Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/09/2009

Rindu datang menyapa lagi

Pejam celik pejam celik, tak kurang dari 8 hari Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Aidilfitri kali ini amat saya rasakan. Saya betul-betul rindukan kampung halaman. Hampir 2 tahun saya tak pulang, sudah dua kali Aidilfitri saya terlepas. Tahun lalu, kami sekeluarga beraya di Dubai, dan tahun sebelumnya beraya di Gombak, it was my last raya with Aboh.

Pulang ke Bukit Marak membawa sama kenangan sejuta rindu saya pada arwah Aboh. Aboh kembali kepadaNya tanggal 26 Disember 2007, hampir 2 tahun sudah. Rindu dalam hati ini tidak pernah surut, tidak pernah bertepi. Rumah yang Aboh tinggalkan di Bukit Marak menyaksikan segala suka duka kehidupan kami sekeluarga. Banyak kenangan indah yang terpatri di rumah itu, melihat kepada halamannya yang menghijau sahaja sudah cukup membuatkan hati saya terubat. Arwah selepas sah bergelar pesara gemar menanam pokok-pokok buah-buahan di sekitar halaman rumah, dan kesemua pokok-pokok buahannya diberikan nama untuk cucu-cucunya. Sebagai satu ingatan yang tak padam untuk kami semua. Untuk Idris, jika tak silap saya di belakang bilik kami, disebelah tangki air.

Seekor kucing juga punya memori untuknya

Rumah di Bukit Marak itu menyimpan banyak nilai sentimental kepada saya sekeluarga. Segenap ruang di rumah itu mempunyai kenangan bersamanya. Terpandang kepada kucing peliharaan kami juga mempunyai memori disebaliknya. Saya namakannya Owen. Lalu Arwah bertanya, kenapa Owen? Tahun 1998, saya tiba-tiba meminati bola! Kebetulan, dimasa itu demam World Cup. Jika tidak salah saya, Michael Owen yang pada masa itu bermain untuk pasukan England memang menarik minat saya [saya budak form 4, ok?], lalu saya namakan kucing itu Owen. Arwah tergelak, namun merestui pemberian nama itu. Arwah juga menyaksikan bagaimana 'gila' anak daranya ini mengunci jam dan bangkit pada jam 3-4 pagi demi menyaksikan Owen di kaca TV. Tatkala itu, Arwah bangkit untuk bertadarus dan menunaikan solat di sepertiga malam dan seterusnya menyambung menunaikan solat subuh di masjid. Masjid favourite Arwah adalah Pondok Terusan, Pasir Tumboh, selang 15 minit memandu dari rumah kami.

Sepulangnya Aboh dari solat subuh, akan dibawa pulang dengan sarapan pagi. Lazim orang kelantan, bersarapan dengan makanan berat. Aboh akan membawa pulang pelbagai juadah. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan kuih muih. Tak lupa juga, nasi berlauk tanpa timun dan sambal istimewa untuk Owen! Comel bukan? Arwah memang seorang yang penyayang. Owen juga seperti mengerti, nasi untuknya juga ada. Tiap kali selepas subuh, dia akan menunggu Arwah dihalaman rumah kami, didepan pagar. Bila Arwah tiba, dia akan datang dan menggesel-gesel kepalanya pada Arwah.

Tiap kali melintas dihadapan biliknya juga menggetarkan jiwa saya. Masih ternampak-nampak Arwah Aboh terbaring sambil menggoyangkan kedua-dua kakinya membaca Strait Times. Masih terngia-ngia lagu dendangnya sewaktu Arwah menuruni tangga ~ 'kukan pergi, membawa diri.. lalala' Aduh, sungguh saya rindukan nyanyian itu.

Gambar di atas dirakam pada tahun 2004. Aidilfitri pertama saya sebagai seorang isteri.

Aidilfitri kali ini, semua rutin biasa Aidilfitri akan tetap kami sekeluaga teruskan. Selepas solat kami adik-beradik akan mengunjungi nenda, ibu kepada Arwah. Cik selalunya akan membawa juadah di pagi Aidilfitri buat mertuanya. Bezanya kali ini, kali pertama saya beraya di Bukit Marak tanpa kehadiran Arwah. Tiada lagi kedengaran takbir dirumah itu seawal jam 6 pagi yang dilaungkan sendirian oleh Arwah selepas menunaikan subuh. [Bilik kami sebelah menyebelah sahaja].

