dan Sophia makan 3 kali sehari. Pada jam 10 pagi, jam 2 petang dan jam 6 petang. Malamnya, saya berikan Idris makan Calci-Yum, ataupun makanan ringan. Kadang kala, saya berikannya aiskrim. Bila makan ice cream, Idris sangat memilih. Kalau saya belikan Walls, Idris tidak akan makan. Kalau makan sekalipun, sekadar nak ambil hati saya. Tapi, kalau Baskin Robin, Haagen Dasz, sampai licin dikerjakan. Siapa kata Idris takde taste? :)

Gemar kepada muzik

Sebut sahaja Faizal Tahir (FT), semua ahli keluarga terdekat saya tahu nama ini sinonim dengan Idris. Saya sendiri pun telah mencuba beberapa kali, memperdengarkan lagu-lagu lain kepada Idris, namun ada sahaja riak muka yang tidak manis dilihat. Apabila saya perdengarkan sahaja lagu FT, mukanya berseri-seri disulami dengan senyuman. Jika sedang menangis, tangisnya akan terhenti. Tangannya akan diangkat, ditenung dalam-dalam. Dia tampak sedikit 'lara' dan asyil dibuai nyanyian FT. Lagu favouritenya Sampai Syurga dan Coba, dan kini dia gemar pula kepada Malaysia Satu dan Bencinta. Kadang kala, saya sendiri hairan mengapa dia begitu cenderung kepada FT sahaja. Dua tiga hari lalu, saya perdengarkan kepadanya lagu Hanyut, dari sedang menangis juga dia mampu berhenti. Tampak dia juga hanyut, sedang mengenali suara FT dalam lagu yang pertama kali didengarinya.

'He is my remedy' said Idris.

Selain FT, Idris cenderung kepada alunan piano. Encik Bubu sendiri telah memainkan sendiri lagu istimewa untuk anak lelakinya. Sebuah lagu dicipta khas untuk dia, namun iringan piano dalam lagu Sampai Syurga juga yang menjadi kegemarannya. Tatkala Encik Bubu mendendangkan lagu Sampai Syurga padanya, dia diam, kusyuk dan tekun mendengar. Penuh minat. Mungkinkah keistimewaan Idris juga dalam muzik? Waallahuaklam, the time will tell. Insya Allah, jika muzik adalah kecenderungan Idris, saya akan memberikan dia pelajaran, sokongan dan bimbingan selagi termampu.

Itulah Idris saya. Dia istimewa bagi saya dalam caranya yang tersendiri. Dalam segala bentuk dan cara. Dia adalah jantungku, dia adalah darahku, dia adalah hidupku, lengkapi diriku. Itu bait-bait lagu Sempurna, dendangan Gita Gutawa, dan lirik ini cukup dan sempurna dalam menggambarkan Megat Idris Naquiyuddin kepada saya.





10 comments:

Min Min said...

oh si hensem boy..~*

Jiey^Mien said...

Alhamdulillah..
Rezeki Idris..
Bia lambat janji dapat..
Sayang Idris smpi mati!!
=)

ieda said...

salam p-nuur...
cuba baca posting on 1/2/2010 kt blog ni..u might be interested..
lifebeginsat-40.blogspot.com

fabulous.farah said...

idris macam sangat cepat belajar leni kan..ade banyak kemajuan. go idris go~

~Puteri-Nuur~ said...

[minmin]
menurun Mamanye la tuh. Hahahah~*

~Puteri-Nuur~ said...

[jiey mien]
Alhamdulillah. Itu rezeki Idris. Insya Allah, moga Idris bertambah baik. Sayang Ian juga.

~Puteri-Nuur~ said...

[ieda]
terima kasih di atas link berkenaan. Saya dah tengok blog Luqman. Terasa macam nak pergi juga, tapi tengok schedule dulu macam mana. thanks for your concern.

~Puteri-Nuur~ said...

[fabulous.farah]
alhamdulillah. semalam, satu male ambo dok baco belog demo. huhuhhu~* itulah alhasilnya bila Encik Bubu outstation :P

Watie Aziz said...

put, idris makin ensem lah yang ..besar dah phia kan? lama tak nampak tau tau dah besau jer ...:)

best kan dengar anak sebut nama kita? anak aku sungguh kedekut nak sebut "Mummy" hang tau ...lain semua dia senang sebut tapi Mummy & daddy ...so kedekut ..hahaha

nifalnin... said...

alololo... si hensem idris pun suke kat FT yer.. nanti untie suh naufal nyanyikan kat awak ehhh... hurmmm.. pastu, idris n naufal leh nyanyi togather2... suke sgt dgr citer si hensem nih.. makin besar makin cerdik dia ni lah...