Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/06/2009

Jemputlah saya pulang dahulu, sebelum Idris...

Semalam, saya tengok Idris asyik menguis-nguis kepalanya, sekejap-sekejap matanya. Dalam hati kehairanan, mengapa? Saya terus memerhati, beberapa saat kemudian, Idris menangis, meraung. Saya cepat-cepat hampiri, saya teliti badannya. Dari kepala, tangan, badan dan akhirnya kaki. Ya Allah, rupanya ada semut menggigit badannya. Cepat-cepat saya nyahkan riwayat semut itu.

Terdetik seketika didalam hati saya. Agaknya sudah berapa lama semut itu menggigitnya? Tiba-tiba hati dipagut sayu. Sangat sayu. Kesian Idris, melawan semut seekor juga dia tidak mampu. Saya pandang lagi dia, dia sudah seperti lupa akan kesakitannya beberapa saat yang lepas, dia lepas bebas terguling di atas play matnya. Kadang kala kedengaran hentukan kakinya yang kuat. Sekejap-sekejap di atas lantai, sekejap-kejap di badan Piano. Tergesa-gesa saya bangkit membetulkan posisinya.

Semalam saya keluar sebentar dengan Min Min ke JJ Equine. Entah macam mana, tiba-tiba radio memutarkan lagu 'Tercipta Untukku' lantas aku suarakan pada Min Min, lagu ini sungguh syahdu. Kenapa tanyanya sepatah. Lantas aku jawab, aku dedicate lagu ini untuk Idris. [Lagu ini saya attach disini, ada dalam playlist dibawah, track #4]

Menatap indahnya senyuman wajahmu
Membuatkan ku terdiam terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku sepanjang hidupku

Senyuman Idris tidak pernah gagal menceriakan hari saya. Kadang kala buat saya terpaku, indahnya ciptaan Allah. Saya tahu, Idris adalah pelengkap hidup saya, tanda cinta saya dan suami. Usai sahaja lagu itu berkumandang, saya tiba-tiba sebak.

"Min, akak selalu berdoa. Kalau Allah nak tarik nyawa akak, akak minta dia tarik nyawa Idris dulu. Sebab akak tahu, kalau akak dah tak ada, tak ada sesiapa yang mampu menyayangi, menjaga dan menguruskan Idris seperti mana akak buat" aku nokhtah disitu. Sayu dan Min Min juga berjeda air mata bergenang di kelopak mata.

Gambar kesukaan saya, sepanjang masa. Di saat saya bergelar ibu. Rahmat Ilahi yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Waktu ini, Idris dikembalikan kedalam pangkuan saya setelah dia menangis selepas Majlis Cukur Jambulnya selesai. Saya rindukan saat-saat dia bergelar anak kecil saya.

Moga Allah mendengar doa permintaan hati ibu ini, andai Dia ingin menarik nyawa saya, menjemput saya pulang kepadaNya, jemputlah Idris dahulu. Walau saya terlintas di benak juga amat ngeri untuk dibayangkan hidup saya tanpa Idris, tapi saya rela. Saya tak ingin selepas ketiadaan saya anak ini disia-siakan meskipun saya percaya pada janji Allah, Dia tidak akan mensia-siakan hambanya.

Mama sayang Idris. Sangat-sangat.

24/06/2009

Tag Dari Mama Nina - Jue :)


Sangat lama rasanya saya tak lesaikan hutang-hutang lapuk saya yang ditag oleh blogger lain. Tapi hari ini, 'terluang' sedikit masa untuk aktiviti ini :)


Gambar masa muda-muda dahulu :P cun bangat Mama Nina ini ;)
Saya langsaikan hutang tag dari Jue

Nama-nama Timangan
Oh, it goes by a few names.

Dulu-dulu, my close family used to call me dik nuur when I was little. Tapi, bila balik ke Kelantan (dulu, saya tinggal di Kedah since lahir until age 4-5 years old) my parents changed my name to 'Sue' (bongsu) :P Lepas tu, semasa belajar sekali lagi saya menukar nama saya kepada Put, sebab senang untuk orang nak ingat. Anak-anak buah panggil saya 'Wansue' dan Cik saya akan panggil saya dengan nama 'Nuur Khadijah' bila dia nak marah. Hahaha, so bila dia panggil macam tu, anak bongsu dia ni dah stand-by dengan sebarang kemungkinan :P seperti contoh melarikan diri sebelum kena bambu kaw-kaw punya lalalal~~~

Encik Suami [nickname dia Bubu] masa awal-awal kahwin dulu dia panggil saya Sayang, later than Baby. Hohoho~ masa muda-muda la katakan, tapi selepas Idris lahir, nama saya yang selalu dia panggil Baby tu dah langsung tenggelam, mungkin dia reserved untuk Idris kot, tapi sekarang ni since Sophia lahir, Sayang takde, Baby pun takde. Ada masanya dia panggil Sue, adakalanya dia panggil Mama dan adakalanya bila aura nak menyakat saya datang dia akan panggil 'G' ataupun 'Ge'.

