Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/04/2009

Aiyo son, use your hand la darling..

Dia lahir untuk membahagiakan saya. Dia lahir untuk memberikan saya nikmat sebagai seorang bonda. Dia lahir untuk mengajar saya menjadi seorang yang tabah. Seorang yang kuat. Seorang yang cekal. Lahirnya dia ke dunia, setiap satu saat tidak pernah saya kesali, malah berbangga memiliki anak sepertinya. Dia, anak saya yang sangat baik.

Untuk tatapan manusia yang punya hati, saya persembahkan video ini. Video ini dirakam sewakti sesi terapi cara kerja baru-baru ini. Saya bangga dengan anak saya, meski mungkin 'tiada' sebarang keistimewaan pada pandangan mata orang lain. Kalau diperhatikan pada Idris, dia langsung tidak mahu menggunakan tangannya. Dia lebih rela menepis bola-bola kecil ini dengan mengembang kuncupkan hidungnya dan menolaknya dengan lidah. Aiyo son, use your hand la darling..

video

28/04/2009

Gomo Kelate Gomo!

Lama tak menulis. Bukan merajuk, cuma masa sungguh mencemburui. Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam sehari, kadang kala ada masanya terlalu penat, tidur malam juga entah cukup entahkan tidak.

Kerana 14 keping tiket ini yang Ayah Ngah sponsor, maka kami adik beradik turun ke stadium!

Sabtu lepas, dalam kesibukan urusan seharian, masih sempat menjengah ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Semangat merah putih katakan. Superb! Selepas 39 tahun, akhirnya Red Warrior melangkah ke final. Kalah Old Trafford, penyokong datang cecah 80,000 orang, sedangkan kapasiti Old Trafford 60,000 orang cuma. Crazy final, walau merah putih tewas (penalti je.. not too bad la) Red Giant patut rasa goyah dengan kebangkitan Red Warrior. Ikut rekod, ikut fakta, sudah 5 kali Red Giant menjuarai FA League, sedangkan Red Warrior baru sekali melangkah ke final. Sepanjang perlawanan, Red Warrior yang banyak menggasak. Walau kalah, semangat Red Warrior harus dipuji. *penyokong Red Giant nak hentam page mokcik pun, mokcik tak kisah.. blog makcik, ikut suka makcik la nak tulis hape, kalau tak puas hati, pi tulis blog sendirik, pastu kutuk mokcik plaks.. mokcik tak kisah!*

Merah Putih : 250 bas dari Kelantan. Ramai!

Merah Kuning : pun ramai, tapi kat negeri sendiri, kan?

Masa ni tengah cool lagi. Masih boley sengih-sengih..

Ini gambar candid. Courtesy to Husnil ;)

20/04/2009

Lihat dan dengar..

Lihat anak ini, dengar keletah suara dan gelak tawanya. Mungkin pada kalian, tidak memberikan sebarang makna. Tapi, untuk aku, ibu yang mengandung dan melahirkannya terasa cukup-cukup bangga apabila anak ini begitu ceria di sesi terapi cara kerjanya.

video

Moga Idris Naqiuyuddin sentiasa dan terus hadir menceriakan hari-hari mama yang mendatang walau dalam apa jua bentuk dan kejadian sekalipun. Sayang Mama pada Idris tak pernah surut, malah makin bertambah dari hari ke hari.

p/s: terima kasih di atas kata-kata semangat kalian. Aku terasa makin kuat. Saya seorang yang tabah, Insya Allah.

14/04/2009

Mama sangat-sangat sedih.

Hari ini, aku tewas lagi dalam lautan air mata. Hampir setengah jam aku disurau. Termenung panjang. Mengasingkan diri. Mohon agar aman. Betullah kata Kak Ros, ibu kepada anak istimewa yang telah berusia 24 tahun, sepanjang membesarkan anak terunanya itu, dia sering bertemankan gerimis.

'Senang la nak tuang keje, ada anak cacat' - alasan begitu sering dia dengar. Dan, hari ini.. telinga aku mendengar benda yang sama tatkala permohonan untuk membawa Idris ke PDK dan terapi. Aku hanya bersyukur kepada Allah, kerana Big Boss aku memang memahami mengenai keperluan aku menguruskan Idris. Manakan lagi dengan physio, occupational therapy, ditambah lagi yang terbaru dengan speech theraphy dan kali ini, setiap isnin hingga khamis, Idris perlu dijemput pulang pada setiap 12.00 tengahari.

