Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/11/2009

perlu tajuk ke?

*
*
*
*
*

Lama menyepi.


Tidak tahu apa yang harus ditulis, apa yang harus dikongsi. Musim perayaan juga seperti tidak membawa sebarang erti. Saya dan keluarga tidak pulang ke Kelantan. Kali ini, menemani FIL pula. Agak kesunyian kerana kesemua abang dan kakak saya pulang meninggalkan saya. Sendirian.

Aidiladha di Presint 14, Putrajaya sungguh tidak menggembirakan. Sungguh. Aidiladha kami sekadar diisi dengan waktu santai sahaja. Perancangan awal untuk saya memasak soto juga tidak kesampaian. Alasannya, penat. Namun, sebenarnya semangat itu pudar tatkala mengetahui tiada sesiapa yang akan bertandang ke teratak kami.

Itulah erti pengorbanan. Berkorban kegembiraan saya untuk orang lain. Bukan saya tidak ikhlas, malah saya sendiri inginkan begitu. Walau Encik Suami tidak membantah jika saya mengajaknya pulang ke Kelantan, namun saya tidak ingin suatu masa nanti, anak-anak saya juga melakukan benda yang sama. Hanya Encik Suami anak lelaki FIL saya. Tidak adil untuk membawa lari anak orang, bukan?

Saya juga tidak langsung menghubungi Cik. Bukan untuk menjadi anak yang derhaka, tapi saya ingin mengurangkan tekanan. Jika tidak, ibu saya akan terus-terusan bercerita mengenai kemeriahan berhari raya disana sedangkan saya tidak ingin tahu :P Namun, mungkin mengerti resah hati anak bongsunya, Cik menghubungi saya. Sayang Cik :) Cik juga titipkan daging goreng kegemaran saya melalui Nyah, abang sulong saya. Yeay! Tak sabar ingin menanti kiriman itu tiba.

Daging goreng yang Cik buat sungguh mengecurkan!

Anak-anak tidak banyak membuat ragam. Idris dan Sophia sungguh girang meluangkan masa bersama kami. Kami menonton bersama, bergurau senda dan sungguh banyak keletah mereka yang saya rindu. Saya rindu tatkala memandang Idris tersenyum, mengacah saya untuk senyum dan tatkala muka mengharap untuk saya mengusiknya, dalam penuh berharap. Apabila tawa berderai, saya tahu itu erti kebahagiaan untuk saya. Rasa itu, sempurna. Sophia juga datang mewarnai rasa itu. Dia menari, dia merajuk, dia mengejar saya, dia membuat pelbagai aksi dan sungguh responsif. Dan, dia juga menangis. Part yang paling saya kurang gemar :P kerna tiap tangisan itu seperti merobek hati saya.

Itulah dunia saya.

Encik Suami melengkapkan saya. Sudah tidak apa lagi yang perlu saya minta dariNya, melainkan memanjangkan rasa kebahagiaan ini. Saya punya seorang suami, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Terima kasih.

Dunia saya
Merekalah ketawa, Merekalah tangisan
Merekalah gembira, Merekalah racun

18/11/2009

Ya Allah, selamatkanlah Tun saya.

Tengahari semalam, saya mendapat SMS dari Cor, kakak sulong saya yang tinggal di Kelantan menyatakan Tun, anak saudara sulong saya sedang berada di dalam bilik pembedahan di Hospital Tuanku Bahiyah, Alor Star.

Hampir terputus nyawa saya seketika. Ya Allah! Terus capai telefon, saya hubungi Cor. Tiada jawapan. Kemudian, tangan saya lincah menghubungi Cik. Ada! Untuk seketika, saya tersangat lemah. Saya mendengar setiap bait yang Cik katakan.

*
*
*

Lupakan seketika kesakitan yang ditanggungnya.

*
*
*

Mengapa dia begitu istimewa di hati saya?

*
*
*

Kerana dia satu-satunya anak saudara yang membesar bersama-sama saya. Rumah saya ibarat diberi satu cahaya kegembiraan yang baru apabila lahirnya Tun. Kami sekeluarga begitu menantikan kedatangannya.