I'll always be a daddy's girl. Taken on September 2006 at Cameron Highland.

Menulis coretan ini membuatkan mata saya bergenang. Saya pasti, abang-abang dan kakak-kakak saya juga merasai getar yang sama dengan saya tatkala membaca coretan ini. Mungkin Cik lebih lagi merasainya berbanding kami, 43 tahun berkongsi hidup, manakan bisa dipadam luput ingatan itu. Saya redha dengan segala apa yang terjadi. Allah lebih sayangkan arwah, dan begitu juga kami. Selama 25 tahun menjadi anakanda bongsu kepada arwah, saya bersyukur saya mendapat kasih sayang ini darinya, walau saya akui saya masih belum puas mengecap kasih sayang itu. Hari ini, menjadi ibu kepada Idris dan Sophia, membuat saya benar-benar mengerti bagaimana rasa kasih itu melingkar didalam hati untuk anak-anak. Kini, saya faham kenapa dua kali Arwah menolak peluang untuk berjauhan dari keluarga. Semuanya demi kami, anak-anaknya.

Ciuman sang anak untuk seorang ayah di Aidilfitri. Dan, itulah ciuman terakhir yang dapat saya berikan kepadanya di Aidilfitri.

Rasanya saya tidak mampu untuk menulis lagi, down into memory lane. Banyak benda yang saya terkenangkan bersama Arwah, tapi saya tidak kuat untuk menulisnya disini. Pesan Arwah, setiap hari Jumaat jangan lupa membaca surah Al-Mulk, dan di pagi 21 Ramadhan, hari Jumaat tatkala saya bertadarus memilih surah Al-Mulk untuk dibaca, saya teresak-esak membacanya. Kerana itulah saya menulis coretan ini. Demi sebuah kenangan. Rasa rindu ini, akan sentiasa mekar dalam hati saya. Sampai bila-bila.

Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Al-Fatihah.

** entry ini asalnya ditulis pada jam 4.25 pagi, 21 Ramadhan selepas sesi tadarus selesai, di saat mata saya sarat dengan air mata, tetapi hanya berjaya disiapkan entri ini keesokkan harinya.


p/s: sengaja saya disablekan ruangan komen untuk entry ini.

10/09/2009

20 Ramadhan ~ saya hiba dan tersentuh.

Saya baru sahaja mengapprovekan satu komen yang ditinggalkan untuk entry Anugerah Allah tadi. Saya benar-benar tersentuh dengan komen ikhlasnya :(

*
*
*

Hai Adik Puteri, Akak terbaca blog adik semasa google nama kawan lama akak, rupa-rupanya kawan lama akak tu abang kesayangan adik yg telahpun tiada. Kali terakhir akak berhubung dgn Arwah Nan pada awal 90-an. Dulu kami sama-sama sekolah rendah di Kuantan. Masa tu adik Puteri baru lahir. Selepas sek rendah, kami terputus hubungan sehinggalah bila Arwah sakit, dia tulis surat selepas dia dapat alamat akak dari cousin Puteri, Anis (juga kawan akak). Memang kami selalu berutus surat kadang dia telefon kalau akak cuti. Selepas beberapa thn, tulisannya semakin sukar dibaca sehinggalah suatu hari, dia call katanya tak boleh tulis surat lagi. Bercakap di telefon pun adiknya tolong pegang gagang telefon. Akak sedih sangat. Nak pergi melawat, dia tak bagi. Katanya tak mahu menyusahkan org. Kemudian kami terputus hubungan. Masa akak di kampus, ada org tak dikenali dtg pada akak, cakap arwah kirim salam dan dia sedang tenat. Akak tak tahu nak buat apa. Menyesal sebab tak melawat arwah dulu. Sehinggalah pagi tadi, tiba2 teringat pada dia dan akak Google namanya. Dia kawan yg sgt baik. Masa di sekolah dulu, dia gila bola. Team favourite Juventus dan minat Paolo Rossi. Dia left-handed dan hensem. Masa di sekolah dulu,budak2 perempuan ramai admire dia. Akak salah sorang kot:) Arwah memang sihat walafiat masa kecil. Tiba2 saja jatuh sakit. Bila akak tanya, sakit apa? Dia kata lepas main bola, kaki dia tiba2 sakit dan terus lumpuh. Tapi walaupun sakit, dia tetap ceria, positif, selalu beri nasihat & bergurau mcam biasa. Adik Puteri, nanti kirim salam pada ibu adik ya. Jaga Idris baik2. Byk2 kan bersabar & redha. Ingat, things happen for a reason. Pasti ada hikmah yg tersembunyi. Only Allah knows.