PDK bukan day care, tapi kelas pemulihan!

Susah bercakap dengan orang tak gheti bahasa, tak memahami apa rasanya punya anak istimewa seperti Idris. Ikutkan hati yang jahat, ingin sekali aku sumpah, berdoa siang dan malam agar dia juga dianugerahkan anak istimewa dalam keturunannya. Baru dia tahu, langit itu tinggi atau rendah. Idris atau aku sekalipun tidak diminta untuk dilahirkan dalam keadaan sebagaimana dia sekarang.

Sedihnya. Sangat rawan. Tidak adil untuk Idris tidak diberi peluang untuk berjuang.

:(

Dahlah, tak mampu aku nak teruskan mentafsir rasa hati ke dalam kata-kata...

Idris, you're my everything

13/04/2009

Kembali dan ingin pulang!

Hari ini, aku kembali semula ke sini. Seronok berjumpa dengan member-member di office, tapi bila terpandang wajah-wajah comel ini di screen E66, rasa ingin terbang pulang ke rumah..

Sophia - Pandang atas, mana Mama?

NAK BALIK! NAK BALIK! NAK BALIK!

Mama rindu Sophia....waaaaaaaaaa!

12/04/2009

2!



























































Selamat Hari Lahir, Idris!
Moga angka 2 membawa erti kebahagiaan untuk kita semua.
Mama sayang Idris.

08/04/2009

Tagged : Profile Picture


1. Letakkan gambar profile anda.






2. Apa maksud gambar itu.



Gambar ni di ambil semasa aku mula bergelar ibu. Sangat treasure the feeling, I feel blessed. Anak yang di dalam pangkuanku itu adalah Idris, sewaktu usianya tak cecah 40 hari lagi.


3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?

Sengaja aku letak gambar ini, di site ini. *-*my.little.secret*-* baca la tag line dia, 'a life's journey of being a mother' - sesuai, kan?


4. Tag orang lain?


Nak pilih orang-orang baru dalam list blogger ku ini ;-)
Cik Min a.k.a froggy
Cik Zila a.k.a Oyeng
Puteri Manjer a.k.a Odah

07/04/2009

Itu katanya..

Seperti yang direncanakan, aku membawa Idris ke HKL pada Isnin lepas. Abahnya tiada sama. Kekangan waktu membataskan untuk dia sama ikut, dan aku berlaku rasional bertolak ansur dengan Abahnya meski dalam hati mendidih dengan sifat enteng Abahnya terhadap jadual pemeriksaan Idris. Aku pergi bukan berdua, tapi berempat bersama Bibik Zumro dan Tun. Tapi, kehadiran mereka berdua masih belum sama dengan hadir Abahnya seorang.


Jam 10.30 pagi, aku sudah terpacak di HKL. Terus aku membawanya ke bilik timbangan. Tersenyum aku apabila berat Idris masih 11 kg cuma, tinggi 85 cm. Hampir sejam kami disini, barulah kami dipanggil. Kali ini, bersama Dr. Khoo Teik Beng lagi. Aku sungguh senang dengan doktor bermata sepet ini. Ramah. Idris juga senang dengannya. Padanya, aku bercerita mengenai perkembangan Idris, nyata dia agak kagum. Katanya, berbanding dengan kali terakhir dia ketemu Idris dahulu, banyak perubahan yang Idris tunjukkan.


Sewaktu sesi bersama doktor, tak habis Idris menepuk meja. Mula-mula tangan kiri, kemudian tangan kanan. Tak cukup dengan itu, kaki juga menendang-nendang meja. Sengaja Dr. Khoo biarkan. Dia ingin lihat sejauh mana Idris memberi respon. Apabila nama dipanggil, Idris toleh sekejap padanya, kemudian dengan tangan yang terbuka dan mata memandang ke arah Mama, dia menyebut 'Ma.. Maammaa' mungkin dia minta penjelasan, siapa lelaki baik hati ini yang menghulurkannya bebola?

