Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/01/2010

Menemu satu titik persamaan

Sudah banyak blog saya singgah, membaca beberapa entry mengenai gathering Supermummies & Superdaddies pada 2 Januari lalu di Putrajaya. Sebahagiannya di rumah saya. Oleh itu, saya rasa tidak perlu saya tampal beberapa gambar disini (sebenarnya saya kekurangan masa) untuk mencari dan menampal. Namun, perjumpaan yang lalu sungguh terkesan di hati saya hingga ke hari ini.

Supermummies

Incredible Parents

Kalau selalunya, setiap kali bertemu teman-teman atau saudara mara, hatta adik beradik sekalipun, saya tak dapat menipu dalam hati ini, kadang kala terdetik apabila melihat anak-anak orang lain yang begitu aktif bermain. Namun, rasa itu seakan menghilang tatkala saya memandang wajah mulus Rayyan, Nabilah, Sarra, Irfan, Aiman dan Habib. Rasa itu bagai dijentik pergi, saya selesa dengan penerimaan mereka terhadap Idris, dan juga sebaliknya. Saya tidak ingin mendengar ucap 'sayang tengok orang hensem tapi...' atau 'Sabarlah...'


Bukan saya tidak kuat untuk menghadapinya, kadang kala saya ingin mereka memandang Idris tanpa sebarang prejudis. Bukan saya terlalu sombong untuk menerima kata-kata prihatin kalian, tetapi di dalam banyak keadaan, selalunya ia melemahkan saya. Bukan saya melindungi Idris dari dunia luar, tetapi saya ingin mereka melihat Idris seperti anak-anak lain, tanpa pandangan yang 'mencari' dimana keistimewaan pada Idris atau dalam keadaan yang takut-takut untuk mendekati Idris. Idris adalah sama seperti anak-anak lain.


Dalam satu situasi, saya pernah menerima penolakan apabila mendengar Idris menangis. Saya lihat Idris dibiarkan sendirian, mereka sekadar memerhati Idris menangis. Saya kehairanan, apabila saya menghampiri, kata mereka 'Pujuklah Idris, tak berani nak pujuk.. takut silap caranya' aduh. Idris sama dengan anak-anak kecil yang lain, bila tangisnya mendayu, dia ingin didukung, dipeluk dan dipujuk. Kadang kala saya berkecil hati, namun tidak pernah saya suarakan kepada mereka. Cuma di ::my.little.secret:: sahaja saya hamburkan segala isi hati. Saya faham, mereka bersimpati, namun tidak merasai bagaimana rasanya kerana tidak berada didalam posisi itu.

Jika mata memandang ke wajah ini, saya yakin, tiada mata pun memandang dengan pandangan yang 'hairan'....

Sophia

.... dan, saya yakin, wajah-wajah ini juga mengharapkan layanan yang sama dari mereka diluar sana...

Idris

Ian

Nabilah

Sarra

Aiman

Habib

Irfan

Buat supermummy dan superdaddy : terima kasih di atas sebuah tali persahatan yang kita jalin ini. Put yakin, jika Allah memberikan kita anak-anak seperti anak-anak yang lain, mungkin buat kita lupa dan kurang mengerti konsep syukur itu. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman dalam membesarkan anak-anak anugerah Allah ini. Sungguh, kerana anak-anak kesayangan kita ini, tali ukhwah sesama kita dipanjangkan, dan insya Allah akan berkekalan. Jika ada masanya kita jatuh terduduk, sama-sama kita bangkit semula.

Jika ada juraian air mata yang singgah ditubir mata kita, biarkan ia terus bergenang dan mengalir, kerana air mata itulah yang akan membuatkan kita semakin hari semakin kuat. Semakin hari, semakin sayang kepada anugerahNya itu. Kita bertutur dalam bahasa yang sama, kita merasa sebuah anugerah yang sama harganya dan terima kasih kepada insan-insan istimewa ini yang banyak mengajar kita tentang sebuah kasih sayang yang tanpa bertepi. Dan, dengan mereka, kita menemu satu titik persamaan.