Korang tahu apa maksudnya, G tu maksud hape? Kalau tak tahu, sila tanya. :P

Anda seorang yang..
sangat-sangat suka makan :) sangat-sangat suka gelak :) sangat-sangat suka bermain game :) sangat-sangat suka berkorban untuk orang-orang kesayangan disekeliling saya :) sangat-sangat suka membeli hadiah untuk encik suami dan anak-anak saya :) sangat-sangat percaya retail theraphy itu ubat mujarab menyembuhkan sakit stress saya yang menggila :P

Insan Teristimewa? Describe apa yang membuatkan dia istimewa di mata anda.
Sesungguhnya dunia saya kini adalah Iskandar, Idris & Sophia :) merekalah insan-insan teristimewa dalam diri saya yang memberikan warna dan muzik dalam hidup saya. Juga keluarga saya, Cik - Paduka Bonda yang sangat saya sayang, saya sanjung dan saya hormati dan juga arwah Aboh saya yang memang hingga kini saya masih merindu. The whole wonderfull bunch of abang-abang dan kakak-kakak yang saya tahu sangat-sangat memanjakan saya :) dan juga, pasukan anak-anak saudaraku seramai 14 orang itu. Juga, bapa mertua saya yang sangat rock!Lagu-lagu kesukaan anda..
Brian Mc Knight : Back at One
N' Sync : This I Promise You
Ungu : Tercipta Untukku

Sebenarnya macam banyak lagi, tapi yang pasti semua lagu Faizal Tahir adalah kegemaranku.. yieha~

Oh anak Pakcik Tahir ini memang saya minat tahap dewa osbestos :P

Makanan Kesukaan Anda..
Nasi ayam, tak kiralah siapa yang masak atau dari mana.

Buffolo Chicken Wings + Chicken Mushroom Soup dari Chili's & masakan Thai.

Kalau western food, saya tersangat-sangat suka ini dari Victoria Station.

Ish, meleleh air liur mokcik. Dan, list terbaru adalah: Chicken Kabsah dari Restaurant Saba di Cyberjaya. (Sure si Fahiya, Afza, Ha & Juju agree nih :P) -- jenuh cari gam

Warna Kesukaan Anda..
Hitam, Putih ataupun combination of both :P

Hitam Putih bersama Encik Fahrin ;)

Sikap yang membuatkan anda stress..
Orang yang suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain. Cuba bayangkan anda ditempat mereka, apa rasanya direndah-rendahkan? Lepas tu, si bodoh sombong yang dah tahu salah atau tak gheti tapi nak buat-buat gheti dan bila kita tegur ni, dia marah-marah plak. Apekah? Bak kata Ha, 'sekolah bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis' :P

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda:
1) RM + Kredit Kad + Kad Bank
2) Kamera digital + handphone
3) Kunci rumah + kunci kereta
4) Barang-barang keperluan Idris & Sophia.

[Defination barang-barang Idris & Sophia: Pampers Huggies size L & M, Wet tissue, sepasang baju Idris, sepasang baju Sophia, napkin & toilettries. ]

[Boleh bayangkan tak betapa besarnya beg saya?] :P

Kali terakhir anda menangis dan kenapa..
Oh.. ini sensitif ni. Malu pun ada nak mengaku, sebenarnya saya selalu menitiskan apabila saya menulis blog, terutamanya cerita mengenai Idris. Apa yang saya terjemahkan ke dalam kata-kata adalah datangnya dari hati saya. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang lain, tapi cukuplah setiap kali saya membacanya, ianya tidak pernah gagal menghantar rasa getar dan sayu dalam hati saya. Mungkin aneh :P Atau, mungkin juga saya seorang yang terlalu sentimental.

Tag 6 Rakan Anda..
Fahiya
Apza
Min
Zila
Anim
Leen

Siap. Yeay! Langsai satu hutang ;)

Saya Ikhlas. Titik.