Dr. Khoo: Apa yang Idris suka lakukan?

Mama: Dia suka muzik Doktor

Dr. Khoo: Oh! Lagu jenis apa? (sambil dia membaringkan Idris ke katil)

Mama: Dia suka dengar instrumental muzik, piano especially and some from Faizal Tahir.

Dr. Khoo: Oh, the superman. Rockers ni.. Cuba you nyanyi, I nak tengok.

Mama: Oh! Jangan Doktor.. banjir kilat KL dibuatnya. Hahahaha.

Kami tergelak. Ye, Idris memang rockers. Aku sering teringat bila aku menyanyikan bait-bait 'Sampai Syurga' untuk Idris, dia akan tersenyum-senyum dan tergelak-gelak. Sesuai dengan lagunya -

'aku lemah tanpa kamu, ku ingin mu dampingiku, aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu, sampa syurga ku menunggu, sampai syurga ku cinta mu.. hanya satu, dan segala yang ku ada, hanya untuk dirimu saja, ku mahu dirimu, oh kaulah segalanya hingga sampai syurga, aku menunggumu, cinta darimu, agar ku sempurna'

~ kaulah segalanya : iya, anak ini segalanya bagi aku.

Kembali kepada topik asal, dalam pertemuan yang lalu dengan Dr. Khoo, dua kali Idris dicucuk, diambil darahnya. Keputusan pengambilan darah itu untuk tujuan ujian kromosom masih belum dikeluarkan (haiyo hospital kerajaan, 6 bulan untuk ujian darah masih belum keluar? Susah sangat ke ujiannya?) Kemudian, Dr. Khoo meminta kebenaran dengan aku lagi, buat kali kedua untuk mengambil sampel darah Idris untuk ujian kromosom bagi menentukan sama ada Idris ini penghidap Fragile X Syndrome atau tidak. Ini kerana Idris ada simptoms-simptomsnya yang sering terjadi kepada lelaki seperti telinga agak besar, muka panjang/kepala besar compare kepada badannya (ye ke?) & selalunya kanak-kanak autistik penghidap syndrome ini. *korang faham ke?*


Fragile X Syndrome? Bukan down syndrome tau. Itu kata Doktor, menerangkan pada aku yang blur. Fragile X Syndrome adalah penyakit pewarisan yang paling kerap menyebabkan kerencatan akal. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh peningkatan jujukan trinukleotida ulangan (CGG) yang terletak dalam kawasan 5'UTR gen FMR1 dan mengakibatkan perencatan fungsi gen ini. Ianya berlaku didalam setiap 1 dalam 4000 kelahiran.

'Are there any treatments?' Itu yang aku tanyakan kepada doktor. Sangat penting. Aku ingin tahu. 'There is currently no cure for Fragile X, although appropriate education and medications can help maximize the potential of each child. However, most boys and many girls remain significantly affected throughout their lives. The cost to society for treatment, special education, and lost income is staggering' Mungkin Dr. Khoo nampak aku seperti terpana apabila sekali lagi aku ulang 'no cure, doc?' Perlahan-lahan dia senyum. 'Jangan bimbang, saya baru nak test. Mungkin Idris tak ada ini sakit. Kalau ada sekalipun, ini anak pandai. Saya tahu it is not as complicated as you ever imagine. See, awak dah boleh terima dia sejauh ini.. I believe, I can tell you, you're a strong mommy!'

Kami gelak-gelak selepas itu. Aku ketawa, cuba menutup hati yang rawan. Dua kali Idris dicucuk, di ambil darah. Bagusnya anak ini, dia seorang yang patuh (kadang-kadang la). Aku pesan padanya, 'nurse nak ambil darah anak mama, tak sakit pun. cuma, idris akan rasa macam kena cucuk siiiiikit je. kejap je. anak mama jangan nangis, mama pegang idris kuat-kuat. mama teman tau' ajaibnya, sewaktu jarum halus itu ditusuk ke tangan anak ini, dia cuma tersentap sedikit. mungkin cuba menahan sakit, dia tersengih-sengih dan buat muka kurang selesa.

Mungkin juga, sebab dia kanak-kanak autistik - dia tidak tahu macam mana nak tunjukkan rasa sakitnya pada kita. Sedih, kan?

