Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/03/2009

Wajah kesayangan hamba ;-)

Sudah 46 hari menjalani tempoh berpantang, dan dalam tempoh itu juga hatiku berbunga ceria. Iya, aku sudah bergelar ibu kepada sepasang Megat dan Puteri dan iya, aku juga 'berjoli' sakan sepanjang tempoh 46 hari aku berada di rumah. Bukan sahaja dengan anak-anak, tapi juga dengan ibu tercinta dan akhir-akhir ini dengan abah mertuaku pula yang menemani kami anak beranak.
... si abang, a.k.a Lope Idris...
Sudah 46 hari aku bersama Supermanku ini. Kata suami, superman orang lain bersungguh-sungguh belajar untuk terbang, tapi superman kami baru belajar untuk merangkak dan berdiri. Tak mengapa sayang. Orang kelantan cakap 'hero tok gaduh' , lambat tak mengapa asal dapat. Janji anak Mama sanggup berusaha dan berlatih setiap hari, kalau tak dengan Mama pun, Idris ada Bibik untuk bantu, dan akhir-akhir ini Mama bangga sebab Idris berlatih all by yourself. Caiyok Idris!
... si adik a.k.a yang sophia ...
Dan, sudah 46 hari juga Mama bersama anak kecil ini. Mama suka bau dia. Bau baby. Tengoklah pipi dia, makin semangat. Tak putus-putus orang kata muka Sophia celup muka Abahnya, ada lagi ke muka Abahnya? Bukan dah berubah ke sket-sket dah jadi muka orang lain? *mode jealous dengan hubby* Sophia juga dah pandai demand, setiap hari bekerja, bila jam 9 malam ke atas, mulalah dia akan menangis.

Bila Mama angkat dodoi, dia masih menangis. Bila Mama susukan, dia masih menangis. Bila Mama nyanyi & zikir semua lagu yang Mama tahu (..dan sampai serak-serak suara Mama pun), dia masih menangis. Mama mati akal, rupanya bila Abah dia ambil dan dodoi, tak sampai lima minit dia dah tidur. Mula-mula aku ingat hanya kebetulan, tapi dua-tiga malam selepas itu dan hingga ke hari ini pun, dia masih macam tu. Memang betullah anak Abah!

13 April nanti, bermula semulalah jadual bangun pagi dan episod terkejar-kejar ke pejabat. Macam dulu-dulu dan aku pasti, wajah-wajah kesayangan hamba ini akan membuatkan aku tak lekat duduk di pejabat, meronta ingin pulang.

Idris & Sophia, Mama sayang korang. Sangat-sangat!

28/03/2009

Tolong! Help!


Punyalah aku suka sangat nak make-up blog, punyalah geledah gambar-gamabr dalam hard disk, lepas tu membulat mata ni dok cari lay out yang budget-budget cantik di mata dan di hatiku, dan inilah hasilnya. Rasanya paling bagus dah tu. Heheheh.

Tapi, sebab yok sangat dok make-up sana sini, alih-alih.. ha, amik mukaku! Lupa nak buat back up, jadi semua dah hilang! Yang sedihnya, semua link pun tak sempat nak save. Macam mana aku nak access kat korang?

Mokcik sedih... so, korang. Tolong la, aku dah takdelink korang. Tolong la add aku, atau tinggalkan URL korang kat ruangan komen ye.

Terima kasih daun keladi.

Pemulihan Dalam Komuniti

Sepatutnya, esok aku dan suami akan menghadiri mesyuarat ibubapa di Precint 14, namun SMS sebentar tadi membantutkan hasratku. Mesyuarat dibatalkan. Ada sedikit rasa hampa. Dalam hati, aku tak sabar untuk mengenali ibubapa lain yang punyai anak-anak istimewa. Aku tahu, ibubapa-ibubapa yang bakal aku temui nanti adalah manusia-manusia yang tabah dan kuat. Aku ingin sekali mengenali mereka, dan meminjam kekuatan mereka dalam membimbing anak kesayangan kami.

Mengikut perancangan, Idris akan aku hantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Dua minggu lalu, aku berterima kasih kepada suami kerana mengambil cuti bagi menguruskan keperluan Idris. Kami bertiga keluar dari rumah seawal pagi. Tujuannya mencari PDK yang sesuai untuk Idris. Sophia terpaksa aku tinggalkan didalam jagaan bibik buat seketika. Sedari dalam perut, aku sudah 'ajar' Sophia untuk menerima abangnya sebagaimana abangnya kini. Aku ingin Sophia tahu, abangnya yang seorang itu sangat istimewa.

