Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/12/2009

Hadiah Untuk Mama

Sudah lama saya ingin berkongsi cerita ini. Tetapi, selepas saya timbang semula, saya ternyata pada mulanya agak keberatan. Ianya tentang Idris. Bukan sesuatu yang tidak elok terjadi, tetapi sebaliknya. Saya gembira, bersyukur. Terasa seperti doa saya setiap hari kepadaNya termakbul. Mungkin tak semuanya, tetapi walau sedikit begini, terkesan sungguh dihati saya. Dalam terasa nikmat ini. Sebagai hamba, saya bersyukur. Dia menyayangi saya dan Dia mengajar saya mensyukuri keupayaan yang ada pada saya dan juga pada benda-benda bernyawa disekeliling saya.

Selama ini, saya sering teringin melihat Idris berjalan, berlari dan menerokai alam semesta ciptaan Allah ini. Mungkin, agak mustahil dalam masa terdekat ini untuk Idris melunaskan apa yang Mamanya inginkan. Selama ini, keupayaan Idris sekadar berguling ke kanan, ke kiri, menghentak tangan, menghentak kaki. Adakalanya dia dia melanggar dinding, ada masanya dia menangis kesakitan, ada masanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Itu Idris saya. Sukar diramal dan saya sendiri tahu Idris memang susah untuk mentafsirkan erti sakit yang dialaminya. Selama ini, begitulah Idris saya.

Idris, berguling ke sana kemari.

Minggu lalu, Idris memberikan saya satu hadiah. Sewaktu kami ke Ipoh, tatkala saya sedang bercakap dengan Cik di telefon. Sambil itu, mata saya memerhatikan Idris. Tiba-tiba, saya lihat dia bangun duduk sendirian. Kaku saya melihatnya. Walau dia tidak dapat bertahan untuk duduk secara bersendirian dalam masa seminit, Idris memberikan saya kejutan. Saya pada mulanya memutuskan talian dengan Cik, dan saya datang dekat kepadanya. Saya tak mampu berkata. Walau sepatah. Setelah Idris berbaring semula, barulah ucapan 'alhamdulillah' keluar dari mulut saya.

Begini ianya bermula, Idris dalam posisi untuk merangkak.

Perlahan-lahan, kedua tangannya menolak badan.

Dan... Idris duduk dengan sendirinya. :)

Cayalah Idris! :*

Dan semalam, saya secara intensif bersama Idris. Saya yakin, Idris faham apa yang saya ajarkan kepadanya, bagaimana untuk menahan badannya dari jatuh. Setelah beberapa kali saya menerangkan kepadanya, dia tampak lebih baik.

Cubaan-cubaan Idris semalam yang sempat saya rakamkan.

Sedang mengawal imbangan badannya. Habis sengat hidung muka bagai :*


Setelah beberapa kali diajar, Idris menggunakan kedua tangannya untuk menongkat badan dari jatuh. Clever boy!

Kembali duduk!

Adakalanya, dalam sesi pembelajaran ini, Idris 'malas' seketika untuk mencuba. Lihat..

Dibiarkan sahaja badannya jatuh. Andaikata Idris duduk di tilamnya, tak mengapalah juga. Ini, kalau dibiarkan ada masanya kepalanya terhantuk ke lantai/dinding. Sungguh merbahaya, tambahan pula, dia susah untuk mentafsirkan rasa sakitnya kedalam perkataan dan tangisan.

Di akhir hari, inilah hadiah yang berharga untuk saya dari Megat Idris Naquiyuddin. Tahun 2009 mencatatkan perubahan dalam dirinya untuk saya coretkan di lembaran diari hidup ini.

Alhamdulillah :* Terima kasih Allah.

Dan Idris, terima kasih kerana terus-terusan berusaha bersama Mama. Mama tahu, anak Mama kuat, anak Mama anak yang baik dan anak Mama selalu berusaha tanpa jemu. Biar mengensot asal sampai. Mama tak akan jemu menunggu dan menyayangi Idris sampai kehujung usia Mama.

Go Idris! Go!

25/12/2009

Cutest Baby of The Planet 2009

Yeay! Cutest Baby of The Planet 2009 muncul lagi!!

Puteri Mariam Sophia bt. Megat Iskandar
Tarikh Lahir: 11 Februari 2009

Sebelum ni, ada dua tiga kali saya calonkan anak dara saya ini masuk contest, tapi semuanya bukan rezeki. Kali ini, dengan rasa rendah diri, saya terasa ingin sekali lagi join contest ni yang dianjurkan oleh MomBloggersPlanet ni. Kali ini, rasa terpanggil untuk berkongsi aksi keletah Puteri Jr. saya ini. Tak keterlaluan kalau saya katakan, saya teruja dengan grand prize yang ditawarkan kerana selama ini saya sendiri sentiasa mengidam untuk membawa Sophia hadir sesi photoshoot diluar.