Tak salah rasanya apabila aku katakan dalam entry yang lepas 'walau apapun keputusan yang doktor cakap, aku mahu lihat dari sudut positif sahaja' iya, dear self, be strong. this is another phase of your life. Bila lihat kepada wajahnya, hatku jadi kuat. Hatiku jadi tenang.

Sebenarnya sudah beberapa jam yang lepas entry ini sudah siap dikarang, tetapi berulang kali aku baca dan disimpan didalam folder draft. Mencari kekuatan untuk menulis, kadang kala it is not easy to put into words. Kadang kala, terasa seperti tidak ingin berkongsi cerita mengenai Idris. Terasa seperti dia sangat istimewa, terasa ingin menjaga hak istimewa itu cuma di mataku. Bukan kenapa, tujuan aku menulis disini, untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang memiliki anak seistimewa dia. Sharing is caring, kan Jiey? Aku sangat-sangat harapkan, penerimaan orang terhadap Idris sama dengan anak-anak lain, tanpa prejudis.

Kadang kala, aku terasa agak canggung apabila orang menunjukkan rasa simpati yang berlebihan pada kami. Bukan aku tidak menghargainya, cuma kadang kala apabila terlebih diberi perhatian, terbit rasa janggal di hati ini. Apapun, terima kasih diatas keprihatinan :)
Lihat wajah ini, dia sama seperti anak-anak lain :)

... terimalah dia seperti anak-anak lain jua

Thank you Jiey!!!

Sangat-sangat suka bila tengok page yang Mama Ian buat untuk Mama Idris yang buto IT ini..
Jiey, seriousy.. suko sangat! Jenuh doh dok tepek di screen hp & laptop ni....... di *-*my.little.secret*-* jah tak letak sebab nak promote muko sendiri *blushing~wink* hahahha

Ada cerita nak dikongsi, semalam Idris jumpa Dr. Khoo lagi. Ada harapan yang Mama Idris dengar, sangat-sangat tak sabar nak berkongsi, tapi kekangan masa yang membataskan. Semalam dah la kena treasure hunt mencari kereta Abah Idris di LCCT, dan hari ini Mama Idris kena bersiap, jumpa doktor pula.

Nanti kita update ye.. Jiey, terima kasih daun keladi. Nanti nak mitok tolong buat buat lay out lagi.. heheheh ;-)

05/04/2009

Bencinta by Faizal Tahir

Selongkar punya selongkar, Makcik jumpa ini ;-) Baju yang FT pakai ini, Makcik pun ada sehelai :D Makcik tengah seronok dengar lagu baru FT, layan je...


| benarkan ku untuk berbicara | berbicara terus ke hatimu.. hatimu | hati yang penuh rasa ragu | jangan terus pergi tanpa mendengarku | hatimu jua, untuk kau terus berlalu, nanti dulu | berikanlah waktu untuk aku | untuk kamu | *** | ingatkah lagi waktu kau bersamaku | kaku aku melihatmu | lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu | aku cinta padamu | benci padamu | padamu| ***| ke tepi lihat ku berlalu | pasti itu yang terbaik untukku| tiada lagi mahu ku tahu | tentang hidup kamu | tentang mati kamu | aku tahu engkau tahu | apa yang mataku tahu | apa yang kau tunggu | mahu aku buka pintu | *** |ingatkah lagi waktu kau bersamaku | kaku aku melihatmu | lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu | aku cinta padamu | benci padamu | padamu|***|sakitnya aku membenci kamu | sakit lagi mencintaimu | dan aku pergi tapi kembali | benci aku mencintai dirimu| ku benci ... kamu | aku cinta ... kamu |*** | ingatkah lagi waktu kau bersamaku | kaku aku melihatmu | lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu | aku cinta padamu | benci padamu | padamu|

Song & Word : Audi Mok & Faizal Tahir ;-)

Idris


"Abang outstation la Monday.." itu jawabnya bila aku khabarkan padanya mengenai janji temu Idris. Masam mencuka, aku pasti itulah reaksi yang terpamer diwajahku. Walau aku tidak menoleh pada cermin sekalipun, aku tahu.. itulah wajahku disaat itu.