Beberapa PDK aku singgahi. Kami suami isteri membuat tinjauan, bukan senang untuk kami melepaskan Idris ke 'sekolah'. Kami perlu menemui guru dan terapi yang akan menjaga Idris, sekiranya Idris dihantar ke PDK mereka, yang pasti kami suami isteri ingin sekali mengetahui secara terperinci mengenai aktiviti seharian Idris disana kelak. Amat berat rasa hati ini meninggalkan Idris pada tangan-tangan asing menjaganya, namun demi kebaikan Idris, aku perlu melawan rasa ini.

PDK Pertama @ Shah Alam
Sewaktu kaki melangkah masuk, aku lihat 3 orang kanak-kanak down-sindrom terbaring di atas lantai. Lantai simen. Kasihan, bukan? Kenapa tidak dialas badan kanak-kanak itu, nanti kesejukan. Itu yang terlintas dalam fikiranku. Sepanjang disana, hati dilanda rasa sebak melihat anak-anak istimewa ini. Manja dan menghiburkan dalam keadaan mereka yang tersendiri. Mungkinkah begitu tanggapan umum pada anakku Idris?

PDK pertama yang aku pergi, keadaannya teramatlah kotor. Malah, pelatihnya juga ramai, sekitar 30 orang dan guru cuma 3 orang. Itupun, guru-guru yang dihantar tidak diberi latihan yang mencukup bagi mengendalikan kanak-kanak istimewa. Bila aku tanyakan ratio seorang guru/terapi, dia mengatakan sepatutnya 1:5, tapi di PDK pertama 1:10! Bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat pertimbangan? Apakah bajet prihatin yang diluluskan oleh kerajaan masih belum mencukupi untuk menampung tenaga mahir membimbing anak-anak istimewa ini?

Dalam hati aku berkata, PDK pertama memang nyata awal-awal lagi kami tolak dari senarai.

"Abang tak sanggup nak tinggalkan Idris kat sini. Dari lepaskan Idris disini, baik tinggalkan di rumah dengan bibik" itu ulasan pertama yang keluar dari mulut suami sewaktu kami meninggalkan perkarangan PDK pertama. Aku juga bersetuju. Sangat-sangat bersetuju.

PDK Kedua @ Shah Alam
PDK kedua kami telusuri. Kami ketemui guru dan terapinya. Keadaan sekeliling agak bersih. Malah, keadaan rumah juga agak menarik. Paling menarik perhatianku kerana terapi muzik disediakan kepada pelatih. Disini, tak ramai yang datang. Mungkin kerana PDK ini milik NGO. Sewaktu kami datang, cuma ada seorang anak comel menyambut. Setelah dirisik, dia juga Austism. Berusia empat tahun, sudah boleh berjalan namun masih belum berkata-kata. Al-hamdulillah, dia mampu memahami apa yang kita suarakan, namun agak takut-takut dengan orang asing seperti kami, namun amat mesra kepada Idris.

PDK Ketiga @ Kajang
Sungguh, PDK Ketiga sangatlah tidak mesra. Sewaktu kami menelefon, katanya 'jangan datang. orang tak ada' Dalam hati kami, menggelegak rasa marah. Sudahlah kami susah payah mencari masa untuk datang, dengan suamiku terpaksa memohon cuti dan aku yang masih belum mencecah usia 40 hari dalam pantang berusaha demi Idris.

Namun, kemarahan itu mengundang kami menemui PDK Keempat @ Putrajaya.

Setibanya kami disini, kami disambut mesra oleh Pengurus pusat ini, namanya Encik Rosman. Orangnya tersangatlah ramah, melihat keramahannya sahaja, sedap hati kami jika Idris ditempatkan disini. Darinya, kami dimaklumkan bahawa, terdapat seramai 6 orang terapi /guru yang ditempatkan di pusat ini yang mana kesemua mereka adalah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bilangan pelatih yang hadir (on average) seramai 20-25 orang. Aku tinjau keadaan sekeliling, luas dan baru. Tampak juga agak bersih. Naluri ibuku terasa sedikit berkeyakinan.

