Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/10/2009

Terima kasih, Tuhan!



Akhirnya Idris bertutur!


Semalam saya pulang agak lewat, jam 10.30 malam, baru saya tiba di Greenwood. 'Laporan prestasi' Sophia yang meragam sudah saya terima melalui telefon dari Kak Yan, saya tahu, mungkin anak kecil itu tidak betah tinggal dengan Bibik Ijah setelah 2 minggu bersama saya sepanjang tempoh bercuti Aidilfitri yang lalu. Tatkala Sophia terpandang sahaja wajah saya, senyuman manis terukir. Terbang segala penat lelah dan rasa mengantuk yang bergayutan di mata dan badan. Tika itu, dia sedang menyusu dengan Bibik Ijah.

Tiba-tiba, Idris merengek. Minta perhatian. Rupanya dia cirit birit lagi. Kesian Idris. Telinga saya tiba-tiba tertangkap bunyi dia menyebut " Mmaama, eyak, dah," saya pandang Idris, betulkah apa yang ku dengar? Sekali lagi aku bertanya "Idris cakap apa tadi?" dalam nada rengekan yang panjang, Idris terus menyebut "dah.dah.dah"

Rupanya, Idris dah selesai kerja dengan 'nature call' dia tuh, ya allah. Idris berkomunikasi dengan saya! Sekurang-kurangnya, Idris mampu menyatakan maksud hatinya. Idris saya bersihkan, badannya agak panas. Idris demam lagi. Dalam saya memakaikannya baju, Idris berkata-kata lagi.

"Mmama, anas. anas. anas." Ya Allah! Idris bercakap. Gembira bukan kepalang rasanya. Saya cuba menyakini hati saya, dia benar-benar bercakap. "Idris demam?" tanya saya sepatah.

"Anas.anas. anas. Bah, anas," sebutnya lagi sambil mata memandang Encik Suami yang leka dengan laptopnya. Saya tepuk bahu, Encik Suami pandang saya seperti bertanya 'apa?' "Idris panggil," ujurku. "Bah, anas. anas." Saya nampak riak muka gembira Encik Suami. Suka sangat.

Secara peribadinya, saya tersangat gembira. Mungkin pada orang lain, tak ada apa-apa yang istimewa bila anak pelat bertutur, tapi untuk ibu kepada anak istimewa, besar sungguh kegembiraan ini. Sebenarnya, Idris mula 'bercakap' bermula pada bulan Ramadhan yang lalu. Idris semakin 'mengeluarkan bunyi' bila bersama saya. Saya tidak pernah jemu bercerita, menyanyi bersama-sama Idris. Idris seorang anak yang 'belajar bersama muzik'. Pernah suatu ketika dahulu, saya ceritakan Idris memberi respon yang baik ketika saya memainkan lagu-lagu Faizal Tahir, ya memang betul. Mungkin minat saya kepada penyanyi ini turut sama mempengaruhi minat Idris. Tiap kali lagu Sampai Syurga didengarnya, Idris pasti akan tersenyum manis.

Setiap hari, saya tidak pernah putus bercerita kepadanya. Saya bercerita mengenai apa-apa sahaja yang saya tempuhi, kadang kala dengan auntie-auntie kesayangan Idris dan Phia di pejabat juga menjadi topik perbualan saya dan Idris. Dahulu, saya seperti bercakap dengan diri sendiri. Saya yang bercerita, saya yang tergelak sendiri sedang Idris cuma memandang dan mengetuk lantai semasa saya bercerita. Kemudian, Idris bertambah baik mutu 'pendengar setia' dengan dia sama meniru ekspresi saya semasa bercerita. Jika saya tersenyum, dia juga tersenyum. Jika saya ketawa, dia juga ketawa. Itu sudah cukup memadai untuk saya. Sekurang-kurangnya saya terhibur melihat senyuman dan ketawa manja Idris.

Dan hari ini, saya sangat gembira bila Idris mula 'bercakap'. Sesuatu yang saya dambakan sekian lama. Saya ingin sekali melayan karenah dia bertutur. Bertanya itu ini mengenai kehidupan di sekelilingnya. Walaupun hanya sedikit, saya puas. Hasil saya bersabar, berkorban masa dan tenaga seperti terbayar.

Idris, ini baru satu permulaan. Jangan henti dan toleh ke belakang. Mama sentiasa ada untuk Idris. Andai tak mampu untuk berlari pun, Mama tak kisah. Janji kita sama-sama mengensot, perlahan-lahan tanpa putus, insya Allah akhirnya sampai jua.

p/s: banyak terhutang entry. ada cerita suka duka di aidilfitri. akan dipost nanti bila ada masa.