Nampaknya, esok sekali lagi, aku keseorangan membawa Idris ke HKL. Berat rasa hati bila Abahnya terpaksa outstation. Tak dirancang, itulah jadinya. Dalam hati, ada juga rasa syahdu, tidak pedulikah Abah pada Idris, tapi aku yakin, bukan itu niat Abahnya. Nak ditunda sekali lagi pun, janjitemu ini dah ditunda. Sepatutnya bulan lalu, tapi disebabkan aku masih dalam pantang, aku mengubahnya. Tak mengapalah, aku yakin, aku sendiri boleh menguruskan Idris.

Mungkin melihat kesugulan wajahku, Abahnya tiba-tiba membuat percaturan baru. Padaku, dia datang. Mula-mula dia diam. Termenung. Kemudian, disisiku dia memilih untuk melabuhkan punggungnya. Aku cuma diam, hati masih 'terusik' bila dia katakan dia outstation tadi, sedangkan sudah sebulan aku berpesan padanya, di PDAnya aku setkan schedulenya. Rasanya, sudah seminggu PDAnya memberi alert mengenai perkara itu. Di Facebook juga. Alasan lupa atau nak buat macam mana memang aku tak nak dengar buat masa ini.

"Abang rasa, esok Abang follow Sue ke HKL, kita tengok macam mana. Kalau by 11 Idris tak jumpa Doktor lagi, Abang challow naik cab ke KL Sentral" aku rasa jawapan itu lebih melegakanku. Aku setuju. Sekurang-kurangnya, Abahnya menunjukkan sedikit kesungguhan mengenai Idris.

Mungkin, pada Abahnya, yang penting salah seorang dari kami harus membawa Idris ke HKL - itu sudah cukup OK baginya. Sedangkan, bagi aku. Aku inginkan dia bersamaku, berjumpa dengan doktor. Penerangan yang doktor berikan padaku, sama sekali tidak sama dengan penerangan yang akan aku sampaikan padanya kelak. Tapi, lelaki. Biasalah, semuanya nak ambil mudah. Nak kata dia tak bersungguh, aku tahu dia bersungguh. Cuma kadang-kala, suka ambil mudah. Nak buat macam mana, sebab dia dah ditakdirkan menjadi seorang insan bergelar lelaki.

Dan, Idris. Esok kita jumpa Doktor yer.. Janji pada Mama, jangan menangis dan be have!

Idris - gambar yang Mama rakamkan semasa kali terakhir appoinment di HKL. 2 kali kena ambil darah, untuk 2 ujian yang berbeza. Mama masih ingat tangis Idris, kesakitan. Tapi, macam selalu Mama pesan, Idris anak yang kuat. Idris anak yang pintar. Kan?

Dan, Mama. Walau apa sekalipun outcome yang Doktor cakap esok, Mama dah prepare awal-awal untuk mendengar dan terimanya dari sudut positif sahaja. Mama akan selalu ingat, Allah jadikan sesuatu perkara itu kerana ada baik dan buruknya, dan Mama lebih cenderng untuk berfikir dari sudut positif sahaja. Insya Allah.

Dear self, be strong! Caiyok!

03/04/2009

I can easily forgive, but not to forget!

Dahulu, aku pernah bersahabat. Dengan dia.

Dia pernah menjadi sahabatku, teman aku meluah kisah suka duka. Dia pernah menghiasi indah zaman remajaku bersama Lily, Lina, Linda, Mc No, Iyi, Teku dan ramai lagi. Aku pernah menganggapnya tak kurang seperti saudara sendiri. Aku kenal Uminya, keluarganya. Dia juga begitu.

Namun, aku terduduk dan berhenti menganggapnya sebagai seorang sahabat apabila dia 'membunuhku' dari belakang, di kala aku sangat-sangat memerlukan seseorang bergelar sahabat. Mulai detik itu, aku padam namanya dari manusia aku bergelar sahabat. Padanya, aku sangat kecewa.

