Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/01/2009

Haram :-(

Semalam, Mr. Hasben cakap The Ship = HARAM, takleh gi makan dah kat sana memandangkan masakan dia ada campur aduk dengan liquor. Makcik teringat kat diaorang punya prawan king, haiyak.. hari tu Victoria Station yang kami remove dari list.. lepas ni apa plak? Harap-harap jangan la Chili's.

26/01/2009

Breakfast With Idris Naquiyuddin :-)

Date: January 26th, 2009
Time: 9 am - 10.30 am
Location: Idris' Dining Area
Remarks: Breakfast with Mama & Abah

Ada satu masalah yang Makcik hadapi mengenai si Idris ni, masalahnya anak Makcik yang sorang ni tak suka nak makan. Diulangi, tak suka makan. Tapi, badannya tetap bersemangat memandangkan dia kuat minum susu. Buat pengetahuan umum, anak Makcik ni dah berumur 1 tahun 9 bulan dah, tapi dia langsung tak menunjukkan minat pada makanan sebagaimana minat kedua ibubapanya yang begitu mendalam terhadap makanan.

Tengoklah aksinya bila Makcik membuat beberapa cubaan untuk dia makan...

Round pertama: (Setengah jam pertama)
Masa ni Makcik mula-mula kasi dia makan. Duduknya pun betul lagi, tengah excited sebab Makcik pakaikan froggie bib tuh.. Mula-mula makanan masuk mulut, Makcik kasi dia makan wedges.. pastu, baked beans.

Round kedua: (Setengah jam kedua)
Masih behave, Makcik pun masih sabar. Masa ni Idris dah duduk dah senget-senget dah.. kejap ke kiri, kejap ke kanan. Pastu, mula la ketuk-ketuk kerusi dia.. mula-mula sebelah tangan, pastu dua-dua belah tangan.. Dia ketuk atas, dia ketuk bawah..

Round Ketiga: (Final Stage)
Masa ni, rasanya kesabaran Idris dah sampai tahap maksimum dah.. bila Makcik suapkan dia makan, dia mulalah 'burrrrrrrrr' dia semburkan balik semua benda dalam mulut dia kat Makcik, pastu.. muka pun dah jadi semacam dah... mulut pun makin bising, last sekali.. si kecik ni bluek!

Hahahahaha.. Idris, oh Idris...

25/01/2009

Nasi Berlauk Mokcik Aji

Tarikh: 25 Januari 2009
Masa: Makan pagi
Lokasi: My place @ Seri Kembangan.


Dua tiga hari lepas, ada la berborak dengan Cik pasal Mokcik Aji. Mokcik Aji ni, kakak kepada Cik, merangkap Mak Sedara Makcik la. Masa Makcik kecik-kecik dulu, I used to beli nasi berlauk yang dijual oleh dia di pagi-pagi weekend. Al-maklumlah, cara makan orang Kelantan ni, heavy. Makcik ingat lagi, lauknya simple aje.. tapi tersangatlah sedap. Bukan Makcik aje yang menyetujui nasi berlauk Mokcik Aji ni sedap, tapi hampir keseluruhan sepupu-sepapat Makcik memang melelh air liur la bila teringatkan masakan dan air tangan dia..


Sebab Makcik kepingan sangat, Cik pun masaklah. Makcik siapkan semua raw materials yang diperlukan, Makcik paksa Bibik Zumro ke pasar dengan Makcik. Sampaikan gondollah pokok pisang jiran sebelah rumah Makcik sebab Makcik nak makan nasi bungkus yang dibungkus dalam daun pisang. Cik pun ikutkan aje kehendak Makcik ni.. lesen besar sungguh bila mengandung ni.. dahlah, dapur pun tak jejak kaki. Hehehehe...


Specialnya Nasi Berlauk Mokcik Aji sebab nasi ni dimakan dengan beehoon goreng yang digoreng simple dengan taruk udang kering, cili kering dan sedikit sayur. Makcik tataw kenapa, tapi yummylicious tahap gaban la pada lidah Makcik yang merasa ni.. Inilah rupa beehoon yang Makcik suka ituw...


Bagi melengkapkan 'keindahan' sesi makan di rumah Makcik, Cik menjemput Abe Yoh (sepupu Makcik) datang mai.. dia datang bersama dua orang adiknya, Am dan Aking. Pastu, KakLah (sepupuku jua) datang dengan Abang Zian, Feena dan Zetty. Diaorang ni on the way sebelum hantar Cik Yah (kakak Cik merangkap mak sedara Makcik) ke KLIA, dia nak balik ke KB. Best je kami makan-makan rituw....


Disebelah petangnya, Ayah Sue dan keluarga plak singgah. Tapi, Makcik kelupaan nak amik gambar.. Syok sangat jumpa katakan.