19 comments:

ME said...

YaAllah bestnya. berbunga hati Me membaca entry ini ..Tahniah Puteri. Kagum dgn ketabahan Puteri .. Hope one day it happen to my son ..

ibuayu said...

alhamdulilah..itu petanda yang baik..Hati ibuayu juga berbunga rasa keriangan mendengar perkembangan idris

jujue said...

go idris go!!!chaiyok!!!!!
sgggtttt happy!!!t idris tnye mam cne jujue happy eks!!!! *wink* xsbr nk tggu lg...syngggg idris n phia!!!!

xoxo *muuuaaghhhhxxx*

Deelira said...

alhamdulillah syukur..
suke sgt sy baca entry akk kali ni..

~farahsyeefa~ said...

idris anak yang hebaT!! anda ibu kuat...! saya terharu bc entri ini.
saya yakin satu hari nanti, anak-anak akak akan membanggakan dunia :)

mirah said...

oh happy dgr idris dah boleh cakap juga ni. Moga akan datang lebih kegembiraan dan kebaikan utk idris.

AyangAizul said...

alhamdulillah...
wpun kita tak pnye pengalaman dgn anak seistimewa idris, tp kita paham perasaan put. sbb Adeef pun agak lewat bercakap. dah 2thn lebih br nak pndai bertutur.

jgn jemu bersembang dgn dia. kerap ajak dia berckp2, sembang dgn kita. smbil tgk tv, buat keje umah pun. waktu kat opis, rajin2 ckp dlm telefon dgn dia. biar dia tak bersuara, tp dia sbnrnyer cuba nak ckp ngan kita. insyaallah... lmbt laun akan ada hasilnyer...

Zety Zin said...

Alhamdulillah!! Syukur Idris dah mula bercakap. Saya tumpang seronok dengan berita ni.

ita zakaria said...

Alhamdulillah, berkat kesabaran seorang insan bernama ibu, berbayar dengan sejuta rahmat! semangat utk Sarra... Idris, teruskan usaha yer sayang. nanti datang rumah sarra yer...

Baby Tiger said...

nanti idris pulak nyanyi lagu sampai syurga untuk mama!!

Jiey^Mien said...

Hehehhe..
Mama Jiey tahu, anak bujang Mama Jiey nih memang terror..
Nnt pggl Mama Jiey pula tau..
DOnt worry, take ur time.. Mama Jiey akan setia menanti..
Sesetia malam pada siang..

*Tiba-tiba rasa syahdu*

=)

Congrats Idris.. *hugs*

ieda said...

wahh..bestnyer idris dah bleh cakap..good work cute boy..
saya fhm apa yg puteri rasakan sb saya pun tersangat excited bila sesekali nabila bercakap bahasa yg saya boleh faham.

Noina said...

tetiba meleleh airmata..bukan sedih tau put..gembira sangat!betul..happy rasanya..akhirnya berbaloi pepagi kuar gi terapi..gi PDK..alhamdulillah..

Bagus la idris!..acik ina suka sangat!good boy..mcm tulah..nanti leh nyanyi2 pula tau..nyanyi lagu faizal tahir..hehe..

p/s:ala encemnya dia pakai baju hijau ngan songkok..geram betul tgk..cium sket..muahhhh!

Rofaizal Jaafar said...

Alhamdulillah.. Syukur.. Berkat sabar dan usaha mak ayah .. Buat Idris terus kan usaha..

Min Min said...

alhamdulillah...tumpang hepy tuk akak n famili...nanti bila jumpa mimin,mimin nak dengar dia berborak...
nanti mimin upah wit raya tuk budak yg nampak cam dah makin matured ni yek...
hehehe...(bilalah kita nak ketemu ni kak wei?)

puan.farah. said...

tahniah..berkat kesabaran..rasa nak jumpa la idris ni..comel nya..raya haritu balik kelantan tak?

~Puteri-Nuur~ said...

[ME]
Mudah-mudahan, keajaiban ini akan berlaku juga to your son, insya Allah.

[ibuayu]
terima kasih, moga Idris makin baik dari hari ke hari.

[jujue]
;) terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan ini dengan kakput :D

zali azali said...

ermmmm....seronoknya, saya pun tak sabar nak tunggu aiman saya bercakap macam idris...

NaD said...

Alhamdulillah... akhirnya idris tunjukkan peningkatan. Insyaallah.. banyak lagi yang menanti di depan sana. Go idris!!