" Saya berbuat baik bukan untuk mengharapkan balasan. Saya berbuat baik dengan orang lain kerana saya juga suka dan senang apabila ada teman dan taulan yang sudi menghulurkan bantuan, pertolongan dan meluangkan masa untuk saya, dan saya suka meletakkan diri saya di dalam kedudukan orang lain. Saya percaya, jika saya tidak dibalas dengan sesuatu kebaikan itu hari ini, saya yakin anak cucu cicit generasi saya akan tetap merasainya. Itu hukum alam. "

Itu kata saya kepada seseorang kenapa saya suka berlaku baik kepada orang. Bukanlah nak kata saya seorang yang 'bagus' sangat, tapi sekurang-kurangnya saya suka menyenangkan orang walau saya tahu saya tak mampu menyenangkan hati semua orang.

Cukup andai segala kebaikan yang saya lakukan hari ini dapat dirasai oleh anak-anak ini dan juga generasi saya seterusnya :)

Untuk disimpulkan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.


18/06/2009

Rumahku Syurgaku

Masih ingat saya memperkatakan tentang PDK Idris? Ikhlasnya, saya tiada kesempatan langsung untuk menghantar dia ke sana. Jadual mingguan saya padat, dengan rutin sekurang-kurangnya sekali seminggu saya terpaksa mengambil half day dan paling hectic, dalam seminggu tiga kali half day bagi memenuhi tuntutan keperluan Idris di hospital. Bersyukur kerana boss memahami.

Minggu lalu, tak tahan dengan jarak rumah yang agak jauh (Seri Kembangan ke Putrajaya) memakan masa selama 30-40 minit memandu (seandainya jammed) membuat saya nekad memohon kuarters. Suami bersetuju, mana-mana untuk kepentingan Idris, dia tidak kisah sangat, asalkan mudah dan Idris dapat diuruskan dengan sempurna. Saya sengaja memilih Precint yang berhampiran dengan sekolah Idris ataupun kawasan berdekatan dengan kawasan Hospital Putrajaya. Rumah kecil bukan lagi masalah untuk kami, yang penting Idris.

Dan semalam, permohonan kuarters saya diluluskan :) Al-hamdulillah. Cepat bukan? In less than 5 working days!

Lantas, bertanyalah orang kepadaku, pakai kabel besar ke?

Jawabku, tidak. Rezeki anak saya. Saya punya anak istimewa, dia yang membantu saya.

Anak ini yang memberikan saya kediaman. Allah permudahkan semua urusan, demi membesar dan mendidik anak ini. Allah salurkan bantuan kepada saya, dipermudahkan segala urusan.

Apabila saya menjejak sahaja ke kawasan perumahan baru saya, Al-hamdulillah. Berjiran dengan surau, berhadapan dengan playground dan court futsal. Satu persekitaran yang saya rasakan cukup sesuai untuk orang berkeluarga seperti saya dan sekolah Idris cuma selang 2 blok dari bangunan rumahku. 5 minit cuma memandu ke tempat kerjaku. Aduh, terima kasih Allah. Sujud penuh kesyukuran. Rumahku cuma rumah kecil, berbilik 4. Cukuplah untuk kami sekeluarga.

Pada Cik, abang-abang dan kakak-kakakku, hujung bulan adikmu ini akan pindah :) Jangan lupa datang ke rumah baruku, walau ia kecil, pasti disitulah rumahku syurgaku nanti.


15/06/2009

MSK Get-2-Gather & Potluck

Dengan jayanya, saya dan keluarga berjaya juga hadir ke MSK Get-2-Gather & Potluck. Sungguh mencabar kesabaran saya sebagai seorang Mama untuk 'mencungkil' Abah dan anak-anak Abah untuk bangkit dari tidor di pagi ahad yang hening, walau saya sendiri bangkit seawal jam 5 pagi untuk memasak bekalan makanan.

Dimulakan perjalanan pada pukul 9.30 pagi (event start pukul 8!) saya tahu saya dan keluarga bukanlah boleh dibawa majlis :P [blame hubby for the late] tapi masih rasa bersyukur dan berterima kasih kerana hubby sanggup mengorbankan waktu tidur hari ahadnya demi saya :) dan juga, terima kasih kepada gadis ini : Min Min

Walaupun Min Min ni 'future-mommy' [dia masih single but not available] dia datang juga temankan kakaknya yang sorang ni :P dan dia juga 1 jam menunggu saya dan keluarga untuk tiba di Taman Tasik. Sangat-sangat menghargainya, gracias!


