Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/12/2009

Cutest Baby of The Planet 2009

Yeay! Cutest Baby of The Planet 2009 muncul lagi!!

Puteri Mariam Sophia bt. Megat Iskandar
Tarikh Lahir: 11 Februari 2009

Sebelum ni, ada dua tiga kali saya calonkan anak dara saya ini masuk contest, tapi semuanya bukan rezeki. Kali ini, dengan rasa rendah diri, saya terasa ingin sekali lagi join contest ni yang dianjurkan oleh MomBloggersPlanet ni. Kali ini, rasa terpanggil untuk berkongsi aksi keletah Puteri Jr. saya ini. Tak keterlaluan kalau saya katakan, saya teruja dengan grand prize yang ditawarkan kerana selama ini saya sendiri sentiasa mengidam untuk membawa Sophia hadir sesi photoshoot diluar.


Kenapa Sophia yang patut mendapat Grand Prize itu?
Mudah sahaja, kerana Sophia akan memanfaatkan setiap detik bersama kamera yang memandang ke arahnya. 'Berkat asuhan gigih saya', Sophia sangat peka dengan kamera. Kalau menangis meraung macam mana sekalipun, ambil sahaja kamera dan anak kecil ini pasti akan tersenyum manis memandang lensa kamera. Hasilnya, wajah ikhlas tulus bayi berusia 10 bulan dirakamkan seperti didalam gambar di atas yang sebenarnya tatkala itu sedang rimas kerana mamanya mengenakan tudung di kepalanya.

Lebih dari itu, setiap anak adalah cute dimata ibubapanya, dan tanpa segan silu, saya menyatakan anak dara saya ini cute dan berbaloi-baloi untuk dilabelkan sebagai Cutest Baby of The Planet 2009.

Oleh itu, saya sertai peraduan ini!

4 comments:

treasurekeeper said...

salam..tak perasan lak u left a comment..tq so much for dropping by at my blog..

saya suke sgt gambar ur lil daughter ni pakai tudung..what a cutie pie!! kisses for her :) and good luck for the contest :)

-hajar

ibu_arifa said...

salam puteri nuur,

memang sangat comey Sophia nih.. pandai betul dia pose..suka saya tgk pic-pic Sophia :)

good luck yer untuk contest ni..

Miss Layaleya said...

If i'm d judge, I'll choose miss phia 2 be d cutest baby.. so cute miut.. go phia.. go phia.. u deserve it!!

juliana said...

gud luck phia..