Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/12/2009

Rasa itu, jangan sesekali singgah lagi

Setiap hujung minggu, saya sentiasa sibuk. Bekerja kesana ke mari, berkhidmat untuk negara. Ada kalanya terasa di dalam hati, setimpalkah dengan ganjaran yang saya dapat setiap bulan. Demi sesuap nasi. Sudah banyak kali meninggalkan Idris dan Sophia di rumah dan saya pulang lewat kerana menyelesaikan tuntutan berkhidmat kepada negara. Tiap kali pulang lewat, bersarang rasa bersalah. Badan kepenatan, bila Idris dan Sophia meragam, saya tak mampu melayan kerenah mereka serentak. Bantuan Bibik diperlukan lagi. Aduh, bersalah.

Bekerja bersama Phia :) Phia sedang melayan peminat-peminatnya x)
(Picture: Credit to Fahiya)

Hujung minggu lalu, saya perlu bekerja lagi. Kali ini di kawasan sekitar KL sahaja. Idris dan Sophia saya bawa bersama ke hotel. Sedang saya bekerja, mereka berada di bilik. Ada kelapangan, saya curi-curi naik menjenguk mereka. Pulang ke rumah petang ahad, saya lihat Idris batuk-batuk dan selsema. Saya jangkakan mungkin ianya tidak akan melarat. Petang esoknya, tatkala saya pulang, Idris masih sama begitu. Malah nafasnya sudah naik turun. Bimbang. Pada Bibik saya utuskan suara 'marah' kenapa tidak menghubungi saya di pejabat apabila Idris berkeadaan begitu.

Selepas maghrib, saya bawa dia ke klinik. Berharap dengan dia akan kembali OK apabila mengambil nebulizer. Namun, kami hampa. Nebulizer seperti tidak membantu. Kami pulang ke rumah juga, memberikan Idris ubat-ubatan yang diberi. Jam 10 malam, Idris tidur. Nafasnya masih turun naik dan dia terjaga jam 11 malam, dia mula menangis. Mungkin nafasnya susah. Saya melayan kerenahnya, bergilir-gilir dengan Bibik, Encik Suami dan Atoknya. Memandangkan sayalah calon favourite Idris, sayalah yang bersengkang mata. Bukan senang mendukung kanak-kanak lelaki seberat 12kg dan 96cm tingginya. Tapi, semua itu ibarat terhapus sekelip mata kerana sayang yang ada didalam hati untuk dia.

Jam 3 pagi, kami nekad membawanya ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya. Kami diberi rawatan segera. Kali pertama diberi nebulizer, aksi yang dijangkakan terjadi. Menangis, meraung dan meronta. Namun, doktor masih tak berpuas hati. Nafas turun naik Idris masih bersisa. Nebulizer kedua diberi sekali lagi. Kali ini, Idris kepenatan. Menikmati kelegaan dari sedutan oksigen hingga terlelap. Namun, doktor masih enggan melepaskan kami pulang. Nebulizer ketiga diberi dan keputusannya masih sama.

Idris terpaksa diwadkan.

Ada juga rasa tersentap tatkala Idris perlu dibawa ke unit X-Ray. 'Lar, besar macam ni pun tak boleh berjalan lagi?' tanya pemuda didepan saya, saya anggarkan dia di awal 30-an. Sabar wahai hati, tidak selamanya saya mampu melindungi Idris dari dunia sebenar.

'Blom. Anak saya ni delay' jawab saya sepatah. Malas nak ulas panjang-panjang, hatiku sudah mula meradang.

'Oh, tak nampak macam cacat pun,' selamba badak dia kata macam tu. Dalam hati memang tersentap. Sabar. Sabar. Sabar.

Apabila dimasukkan ke wad, saya terpaksa meminta bantuan Atoknya untuk menunggu buat seketika. Sungguh, saya cuma membawa bekal sebotol susu dan sehelai diaper untuk Idris. Saya langsung tidak menjangkakan yang Idris akan dimasukkan wad. Saya pulang ke rumah jam sudah mencecah angka 7.30 pagi.