Tun adalah anak saudara sulong saya, beza 11 tahun antara kami ibarat kakak dan adik. Dia membesar bersama-sama saya. Suka duka kami berkongsi. Ada masanya saya mengalirkan air mata kesedihan bersamanya, dan adakalanya saya mengalirkan air mata kegembiraan. Jujur, saya sayangkan dia, saya sentiasa melihat Tun yang secomel anak kecil, seperti dia 17 tahun yang lalu. Dia banyak mengisi hari-hari remaja saya, mengajar saya tentang kasih sayang kepada anak kecil. Banyak daripadanya saya belajar, mengambil ikhtibar tentang kehidupan, kasih sayang antara ibu dan anak (sehingga saya dianugerahkan Idris, baru saya mengerti 'rasa' itu).

Get well soon. I wish I could fly to Alor Star now!

16/11/2009

Idris hilang.. oh!

My oh my~*


FT rocks my world ;)

Sabtu lalu, saya pergi menyerbu Faizal Tahir (FT) di Central Park Avenue, abaikan hujan dan lencun badanku, saya berpuas hati dengan persembahan mantap FT. Sangatlah mantap Bencinta :) dan lagu-lagu MJ juga. Smooth Criminals pun layan~* Seronok bertemu Rockeinsteiners yang lain ~you rocks, babe tapi tak sempat nak bergambar, keadaan yang hujan membantutkan niat.


BenCinta ;) Awesome!

Dan, sangatlah happy ketemu Arpah, yang sangat bernasib baik telah juga ketemu FT pada malam sebelumnya. Hujan agak membataskan niat kami untuk habis-habisan berjoli sakan malam itu, namun tak ada perkataan lain yang mampu saya gambarkan betapa hebatnya FT malam itu :P [OK Mama Rock, sila hentikan cerita FT itu]


Nice meeting you, Arpah ;)

Kerana satu malam saya meninggalkan Idris dan Sophia didalam jagaan Abahnya, maka keesokan harinya saya telah berjanji pada mereka bahawa kami sekeluarga akan outing. Dan, dalam kebosanan, saya mengajak Encik Suami ke Pavillion. Encik Suami setuju sahaja. dan dia sendiri sudah lama menyebut-nyebut Tony Roma's kepada saya. Saya tidak membantah, saya juga masih teringatkan betapa enaknya rib combo disitu, yang dimakan bersama carolina honey. Oh my~*

Pada mulanya, kedua-dua Idris dan Sophia seperti behave, tapi keadaan itu tidak berpanjangan. Idris yang kebosanan mula menunjukkan taringnya. Di waktu itu juga, hidangan saya tiba. Kerana terlalu sayangkan Rib yang masih kepanasan itu (oh! bad me~*) Saya meminta Bibik mengambil alih tugas saya seketika 'Bibik, tolong bawa Idris pusing-pusing kat depan tu yer, saya nak makan sekejap,' dan tanpa banyak soal, Bibik akur. Saya, Encik Suami, Minmin dan Sophia meneruskan, merasai keenakan hidangan di Tony Roma's.



Di dalam hati mula dipagut resah. Berulang kali saya titipkan kepada Bibik seketika tadi, jangan ke mana-mana melainkan dikawasan berhampiran sahaja. Pada mulanya, Minmin secara sukarela bangun, meninjau ke luar. Saya masih di meja. Didalam hati mula terdetik perkara yang tidak enak untuk difikirkan. 5 minit berlalu, Minmin muncul. 'Takde pun diaorang, orang pandang kiri, kanan dan depan pun takde,' saya terpaku. Seketika. Kemudian saya bangun dan keluar mencari mereka. Pada Minmin saya minta dia tengok-tengokkan Sophia buat seketika. Anak itu tidak banyak ragamnya, saya umpankan sahaja dengan Apple Crisp dan dia begitu menghargai setiap suap makanan yang disuapkan kepadanya.


Phia the explorer ;)


Dari jauh, Encik Suami melambai kepada saya. Sesusuk tubuh dibelakangnya membuatkan saya seperti mendapat nafas kembali. Bibik dan didalam buggy merah itu dan Idris seperti biasa melihat-lihat sekeliling, tanpa rasa cuak atau ketakutan. Seketika, rasa marah datang membuak-buak didada tatkala terpandang Bibik yang tersengih-sengih cuma apabila Encik Suami menegurnya. Amarah saya semakin menggila tatkala Bibik seperti ingin tergelak apabila Encik Suami berkata-kata.

