Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/05/2009

Puteri Mariam Sophia





Mama nak balik rumah...

25/05/2009

Hujung minggu bersama kesayanganku :)

Sabtu seperti biasa merupakan hari yang ditunggu saban minggu. Hari yang mana aku boleh manfaatkan sepenuhnya bersama suami dan anak-anak. Minggu ini, setelah lama tertangguh, akhirnya aku berjaya mencuri masa untuk 'merendamkan' Idris didalam pool. Pool ni dah lama aku beli, tapi hanya sekali digunakan untuk Idris kerana pelampung yang dibelikan sebelum ini kurang sesuai untuk Idris. Aku tak tahu sama ada kat kedai lain ada jual ke idak, tetapi pelampung leher ini cukup membantu dan aku hanya jumpa di Safe N Sound OU aje.

Acara bermula seawal jam 11 pagi. Amat sesuai dengan cuaca yang panas akhir-akhir ini. Idris kami rendamkan kedalam air, dan Abahnya dengan sukarela menawarkan diri untuk dibasahkan bersama-sama Idris. Aik, sejak bila Abah dia ni rajin nak melayan kerenah Idris? Konpius Mokcik..




Gambar-gambar 18 SX Idris sewaktu dalam pool :P Sesungguhnya, Mokcik suka tengok Idris didalam air, dia ada keupayaan untuk berenang on his own. Sepatutnya, Idris berdiri di dalam pool, andai pool ini tinggi dan dalam, tapi memandangkan anak ini 85cm tingginye, maka dia dapat pusing-pusing aje. Dan, Idris pandai berenang! Suka sangat..

Selepas 30 mins dalam air, Mokcik tarik dia kuar dari pool :D kecut abis jari jemari dia, tapi nampak sangat Idris sangat-sangat hepi. Dan, ini aksi sukarelawan menjaga Idris selepas Idris dikeluarkan dari pool..


Patutlah rajin bebenor nak tolong rendamkan Idris, rupanya nak rendam diri sendiri jua..

Ini pula acara di petang Ahad yang permai, Mokcik bawa anak-anak amik angin kat Putrajaya Lake, dekat masjid itu. Bibik Imah cukup-cukup jakun nak bergambar kat sana ke mari, nasib Mokcik layan je lah..

3 Megat, 3 generasi :)


Sophia first outing :)

Seronok bawa Sophia berjalan-jalan, semua benda dia nak explore. Pandang sana sini, jakun sungguh matanya memandang.

Si mata bulat, sebijik macam doll 'baby-alive' :P

Renungkan..

Gara-gara menemani Idris dan Sophia yang bangkit lewat malam, aku bersengkang mata berYM dengan beberapa teman.

Kata seorang teman yang baru ku kenal..

" Anak u tu takde dosa sampai bila2..nafsu mutmainnah..bersih suci kesayangan roh..jasad pun tak rosak kalau masuk ke alam barzakh..dia akan sentiasa mendoakan ibunya.."

Berderau darah aku. Syahdu pun ada juga. Sayangnya Allah kepada aku. Dia utuskan sang anak, untuk mendoakan ibunya.

Kemudian, kata sang teman.

" manusia tidak mati..tapi berpindah alam..yang mati tu anjing, kucing, harimau.. "

Kataku pula..

" I takut dia hanya pinjaman semata.. i tanak dia 'pulang' dulu kepadaNya. Kalau kucing i mati pun i nangis.. inikan pula...

Ini nasihatnya..

" hehe..kucing nangis mati tak pe..tapi kalau mausia jgn..kan rasullullah dah pesan..sebab manusia ni dia berpindah ke alam barzakh..hehe..nanti lepas tu kita pula u..ke..i ke..sapa2 lah yg allah dah tentukan.. alam barzah itu pintu syurga. bagi yg zalim atau menzalimi diri sendiri..itu lah pintu neraka "

Ini soalan bodohku untuknya...

" kalau anak selamat, dia takleh tolong ibunye ek? kasi surat recommendation ke kat Allah, suh tarik ibu sama? *wink*

Ini jawabnya..

" boleh..dgn syarat ada iman.. kalau tiada iman tak boleh..maknaya atleast kalau ibunya taraf nafsu mulhemah. baru slamat.. ehh baru bloleh tolong "

Terima kasih teman, walau baru mengenali, banyak dia menerangkan apa yang aku tidak ketahui rupanya. Dan, maaf teman, kerana penilaian ku dikulit bukumu ternyata tersasar sama sekali.