Idris manja diatas dukungan Abah ;-)

Dua perkara yang Encik Rosman maklumi menarik perhatianku :
  • Setiap hari rabu, terapi dari Hospital Putrajaya akan datang dan memberikan terapi yang sesuai kepada kanak-kanak disini mengikut keperluan : Physiotheraphy dan Occupational Theraphy. Malah, majoriti pelatih disini juga adalah terdiri daripada kanak-kanak Austism.
  • Setiap hari Jumaat, tiada kelas untuk pelatih dijalankan. Ini kerana terapi/guru dari PDK ini akan melawat ke rumah-rumah pelatih secara bergilir-gilir.
Anak ini sungguh cantik dia dimataku. Rambutnya panjang mengurai. Dia selalu tersenyum tatkala aku memandangnya. Aku tidak tahu apa istimewanya dia, namun aku gemari senyumannya. Nampak ikhlas, benarlah. Kanak-kanak tiada dosa, bersih.

Aku terasa seperti Allah mempermudahkan urusan Idris buatku. Sebelum ini, aku dan suami berkira-kira untuk mencari rumah di kawasan Shah Alam, kerana kata orang, PDK di Shah Alam itu adalah yang terbaik. Malah, aku juga telah berura-ura untuk bertukar tempat kerja. Semuanya demi Idris. Agak kelam kabut untukku menguruskan Idris memandangkan kelasnya bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari sahaja. Aku juga harus berulang alik dari Seri Kembangan ke Putrajaya 2 kali sehari. Semuanya demi Idris.

Aku juga berkira-kira untuk memanjangkan pengecualian waktu bekerja. Kalau sebelum ini, dalam setiap minggu, aku diberi pengecualian mengambil separuh hari demi membawa Idris menghadiri sesi terapi di Hospital Putrajaya, kini aku harus memohon pengecualian setiap hari isnin hingga khamis untuk keluar lebih awal selama setengah jam bagi menjemput dan menghantar Idris pulang pada waktu tengahari.

Dia adalah keutamaan dalam hidupku kini. Senyum dan tawanya pengubat hati yang sangat indah. Terima kasih Idris kerana hadir menyerikan hidup Mama dan Abah. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Idris.

Pencarian Idris terhenti disini.

p/s: sebenarnya entry ini dah lama ditulis, tapi diperam sebab asyik tak habis-habis dok mengarang ;)

24/03/2009

Mum of The Year Award

Sesungguhnya, dengan tak malunya saya dan dengan rendah dirinya pergi collect award ini di rumah Jiey. Sebenarnya, Makcik tak perlukan pengiktirafan dari sesiapa untuk menjadi Mom of The Year, cukuplah anak-anak Makcik tahu, yang Makcik dah buat yang terbaik untuk diaorang dan berkorban segala penat lelah hanya untuk memberikan mereka berdua kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.

Bila dah dapat award ni, kalau macam artis.. diaorang suruh buat ucapan, tapi untuk blogger ada syaratnya. Makcik kena jawab ni. Tak kisah, memang Makcik suka pun :)

Admit one thing you feel awful about (involving being a mom) Once you've written it down, you're no longer allowed to feel bad. Remember you're a good mom.

Idris:
Satu perkara yang sangat-sangat Makcik kesal sangat hingga ke hari ini adalah sebab Makcik kurang berusaha membawa Idris ke kelas Fisio sepanjang tahun 2008. Makcik sangat-sangat terkilan, sebab ketidak upayaan Makcik membawa dia ke Fisio (faktor baru bertukar tempat kerja & masa tu Makcik mengandungkan Sophia) perkembangan Idris stucked kat tahap yang sama.

Sophia:
Tiada exclusive BF untuk Sophia. Langsung tak ada. Kesian Sophia.. kalau masa Idris dulu, sempat juga 2 minggu Makcik BF kan dia.

List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or the kids love about you.

Idris

1) Mama sukakan bau rambut Idris, tak kiralah lepas mandi atau belum. Lagi busuk, lagi Mama suka. Sebab Idris anak Mama, darah daging Mama.