'Saya ke hujung sana, membeli kacang' itu jawabnya. Selamba tanpa rasa bersalah. Dan, selepas itu saya mengambil giliran 'berkata-kata' kepada Bibik. Tujuan saya membawa dia keluar makan ke Tony Roma's adalah semata-mata ingin mengalu-alukan dia ke dalam keluarga kami, tanpa prejudis, saya juga turut mengajak dia makan bersama kami, tidak kenyangkah dia memakan makanan yang berharga hampir 20% harga gajinya sebulan! Mungkin makanan itu terasa asing di kerongkongnya, tapi tolonglah ~* Eeeiii... Selepas saya berkata-kata, baharulah lega hati ini, namun selera makan saya sudah terbang hilang entah kemana. Sayang melihat makanan didalam pinggan giant itu, saya minta Encik Suami yang habiskan.


Berdiri dah separuh Mama :)

Idris saya peluk, saya cium berulang kali. Di pipinya, di kepalanya, dan saya peluk berulang kali tubuh kecilnya. Setiap kali saya peluk anak itu, setiap kali itu juga mulutnya tidak gagal menyebut nama saya 'mama' dan matanya memandang tepat ke dalam anak mata saya. Mungkin terkesan dimatanya kebimbangan saya seketika tadi, mungkin jelas sungguh kegelisahan itu wujud dimuka saya. Demi Allah, saya sungguh takut kehilangan Idris. Dia adalah nyawa saya. Sedikit sebanyak, apa yang berlaku seketika tadi memberikan saya pengajaran. Idris tak akan sesekali saya lepaskan sendirian lagi.


Takkan ku melepaskanmu~*

p/s: Minmin, terima kasih kerana meluangkan hujung minggu bersama kami. Nice to having you with us. Do come again.

14/11/2009

Erti bersyukur dan Kebahagiaan

[Entri berkisarkan rasa kasih sayang, kesyukuran dan mood rindu Encik Suami.. hahahah]

Semalam, sewaktu rehat Jumaat, saya dan beberapa teman sepejabat berbual kosong selepas makan tengahari. Kami memang sering begitu, makan secara berjemaah, dan ada kadangkalanya bergossip juga secara berjemaah :P

Hari ini topik yang kami bualkan, mengenai suami, anak-anak dan rumahtangga. Kak Farid bertindak selaku moderator sesi diskusi kami. Si Afza dan Fahiya tekun mendengar, kadang kala bertanya the secrets and lies of marriage ;) Saya? Hmm, saya mendengar, adakalanya menyampuk dan adakalanya mendiamkan diri. Perkahwinan saya baru 5 tahun, satu angka yang agak rapuh untuk saya kongsikan cerita. Setelah mendengar cerita itu dan ini, saya simpulkan ada rasa bersyukur dalam hati saya.

Ukuran kebahagiaan bukan terletak kepada handbag jenis apa yang saya pakai, kereta berjenama apa yang saya bawa ke hulu dan ke hilir. Ukuran kebahagiaan pada saya adalah, apabila saya pulang ke rumah, saya tidak sendiri. Saya ditemani hilai tawa, jerit nangis Idris dan Sophia. Pelbagai ragam, pelbagai reaksi mereka yang menghiburkan saya. Jika hari-hari saya lalui tanpa TV dan internet tiada pun masa saya masih penuh diisi. Saya tidak sendiri. Saya bahagia dikurniakan anak-anak kecil ini, walau kadang kala ada yang menyangka, kurniaan Idris kepada saya dilihat agak menyusahkan.

Demi Allah, jangan dibandingkan kehidupan saya dengan kalian. Anak saya Idris, Insya Allah akan membimbing saya ke pintu syurga. Jangan selalu membandingkan dengan kehidupan yang lebih sempurna, punya anak yang pintar dan cantik. Allah jadikan setiap hambanya dengan bahagian yang tersendiri. Mungkin saya terkurang pada Idris, namun saya pasti, Allah menyediakan sesuatu yang berlipat ganda lebih baik untuk saya di hadapan. Sesuatu yang Allah rancangkan itu adalah yang terbaik. Jangan dipertikaikan.


Saya kesibukan menjalani rutin sebagai seorang isteri, seorang ibu dan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dan adik. Saya bersyukur, saya dikurniakan kakak dan abang yang begitu menyayangi saya, yang selalu ada untuk saya di waktu senang dan waktu susah saya. Saya masih punya Cik yang hingga ke hari ini masih memanjakan saya tak ubah seperti 27 tahun yang lalu. Sayang ibu membawa ke syurga. Bersyukurnya saya dengan kehidupan yang Allah kurniakan ini kepada saya.