Uda, rindu gelak tawa kamu!

... meremang bulu roma saya, sebaknya. Arwah merupakan abang kesayangan saya yang sudah pulang kepadaNya. Wajah Idris sendiri saling tak tumpah seperti wajah arwah. Kata FIL ku, oly good die young dan saya akui, Arwah seorang anak yang sungguh istimewa dari adik beradik yang lain.

Sewaktu saya kecil, saya tanyakan pada Arwah Aboh saya, siapa anak Aboh yang paling Aboh sayang, Aboh jawab mestilah saya sebab saya anak bongsu, tapi Abang Nan is my golden son. Waktu itu saya cemburu sangat-sangat. Tapi, bila saya dianugerahkan Idris, saya mengerti mengapa Arwah Abang Nan di anggap sebagai golden son.

Dan, ini juga pesanan -Mamamia- untuk saya membesarkan Idris. Saya sungguh bersemangat, seperti diberi satu semangat baru yang sungguh kental.

*
*
*

Akak nak share kisah akak pulak sebab akak tengok, adik risau sgt dgn Idris. Anak lelaki akak, Adam, masa dlm kandungan, doktor suruh abort kerana disyaki akan mengalami brain damage tapi akak redha & teruskan. Akak sanggup terima apa saja yg Allah beri. Dah siap survey pusat jagaan & treatment utk down sindrome. Hari2 akak doa, jgn dicacatkan otaknya, biarlah pada anggota lain seperti tangan dan kaki pun tak apa. Allah Maha Mendengar, anak akak lahir istimewa dgn tambahan 4 jari. Semuanya 24 jari dia. Dia juga lambat bercakap & berjalan, dan selalu kena sawan dan lelah tapi fizikalnya ok, sentiasa over-weight. Akak tak putus2 berubat dan Alhamdulillah dia dah mcm budak2 lain. Akak tak paksa dia belajar. Biarkan saja dia buat apa yg dia suka asal dia happy, main robot & tengok kartun. Periksa di sekolah pun kelas akhir nombor 30 dan tak tahu baca ABC pun masa darjah 1. Memang stress bila org asik compare dia dgn budak2 lain sebab fizikalnya ok tapi perangainya mcm budak kecik lagi. Akak beri dia laptop, hari2 kerjanya menggodek internet main game & youtube. Tiba2 thn lepas dia boleh membaca, dapat nombor 3, puasa penuh dan report card pun dah mula biru. Dia cakap dia nak jadi jurutera buat robot. Alhamdulillah... sebagai ibu, jgn putus asa. Ini baru dugaan kecil.

Akak, it's very inspiring story!

To: Mamamia

Kak, tolong hubungi saya, biarlah saya yang menjalinkan semula jalinan silaturahim yang terputus ini. Nanti akak tolong email saya ye -- puterinuur@yahoo.com.


Oh Cik Kelis...

Imbas kembali Oktober 2004, saya kegembiraan kerana buat pertama kalinya saya memiliki sebuah besi yang layak saya panggil kereta. Besi yang berwarna emas, kecil comel yang membawa saya ke mana sahaja destinasi yang ingin saya jejaki. Walaupun ianya cuma sebuah kereta kecil dan tidaklah dari 'baka' besi yang berjenama, saya puas kerana besi itu saya perolehi dari titik usaha saya sendiri sewaktu saya berusia 22 tahun. Saya namakan Cik Kelis.


Cik Kelis adalah mangsa eksperimen saya untuk memandu laju. Encik suami memberikan keizinan 100% kepada saya untuk berbuat apa sahaja terhadap Cik Kelis. Namun begitu, Cik Kelis bebas saman 100% (kalau adapun, mesti itu adalah hasil kerja kreatif Encik Suami dan orang-orang lain tidak bertanggungjawab). Saya sering menggunakan 'helah memakai kereta kelis' sewaktu jalan jammed dengan mencilops kiri dan kanan serta saya tersangat senang untuk memperolehi parking di kawasan-kawasan Presint 1 sekarang ini kerana saiz Cik Kelis yang kiut miut membuatkan dia senang 'dicampak' dimana-mana. Sungguh fleksibel Cik Kelis kepada saya.