Bertahun aku memadam namanya dari ingatanku, sesekali aku teringin menemuinya, berkongsi cerita seperti selayaknya kami. Mungkin dia sudah berumahtangga, mempunyai cahaya mata dan mungkin juga ingin menemuinya. Aku ingin sekali berkongsi rasa gembira bergelar 'mama' dengannya. Aku ingin sekali memeluknya dan memberitahu dia, agar sentiasa tabah sewaktu dia kehilangan Umminya sedikit masa dahulu, kerana aku juga telah melaluinya sedikit masa dahulu. Aku tahu betapa peritnya rasa itu.

Namun, rasa itu mati, bila aku terkenangkan apa yang terjadi. Tak adil, bukan? Sekali tersilap, aku dan hatiku terpaksa menghukum dia hingga sejauh ini.

*
*
*

Untuk dia, aku tahu kamu membaca luahan ini.

Kalau ingin sekali terusan menjadi silent reader di laman ini, aku izinkan. Teruskan membaca catatan perjalanan aku sebagai seorang ibu, isteri dan sahabat. Terima kasih di atas SMS-SMS yang dikirimkan. Mungkin jawapan yang kamu terima dariku sungguh mengecewakan, kerana itu gambaran hatiku terhadap kamu.

Terlajak perahu, boleh diundur,
Terlajak kata, buruk padahnya.

I can easily forgive, but not to forget.

*
*
*

Dan ini, aku temui dari 'arkib purba' :)

Lily, PakCu, Aku & Fikri : Mereka menghiasi hari-hari remajaku ;-)

Lily : Sahabat yang baik ibarat harta yang tak ternilai untuk kita ;-) Terima kasih kerana masih disini bersamaku



02/04/2009

Dan, mereka kembali ceria

Semalam, Idris dan Sophia tak berapa sihat. Bimbang sungguh dibuatnya. Semalam juga, aku panaskan murtabak raja yang Cik bawa khas dari Kelantan, uh.. sungguh sedap sungguh. Sebabkan rasanya yang sedap itu, aku cuba suapkan sedikit pada Idris. Biar dia rasa, banyak lagi makanan sedap dalam donia ni selain dari susu dia itu. Suapan pertama, Idris cuba makan. Macam biasa. Nampak dia macam OK, aku bagi dia suapan kedua. Tapi, Idris menolak. Mulutnya dia tutup rapat-rapat. Kepalanya digeleng laju-laju. Kiri dan kanan. Aku akhirnya mengalah. Memang Idris susah nak makan.

Tapi, selepas setengah jam, aku tengok Idris resah gelisah. Dia garu kepala, dia garu mata, dia garu lengan, dia garu peha dan dia garu kakinya. Mulanya aku pehatikan sahaja, mungkin dia kepanasan. Aku turunkan suhu aircond, biar dia selesa. Mungkin cuaca tengahari semalam yang terik buat dia 'cair', almaklumlah memang kepantangan Idris, dia tak boleh tahan dengan cuaca panas. Tapi, tiba-tiba waktu Idris angkat muka pandang aku.. aku terpekik!

Ada lingkaran merah ungu pada bawah matanya. Dileher, lengan dan peha juga ada merah-merah. Aku tanggalkan pakaian dan lampinnya, aku cepat-cepat bawa dan rendam Idris dalam bath tub. Sah! Idris allergic lagi!

Panik aku dibuatnya.. aku takut Idris susah untuk bernafas je, sebab bila dia terkena alergik, salah satu tandanya selepas merah-merah dia akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mungkin juga muntah-muntah.

Selepas setengah jam direndam dalam bath tub, barulah merah-merah diseluruh badan Idris surut. Idris pun barulah nampak kurang tergaru ke sana, ke mari. Aku keluarkan dia dari bath tub, dia macam biasa sengih-sengih, terlompat-lompat happynya. Tapi, dalam hati Mama ni masih cuak. Sangat-sangat. Aku andaikan ada kandungan di dalam murtabak yang buatkan badan Idris tak sesuai menerimanya. Telur, mungkin?

Idris : gambar kurang jelas, diambil semasa menunggu giliran di klinik. Kesian anak mama :(

Kisah anak dara Mama plak, masih lagi sukar dengan aktiviti pembuangannya. Kesian Sophia. Semalam juga, dua-dua aku bawa ke klinik. Selepas maghrib. Nasib baik Bibik Imah ada kat sini, dialah yang pegangkan Sophia. Si Idris pulak, masa dalam kereta dia dah independant, duduk kat dalam car seat sensorang, dan bila sampai di klinik Bibik Zumro yang uruskan dia.

