Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/02/2010

6 tahun lalu...

5 Februari 2004

Seperti hari-hari sebelumnya, saya bangkit dari lena seperti biasa. Waktu itu, saya di rumah Aboh dan Cik saya. Bersarapan bersama mereka, dan rumah saya dipenuhi dengan saudara mara yang datang bertandang. Saya gembira, saya diraikan sebegitu. Riuh sekali saya disakat, kerana hari inilah saya akan bertukar status dari anak dara kepada isteri orang. Ada debar dalam hati saya. Bagaimana rasanya menjadi 'isteri orang' nanti. Waktu itu, arwah Aboh saya masih ada. Sempat saya berbual dengannya, dan dia seperti biasa akan menyakat saya. Saya anak manjanya, 'the tiny Sue' gelarnya.

"Hari ini, hari terakhir Aboh pikul tanggungjawab Aboh selama ni. Lepas ni, dengar kata Iskandar. Dialah suami, dialah segalanya untuk awak," sewaktu Aboh berkata begitu, saya tergelak cuma. Malu. "Taati suami, terima baik dan buruknya. Selepas kahwin, baru nampak the true colour. Jangan ingkari suami, hormati keputusan dia walau apa sekalipun dia kata, sembah Allah, barulah sempurna hidup isteri," itu pesan Aboh kepada saya.

Malamnya, secara rasmi, berwalikan Aboh dan disaksikan oleh Ayah Ngah sebagai saksi, saya bertukar status. Kata Aboh, sempurnalah sudah hidupnya. Andai waktu ini dia dijemput pulang sekalipun, dia sudah dapat menutup mata dengan aman. Semua anak perempuannya telah diserahkan kepada suami, semua anak-anaknya sudah boleh hidup sendiri. Itulah doa Aboh setiap kali selepas solatnya. Sungguh, saya terharu.

Pejam celik, pejam celik, sudah enam tahun saya melayari bahtera rumah tangga. Pahit manis telah saya harungi, dan alhamdulillah saya masih setia bersama Encik Bubu. Menjadi adat, tidak sah hubungan rumahtangga itu andaikata tidak disirami persengketaan. Sedangkan lidah lagi tergigit, namun itulah yang menjadi pemanis rumah tangga kami. Enam tahun tinggal sebumbung, tidur sebantal dan menjadi mama dan abah kepada Idris dan Sophia banyak mengajar kami erti dewasa dan kehidupan yang sebenar.

Menjadi seorang isteri, menjadi seorang ibu dan menjadi seorang anak pada masa yang sama adalah sesuatu yang indah untuk dikenangkan di hari tua nanti. Kebahagiaan yang saya ada pada hari ini adalah hasil keikhlasan Encik Bubu. Apabila saya terduduk, dia bangunkan. Apabila tersalah, dia betulkan. Terima kasih Encik Bubu, kerana masih setia, masih tahan dan bersabar dengan kerenah saya dan terima kasih kerana menerima saya, Idris dan Sophia seadanya kami.

Saya dan Encik Bubu, 6 tahun lalu :P

5 Februari 2006

Buat hall of fame kat rumah. Almaklumlah, masa tu saya masih berdua-duaan dengan Encik Bubu sahaja.

Dan, hari ini...

5 Februari 2010

To:
Mr. Bubu,


Thank you for loving me, and lets grow old together. Happy 6th wedding anniversary, and counting for more to come. Insya Allah, till death, do us apart. Abang, I love you!

Hugs,
Mrs. Bubu

p/s: dalam mood romantik :P

9 comments:

Zety Zin said...

Happy Anniversary! Semoga bahagia sampai syurga...

putrimanjer said...

phheewwiittt...selamat ulangtahun perkahwinan, kak put n asben..moga kekal bahagia hingga akhir hayat, yaa...

Min Min said...

hehehe...Happy anniversary!!!!!
dialog 6tahun dulu masa akak kawin kitarang masih ingat lagi...
hik hik hik...

mrs_zura said...

hepi anniversary kak put...lama jgk k.put kosong sblm idris lahir ek??smg bahgia ke akhir hayat n dimurahkan rezeki..all d best ye...

Jiey^Mien said...

hepi anniverseri my dearest pren!!
muahsss!!

shahida® said...

Happy Anniversary! put and iskandar

Sutera Batik said...

Happy Anniversary Put, ur anniversary same ngan ank besday ank buah aku.. Huhu

alyyani said...

happy 6th anniversary put! wow, 6 tahn dah? best nye!

Baby Tiger said...

..dan saya dengan bangganya menjadi orang di sebelah kak put di saat ijabkabul. :)

ps

blog dunia aneh dah nak pencen. sila usyar : http://misyaidris.blogspot.com/