Dan, saya bersyukur dengan Encik Suami, ditakdirkan untuk saya. Tiada sesiapun yang sempurna melainkan Allah. Tetapi saya bersyukur, kerana lelaki ini sentiasa berdiri disebelah saya semasa saya suka dan duka. Apabila saya perlukan teman untuk berbicara, Encik Suami ada bersama saya. Kami berkongsi cerita, kami bergelak ketawa, dengan berbual kosong sahaja sudah mengisi hari-hari saya. Bila dia berpergian, saya rindukan usikan dan lawak-lawak bodoh yang dia sering taburi mewarnai hari-hari indah saya. Saya perlukan dia dalam hidup saya, saya perlukan dia disamping saya, walau hadirnya dirumah sekadar mengalunkan saya muzik-muzik indah, alunan lagu-lagu cinta dari keyboardnya sahaja, namun ianya cukup menghiburkan.


Oh Encik Suami, terima kasih. Saya menerima segala baik buruknya kamu, kerana didalam segala segi kamu melengkapkan kehidupan saya, tanpa kamu, pincanglah hidup saya. Saya menerima kamu, seadanya kamu - bulat, empat segi melintang etc, etc. Berdiri disebelah saya, insya Allah saya mampu menghadapi segala ujian dan dugaan dalam kehidupan ini, dengan adanya kamu, dengan adanya doa darimu selalu. Terima kasih, Abang. Terima kasih kerana mencintaiku, menyayangiku, memberikan Sue peluang untuk melahirkan dan mendidik zuriat kita bersama-sama. Insya Allah more wonderful years to come.

Untuk teman-teman yang masih menyendiri, yang masih dalam pencarian, jangan ada was-was dengan ketentuan jodoh. Berdoa, meminta padaNya, mohon agar dikurniakan yang terbaik. Hidup tidak sempurna jika sendirian, kerana Allah menjadikan kita secara berpasang-pasangan. Jangan dinilai calon bakal suami/isteri dari rupa elok parasnya, kerana andai kita mencari kesempurnaan, dan meletakkan guideline dalam pencarian ini, saya gusar andai KPI utu tidak kesampaian. Manusia tidak dilahirkan sempurna, dan setiap pasangan dijadikan bagi melengkapkan antara satu sama lain. (Ini bukanlah bebelan mak nenek, ini adalah pesanan prihatin dari seorang kakak untuk adik-adiknya, yang tidak ingin adik-adiknya disakiti melainkan mengharapkan kebahagiaan bersama kalian selalu ~* may force be with you :P)

My girls, they've colouring my days with happiness and laughters. Stay as you're girls, I love you all Xx


10/11/2009

Perkara baik harus dikongsi bersama

Ceh, macam tagline Nescafe plak :P

Sudah lama ingin berkongsi, namun tidak menemui kesempatan untuk menulis. Gembira kerana sehingga ke hari ini, walau baru 3 kali menjejak kaki ke rumah KakRaw di Felda Gedangsa, dan membuat beberapa liputan mengenainya disini, saya sedikit sebanyak membantu ibubapa lain.

Bagaimana saya membantu mereka?

Sudah beberapa orang ibubapa yang menghubungi saya bertanyakan bagaimanakah rawatan Kak Raw membantu Idris. Bagaimana mereka mengetahuinya? Selain membaca disini, speech therapist Idris juga banyak memuji. Dia percaya kepada rawatan alternatif yang saya lakukan ke atas Idris kerana dia sendiri dapat melihat hasil yang memberansangkan (dengan izin Allah) jua.

Ada yang menghubungi saya, bertanyakan beberapa perkara mengenai rawatan yang diberikan, berapa harga yang diminta, waktu rawatan dan berbagai soalan. Ingin saya kongsi disini, sedikit sebanyak mengenai Kak Raw yang saya kenali.

Siapakah Kak Raw?
Kak Raw yang saya kenali seorang wanita didalam pertengahan 40an, yang mempunyai anugerah untuk merawat/mengurut/membantu anak-anak istimewa yang mempunyai masalah. Saya tidak tahu sudah berapa banyak jasa Kak Raw taburkan untuk anak-anak pilihan Allah ini, tapi untuk anak saya, sungguh besar bakti yang tercurah.

Kak Raw
Waktu rawatan dijalankan?
Setiap hari Sabtu, seawal jam 7.00 pagi sehinggalah semua orang mendapat rawatan (agaknyalah). Paling lewat, giliran saya adalah pada jam 5.00 petang dan saya menunggu sejak dari jam 12.00 tengahari.