Kami tiba jam 10 pagi di Taman Tasik Shah Alam, singgah di Kedai Kopi 1. Rupanya, kami tersilap lokasi. Jenuh jugalah bertelefon dengan Mommy Lyna and hubby do the talking, bukan apa, saya ini buta Shah Alam :P Rupanya, semasa kami tersesat di Kedai Kopi 1 tu, ada juga mommy blogger yang sama tersesat tapi ku lupa namanya :P

Bila dah sampai, of course la dah 2 game yang terlepas. Semestinya, saya terlepas sesi ice-breaking :P sungguh rugi. Tapi tak mengapa, sebab kami sungguh teruja dengan makanan yang banyak sangat dan saya sungguh suka semua cakes yang dibawa :) kami juga sempat bermain game yang mencari pasangan. Hubby sangat sporting pun ingin sama turut serta, sambil dia mendukung Idris dan saya mendukung Sophia.

Tengok, the gentleman pun sangat sporting :P

Saya sedang beramah mesra sebelum game bermula. Tengok Sophia, sangat sporting juga.

Tapi, tak lama saya bersosial. Bukan saya yang disqualified, tapi apabila sedang rancak bermain dan si ayah-ayah sekalian terpekik itu membuatkan Idris terkejut. Alahai.. kesian anak Mama, terkejut dengan pekikan suara sang-sang ayah. Nak tak nak, saya menarik diri. Idris perlu ditenangkan. Saya hulurkan dia kepada Bibik, saya peluk anak itu. Matanya memandang saya, dan apabila saya bisikkan padanya 'Mama adalah sayang kat sini' tangis terhinjut-hinjut dia makin kuat. Saya mengerti, Idris tidak biasa terdedah kepada crowd yang ramai, muka-muka yang dia tak familiar.

Teresak-esak menangis di pangkuan Abah. Tak sampai hati melihat dia terhinjut-hinjut, Sophia saya serahkan kepada Bibik.

Itulah game yang terakhir dan kami selepas itu bergambar.

Kami jerit MSK taw :P

Dan ini kami, diakhir acara. The happy parents, but not the children. Idris & Sophia memang lilin, dah cair. Jenuh dan naik lenguh tangan saya dok kipas mereka berdua, bukan sahaja saya malah si Min dan Bibik juga.


Dan ini, Mommy Lyna the organizer, terima kasih Lyna sebab organize gath yang menarik ini. Biasalah kalau ada banyak kekurangan di penganjuran pertama, tapi tahniah sebab mampu buat jadi kenyataan. Maybe lepas ni kena ada committee tetap ye, organizekan juga family day :) Tiada aral melintang, saya akan datang memeriahkan majlis :P


Dan, credit juga untuk anak Mama Sophia kerana sangat sporting, walau panas, Sophia langsung tak menangis dan Mama maafkanlah bila Phia tak senyum pun..

Sophia :)
Tengok si Min Min buat peace kat kepala dia :P

Overall, we had fun! Tak sabar nak dapatkan list mommy bloggers yang attend hari tu, Lyna bila dah siap tu jangan lupa email ye. Nak kenal ni :)

12/06/2009

MSK Get-2-Gather & Potluck


Yeay! Jom la ramai-ramai datang memeriahkan picnic ni..

Insya Allah, saya akan datang, dengan membawa Encik Suami + Idris + Phia dan bibik sebagai pembantuku :P

Sebab potluck, teringin nak masak Sphagetti :P tapi, tengoklah apa yang jadi pada hari tu ;)

Fisio

Hectic!

Masa berlalu dengan pantas, susahnya nak blogging pun agak terhad akhir-akhir ini. Dah lama tak letak gambar semasa sesi Fisio. Hari ni, sengaja nak update walau tiada latihan terapi yang baru, asyik dok ulang benda yang sama :P Sesi kali ni, baru berkesempatan nak rakam gambar. Itupun di penghujung siaran dah, al-maklumlah sekarang ni saya sendirian membawa Idris saban minggu, cuma kadang-kala ditemani Abahnya.

Penat sungguh jika menghadiri sesi fisio tatkala Idris tak behave! Saya tidak marah, dan adakah ini ertinya saya merungut? Oh, tidak. Cuma, Idris seperti juga anak-anak lain, bila digasak saban minggu membuat aktiviti yang mencabar dan memenatkan, anak ini juga ada sikap jemu. Dalam erti kata yang positif, Idris juga ada perasaan dan gelengan di kepalanya tatkala saya meminta dia melakukan sebarang aktiviti memang dia benar-benar maksudkannya. It means NO!