Pada tahun 2005, Cik Kelis pernah 'sakit' terkena buatan orang. Cik Kelis dilanggar secara tidak sengaja di pintu sebelah kanannya. Waktu itu, hati saya remuk redam. 2 minggu Cik Kelis tidur di dalam wad.

Hasilnya, Cik Kelis digantikan dengan 2 pintu baru. Cik Kelis terus berjasa kepada saya. Cik Kelis lah menyaksikan pemanduan solo saya dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Cik Kelis sungguh berjasa dan sungguh serasi dengan saya. Bukanlah saya tak pernah menyakitkan Cik Kelis, kalau setakat tergores di bumper, dan calar-calar di seluruh badannya, memang saya akui saya menderanya. Tetapi, itu semua kesakitan minor hasil kerja memnya. Saya sayang Cik Kelis, servis kereta tak pernah saya hantar ke workshop bawah pokok, saya mesti akan hantarnya ke Perodua, klinik sejati Cik Kelis. Spare part semua original. Kali terakhir saya menghantarnya ke klinik pada 5 September, untuk diservis dan pada 6 September untuk diganti tayarnya. Hampir cecah 4 angka jugalah saya leburkan untuk kesayangan saya Cik Kelis.

Tanggal 8 September 2009 bersamaan 18 Ramadhan, sewaktu saya seronok baru pulang dari Bazar Ramadhan, Kak Yan telefon saya.

"Sue, awak kat mana? Anda (nickname Encik Suami) accident kat Bentong, he trying to get you tapi tak dapat," saya waktu itu terkedu. Lemah longlai saya rasanya. Terus saya hubungi encik suami. Masih saya ingat dua soalan pertama saya tatkala encik suami mengangkat telefon.

"Abang OK? Any bleeding? Any injury? Was it painfull?" dan bila encik suami menjawab semuanya OK dan no, no, no, soalan saya seterusnya " How was Kelis?" encik suami cakap, "teruk" aduh.. tapi, saya masih maintain cool. Saya call AAM, saya call abang-abang saya tanya itu ini dan minta bantuan, last-last sekali saya ambil keputusan, encik suami pulang dengan naik towing truck dan hantar Cik Kelis terus ke bengkel. Bila jumpa aje encik suami, saya lega. Dia sihat sebagaimana selalunya cuma kesian dia masih belum berbuka. Saya teman dia berbuka dan malamnya, Andak datang bertanya khabar.

Esoknya, saya tidak ke pejabat. Saya ambil keputusan untuk melawat Cik Kelis kesayangan saya di bengkel, lagipun as an owner, saya perlu sign beberapa document untuk nak claim third party insurance. Sampai sahaja di bengkel, saya dah tarik nafas dan nekad saya akan cool nak jumpa Cik Kelis.

*
*
*
*
*

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Saya terpekik, sedihnya! Tak lekang saya membebel free kat encik suami yang muka dah serba salah tahap dewa. Memang saya sayang encik suami, tapi bila tengok Cik Kelis dalam keadaan ini.. aduh, saya sendiri tak pernah menyakitkan Cik Kelis hingga ke tahap ini. Tapi, saya syukur sebab Cik Kelis yang kena seteruk itu dan bukannya encik suami. Cik Kelis hanyalah besi dan boleh ditukar ganti, tapi bukannya encik suami yang cuma satu dalam dunia ini untuk saya. Sewaktu mengosongkan kereta, saya tak habis-habis bercakap sendirian dengan Cik Kelis "Cik Kelis, maaf. Get well soon" mungkin orang akan kata saya agak mereng, tapi saya treat semua my belongings equally like how I want people to treat me nicely.