2) Mama suka usik Idris dengan cakap "Mama nak makan anak Mama.. Mama nak makan armpit dia.. hmmm, sedapnya. Mana Abah beli ni?" dan Mama suka tengok Idris ketawa menahan geli sambil tolak-tolak muka Mama dan sambil sebut "Mamamamamama"

3) Mama suka bila Mama panggil "Mana dia anak Mama?" dan Idris akan menolah, pandang mata Mama dan jawab "hmm.. hmm" dan tiap kali juga Mama akan ajar dan pesan "Lain kali, anak Mama jawab Ye Mama. Tau?" dan Idris akan terangguk-angguk. Nak tahu kenapa Mama suka? Sebab Idris tak suka memandang mata orang bila bercakap dengannya, berbeza Idris dengan Mama. Idris anak yang patuh,kan?

4) Mama suka sangat nak tidur dengan peluk Idris. Sebelum Sophia lahir, Mama tak boleh tidur kalau Idris tak ada disisi dan Mama juga tahu Idris juga begitu. *Hugs Idris*

5) Mama suka tengok Idris ragging Abah, dan Mama suka bila tengok Abah melayan kerenah Idris. Walau tak banyak, sedikit sebanyak Idris dah sekolahkan Abah macam mana nak layan Idris. Syabas beti!

6) Mama suka suapkan Idris makanan. Idris makan banyak especially Mushroom soup kat Chili's.

7) Mama suka bila Idris bersungguh-sungguh buat terapi bersama Mama di rumah, meski dengan therapist di hospital Idris tak layan. Mama suka bila semua usaha Mama berbaloi. Mama suka bila perkembangan Idris meningkat dengan mendadak bila Mama sama-sama usaha dengan Idris. Kata Abah, Mama ada the midas touch, tapi kata Mama, Mama buat dengan penuh kasih sayang dan tak lepas memohon doa dariNya untuk sebuah kesempurnaan buat Idris. Amin.

Sophia

1) Mama suka bau masam anak Mama, especially yang bau muntah susu. Hahahaha.

2) Mama suka Sophia menangis manja, even di tengah malam sekalipun.

3) Mama suka bila Sophia tercari-cari dimana Mama. Bila Mama panggil Sophia tertoleh kiri dan kanan. Bila tak ketemu, Sophia terisak-isak manja.

4) Mama suka expression Sophia waktu Mama mandikan Sophia dalam bath tub. Muka puas hati dan berseri-seri. Bila Mama angkat, Sophia nangis.
Opss.. anak dara mandi, amik gambar belakang je ;)

5) Mama suka tengok Sophia pakai baju kaler feminin. Adorable. (Dia anak makcik, kalau makcik tak puji, siapa lagikan?) hehehehe.

6) Mama suka bila Sophia nyenyak tido dalam dakapan Mama menjelang waktu subuh. Mama suka bau ditepi Mama, nafas Sophia mendengus.

7) Mama suka dan sayang Sophia. :P

Send this to other moms of the year deserves a reminder that they too are the best moms they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that link to your post directs people back to the person who nominated you.

Makcik juga bersependapat dengan Jiey, semua ibu di dunia ada ibu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, abaikanlah rules ni. Hehehe.

19/03/2009

Anugerah Allah

Semenjak mengetahui mengenai Amir Yusuf, aku seperti kehilangan 'bisa' untuk menulis. Bukan aku sudah ketandusan idea, tetapi anakanda Amir Yusuf banyak mengajar aku erti syukur dengan apa yang aku ada hari ini. Dahulu, pernah terdetik dalam hati ini, mengapa ujian ini diberikan untuk aku, jenuh aku mencari dimana salah dan silapnya, rupanya ujian ini satu anugerah yang terindah.

Kata Cik, Allah menurunkan kita sesuatu ujian itu kerana Dia tahu kita mampu menempuhnya. Begitu juga dengan Cik dan Aboh, abangku Uda seorang yang lumpuh. Namun, dia pernah memiliki kesempurnaan sama seperti kanak-kanak lain sehinggalah usianya mencecah 15 tahun. Tiba-tiba, dia menjadi lumpuh. Selama 10 tahun Cik dan Aboh menjaganya. Tanpa sebarang sungutan, dengan penuh keikhlasan. Kata Cik, Cik tak putus berdoa untuk kesejahteraan Uda kala itu, kerna janji Allah, doa ibu itu berkat.