Bibik Imah & Bibik Zumro

Malam ini, kami jumpa seorang doktor India. Sangat ramah. Mula-mula dia membuat permeriksaan ke atas Idris. Bila aku cerita pasal Idris pernah kena allergic sebab telur, dia cakap rasanya bukan telur yang punya sebab, tapi benda lain. Benda lain lagi? Kami membuat kesimpulan, mungkin kali ini Idris allergic terhadap minyak sapi. Mungkinkah? Logik ke?

Sophia : jakun, kali pertama seumur hidupnya keluar dari rumah ;-)

Sophia pula, kata doktor bukan masalah susunya, cuma kadang-kadang baby memang macam tu. Hmmm.. aku pun hairan, tapi atas nasihat doktor, aku 'cairkan' susunya. Dan semalam, mereka berdua berpakat tak buat perangai. Idris pulang sahaja dari klinik terus tidur lena hingga ke siang, begitu juga Sophia. Merengek bila waktu susu sahaja. Lega mama.

'Oh, baby you baru sebulan? Seriously, dia nampak macam budak umur 3 bulan' kata doktor sebelum Sophia keluar semalam. Ya, anak saya memang mature ;-)

Oh! Lupa. My fave. nephew is in town now :D YEAY!
Tun & Idris @ Noodle Station, Alamanda.

Sebab itu juga, kami bertiga (read:Aku, Tun & Idris) terlekat di Alamanda hari ini. Idris bukan main lagi gembira, ibarat orang ketemu kekasih hati sewaktu terpandangkan Abang Longnya buat pertama kali. (Abang Long adalah nama rasmi Tun untuk adik-adik sepupu). Oh, hari ini juga, aku sengaja 'test drive' jawatan supir untuk aku. Hehehe, Tun ni baru dapat lesen P, seronok WanSue dia yang seorang ini make full use of him now. (Untung, dia boleh jagakan Idris, dia boleh jadi supirku jua). Pengerasnya, WanSue dia belanja la makan. Hahahaha, murah serta menguntungkan, betul tak?

Dan, Sophiaku. Hari ini dia kembali 'normal'. Jam 6 tadi, dia sudah kembali 'membuang' dengan normal. Lega sangat pabila semua benda kembali kepada normal, kembali kepada titik asal.

Sophiaku : Senyumanmu suatu azimat

p/s: Sangat-sangat terkilan sebab terlepas pandang dengan entry Mama Ian mengenai talk malam ini kat Petaling Jaya. Mommy Lyna ; thanks sebab forwardkan nombor Jiey, tapi Jiey gagal dihubungi juga.

01/04/2009

Mama, Sophia sakit perut :(

Sophia @ Baby Gym, cuba untuk meneran, tapi gagal :(

Kesian anak Mama :(

Sudah dua hari Sophia ada masalah untuk membuang, mana silapnya, aku sendiri tidak tahu. Bila perut tak selesa, mulalah dia meragam. Dia menangis tanpa henti, dia minta Mama dodoikan 24/7, dia demand nak tido dalam pelukan Mama. Mama sanggup bersusah siang malam, tak cukup tidur sekalipun untuk lihat Sophia kembali selesa, tapi macam mana?

Sebelum ini, ada juga Sophia begini, tapi bila Sophia dibawa berjumpa doktor, katanya 'mungkin' masalah susu. Lantas, kami tukarkan brand susunya dari Snow kepada Nestle Nan-HA. Selepas itu, semuanya OK. Adakah sebab susu lagi? Aduish.. sakit kepala Mama fikirkan.

Kali ini, Sophia sakit perut lagi. Dua hari juga Sophia membuang dengan bantuan 'turpedo' ke tut tut dia. Selepas itu, keluarlah segala najis. Yang menghairankan, warnanya hijau gelap, seakan warna lumut dan siap ada tompok-tompok halus berwarna kuning. Tak kan nak amik gambar kot upload kat sini, sungguh tak senonoh nanti. *hehehhe*

Duhai ibu-ibu, ada sebarang petua/nasihat? Mama Sophia ini sudah cuak.