Lelaki ini yang 'meranapkan' sebahagian badan Cik Kelis saya :(


Cik Kelis, saya tinggalkan flip-flop ladybird ni untuk temanimu ~ get well soon! ^-^

Malam itu, mungkin kerana dihantui rasa bersalah tak bertepi, encik suami sms saya ini --->

"Andai kau menjadi pelangi,biarku jadi awannya agar kita selalu bersama. Andai kau menjadi merpati biar ku jadi sang bayu,agar kita sering bertemu.Andai kau menjadi puisi, biar ku jadi melodi, bersama kita menyanyi. Andai ku jadi rembulan,sudikah kau menjadi kejora hingga pagi nanti.Andai esok aku menjadi tanah sudikah engkau menjadi bunga menghiasi dadaku?"

Oh Bubu, i'm melted again! I love you, too.

03/09/2009

Vivik... vivik..

Semalam saya tiba di rumah agak lewat, beberapa minit sebelum azan berkumandang. Cik sibuk menyakat Sophia bila terlihat sahaja batang hidung saya, dan si kecil itu mulalah tersenyum manis apabila terpandang Mamanya. Nama anak itu saya seru, senyuman lebar lagi menguntum di wajahnya. Hilang segala penat lelah yang bertandang. Saya jejak kaki ke dalam rumah, Idris terguling sahaja. Anak itu saya cium dan bisikkan padanya 'Mama sayang Idris' dan dia tersenyum dan ketawa. Begitulah kebiasaannya.

Idrisku yang mula 'bersuara'

"Tadi dia panggil Bibik," saya pandang Cik, seperti bertanya lebih lanjut. "Dia sebut Vivik," tambah Cik lagi. Kak Yan juga menyampuk "Kak Yan pun dengar Sue" aduh, gembira dalam hati.

Mungkin pada orang lain, anak seusia Idris @ 2 tahun 6 bulan yang baru boleh bercakap di anggap tidak ada apa-apa, tapi bagi saya besar kesannya. Speech Idris semakin bertambah dari sehari ke sehari. Dulu, saya perhatikan dia memanggil nama saya dan suami sedari umurnya mencecah 8 bulan lagi, tanpa sebarang pelat. Diikuti dengan Jek (Cik), Tey Tey (Tok), Adz (Zul Adz) dan terbaru Vivik (Bibik). Gembiranya hati!

Saya perhatikan, banyak perubahan pada diri Idris selepas 2 kali mengikuti sesi dengan Kak Raw di Gedangsa. Kenapa saya begitu yakin ianya hasil kerja Kak Raw yang diizinkan oleh Allah? Sebab semenjak Idris mendapat rawatan dengannya, saya menghentikan semua terapi di hospital atas alasan H1N1. Tak berapa berani nak membawa dia ke tempat-tempat awam, terutamanya hospital. Sarang penyakit!

Selera makan Idris juga semakin bertambah. Makannya 2-3 kali sehari, dan apa yang menggembirakan saya juga, Idris sudah makan apa yang saya masak. Seronok melihat dia makan, tatkala dia mengangakan mulutnya minta di suap, tatkala dia menangis minta ditambahkan pouridgenya. Aduh, gembira dan puas hati saya.

Malah, Idris juga lebih fokus. Saya perhatikan dia gemar menonton Baby Einstein dan Cartoon Network, dan adakalanya dia juga tergelak dengan keletah nakal kartun di layar TV. Bukankah itu tandanya Idris memahami jalan cerita kartun? Banyak kali saya perhatikan. Dia memandang TV dan tergelak, sejurus memandang semula. Saya harap ianya terus-terus berterusan dan menjadi semakin baik. Saya mengharapkan daya fokus Idris meningkat, sel-sel otaknya bercantum menyampaikan arahan-arahan yang dihantar oleh seluruh anggota badannya seterusnya menggerakkan badan Idris kelak.

Apabila berjalan juga, koordinasi kakinya semakin kukuh. Kalau dahulu, apabila didirikan Idris lebih cenderung untuk berdiri di atas satu kaki, tapi kini walau agak pijar Idris masih mencuba untuk berdiri menggunakan kedua-dua kakinya.

Syabas Idris. Kan Mama dah janji, Mama akan setia bersama Idris, Mama akan bantu Idris sehabis daya Mama, cuma janji pada Mama Idris tak akan mengalah. Ok?

01/09/2009

Sebaliknya..

Semenjak 18 Ogos lalu, saya secara rasminya tidak mempunyai pembantu di rumah. Aduh, sungguh mencabar menjadi seorang Mama kepada Idris dan Sophia, menjadi seorang isteri kepada Abahnya yang perlu menguruskan keperluan dalam dan luar :P serta menjadi seorang anak dan menantu [cuba menjadi yang terbaik]. Pembantu rumah saya hanya akan tiba di ambang Aidilfitri.