20/01/2009

Hasil Boikot Kita..


Courtesy: Mem Aluya Kueh Lapis.

Got this from my sister - Yong.
Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. Insya Allah.

xxx

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4 Milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka.

Sekarang?

ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald's dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan.

Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin? Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak?

Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald's. McDonald's merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai "bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel."

Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald's adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald's menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot.

Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald's terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

Di Mesir, McDonald's terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald's akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebanyak USD 350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald's boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel" dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26 Milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

11/01/2009

Jom Boikot Barangan Israel..


Mula-mula, terkejut jugak Makcik bila dapat list ni.. Tapi, demi peri-kemanusiaan, Makcik tak akan membayar sesuatu untuk disalurkan bagi membunuh saudara Makcik sendiri. Mungkin agak susah untuk Makcik 'menahan diri' dari membeli barangan-barangan di bawah memandangkan memang barangan-barangan ini memang menjadi kegunaan harian kita, tapi sama-sama kita cuba. Harapnya dengan pengorbanan Makcik yang kecik ini, mampu melumpuhkan ekonomi Israel jahanam..

Makcik makan nih.. ole-ole rasmi yang Makcik selalu beli untuk anak menakan...

Fave. kek Makcik..

Susu cair rasmi di rumah Makcik..

Sphagetti rasmiku.. waaaaaaaa!

Yang ini takpe.. Makcik preffer makan Domino's or Shakey's ;-) Selamat!

Sepanjang Makcik mengandung, Makcik tak pi ke sana... rasanya, babailah kopiku...

Fave. Bonda Makcik.. harus diharamkan di rumahnya, dan dirumahku jua...


Compact powderku...


Baju-bajuku.... waaaaaaaaa!

Oh! Ini kritikal.. Miloku.. Nestumku.. Coco Crunchku.. :(


Fave suami Makcik..pasni, ada reason kenapa perlu diharamkan..

Make-up ku.. babai! Pasni pakai je Safi, Mustika Ratu...

Perfume Makcik..

Baju Idris..

Biskut-biskut yang sungguh lazat... yummy!

Lepas ni kereta dan rumah Makcik nak bau apa?
Make-up lagi...


Uhhh... dalam pantang sek sok kena cari brand lain.

Tisu kat dapur, dalam kereta, tisu Idris, tisu toilet semua kena tukar brand.. tapi, brand lain nipis! Tak puas hati..

Errr, anak angkat Sir Kolonel Sanders (read:suami Makcik) memang susah nak terima kenyataan nih..

Semua barang penjagaan Idris! Masya Allah, selama ni Makcik beli berdozen-dozen, rupanya Makcik dah sokong orang membunuh anak yang tak berdosa.. Makcik tak halalkan satu sen pun duit yang Makcik beli tu untuk tujuan ni..!

Nasib baik Idris pakai MamiPoko, kalau tak, mesti problem lagi..


Iklan yang Fasha Sandha jadi model.. sib baik Makcik tak pakai..

Kegemaranku dan suamiku.. babai vanilla coke!

Perfume ku, perfume hubby ku.. lepas abis ni, kena cari brand lain la...


Baju & toiletries hubbyku.. Abang, sila bertukar jenama lain yer.. harap maklum!


Oh... yang ini pun sama, nasib sebelum ni Makcik dah muak pulun prosperity burger, akan ku ingat rasanya sampai bila-bila.. Mc D dalam kenangan!

Susah bukan? Tapi, inilah cuma pengorbanan kita yang sedikit demi membantu saudara kita di Palestin.

Jom kita boikot! Allahu Akbar...

Jahanam Israel!


Banyak kali Makcik beristighfar bila membaca headlines news kat paper, bila menatapi wajah anak-anak seusia Idris yang tak berdosa dibunuh, dibom. Makcik memang emoskets.. tak ada ke rasa belas kasihan mereka dalam diri, apabila melihat anak-anak yang tidak berdosa ini dibunuh? Dah la budak-budak tu cumils-cumils belaka..

Makcik ada juga terima SMS dari beberapa kenalan yang meminta kita membaca beberapa ayat suci al-quran bagi membantu saudara kita di Palestin. Sebagai hamba Allah yang lemah, ini saja yang termampu Makcik lakukan. Makcik post kat sini dengan harapan, kengkawan Makcik boleh juga membacanya dengan penuh ikhlas untuk membantu saudara seislam kita.. kita ni ibarat ikan bilis, kuasa manusia, suara kita langsung tak didengar, tapi Makcik yakin.. Allah itu sentiasa ada dan akan membantu hambaNya yang teraniya..