Arwah Megat Aznan bin Megat Ramli
8 April 1972 - 15 September 1995

Apa yang Cik doakan, agar diberikan yang terbaik untuk Uda. Kala itu, air mata Cik sudah kering, namun semangat yang kental menemani Cik. Berusaha menjaga Uda. Bayangkan bagaimana untuk mengurusi keperluan seorang anak lelaki yang berusia 15 tahun, yang hanya berupaya bertutur dan memandang sahaja. Segala fungsi pada badan Uda sama lumpuh. Tabahnya Cik menghadapi detik itu.

Dan, kerana itu jua doa Cik disahut. Doa Cik hanya terbaik untuk Uda, terjawab. Tanggal 15 September 1995, Uda dijemput pulang olehNya. Kala itu, kata Cik air matanya telah kering. Cik tahu itu yang terbaik untuk Uda. Cik biarkan dia pergi. Berbulan lamanya Cik seperti hilang arah. Terjaga tiap jam dan bangun menjenguk ke katil Uda. Dan yang tinggal hanya katil kosong. Kala itu, Cik menangis. Ibu mana tak rindukan anaknya. Besar sungguh kasih ibu, kasih ibu yang membawa ke syurga. Hingga ke hari ini, ubat-ubatan yang Uda makan, masih ada di rumah kami, satu almari. Cik tak ingin mengusiknya, atau mengalihnya. Kata Cik, cuma rindu ini yang ada untuk Cik simpan. Al-fatihah untuk Arwah Uda.

Dan kini, giliranku. Aku dikurniakan anak secomel dan seistimewa Megat Idris Naquiyuddin.

Aku berbangga memiliki Idris dalam hidupku, malah Idris adalah yang terbaik pernah aku miliki sepanjang kehidupanku. Idris dihantar kepadaku olehNya selepas 3 tahun kami mendirikan rumah tangga. Sungguh, aku dan suami tersangat gembira, kami bersujud syukur, kami melunaskan nazar yang dijanjikan. Kami sangat-sangat rasa bertuah kerana diberi peluang untuk bergelar mama dan abah.

Sewaktu kelahiran, aku tidak mengalami sebarang komplikasi. Idris lahir sempurna tanggal 12 April 2007. Kehadiran Idris mengundang bahagia dalam hidup kami berdua, kebahagiaan yang tidak pernah kami kecapi sebelum ini. Melihat pada matanya, senyumnya dan tawanya membentuk satu rasa bahagia dalam jiwa, dalam hati. Terima kasih Idris kerana meminjamkan mama kebahagiaan ini yang mama tak mampu beli dari mana-mana sekalipun. Kebahagiaan yang mam tak mampu bayar dengan sebanyak mana harta di dunia ini.

Kini, usia Idris bakal menjangkau angka 2. Seusia Idris 8 bulan, dia telah menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur. Dari sana, doktor pakar perubatan kanak-kanak telah mengesahkan Idris menghidapi Autism (Mild) dan Global Developmental Delay (GDD) yang mana ianya memberikan kesan ke atas perlakuan Idris yang suka membuat perlakuan yang berulang, dia juga tidak takut kepada kesakitan, tidak suka dipeluk, suka mengelak untuk mempunyai eyes contact dengan orang, dan suka bersendiri. Itulah Idris.

Padaku,Idris masih seperti bayi, Idris cuma mampu melakukan apa yang bayi berusia 7 bulan lakukan, mengangkat kepala dan berguling-guling ke kanan dan ke kiri. Namun, padaku itu sudah cukup membahagiakan jika dibandingkan dengan anak-anak lain. Mengikut kata doktor, kanak-kanak di peringkat ini tidak mampu mentafsir kata-kata orang-orang disekeliling terhadapnya, namun aku rasakan itu silap. Idris tidak begitu.

Dia faham dengan bahasa yang aku tuturi. Dia faham dengan bahasa badanku terhadapnya dan kadang kala Idris memahami dengan renungan mataku cuma dia mampu mentafsir. Mungkin hubungan antara ibu dan anak terlalu bonding. Walau apa sekalipun yang pakar perubatan katakan, aku mendidik dan melatih Idris dengan caraku tersendiri. Aku yakin, kesungguhan seorang ibu, kegigihan dan sentuhan aku mampu mencipta suatu keajaiaban kepadanya dengan diiringi doa yang tak pernah putus padaNya.