Lihat sahaja Idris tatkala kami cuba mendirikannya. Mungkin juga dia mengantuk dan ingin didodoi, kan? Ya, Mama mengerti sayang, tapi Mama tiada pilihan. 15 minit cuma Mama dirikan Idris kali ini [selalunya 30 minit].

Boring mungkin?


Pose istimewa untuk pembaca blog Mama :P Macam rappers la plak..

Dan, inilah hasilnya apabila Idris didirikan. Kaki Idris kemerah-merahan. Bukan sakit, tetapi pergerakan darah berlaku apabila Idris didirikan dan menampung sendiri berat badannya. Perhatikan tumit Idris, agak membulat bukan?


Temujanji seterusnya pada 15 Jun jam 9.45 pagi.

10/06/2009

Father's Day Contest

Tiba-tiba, masa dok 'gedek-gedek' blog kawan-kawan, tersinggah di blog Mama Tisya, rasa macam nak join je contest dia yang mana closing date hari ni jam 2. Ayuh, cepat-cepat.

Dah add blog MamaTisya kat bloglist dan dah jadi follower :D [Means, dah boleh join contest!]

Kategori: Ayah dan anak perempuan

She is soo Iskandar, like father like daughter :)

Shahdan, tersebutlah kisah, terdapat seorang ayah yang bernama Megat Iskandar bin Megat Zaharuddin yang punya seorang anak dara diberi nama Puteri Mariam Sophia yakni Phia nama gelar tubuhnya. Si anak baru 4 purnama usianya.

Momen di atas dirakam sewaktu si Ayah dan si Anak baru bertemu tatkala si ayahnya buat kali pertamanya pergi membawa diri, bekerja luar kawasan, melunaskan tuntutan kerja bagi mencari rezeki yang halal dan bak kata omputeh, outstation. Shahdan, sang anak menangis tiada henti, dari siang ke malam dan dari malam ke siang hinggalah ayahnya menjelma semula di pondok kami yang usang itu, si anak gumbira bukan kepalang, lantas si ibu mengabadikan gambar ini untuk dimasukkan ke dalam scrapt book Phia nanti. Lihatlah muka sang anak, masih buat muka merajuk dia :P

Sambutan hari bapa akan kami satu keluarga sambut di Chili's One Utama itu, almaklumlah hari itu juga jatuhnya pada hari Ahad dan pasti si ibunya tidak sesekali akan mengasapkan dapurnya.

Menuntut syarat menyertai contest ini, dilink juga MamaTisya kat sini :D

08/06/2009

Puteri Mariam Sophia @ 4 Months Old : )

Idris & Sophia :)

Seronok tengok Idris dan Sophia makin mesra bersama-sama. Seronok juga tengok tatkala Idris memekik marah terhadap si adik tatkala Sophia menangis minta diangkat. Pada hemah saya sebagai seorang Mama, Idris seorang yang agak baran orangnya bila hak-hak dan keamanannya digugat :P Pun juga, Idris masih tetap anak baik yang baik, ragamnya tak seperti Abahnya waktu kecil dahulu (itu kata bapa mertuaku, anak-anak aku semuanya baik-baik, Insya Allah. Baik sampai ke besar ye) Kepantangan Idris, jangan diganggu waktu dia sedang beradu, walau di atas lantai mana sekalipun, walau penuh dihurung nyamuk, biarkan dia disitu atau Mama dan Abah bersedia mendengar 'irama' merdu tangisan Idris menangis sepanjang malam, silalah :P

Sabtu lepas juga, puas hati saya dapat membelikan Idris 1 kerusi baru. Sudah lama saya menyedari Mumbo kuning itu tidak lagi selamat untuk Idris, kerana dia sudah mampu meliang lentukkan badannya dan akhirnya dia akan terjelepok di luar kerusi. Bahaya dan kesian Idris.

Inilah kerusi baru Idris, namanya Combi :D Senang dibawa kemana-mana kerana kerusi ini boleh dilipatkan. Sangat aman rasa hati ini bila Idris tersenyum sepanjang masa sepanjang jam pertama didudukkan dalam kerusi ini. Al-kisahnya, tatkala terpandang kali pertama pada kerusi ini, hati telah terdetik, sangat sesuai untuk Idris, tapi suami menegah. Lain kali katanya, dah banyak peralatan Idris yang ada dirumah.