Tidak akan sesekali saya membelakangkan kepentingan anak ini demi diri saya.. TIDAK akan.

Sebelum ini, bermacam cadangan yang berlegar di dalam kepala, ke mana harus saya letakkan Idris dan Sophia. Kesiankan. Ikutkan hati, ingin sahaja saya bercuti tanpa gaji, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Saya kasihankan Idris andai diletakkan di nursery. Bukan nak mengata jagaan nursery tidak bagus, tetapi anak seperti Idris akan diabaikan sekiranya dimasukkan ke nursery harian biasa, pastinya dibiarkan berlapar, diapers yang tidak perlu diganti. Idris tidak menangis, tidak meragam dan tidak diminta memberi perhatian. Ish, tidak tidak. Itu perkara yang tidak akan sesekali saya pertimbangkan. TIDAK!

Saya menumpang dirumah mereka sekarang yer.. (-*-)

Bagi menjaga kebajikan anak, belas ihsan Abang Awish dan Kak Yan saya sanjung tinggi. Terima kasih ye, kerana mengizinkan Idris dan Sophia diletakkan dibawah jagaan pembantunya Ijah yang cekap sepanjang saya bekerja di pejabat, dan apabila malam menjelma dan hari minggu, saya berusaha segigih mungkin untuk menguruskan mereka berdua sendirian. Susah? Sangat susah bagi saya kerana selama ini saya sentiasa punya pembantu. Punya pembantu yang membantu menguruskan anak-anak dan rumah tangga, tapi kali ini, saya seorang diri (dan dibantu oleh Tok dan Abahnya juge :P) secara keseluruhan! Wah.. sayalah superbionik Mama! :P

Si Phia yang seronok men'conquer' Bibik orang :P

Setiap benda datang dengan kebaikan dan keburukannya, kan? Saya tak ingin berbicara mengenai penat, letih, susah lagi. Saya boleh berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kudrat demi anak-anak saya.

Kalau dulu, saya bangkit dari tidur jam hampir mencecah 7 pagi, subuh dinosour dan terkedek-kedek bersiap ke pejabat, tapi sekarang tidak lagi. Kini, saya bangkit jam 5 pagi, ke dapur memasakkan pouridge anak-anak, bersolat subuh seawal jam 6 pagi dan tayar kereta TAH7444 bergerak ke pejabat sebelum jam mencecah 6.30 pagi! Banyak keberkatan saya peroleh, kan?

Kalau dulu, hari minggu saya, saya akan menyambung tidur selepas subuh dan terlentang dan bersuka ria dengan Idris dan Sophia di depan TV, hari minggu saya kini bermula juga seawal 5 pagi, saya menyapu, mengelap lantai, mencuci baju, menyediakan keperluan anak-anak dan rumahtangga! Itu ditambah lagi dengan mencuci tandas-tandas di rumahku~ huhuhuhu. Memang seorang bibik sejati, ok?

Kalau dulu, Abahnya akan bersenang lenang menjerit 'Mama/Bibik, Idris b.o (poo poo)' dan dia dengan selambanya mencapai remote TV atau lappynya, oh kini tidak lagi. Kami sama-sama yang akan membersihkan Idris, dan Sophia juga memainkan peranan yang 'penting' dan men'educate' Abahnya mengenai anak-anak dengan menjadi seorang yang 'crancky' dan minta didukung 24 jam sepanjang matanya celik. Tatkala sang Abah naik angin, dia akan memberikan satu senyuman yang paling manis dan memanggil 'Aaabah!' dan, magiknya semua itu dapat menyejukkan hati Abahnya! Huhuhu~

Abah dan anak perempuannya yang banyak auta ;)

Betul bukan, pandang benda dari sudut positif, pasti kita akan dapat menempuhnya dengan senang dan aman.

p/s: berulang alik dari Gombak ke Putrajaya setiap hari bukan kerja mudah bagi saya, tapi bila mengenangkan kebajikan anak-anak, saya sanggup berkorban.

p/s: geng-geng Gedangsa, [Ina, Ita, Jiey -- berbuka puasa sama-sama?]