Kenapa Sophia yang patut mendapat Grand Prize itu?
Mudah sahaja, kerana Sophia akan memanfaatkan setiap detik bersama kamera yang memandang ke arahnya. 'Berkat asuhan gigih saya', Sophia sangat peka dengan kamera. Kalau menangis meraung macam mana sekalipun, ambil sahaja kamera dan anak kecil ini pasti akan tersenyum manis memandang lensa kamera. Hasilnya, wajah ikhlas tulus bayi berusia 10 bulan dirakamkan seperti didalam gambar di atas yang sebenarnya tatkala itu sedang rimas kerana mamanya mengenakan tudung di kepalanya.

Lebih dari itu, setiap anak adalah cute dimata ibubapanya, dan tanpa segan silu, saya menyatakan anak dara saya ini cute dan berbaloi-baloi untuk dilabelkan sebagai Cutest Baby of The Planet 2009.

Oleh itu, saya sertai peraduan ini!

23/12/2009

Pementasan Bangsawan Megat Terawis

Saya baru tiba dari Ipoh.

Kepenatan masih bergayutan dibadan. Saya memandu dari Tanjung Malim ke Putrajaya. Ada urusan keluarga yang menuntut kami pulang, dan saya sungguh seronok kali ini. Urusan keluarga? Ya. Pejabat Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Perak menjemput suami dan saya menghadiri pementasan bangsawan Megat Terawis. Keseluruannya, saya berpuas hati dengan pementasan itu. Mungkin darah yang mengalir dalam darah saya ini membuatkan saya bersemangat menghadiri pementasan ini, dan tak sangka pula Encik Suami mendapat layanan VIP disana :) *oh! mokcik suko*

Kali ini ke Ipoh, saya membawa juga Idris dan Sophia, tak dilupakan Bibik Kasrohaku. Kami menginap di Casuarina Hotel. Sempat saya melepaskan rindu pada keow-teow Dolly di Taiping. Kali terakhir tiba saya kesini, sewaktu saya sedang kecur mulut mengandungkan Sophia. Kali ini, saya membawa Sophia bersama, dan dia juga merasa makanan yang 'dia' idamkan sewaktu berada 'didalam' dahulu.

Tolonglah, kenapa keow teow ni best sangat?

Dan, pokok-pokok berusia ratusan tahun ini, sentiasa membawa ketenangan kepada mata saya. Aduh, damai!


Sama juga ziarah yang dulu, saya juga datang kesini lagi..

Percaya atau tidak, saya sukakan susun atur kubur ini yang tersusun indah, mengarah arah kiblat.

Malam itu, saya menemani Encik Suami ke Pementasan Bangsawan Megat Terawis. Saya bukanlah kaki teater, tapi saya pernah juga berminat dengan broadway musical suatu masa dahulu. Agak terkilan dengan sesetengah orang kita yang datang menonton teater dengan memakai jeans, dan masih menjawab panggilan telefon didalam dewan.

The play was great

Dan ini, gambar anak dara saya. Sungguh tak sangka, bila bertudung anak dara saya tampak mature!
Kan? Kan?

20/12/2009

Sekeliling saya, semalam.

Petang semalam, terlaksana hajat dihati untuk membuat sesi fotografi Idris dan Sophia. Kalau selama ini, saya berkira-kira untuk menempah mana-mana photographer mungkin tidak perlu. Semalam, bapa mertuaku memberi keizinan untuk saya terus meneroka kamera baru miliknya. Seperti orang disorong bantal, saya menggunakan peluang yang diberi dan inilah hasilnya. Bagi saya, sebagai amatur, sungguh saya berpuas hati dengan hasil kerja sendiri ini.

Meminjam tangan bapa mertuaku sebagai objek. Demi masa!

Sophia dengan wagon barunya *abaikan rumahku yang bersepah itu*

Boring? Dalam perjalanan dari Putrajaya ke Pelabuhan Klang.

Cak-a!
Sophia dan Garfield : macam sama je. Mata dan pipi!

Sibuk sekali bila aktiviti melibatkan meja makan, walau umur baru 10 bulan!

Wajah kesayangan hamba :)

Walau gigi baru 2 batang, semua makanan dia sapu!

So Iskandar!!

Mother & Daughter

Megat Idris Naquiyuddin bin Megat Iskandar


My fave. pic!

The stare

Aaaaaaaaaaaa!

Whatevar Mama~*

Naughty!

Sorry Mama, I didn't hear you~*

Like I always said, he is the reason why I wake up smiling everyday...

Clown face! Yes Idris, you just did it!

Anak kecil saya :)

Gambate, Mama!!

Cucu dan Atoknye

Nyang dan cicit-cicitnya

Pertama kali makan ni. One word: Yummylicious!!

Sophia's fingers

My all time favourite!

p/s: Tempek banyak-banyak gambar ni bukan apa, sebenarnya nak kasi hint kat Encik Suami je. Ehem-ehem, kalau Abang hadiahkan Sue kamera, berbaloi-baloi!