Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/11/2009

Kata-kata yang memanjangkan nyawaku...

Hujung minggu lalu, saya kepenatan. Hujung minggu yang dihabiskan dengan kerja dan anak-anak dibantu oleh Bibik tanpa kehadiran Encik Suami. Sungguh, hujung minggu lalu juga membuat saya tambah 'penat' dengan performance yang ditunjukkan oleh Red Warriors yang sungguh mengecewakan.

Semalam, saya memandu sendirian dari Melaka ke Putrajaya. Setibanya saya di Putrajaya, Yong menelefon, memberitahu mereka sekeluarga di Pusat Komuniti Presint 11, menghadiri Zul Adz's graduation day. Wah! Indahnya momen itu. Walau hanya baru dari tadika, momen-momen sebegitu adalah momen yang indah dalam journal seorang bergelar ibu. Saya terus memandu ke sana. Disaat Idris terpandang sahaja wajah-wajah KakLong, Abang Jue dan Abang Zul Adz, segaris senyuman terhias di wajahnya. Gembira sungguh.

Kami tiba, namun sempat menyaksikan persembahan Zul Adz bertemakan Madagascar, cute memakai custome sambil menari. Sophia ibarat terpukau. Tak lepas mata Sophia memandang keletah Abang Zul Adznya dan kawan-kawan. Saya sendiri asyik memerhati wajah Sophia, sekejap-kejap wajah Idris. Namun, tak lama kerana Idris tiba-tiba menangis. Mungkin muzik yang agak kuat membingitkan telinganya.

Kami yang kegembiraan

Di dalam perjalanan pulang ke Presint 14, Sophia terlompat-lompat dalam kereta, sambil tangan dan kepalanya turut dihayun dan digerakkan. Kami ketawa kelucuan, rupanya sang anak sudah meniru gaya Abang Zul Adznya menari tadi. Sangat comel, sayang tiada rakaman dibuat, saya sedang memandu tatkala itu. Tiba dirumah, kami kepenatan. Semakin hati dan jiwa saya penat apabila Encik Suami tiada :( [rupanya saya juga berjiwa romantik, kah? hahahha] Malam itu, saya cuma menonton CSI di AXN. Sendirian bersama Idris dan Sophia. Boring. Malam itu juga, agak sukar menidurkan Sophia, cecah jam 12 baru dia beradu. Saya sendiri, terlelap kepenatan.


Dan, wajah anak ini...

Aduh, ada cerita ingin saya kongsikan.

Satu perkhabaran gembira untuk saya, al-hamdulillah. (dalam mood happy dance!)

Pagi esoknya, saya agak terlewat bangkit. Agak kelam kabut ingin meninggalkan anak-anak sendirian bersama Bibik. Saya cuma sempat memeluk Sophia seketika sambil menghadiahkan ciuman dan pesanan 'Sophia, Mama nak pergi dah. Behave and be a good girl,' dan, saya juga menghadiahkan ciuman dan pesanan yang sama buat Idris, sambil beberapa kali menyebut 'bye Idris, bye Idris'

Tatkala saya menarik pintu rumah, saya terdengar Idris menyebut 'baba-mama'. Pintu tertutup. Untuk seketika, saya terkaku. Terfikir, apakah benar apa yang saya dengar tadi? Pintu saya kuak semula. Saya masuk ke dalam dengan gembira. Bibik juga mengakui kata-kata Idris.

Yeay! Al-hamdulillah~*

Idris berkata-kata. Sepatah kata lagi dari Idris yang memanjangkan nyawa saya. Sepatah lagi kata-kata yang keluar dari mulut Idris yang membangkitkan semangat saya. Terasa seperti berbayar sudah segala pengorbanan yang telah saya buat.

Al-hamdulillah :)

13 comments:

MRS. K said...

Alhamdulillah.....

mamaaerish : said...

salam perkenalan.. i follow u

alhamdulillah... sgt puitis... :)

~Puteri-Nuur~ said...

[MRS.K]
:)

~Puteri-Nuur~ said...

[mamaaerish]
salam perkenalan :) thanks for reading ;)

Ezzah said...

ALHAMDULILLAH...

tak lama lagi insyaallah idris dah boleh sama2 main bola dgn danish kat taman ek kak put.. :)

puan.farah. said...

alhamdulillah

rasa berbaloikan usaha dan penat lelah..teruskan berusaha..farah sokong dari jauh..hehe

zuri3389 said...

Tahniah.... kerana tuhan menentukan segalanya..... semoga adik idris terus bersemangat untuk meneruskan kehidupanye.... salam sayang dari acik zuri sekeluarga.

zali azali said...

alahamdulillah, idris tu kan budak bijak...jgn la kak put risau....

zali azali said...

salam kak put...semua chat..?ida tumpang hepi ngan idris...aiman krang chat skang ni asyik mengamuk jer..kna chicken pox plak...harap2 aiman pun leh jadi mcm idris suatu hari nnt...peluk cium idris n sophia wat mama aiman k..

Zety Zin said...

Alhamdulillah... seronok saya baca perkembangan Idris :)

~Puteri-Nuur~ said...

[ezzah]
hohoho~ nanti diaorang main kat playground kat rumah kita ye ezzah, ish, bila kan menjelma ye?

~Puteri-Nuur~ said...

[puan.farah]
berbaloi baloi :)

~Puteri-Nuur~ said...

[zuri3389]
idris suka dengan ucapan acik zuri tu.. :)

[zali aziz]
zali/ida, jumpa lagi di gedangsa. mcm mana aiman? kiut miut je dia. get well soon ek.

[zety zin]
kak zety, terima kasih :)