Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/01/2010

Gedangsa, kunjungan ke-empat.

Kesekian kalinya, saya melunaskan sekali lagi tuntutan sebagai ibu kepada Idris dengan membawanya ke Gedangsa. Tertulis di dalam azam tahun baru 2010, saya akan sedaya upaya membawa Idris ke Gedangsa dalam kadar sekerap mungkin. Sokongan Encik Suami saya hargai susah payah dan penat lelahnya. Memandu membawa kami, tanpa sepatah keluhan pun walau saya tahu dia juga kepenatan kerana terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi. Namun, kami meninggalkan Putrajaya apabila waktu menganjak ke angka 6.30 pagi. Ragam Idris yang berpanjangan membantutkan perancangan kami.

Terima kasih Zura & Shah yang membantu kami semasa di Gedangsa, dan maaf kerana kami sangat-sangat lewat. Sepatutnya kami yang mengiringi kalian, sepuluh jari mohon diampun. Program apabila melibatkan Idris & Sophia sentiasa delay. Giliran saya berada di #26, Zura & Shah dengan anak teruna kacak mereka satu giliran sebelum saya. Tak banyak yang sempat dikongsi dengan Zura dan Shah, hanya berbual kosong sahaja. Encik Suami pula menyelinap menidurkan diri didalam kereta ditemani dengan penghawa dingin. Biarkan dia berehat, kesudiaannya berkorban masa dan tenaga untuk kemari sangat saya hargai. Saya tahu itu sebahagian dari tanggungjawabnya, tetapi saya juga tahu, Encik Suami kepenatan.

Its a torture chamber, Mama!
Don't worry Habib, nanti Habib akan biasa dengan CikRaw dan mumia ni :D

Apabila tiba giliran Habib, saya turut sama berada disekelilingnya. Saya tahu, Zura pasti terasa ralat apabila melihat Kak Raw menyentuh Habib nanti. Pada mulanya, Habib masih didalam mood yang baik, tapi tak sehingga seluruh badannya dibalut dengan bandage. Situasi biasa terjadi, tangis memenuhi segenap ruang. Para ibubapa yang lain seperti sudah kebal dengan situasi begitu. Saya juga. Lantas, ke telinga Idris saya bisikkan sesuatu. Pesanan mama kepada sang anak, yang dipeluk didalam dakapan.

"Idris, kejap lagi, Idris pun Mama minta CikRaw tengokkan. Mama tahu, mungkin Idris sakit sket la, tapi Mama tak nak anak Mama nangis. Idris good boy Mama, kan? Good boy tak nangis. Mama buat ni sebab Mama loves you, tau. Janji dengan Mama jangan nangis ye..," tatkala itu juga, matanya mendongak memandang saya, dan dengan iringan bahasa german dan sepanyolnya, Idris menjawab dengan petah sekali. Sesekali terdengar sebutan 'mama' dan 'abah' didalam bicaranya. Saya berusaha menunjukkan minat tatkala dia berkata-kata. Seboleh mungkin, saya 'berlakon' memahami bahasa pertuturannya. Apabila saya angguk dan berkata 'Bagus anak Mama, Idris ni good boy Mama, kan?' dan, dia akan tersenyum lebar sambil ketawa kegembiraan. Saya yakin, Idris faham apa yang saya tuturkan. Saya yakin, Idris mendengar kata saya.

Buktinya?

Apabila tiba gilirannya, diiringi dengan senyuman dan berbual mesra bersama CikRaw, Idris berjaya dibungkuskan dengan jaya dan senangnya. Al-hamdulillah. Saya yakin, dia mendengar kata saya, kerana 3 kali kunjungan terdahulu, semuanya berakhir dengan tangisan yang mendayu ditelinga saya. Malah, menurut KakRaw sendiri, dia agak terkejut dengan perkembangan Idris. Saya sangkakan, KakRaw tidak menyimpal profile Idris didalam mindanya, memandangkan begitu ramai patients yangberkunjung menemuinya, dan saya kagum kerana semua fakta mengenai Idris, termasuk 5 kali saya kena induce untuk melahirkan Idris juga disebutnya. Saya yakin KakRaw mempunyai simpanan memori yang hebat, kerana terasa memori saya begitu lemah berbanding dia :P

Berdiri seketika, walau saya tahu Idris agak mengantuk.

Tersenyum manis apabila Auntie Zura menayangkan kamera.
You're on candid camera, Idris! (and, you shouldn't be smiling!) hehehehe.


Menahan diri dari menangis.
Mama cakap, I'm a good boy, and good boy doesn't cry!


Sewaktu pulangnya, tiada lagi perjanjian 'good boy' antara Idris dan Mamanya. Menangis sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Mungkin dia kepanasan, kerana kami bertolak dari rumah KakRaw tepat jam 1.30 petang. Rancangan asal ingin singgah ke rumah Ina dan Zul terpaksa dibatalkan.

Jauh disudut hati, saya mengharapkan agar Dia mendengar dan bermurah hati dan mempermudahkan segala urusan untuk Idris. Ikhtiar saya lakukan, dan terpulang padaNya untuk memberi atau sebaliknya. Sebagai hamba, tak putus saya meminta. Dia sebagai Yang Maha Penyayang tak akan menganiaya hambanya. Tiga kunjungan saya ke Gedangsa sebelum ini membuahkan banyak hasil, mungkin Idris serasi dengan rawatan KakRaw. Atas dasar itu juga, saya sanggup meredah dingin subuh, memandu sejauh lebih 300 kilometer pergi dan pulang demi nasib seorang anak ini. Insya Allah, segalanya dipermudahkan.

Nasi lemak jerukkan pala
Sayang kasih hamba lurutkan
Abaikan rungutan, abaikan segala,
Kerana kasih hamba turutkan

Aduhai kasih aduhai...
Perjalanan menjadi ibu ini sungguh indah untuk saya kenang, dan perjalanan ini yang mendewasakan saya dari hari ke hari. Sungguh indah meniti hari ini dengan kehadiran Idris yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Sungguh, dia seorang yang istimewa, dan lahirnya Sophia melengkapkan kembara hidup saya.

Aduhai kasih aduhai...
Terima kasih di atas harga sebuah kasih sayang ini.

** picture credit to Zura. thanks yer, lupa bawa kamera :)


10 comments:

Baby Tiger said...

wahh hero tak nangis!
gambateh!!

Yanie said...

Aku bangga ade saing setabah mu put..

Zuhaini Ali said...

kzue pun bangga dan kagum dgn ketabahan put.

Noina said...

next time singgah umah acik ina yek idris..

mrs_zura said...

huhu...next time kita gi skali eh kak put...dieorg pun kata mggu nie nk gi..hopefully Allah permudahkan kami nak gi lagi..n sori coz kak put terpaksa melihat muka masam saya masa kena tiong nagn kak raw..hehe

~Puteri-Nuur~ said...

[baby tiger]
tapi nanges dalam keta!

~Puteri-Nuur~ said...

[yanie]
when you become a mother, you'll be suprised of what you're capable of!

~Puteri-Nuur~ said...

[Zuhaini Ali]
Kak Zu, itulah orang kata, tak ada orang boleh tanding kasih sayang ibu kan? skrg Put faham dos lagu mana.

~Puteri-Nuur~ said...

[noina]
insya allah.

~Puteri-Nuur~ said...

[mrs_zura]
ok babe!