Sepanjang perjalanan pulang dari Alamanda ke rumah jugalah hati ini teringat-ingat akan Combi ;) Tiba aje di rumah, usai solat Maghrib, pada Abahnya aku suarakan justifikasi kenapa Combi harus ku beli. Tersengih suami, mungkin arif dengan perangai isterinya ini, dia akur membawa aku semula ke Alamanda, semata-mata membeli Combi untuk Idris. Bila dah berada di Kids Department, sungguh tidak sesuai andai mata dan tangan ini tak menjeling ke arah pakaian kanak-kanak perempuan, dan Sophia juga mendapat habuannya :) Mama kan seorang yang adil dan kepakaran Mama adalah membuang duit demi anak-anak :P Sungguh berkesan terapi membeli belah ini :)

Dan Mumbo dengan rasminya menjadi milik Sophia :P
Tata Mumbo!

Dan, ini juga bakal menjadi milik mutlak Sophia kelak, tapi buat masa sekarang, on loan basis dulu ye :P Jangan pandai buat-buat gheta sendiri ye Sophia, sharing is caring :)

Their first time in Hop & Pop, look at Sophia's eagerness, semangat ingin tahu Sophia ternyata lebih tinggi berbanding Idris :P

Dan, ini pula aktiviti di pagi Ahad si Abang dan Adik..

Idris: Wah.. ngantuk..
Sophia: Erm, Lope, Mama nak snap picture tu..

Idris: Mana? Mana Mama?
Sophia: Tu, kat sebelah kiri tu...

Idris: Bluek! Mana ada la Phia.. nak kenakan Lope yer..
Sophia: Ish, mana ada, cerita ni bestkan Lope (sambil mata memandang TV)

Idris: Itu pun best, boring la Phia! Tutup telinga, pitching lari dia nyanyi!
Sophia: Mana ada, ok pe?


Alangkah amannya hati ini, andai suatu hari nanti perbualan ini benar-benar terjadi diantara anak-anakku ini. Insya Allah, saya yakin dan positif, suatu hari, saat ini akan muncul dan menjadi realiti. Doa-doakan yer :)

My love of my life :)

p/s: Abaikan 'ruang bermain & berguling' Idris yang bersepah dibelakang itu :P

01/06/2009

Mandi Laut

Akhirnya, terlangsai juga niat Mama nak bawa Idris berenang di laut. Nak biar Idris merasa halus atau kasarnya pasir pantai, dan dengan azam yang tinggi serta mengorbankan waktu tidur di pagi hari ahad yang hening, Mama bangkit seawal jam 5 pagi, menyediakan juadah dan bersiap sedia.

Biasanya orang pergi picnic di waktu petang, tapi kami kali ni di waktu pagi. Jam 6.50 pagi, tayar kereta kami telah bergerak. Terpinga-pinga Sophia bila Mama angkut dia masuk dalam kereta. Abah tak larat nak drive, jadi Mama la jadi super-bionic Mama, demi Idris, demi anak-anak, Mama sanggup bersusah.

Sampai kat sana, ini picture pertama kami ambil. Tengok si Sophia, kehairanan lagi. Mungkin Sophia heran, dengan bunyi ombaknya, dengan air laut yang luas terbentangnya.. hehehe, next time, Sophia plak mandi.

Breakfast kat tepi pantai, oh.. sungguh indah. Si Idris tataw la pandang apa tu...

Breakfast kat tepi pantai. Idris pandang apa la tue.. burung kots.

Abahnya sedang usyar air laut, air macam pasang.. katanya. Sebenarnya nak cari alasan main air :P

Disebabkan gambar XX rated, tak bler la nak upload pic Idris main air kat tepi laut. Tapi, suka tengok pic nie...

The sexy legs :P

Ini pula Idris semasa acara 'tanam idris'

Baca doa dulu, ntah apalah Abah, Tok & Mama nak buat ni...

My fave. pic :D

Water Theraphy baik untuk budak-budak macam Idris ni. Untuk menguatkan struktur tulang belakangnya. Ternyata, di dalam tekanan air, Idris mampu berenang sendiri. Tapi, tak ada video semasa Idris berenang, sebab Mama dan Abah sibuk dok monitor Idris. Bukan apa, bimbang dia akan tertelan air. Itupun dalam beringat, dua kali juga Idris minum air laut :P Sebab dia terlalu suka, mungkin laut terbentang luas buat Idris excited. Mana ada bebudak tak suka air, kan?

He's floating!

Tergelak happy dengan Abah. Semoga Idris terus-terus gembira :)

... and, my. fave. video. Dengar Idris gelak. Sungguh terubat jiwa Mama :D

video