Hidup ini jangan sentiasa mendongak ke atas, kerana kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada, tapi menunduklah ke bawah dan belajar erti syukur dengan apa yang dimiliki berbanding dengan orang lain.

video
Saja ingin berkongsi, inilah Idrisku. Sewaktu video ini dirakam, Idris masih belum bergelar abang. Berulangkali aku tonton. Sungguh menghiburkan tatkala Idris memanggil namaku. Hanya dari bibir kecil Idris yang mampu menghantar getar bahagia ini tatkala dia memanggil 'mama'. Ajaib, bukan?

17/03/2009

Cik, dimana kamu?

Dua malam lepas, Cik pulang ke Bukit Marak. Sophia tercari-cari, dimana pemilik suara yang sentiasa mendodoikannya tidur sedari lahir. Matanya memandangku, kehairanan. Mengapa Mama yang menemaniku?

Cik, dimana kamu?

Mungkin itu yang ada dalam kepala Sophia. Sejak lahir, Cik menjaga semua keperluan Sophia. Bukan aku tak ambil pusing dengan Sophia, tetapi waktu itu, badanku masih lemah. Idris juga menuntut perhatian khusus dariku. Pada Abah dia kurang ingin bersama, hanya pada Bibik dia agak akrab. Itupun, Idris masih mahu Mama mendodoikannya, seperti detik-detik dia belum dikurniakan adik.

Memangdang Sophia kehairanan, aku bisikkan padanya 'Sophia, Cik balik rumah Cik. Kesian Cik, rindukan rumah Cik. Kesian Abang Aus, Abah dia nak masuk hospital nanti. Sophia ada Mama, jangan menangis ye, sayang' Lalu, badan kecil Sophia aku baluti dengan kain batik peninggalan Cik untuknya. Ubat pelepas rindu kata Cik. Untuk Cik jua dibawa pulang sepersalinan Sophia, mungkin menggalas rindu Cik padanya.

Cik pernah bercerita. Memang itu kelemahan Cik, mungkin kelemahan semua wanita bergelar ibu jua. Kata Cik, dahulu, setiap kali anak-anak pulang bercuti dari universiti, Cik gembira bukan kepalang. Cik masakkan makanan kesukaan anak-anaknya, Cik luangi masa bersama-sama kami. Aku juga masih ingat tika Nyah, Yong, Andak dan Teh pulang bercuti waktu mereka masih di alam universiti. Cik tampak gembira.

Dan, tiba waktu mereka pulang semula. Segala kesan jejak anak-anak Cik hapuskan. Cik cuci dan lipat pakaian anak-anak yang ditinggalkan dirumah. Cik hapuskan peninggalan. Kata Cik, Cik rindu anak-anak Cik. Syahdu bukan? Dan kini, penyakit itu berjangkit pula pada cucu-cucunya yang 16 orang cuma. Puteri Mariam Sophia adalah cucu bongsunya, cucu yang dijagainya semenjak dari lahir.

Dan hari ini, usia Sophia menjagkau ke 33 hari. Dari anak matanya, aku lihat dia masih tercari-cari. Tercari-cari wajah yang telah dimakan usia, yang tiap dua jam datang membelainya, tatkala Mama terpaksa memberi perhatian pada Idris. Sophia tercari-cari, kadang kala menangis manja. Terisak-isak. Mungkin dalam hatinya masih kehairanan dan tertanya-tanya..

Cik, dimana kamu?

Sabar Sophia. Tunggu hujung bulan nanti, Cik pasti akan datang lagi bersamamu.

06/03/2009

Sophia's First Picture with Us!

Alahai.. comel je gambar ni. Makcik x kisahlah sama ada orang lain nak cakap comel ke tak, yang penting, mata Makcik nampak comel. Btw, this is the first picture taken between Idris and Sophia. Idris sangatlah behaved. Masa Makcik cakap 'Lope, Mama nak letak Sophia kat tepi Lope, jangan ketuk-ketuk adik tau' dia pun terus stop tangan kiri dia yang tak lekang dengan mengetuk tu. Tapi, waktu gambar ni diambil, muka Idris tak berapa nak songih.. hehehe.

Ini pulak, gambar pertama Abah dan anak daranya. Like father, like daughter kan? Tapi takpe, kata orang-orang tua, anak perempuan yang ikut muka ayahnya, sejuk. Sejuk tu, Makcik tataw tang mana. Harapnya betullah.. moga segala kehidupan Sophia dipermudahkan.

This is our first attempt to take a family photo! Tapi tengoklah, Idris not in his mood, tengah mengantuk masa ni.