Berusaha saya meminta Bibik menyiapkan pakaian Idris dan saya ke dapur memasakkan bekalan makanan untuk Idris. Agak lama saya dirumah. Wajah Sophia yang terlompat-lompat apabila terpandang saya masih jelas. Gembira melihat Mamanya dirumah. Namun, saya tidak boleh lama. Idris memerlukan saya lebih dari Sophia. Sungguh benci apabila saya diberi pilihan samada memilih Idris atau Sophia. Duh...

Menjaga, menemani Idris kali ini sungguh mencabar naluri keibuan saya. Selalunya, Encik Suami sentiasa ada disisi tatkala Idris didalam wad. Kali ini, saya sendiri. Encik Suami outstation. Mendengar tangis merengek manja Idris yang kurang selesa sahaja meruntun jiwa saya. Saya mendukung anak ini hampir setiap detik, kerana itu yang memberi kedamaian padanya. Dia tampak sedikit selesa didalam pelukan saya.

Banyak SMS yang saya terima daripada adik-beradik dan teman-teman rapat. Terima kasih. Ucapan ringkas kalian 'semoga Idris cepat sembuh' atau 'kami sama-sama doakan Idris' cukup banyak menguatkan saya. Cik banyak kali menelefon, menitipkan SMS bertanyakan khabar Idris. Hati tuanya bimbang, walau badannya tidak sihat, saya tahu ingin sekali dia terbang ke Putrajaya bersama saya. Namun, saya menegah. Tiada ertinya kerana pelawat adalah tidak dibenarkan untuk melawat selain ibubapa sahaja.

Terima kasih. Saya tak mampu membalas SMS kalian satu persatu. Tapi, sungguh terhutang budi dengan keprihatinan dan doa yang dititipkan buat Idris.


Idris dimasukkan ke wad 2C, Hospital Putrajaya dan diletakkan didalam bilik isolasi H1N1. Semua tanda-tanda untuk mendapat jangkitan H1N1 ada pada Idris. Sungguh, its freak me. Keputusan x-ray menunjukkan, terdapat jangkitan paru-paru dan pneomonia. Patutlah waktu tidur, nafas Idris naik turun. Dadanya berombak. Wheezing. Saya tidak lena tidur. Saya bimbang andai kesukaran bernafas mengakibatkan sesuatu yang menakutkan saya. Tatkala matanya terpejam, saya disisinya. Saya amati wajah Idris. Saya tatap sepuas hati. Saya terbayangkan kemungkinan-kemungkinan andai Idris benar-benar terkena jangkitan H1N1.

Nauzubillah!

Selawat syifa' saya panjatkan. Minta Allah jauhkan segala kemungkinan negatif itu. Pernah sekali kawan blogger saya berkata, waktu inilah nak test doa ibu itu makbul atau tidak. Tatkala kita ikhlas meminta kepadaNya, membantu kita didalam kesempitan. Terima kasih Allah, kerana mengembalikan semula kesihatan itu kepada Idris. Banyak hikmah yang Allah tunjukkan.

Mungkin, selama ini Idris mengeluh sendirian didalam hatinya. Saban minggu Mama sibuk. Masa banyak saya tumpukan kepada kerja, mungkin anak kecil ini juga meminta kepadaNya, agar diberikan lebih masa untuk dia dan saya. Hikmah disebaliknya, saya diberikan cuti tanpa rekod kerana perlu menjalani isolasi dirumah sehingga 14 Disember. Sesungguhnya, saya gembira. Sesungguhnya, banyak masa saya habiskan dirumah bersama Idris dan Sophia.