Moga kamu sentiasa sukses selalu, dunia dan akhirat hendaknya.


*** Nota kaki:

Nafsu mutmainnah:
Nafsu ini ialah nafsu yang bersih suci.. tidak ada terdetik untuk melakukan dosa..tidak juga berangan untuk melakukan dosa. Nafsu ini Cuma mencintai allah dan rasulluah.. tidak tegugat dek duniawi walau setitik…Nafsu bersih suci ni nafsu kesayangan roh ini. Allah berfirman”

"Wahai nafsu (mutmainnah). Kermbalilah kamu kepada allah, dengan (hati) redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

Nafsu Mulhemah:
Nafsu ni nafsu orang yang sudah ada sedikit iman. Dia telah pun dapat bimbingan yg mana betul yg mana salah..suka melakukan kebaikan, disamping masih melakukan kejahatan kira atas pagar la… Hari ni dia nasihat kawan2 dia..jangan mengumpat. Tapi esok lusa bila dia tak puas hati dengan orang, dia plak umpat orang tersebut. Golongan nil ah paling ramai. Dan golongan ini akan dihisab diakhirat nanti..kalau cukup amalan, selamatlah dia..kalau tak, jadi kayu api lah.

22/05/2009

Aku rindu..

Singgah blog *baby~tiger* tadi, tiba-tiba ada satu rasa datang. Rasa yang sukar untuk diungkapkan. Sukar untuk berkongsi rasa ini. Iya, aku rindu.. rindu kepada insan-insan yang banyak membawa erti dalam hidupku..

Aku rindu Aboh...

I always being a daddy's girl.

Anak bongsu dari 8, cukup membawa erti saya anak manja. Bagiku, sifat suka merajuk yang aku ada pada hari ini adalah kerana Aboh. He spoil me. Aku sangat-sangat rindukan Aboh..

No one can ever replace him. No one.

Al-Fatihah. Moga Aboh sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Aku rindu Ummi..

Cik Mah sedang mengucup mesra Ummi

Dia ibu kepada bondaku. Dia, wanita yang mengajar erti kegigihan. Dia, wanita yang aku tahu banyak kelebihannya. Dia, juga telah kembali kepadaNya. Ikhlas hati, ada rasa ruang besar didalam hati ini bila merindui kalian yang telah pergi.. :(

Aku rindu Idris Naquiyuddin...

Anak ini, saya sayang. Saya selalu ungkapkan ini pada diri saya, he is the best thing ever happened to me. Saya selalu ungkapkan, tanamkan rasa ini dalam hati, saya bersyukur dikurniakan Idris ke dalam penghidupan ini. Saya diberi peluang bergelar seorang ibu, saya diberi kesempatan untuk membelai manja anak kecil ini, dan saya sungguh-sungguh rindu untuk menjadikan kesempatan yang ada ini, membelai dan memanjai dia selalu untuk selamanya. Masa, janganlah pergi. Izinkan aku untuk terus menyayangi si kecil ini.. sampai ke akhir hayatku. Biarlah dia datang dalam apa jua cara dan bentuk kejadian sekalipun, dia adalah nafasku. Dia adalah darahku. Dia adalah jantungku, dan seluruh kehidupanku ada padanya.


Dan, akhir sekali... Aku rindu Mariam Sophia...

Melihat wajah comel ini, tidak pernah gagal menghantar rasa 'Mama ingin pulang. Mama ingin sekali mengucup pipi gebumu, Mama ingin sekali memelukmu' Anak ini sudah banyak belajar erti sebuah pengorbanan. Aku rindukan detik-detik pertama aku mendengar suara kudusnya tatkala menjengah mengenal bumi Ilahi. Dia membawa segala perjanjiannya dengan Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyayangi, Berikanlah anakku Mariam Sophia kesihatan yang unggul, kecerdasan akal fikiran, sifat toleransi yang tinggi dan Ya Allah, tanamkanlah dalam hati anak ini, Idris Naquiyuddin adalah abangnya yang perlu dia utamakan dalam segala urusan dalam kehidupannya.