Lokasi?

Rumah Kak Raw terletak di Felda Gedangsa, 22km dari Tanjung Malim. Bab nak pemetaan ni, maaflah ye. Saya tersangatlah susah untuk menterjemahkannya.


Bagaimana rawatan dijalankan?
Rawatan yang dijalankan nampak simple sahaja. Kali pertama saya bawa Idris ke sana, Kak Raw cuma 'menyentuh' kepala dan badan Idris, kemudian dia memberikan hasil yang didiagnosnya dengan begitu pantas :P Ada fakta yang menepati fakta yang dikeluarkan oleh doktor, dan ada juga yang saya meragui. Pertemuan kali pertama, mengundang rasa was-was dihati, namun setelah kali kedua dan ketiga, saya rasa saya tidak membuat pilihan yang salah membawa Idris ke mari.

Kak Raw sedang merawat Idris

Pada mulanya Kak Raw sekadar menyentuh, mungkin juga mengurut. Kemudian, mahir dengan segala simpang siur urat saraf badan, Kak Raw akan mengurut di tempat-tempat tertentu, dengan sedikit sapuan Vicks dan lotion Nivea Cream (promote bagai!). Tatkala ini, Idris atau mana-mana anak-anak yang menerima rawatan Kak Raw tidak pernah gagal dari menangis. Saya tafsirkan, mungkin mereka kesakitan. Pada mulanya, hati saya juga dipagut sedih, nampak agak kasar cara Kak Raw memperlakukan Idris, tapi kalau lemah gemalai, mungkin tak menjadi,kan? :)

Seterusnya, Idris akan dibungkus ibarat mumia seperti ini..

..dan, dibiarkan berbungkus selama 4 jam. Ianya bergantung kepada keadaan seseorang itu. Ini adalah gambar Idris apabila terbungkus, sewaktu mula-mula menyesuaikan diri dalam 'uniform' barunya.

Didirikan buat seketika, dan..

.. pasti akan tertidur. Aduh, tak tahan tengok muka Idris macam ni. :(

Untuk pertama kali mendapatkan rawatan dari Kak Raw, disarankan agar berturutan selama 5 minggu perlulah datang berjumpa Kak Raw. Rawatan seterusnya, akan dimaklumkan oleh Kak Raw selepas itu.

Caj yang dikenakan?
KakRaw cuma meminta RM2 sewaktu pendaftaran nama. Itupun sekadar menampung perbelanjaan bil elektrik dan air diruang menunggu rumahnya. KakRaw menyediakan kemudahan menunggu dan bilik air. Walaubagaimanapun, saya atau mana-mana orang-orang yang datang, majoritinya akan memberikan 'sedekah' seikhlas dan semampu mungkin kepada Kak Raw. Itu yang berkat sebenarnya, tiada bayaran dikenakan. Terpulang kepada keikhlasan hati kita. Semoga Allah merahmati Kak Raw ~*

Berkesan,kah?
Jika ukuran testimoni adalah pada Idris, jawapannya adalah ya. Banyak perkembangan yang Idris tunjukkan, mungkin juga sudah masanya, tapi semuanya atas izin Allah.

Harap-harap selepas ini, lebih ramai yang dapat manfaat dari entri ini.

p/s: Farid (daddy Sarra), nampaknya kita btol2 kena buat fan page la untuk Kak Raw kat FB :)

"Walau dibalut seluruh badan, saya rela. Mama pesan, usaha berterusan akan membuahkan hasil. Jom, ke Gedangasa! :) " - Megat Idris Naqiuyuddin, duta untuk KakRaw@Gedangsa :P





09/11/2009

Kata-kata yang memanjangkan nyawaku...

Hujung minggu lalu, saya kepenatan. Hujung minggu yang dihabiskan dengan kerja dan anak-anak dibantu oleh Bibik tanpa kehadiran Encik Suami. Sungguh, hujung minggu lalu juga membuat saya tambah 'penat' dengan performance yang ditunjukkan oleh Red Warriors yang sungguh mengecewakan.

