Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/11/2009

Perkara baik harus dikongsi bersama

Ceh, macam tagline Nescafe plak :P

Sudah lama ingin berkongsi, namun tidak menemui kesempatan untuk menulis. Gembira kerana sehingga ke hari ini, walau baru 3 kali menjejak kaki ke rumah KakRaw di Felda Gedangsa, dan membuat beberapa liputan mengenainya disini, saya sedikit sebanyak membantu ibubapa lain.

Bagaimana saya membantu mereka?

Sudah beberapa orang ibubapa yang menghubungi saya bertanyakan bagaimanakah rawatan Kak Raw membantu Idris. Bagaimana mereka mengetahuinya? Selain membaca disini, speech therapist Idris juga banyak memuji. Dia percaya kepada rawatan alternatif yang saya lakukan ke atas Idris kerana dia sendiri dapat melihat hasil yang memberansangkan (dengan izin Allah) jua.

Ada yang menghubungi saya, bertanyakan beberapa perkara mengenai rawatan yang diberikan, berapa harga yang diminta, waktu rawatan dan berbagai soalan. Ingin saya kongsi disini, sedikit sebanyak mengenai Kak Raw yang saya kenali.

Siapakah Kak Raw?
Kak Raw yang saya kenali seorang wanita didalam pertengahan 40an, yang mempunyai anugerah untuk merawat/mengurut/membantu anak-anak istimewa yang mempunyai masalah. Saya tidak tahu sudah berapa banyak jasa Kak Raw taburkan untuk anak-anak pilihan Allah ini, tapi untuk anak saya, sungguh besar bakti yang tercurah.

Kak Raw
Waktu rawatan dijalankan?
Setiap hari Sabtu, seawal jam 7.00 pagi sehinggalah semua orang mendapat rawatan (agaknyalah). Paling lewat, giliran saya adalah pada jam 5.00 petang dan saya menunggu sejak dari jam 12.00 tengahari.

Lokasi?

Rumah Kak Raw terletak di Felda Gedangsa, 22km dari Tanjung Malim. Bab nak pemetaan ni, maaflah ye. Saya tersangatlah susah untuk menterjemahkannya.


Bagaimana rawatan dijalankan?
Rawatan yang dijalankan nampak simple sahaja. Kali pertama saya bawa Idris ke sana, Kak Raw cuma 'menyentuh' kepala dan badan Idris, kemudian dia memberikan hasil yang didiagnosnya dengan begitu pantas :P Ada fakta yang menepati fakta yang dikeluarkan oleh doktor, dan ada juga yang saya meragui. Pertemuan kali pertama, mengundang rasa was-was dihati, namun setelah kali kedua dan ketiga, saya rasa saya tidak membuat pilihan yang salah membawa Idris ke mari.

Kak Raw sedang merawat Idris

Pada mulanya Kak Raw sekadar menyentuh, mungkin juga mengurut. Kemudian, mahir dengan segala simpang siur urat saraf badan, Kak Raw akan mengurut di tempat-tempat tertentu, dengan sedikit sapuan Vicks dan lotion Nivea Cream (promote bagai!). Tatkala ini, Idris atau mana-mana anak-anak yang menerima rawatan Kak Raw tidak pernah gagal dari menangis. Saya tafsirkan, mungkin mereka kesakitan. Pada mulanya, hati saya juga dipagut sedih, nampak agak kasar cara Kak Raw memperlakukan Idris, tapi kalau lemah gemalai, mungkin tak menjadi,kan? :)

Seterusnya, Idris akan dibungkus ibarat mumia seperti ini..

..dan, dibiarkan berbungkus selama 4 jam. Ianya bergantung kepada keadaan seseorang itu. Ini adalah gambar Idris apabila terbungkus, sewaktu mula-mula menyesuaikan diri dalam 'uniform' barunya.

Didirikan buat seketika, dan..

.. pasti akan tertidur. Aduh, tak tahan tengok muka Idris macam ni. :(

Untuk pertama kali mendapatkan rawatan dari Kak Raw, disarankan agar berturutan selama 5 minggu perlulah datang berjumpa Kak Raw. Rawatan seterusnya, akan dimaklumkan oleh Kak Raw selepas itu.

Caj yang dikenakan?
KakRaw cuma meminta RM2 sewaktu pendaftaran nama. Itupun sekadar menampung perbelanjaan bil elektrik dan air diruang menunggu rumahnya. KakRaw menyediakan kemudahan menunggu dan bilik air. Walaubagaimanapun, saya atau mana-mana orang-orang yang datang, majoritinya akan memberikan 'sedekah' seikhlas dan semampu mungkin kepada Kak Raw. Itu yang berkat sebenarnya, tiada bayaran dikenakan. Terpulang kepada keikhlasan hati kita. Semoga Allah merahmati Kak Raw ~*

Berkesan,kah?
Jika ukuran testimoni adalah pada Idris, jawapannya adalah ya. Banyak perkembangan yang Idris tunjukkan, mungkin juga sudah masanya, tapi semuanya atas izin Allah.

Harap-harap selepas ini, lebih ramai yang dapat manfaat dari entri ini.

p/s: Farid (daddy Sarra), nampaknya kita btol2 kena buat fan page la untuk Kak Raw kat FB :)

"Walau dibalut seluruh badan, saya rela. Mama pesan, usaha berterusan akan membuahkan hasil. Jom, ke Gedangasa! :) " - Megat Idris Naqiuyuddin, duta untuk KakRaw@Gedangsa :P





8 comments:

ita zakaria said...

Idris duta kak raw..Sarra dan Nabila, duti kak raw..hehe. Syukur... bertambah2 kebolehan anak2 kita. semoga terus diberkati Allah...amin!

ME said...

InsyaAllah saya akan join the team start cuti sekolah .. jumpa di Gedangsa.

ibuayu said...

comelnya idris tersenyum..Semoga idris semakin menunjukkan pperkembangan yang positif. Doa ibuayu untuk semua yang mempunyai anak istimewa.

Deelira @ Deeliraz said...

seronok baca entry akk kali nie..
semoga usaha berterusan akan membuah kan hasil ye kak..
sy sentiasa mendoakan yang terbaik utk idris.

MY HEART said...

Ala.. shomelnya idris. Put, jadi tak nak datang tebiu ni???

~Puteri-Nuur~ said...

[ita zakaria]
nabila & sarra duta-duta pompuan :P go go girls, nanti anak-anak kita sama-sama bermain nanti :D

[ME]
kak, kita jumpa disana ;)

[ibuayu]
terima kasih :) semoga idris bertambah sihat

[deelira @ deeliraz]
terima kasih zue. doa itu yang penting, moga Allah dan seluruh malaikat mengaminkan doa ini :)

[ME]
arghhhhhh, akanku datang Kak Sha. Khamis depan pukul 2 :D Ish.. terasa spt mencuak. Ada tips soklan? Hahahhah~*

Noina said...

hehe..baguslah put..buat entry camni..lagi ramai yang datang..pastu leh ramai lagi jadik geng kita kan.. :)

eMMe said...

aaaa...put gi Gedangsa jumpe kak Ro ehh...da dekat sgt dgn umah me di Slim River... n me penah jumpe kak Ro tu, ubatkan adik me dulu... ramai kenal n berubat dgn Kak Ro, moga Idris cepat sembuh...