Ahhh... aku rindu :(

20/05/2009

Terapi Cara Kerja


Saban minggu, muka Idris dan Mama sentiasa akan ada di Hospital Putrajaya. Penat? Mama akui, terasa sangat kepenatannya. Mamalah driver, pendukung Idris ke hulu dan ke hilir serta Mama jugalah pembantu ahli terapi untuk Idris. Memang Mama inginkan penglibatan 100% dalam semua sesi terapi Idris. Mama yakin, berkat kesungguhan Mama, Idris akan jadi lebih baik. *positif..positif..positif*

Hasil bebelan Mama yang bertalu-talu, akhirnya Abah Idris hadir juga temani kami di sesi OT kali ini. Mama sangat suka, sebab Mama tak perlu berpusing-pusing mencari parking (kesedaran rakyat Malaysia terlalu rendah, parking OKU di hospital juga dicilops. Kesian kami yang btol2 OKU ini..) Apa yang perlu Mama buat adalah, daftarkan diri dan terus ke Jabatan Rehabilitasi.

Mana anak Mama?

Hari ini, ada 2 aktiviti baru yang Idris tak pernah buat. Tapi, sebelum tu Mama nak kongsi video kat bawah ni, mengenai urutan. Kepada ibu-ibu yang punyai anak yang sensitif kepada sentuhan, anak-anak kita ini perlu sentiasa disentuh, diransang. Sebenarnya, kita tak tahu kenapa anak kita tak nak disentuh sedangkan lumrah seorang anak sukakan dibelai dan disentuh. Mungkin, apabila tersentuh, mereka akan terasa seperti tajam atau tidak menyenangkan. Andai ini yang dirasa, jangan sesekali biarkan ianya berterusan. Ransang sentiasa tapak tangan dan tapak kaki mereka.


video



Sekian, sesi OT Idris buat kali ini.

12/05/2009

Jiwa kacau

Lama tak blogging.

Bukan tak ada apa nak dikongsi, terlalu banyak, tapi sangat kekurangan ruang. Mencari kata yang sesuai tak sesenang yang aku bayangkan. Rasa bercampur baur. Penat, stress, kesian kat anak-anak ditinggalkan di rumah tanpa bibik bercampur menjadi satu.

Serabut!

Walau apa jadi, semua terapi Idris masih sempat aku penuhi walau terkejar ke sana ke mari setiap hari. Cuma OCCT je aku sengaja tak pergi, itupun selepas tragedi 2 Mei. Apa yang terjadi, cukuplah aku simpan seorang diri. Kesian Idris, satu hari aku 'lari'. Sendirian, berlegar ke sana ke mari sendirian. Bila pulang, terpandang sahaja wajah-wajah comel, hati jadi syahdu.

Maafkan Mama ye sayang..

Anak ini juga sangat comel. Berusaha menjaga dirinya sendiri, dan pandangan matanya sayu tiap kali memandang Mama mengambil Lope Idris ke dalam dakapan. Maaf Sophia, bukan Mama nak bezakan korang berdua, tak pernah pun. Bukan Mama tak sayang Sophia, tapi Lope Idris lebih memerlukan Mama. Ingat Mama pesan, nanti besar Sophia kena jaga Lope, kan?

Selalunya, kata-kata itu kita dengarkan pada anak sulong, kan? Takpe, takpe.. dua-dua anak Mama. Mama sayang korang. Sangat-sangat.

10/05/2009

...

Dear self,

Be strong, less crying.
Happy Mother's Day!

sincerely,
i.me.myself

04/05/2009

AIM 16

Tak mo cakap bebanyak pasal AIM sebab semua orang tengok kat TV. Niat nak pi AIM sebab nak tengok FT, teruja sangat-sangat masa dia perform lagu Terlanjur Cinta dengan Rossa yang sangat comel dan kiut miut macam budak umur 16 tahun itu. Nampak dia pun sepintas lalu sahaja di blue carpet and seriously I like his new hair style.. SO MUCH! Nampak boyish.

Tapi, cukupla letak picture mokcik yang ini saje di blog bagi menjakikan hati semua mata yang memandang disini dan menjakikan mata suami mokcik jugak sebab last minute tak mo follow makcik ke AIM.. burn 1 tiket taw!

Gambar blur! Tukang amek gambar ni tersangat kaget terjumpa Fahrin disini.. Kata Fahrin 'dekat skets..' huhuhuhu!