Semalam, saya memandu sendirian dari Melaka ke Putrajaya. Setibanya saya di Putrajaya, Yong menelefon, memberitahu mereka sekeluarga di Pusat Komuniti Presint 11, menghadiri Zul Adz's graduation day. Wah! Indahnya momen itu. Walau hanya baru dari tadika, momen-momen sebegitu adalah momen yang indah dalam journal seorang bergelar ibu. Saya terus memandu ke sana. Disaat Idris terpandang sahaja wajah-wajah KakLong, Abang Jue dan Abang Zul Adz, segaris senyuman terhias di wajahnya. Gembira sungguh.

Kami tiba, namun sempat menyaksikan persembahan Zul Adz bertemakan Madagascar, cute memakai custome sambil menari. Sophia ibarat terpukau. Tak lepas mata Sophia memandang keletah Abang Zul Adznya dan kawan-kawan. Saya sendiri asyik memerhati wajah Sophia, sekejap-kejap wajah Idris. Namun, tak lama kerana Idris tiba-tiba menangis. Mungkin muzik yang agak kuat membingitkan telinganya.

Kami yang kegembiraan

Di dalam perjalanan pulang ke Presint 14, Sophia terlompat-lompat dalam kereta, sambil tangan dan kepalanya turut dihayun dan digerakkan. Kami ketawa kelucuan, rupanya sang anak sudah meniru gaya Abang Zul Adznya menari tadi. Sangat comel, sayang tiada rakaman dibuat, saya sedang memandu tatkala itu. Tiba dirumah, kami kepenatan. Semakin hati dan jiwa saya penat apabila Encik Suami tiada :( [rupanya saya juga berjiwa romantik, kah? hahahha] Malam itu, saya cuma menonton CSI di AXN. Sendirian bersama Idris dan Sophia. Boring. Malam itu juga, agak sukar menidurkan Sophia, cecah jam 12 baru dia beradu. Saya sendiri, terlelap kepenatan.


Dan, wajah anak ini...

Aduh, ada cerita ingin saya kongsikan.

Satu perkhabaran gembira untuk saya, al-hamdulillah. (dalam mood happy dance!)

Pagi esoknya, saya agak terlewat bangkit. Agak kelam kabut ingin meninggalkan anak-anak sendirian bersama Bibik. Saya cuma sempat memeluk Sophia seketika sambil menghadiahkan ciuman dan pesanan 'Sophia, Mama nak pergi dah. Behave and be a good girl,' dan, saya juga menghadiahkan ciuman dan pesanan yang sama buat Idris, sambil beberapa kali menyebut 'bye Idris, bye Idris'

Tatkala saya menarik pintu rumah, saya terdengar Idris menyebut 'baba-mama'. Pintu tertutup. Untuk seketika, saya terkaku. Terfikir, apakah benar apa yang saya dengar tadi? Pintu saya kuak semula. Saya masuk ke dalam dengan gembira. Bibik juga mengakui kata-kata Idris.

Yeay! Al-hamdulillah~*

Idris berkata-kata. Sepatah kata lagi dari Idris yang memanjangkan nyawa saya. Sepatah lagi kata-kata yang keluar dari mulut Idris yang membangkitkan semangat saya. Terasa seperti berbayar sudah segala pengorbanan yang telah saya buat.

Al-hamdulillah :)

01/11/2009

Lalalalalala~*

Setelah sekian lama Encik Suami mengajak aku berkaroke, akhirnya, semalam aku keluar juga meninggalkan Idris dan Sophia di rumah. Kadang-kala, aku rasa hati suami juga perlu aku jaga. Kami tidak berdua, malah kami berlapan :)

Us ;)

Banyak lagu yang kami rosakkan. Encik Suami pula, tak habis-habis tergilakan mic. Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan buat kami kehairanan, dari manakah sebenarnya suamiku ini datang? Semua lagu-lagunya lagu zaman dahulukala ~* But, saya suka lagu black magic women. HUhuhuhu~* Di sesi lalallala juga, Fahi, Ned, Ha & Minmin agak terkagum melihat saya bersemangat menyanyi :P hohohoho~* bila lagi nak melepas gian, kan?

Satu lagu yang buat menggetarkan hati saya sendiri. Lagu 'Terlalu Istimewa' dari Adibah Noor.

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

Tahu kenapa ia mendebarkan? Kerana saya tak mahu 'rasa' didalam lagu ini bertul-betul menghantui saya. Kisah si anak kecil yang dijemput pulang olehNya. :( Aduh...



Tidak sanggup kehilangan anak-anak comel ini. Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas mereka. Jadikanlah mereka berdua anak yang soleh dan solehah.