Pemimpin Hizbuallah, Syed Hassan Nasrallah meminta seluruh muslim untuk melafazkan ayat-ayat berikut pada setiap ketika dengan penuh ikhlas, dengan izin Allah dengan harapan Israel Jahanam akan hancur..

SURAH AL-FATH AYAT 26-27

إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦) لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧)

SURAH YUNUS AYAT 85 DAN 86

فَقَالُواْ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَا رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٥) وَنَجِّنَا
بِرَحۡمَتِكَ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٨٦

SURAH YUNUS AYAT 88


وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُ ۥ زِينَةً۬ وَأَمۡوَٲلاً۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ‌ۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ (٨٨)


06/01/2009

Hangat Hati!

Hari ni, memang hari takde ong untuk Makcik.

Makcik memang HOT tahap gaban.

Mungkin bercampur dengan pembawakan budak sekarang ni, rasa temper tuh memang tak boleh dikawal-kawal dah. Bermula dari semalam, anak kesayangan Makcik, buat hal.

Reason being that?

Muka sengal si Idris Naquiyuddin dok sorang-sorang kat rumah

Dia tension, sebab semalam adalah hari pertama persekolahan, yang mana : sepupu-sepupu dia (Read: Kak Long, Abang Jue dan Abang Zul Adz) all of them went to school dan petang pun tak mai singgah jenguk dia. Makcik sampai rumah pukul 6.30 petang, dia asyik dok merengek nak duduk kat atas ribaan Makcik. Fine, takpe.. Sampai la berlarutan ke Maghrib, then.. Abah dia balik pun dia buat benda yang sama.

Pukul 9.30 malam, sepupu-sepupu dia finally datang rumah. Ya Ampun, gumbiranya si Idris tuh.. tergelak-gelak menyanyi. Siap masa Abang Zul Adz datang dekat dia, siap tarik lengan lagi.. pastu gelak-gelak dan golek-golek. 20 minutes later, dengan senangnya dia terlelap. Rindu sangat kot..

Pertemuan yang dinanti.. Abang Jue dan Abang Zul Adz datang jer.. muka terus berubah jadi ceria.

Dok bergurau senda dengan Abang Zul Adz

Pukul 11.30 malam, dia terjaga bila Abah dia angkat naik tido kat bilik. Bila terjaga, mind you.. sampai 3.00 pagi dia berjaga. Bila Mama tido, dia alih pada Abah, bila dua-dua tido.. dia pun Waaaaaa! Nampak sangat dia nak balas dendam sebab siang hari dia dok dengan Bibik jew. Last-last, Idris collapse jugak bila Mama dodoikan, tapi Ya Allah! sungguh la liat untuk ditumpaskan..

Pagi ni, dah sure Mama bangun pening-pening kepala.. macam biasa, jam 7.55 pagi Mama pun pecut la Ikan Kelisa Mama ke Putrajaya. Selalunya, di hari-hari biasa.. Makcik cuma perlukan 20-30 minit sahaja nak sampai ke office. Tetapi, hari ini.. ditakdirkan, adalah seorang polis trafik yang Makcik tataw dia letak kat mana otak dia.. sebab dia 'kawal' traffic, jammed giler!

Reason being that?

Dia tutup satu jalan! Jalan jammed dari traffic light rumah Makcik tuh.. merentasi depan Pasar Borong Selangor hinggalah ke traffic light Jusco Equine Park. Syabas Pakcik Polis kerana membuatkan punch card Makcik merah dan makan sumpah seranah kami selaku driver nih. As a result, Makcik sampai office pukul 8.50 pagi, ha.. amik ko. Punch card pertama kaler merah di tahun 2009!

Melengkapkan hari suwey Makcik, hari ni jugak Makcik dapat surat dari SPA menyatakan, Permohonan Mintak Gaji Makcik masih belum diproses. Masya Allah.. naik maigrain kepala Makcik. Untuk makluman semua kengkawan Makcik, Makcik bertukar ke tempat kerja baru nih pada 09/12/2007, dan Makcik dibayar gaji budak-budak fresh sedangkan Makcik nih.. dah 5 tahun keroje. Paling busuk, gaji Makcik short la dalam RM500 sebulan sekarang neh.. bayangkan, dah setahun lebih Makcik kerja tak dapek lagi.. Makcik hangin!

Call SPA, jawapan macam tenuk!

Call Bahagian HR office neh, diaorang mintak maaf sebab tengah ada kerja urgent. Petang karang baru boleh buat semakan. Nasib baik, cara bercakapnya penuh sopan santun dan lemah lembut. Terima kasih ye Kak Darina. Saya follow up lepas lunch karang.

Hati Makcik masih hot.. tengah dok banyak mengucap nih, calm down..