Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/02/2010

Idris dan Sophia, mereka permata hati saya!


(Btol la Jiey buat entry tajuk panjang-panjang ni best!) hahahha~*

Petang jumaat lalu, saya kebimbangan dengan Idris. Asmanya datang menyerang. Teruk. Nafasnya pendek-pendek diselang seli dengan tangisan. Jam 6.30 petang, saya ambil keputusan untuk membawa Idris ke Klinik Kesihatan Putrajaya yang buka sehingga jam 9 malam. Saya tidak yakin untuk membawa Idris ke klinik swasta, andai rawatan yang diberi tidak memuaskan hati saya. Sewaktu saya dimuka pintu, Minmin tiba dan saya mengajaknya sama ke klinik. Sophia ditinggalkan bersama bibik di rumah. Bimbang andai hadirnya juga mengundang payah ketika saya disanan nanti.

Membawa Minmin ke klinik adalah satu keputusan yang tepat. Adalah juga orang yang membantu saya menyorong stroller dan mengipaskan Idris. Proses untuk bertemu doktor agak cepat, memandangkan Idris berada didalam priority lane. Ada juga yang tidak berpuas hati, kenapa Idris diberi keutamaan dalam mendapat rawatan, jawabnya hanya kerana Idris mempunyai kad kuning yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terasa seronok juga :) Malamnya, Idris menghadapi kesukaran untuk tidur dan saya terpaksa berjaga malam menemani Idris. Esonya pula, saya dan Encik Bubu membatalkan penyertaan untuk hadir ke Generating Language Workshop di Bangsar Village. Keadaan asma Idris masih dalam keadaan yang tidak memuaskan. Terasa rugi membiarkan tidak hadir ke bengkel itu, namun keutamaan saya adalah pada Idris. Mungkin lain kali.

Sewaktu anak ini sedang dilanda asma yang teruk, terbayang di tubir mata saya sekiranya dia dijemput pulang. Ngeri dan kerana itu saya bersengkang mata. Saya tak mahu Idris dilanda kesusahan bernafas, kalau boleh mahu sahaja saya bertukar tempat. Memandangnya yang tercungap-cungap dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan kesusahan untuk bernafas seperti meruntun jiwa saya. Aduh, hanya tuhan yang tahu, perasaan dalam hati ini.

Berdiri di atas lutut, satu pencapaian terbaru Idris

Hari ini, dia tampak semakin baik. Ubat asmanya saya beri mengikut sukatan yang diarahkan. Namun, nafasnya masih wheezing tatkala diwaktu malam dan selepas mandi. Namun, tawa dan senyuman manis telah mula menghiasi wajahnya. Semalam, saya bermalam di rumah Kak Yan di Gombak. Pada mulanya, Idris agak merengek. Dia memerlukan hampir 2 jam untuk menyesuaikan diri dengan Abang Irfan dan Abang Irwan yang sungguh gembira menerima kunjungan Idris dan Sophia. Ayam tandoori dan pizza hasil air tangan Abang Awish dan Kak Yang sungguh lazat!

Hasil air tangan Abang Awish dan Kak Yan yang sungguh nyum, nyum.

Dan, gambar-gambar ini menghiasi hari minggu saya.

Aksi adik dan abang yang sungguh mengubat hati saya, tawa dan tangis mereka merupakan warna hidup saya. Terima kasih Idris dan Sophia kerana hadir dalam hidup Mama dan memberikan sejuta warna dan irama lagu untuk Mama nikmatinya.

8 comments:

ieda said...

salam p nuur..
anak2 asma mmg menakutkan.nabila pun pernah kena thn lepas.
sekadar berkongsi pilihan utk kebaikan anak2...saya gunakan pendant utk anak2 saya.walaupun nabila tak pakai sb takut pecah (dia suka ketuk2 benda tu kat lantai)saya pastikan pendant sentiasa ada bawah bantalnya masa tidur.alhamdulillah thn ni dia sekadar selsema.tak melarat ke batuk @ lelah.

alyyani said...

put, tak cukup panjang tajuk entry mu itu. :)

nothing to say. idris kuat, mama idris lagi kuat. moga Allah permudah kan segala urusan korang. amin..

yaAllah ayam dgn pizza tuh, meleleh air liur nih..

Zety Zin said...

tembam betul sophis ni. geram tengok! meh sini nak cubit2 pipi tuh! hehe.

idris pula cheeky betul dalam gambar ni. sungguh comel!!

syukur idris tak apa-apa. take care ya.

::Mrs.Bubu:: said...

[ieda]
sebarang pendant ke? kalau boleh nak try juga untuk idris. thanks for sharing.

::Mrs.Bubu:: said...

[allyani]
tak cukup panjang eks? nanti, aku kan gigih buat tajuk lebih panjang (ala-ala nak challenge jiey la)

alamak! terliur eks kat ayam tu? aduh, susah ni. mama preggy! :P

::Mrs.Bubu:: said...

[zety zin]
gambar-gambar inilah yang memanjangkan nyawa saya kak :D nanti one day, kalau kita ketemu, saya rela akak nak cubit2 phia :D

ieda said...

p nuur...quantum pendant..
ada banyak kompeni tp saya guna from fusion excel...original & long lasting..visit site saya.

ekinckin said...

Hai Kak Put...harap Kak Put masih ingat saya....comel sungguh Idris & Phia....harap Kak Put sihat2 selalu :)