11 comments:

MRS. K said...

spechless...

Jiey^Mien said...

Owww mama put, you made me cry again!!

Pernah terlintas untuk membuat entri, "Jangan takut padanya"
Kerana seperti Idris, ramai yang takut untuk mendekati Ian..

Tiada kurangnya anak2 kita dan tiada lebihnya anak-anak lain..

Kerana anak2 inilah pelengkap hidup kita dan telah menyempurnakan takrif kita sebagai ibu dan bapa dengan kehadiran mereka..

cheers! =)

Noina said...

Put..nak nanes nih.. :(

Betul Put..ina jugak alami situasi yang sama..Kawan sepejabat takut ngan Nabila tatkala Nabila menangis meraung. Bukan apa pun..cuma mahu di pujuk dan dipeluk. Apakan daya..semua tak paham Put..Sedih hati siapa tahu. Bila kita bersama2 sabtu lepas..ina tak terasa keseorangan. Sungguh..Terasa hati kuat bersama kalian !

Baby Tiger said...

to all super mommies and super daddies,

anda adalah ibubapa yang dipilih Allah untuk diuij iman dan sabarnya. Dan kesemua itu berbaloi dengan anugerahNya.

Biar mata-mata itu merenung dan membuat andaian, kerana Allah pasti lebih menyayangi anak-anak ini.

Kisses to all the mommies (daddy tak leh ar, nanti kena belasah! hahahaha)

ita zakaria said...

hmm... masih bersisa rasa gembira gath yang lalu. akan ada lagi yer...

(ita memang akan jadi org terakhir apdet blog! sangat lambat ummi sarra ini...)

azmina said...

Dear Kak Su,

anda berjaya membuat ku membaca sambil menangis ... dah jadik ibu ni, gg jadik terlebih sensitip plak..apalagi setelah berhempas pulas menjaga anak srg2 (hubby keje jauh lg).. May Allah blessed u dear and all the incredibles moms out there...

rosma said...

anak satu amanah..jgla dia walau siapa pun dia...cantik gambar2..suke tgk..

fajar said...

salam,

selama ini, sudah lama saya ingin berkata. bahawa saya cukup kagum dgn kalian - ibu bapa yang dianugerahkan anak-anak yang cukup istimewa. saya faham bagaimana rasanya. sewaktu amir yusuf datang kpd kami, seakan terbayang akan kekurangan yang ada padanya, apabila doktor menjelaskan setiap rinci yang cukup menyesak dada. sesetgh mereka berpendpt, ada dan tiada sama saja.

bahkan, memutuskan talian hayat padanya bagaikan satu penyelesaian utk semuanya. namun, mujur pegangan itu masih ada.

percayalah, Tuhan berikan ini, kerana itu tanda kasih Dia kpd hamba-Nya. kerana kalian semua istimewa, kerana itulah diberikan anak-anak yang cukup istimewa.

jgn rasa rendah diri. mmg tidak semua org akan memahami. namun, kasih sayang yang Allah ciptakan merentasi segala ruang dan keadaan. kerana kasih yang sejati itulah yang akan memimpin kita melangkah ke syurga-Nya kelak. Insya Allah.

teruslah tabah. kuatkan semangat.

salam dari kejauhan.

~Puteri-Nuur~ said...

[MRS.K]
bukan angkuh tak sanggup terima kata simpati, cuma rasa berlainan bila kelainan yang ada pada anak-anak kami dipandang hina.

~Puteri-Nuur~ said...

[jiey^mien]
hanya kita yang faham apa yang kita rasa, dan hanya kita mampu melindungi mereka. kita kan kuat Jiey. :D

~Puteri-Nuur~ said...

[noina]
kita kuat kan ina? :*