Apabila pulang ke rumah, saya lihat senyuman kelegaan Idris. Berada diruangnya sendiri. Bersama adiknya, bersantai bersama-sama Mama dan Abah. Hampir setiap detik kami manfaatkan sepenuhnya. Mendengar sahaja gelak ketawa Idris kali ini, buat sata sungguh-sungguh menghargai ketawa itu, senyuman itu, riak muka gembira itu. Hampir setiap kali saya terpandang wajah mulus Idris akan saya hampiri, saya kucup pipi, saya kucup dahinya dan saya gosok lembut ubun-ubunnya tanpa gagal saya ungkapkan 'Mama sayang Idris' ke telinganya. Dan, tiap kali juga saya akan membuat perkara yang sama kepada Sophia.

Wajah tatkala pulang kerumah. Gembira berada didalam environment nya. Diplay areanya, dan bersama mainan dan ditemani adiknya.


Aduh, sempurna erti kebahagiaan saya. Anak-anak disisi. Mereka dikurniakan kesihatan yang cukup, dan Encik Suami yang melengkapkan kami. Kebahagiaan terasa menjalar didalam hati saya. Saya mengharapkan didalam hati Encik Suami juga begitu. Insya Allah.

Dan, satu saya pinta. Rasa itu, jangan sesekali singgah lagi, walau sebentar ke dalam hati saya. Saya tak ingin dihambat rasa kebimbangan untuk merasai sebuah kehilangan. Saya tak ingin lagi rasa gerun untuk melelapkan mata kerna saya bimbang andai sesaat saya terlelap mampu membawa Idris pergi dari saya (Nauzubillah!) dan saya tak ingin rasa itu menghantui saya memikirkan sebarang kemungkinan yang akan ada dihadapan mata saya.

Rasa itu, pergi jauh..

Izinkan saya menuai rasa kasih dan sayang sebagai seorang ibu kepada anak-anak saya. Izinkan saya merasai nikmat ini walau saya tahu ianya cuma pinjaman semata dariMu.

Dan, mana mungkin saya mampu menolak wajah comel ini

8 comments:

Noina said...

Put, geram pulak bila baca tentang 'orang bengong' tuh..Takpe..cakaplah camtuh..sok dia kena..baru tau langit tinggi ke rendah! (geram nih)

Betul Put, kdg2 rasa bersalah sangat klu tinggalkan anak demi kerja. Rasa mau dok umah tak nak keje..(boleh ker?)huhu..

salam peluk cium buat idris dan sophia..Tak sabar nak jumpe 'mika-mika' nih..Nak cium pipi sorang2..

(huhu..Put.sedih la baca entry kali ni..nak nangis tadi)

Puteri's territory said...

Kak Yang doakan semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya selalu. Sue, you take care too, kesihatan Sue pun perlu dijaga untuk memberi perhatian kpd anak2 kecil ni.

LOve XOXOXO

zali azali said...

yupsss...paling geram ngan situasi " orang giler yg cakap " macam tu..ikut sedap mulut jer...memang la babah aiman ni jarang marah...tapi rasanya kalau terjumpa manusia yg punya mulut macam tu akan di bahasakan jugak...kak put, selawat tafrijiah pun elok jugak di amalkan...insyaallah semuanya mudah dan akan di tunjukkan jalan keluar dari segala masaalah

Zety Zin said...

Alhamdulillah Idris dah sihat. Risau juga masa dapat tahu.

rosma said...

alhamdulillah xde pape serius yg berlaku..anggap sume ni sbg dugaan dari ALLAH swt..

nifalnin... said...

tahniah put sebab berjaya control perasaaan amarah pd unknown-rude-person tu.. rasenye, klu fizu lar kat tmpt put, dah selamat mamat tu kena terajang..
sedih sgt bc entry kali nih... alhamdulillah, semuanya dah selamat.. ada hikmah disebalik kejadian kan.. harap put lebih tabah dan tenang dlm menghadapi dugaan...

mirah said...

alhamdulillah idris sudah sihat. Moga Allah limpahkan kesihatan berkekalan buat idris sentiasa..

MY HEART said...

put,

kalo akak dah sepak dah mulut durjana tuh.. cam syial kan.. eiii seb baek aku takde kat situ.. kalo tak dah bersepai gigi....