Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/10/2009

Rindu untuk menulis

Lama sungguh tidak menulis, banyak sungguh perkara yang ingin dikongsikan. Sangat teruja untuk bercerita mengenai Idris dan Sophia. Sekarang ni, memulakan entry ini dengan harapan dapat dipublishkan tanpa sebarang masalah melanda.

Pertama-tamanya
Sewaktu blog ini diwujudkan seawal tahun 2007, ianya berkisarkan mengenai saya dan kehidupan. Setelah seketika, saya rasakan 'bosan' bercerita mengenai diri, kemudian blog ini yang waktu ketika itu diberi nama 'ceritera cinta' dihentikan tanpa sebarang sebab :P apabila saya dikurniakan Idris, saya sangat teruja. Jua di ketika itu, ::my.little.secret:: masih belum diwujudkan lagi. Sehinggalah usia Idris menginjak ke 8 bulan, selepas Idris disahkan mengalami masalah, barulah blog ini diaktifkan semula.


Mahu tahu kenapa ianya diberi nama ::my.little.secret:: ?
Kerana, disinilah rahsia-rahsia saya luahkan, perjalanan saya menjadi seorang ibu, satu jurnal terindah untuk saya kongsi, sewaktu itu tak jauh niat di hati, cukup sekadar jika suatu hari nanti Idris mampu membaca, dia akan mengabadikan hasil tulisan mamanya ini. Namun, apa yang lebih menggembirakan saya apabila, saya dapat membantu ibubapa lain berkongsi ilmu mengenai penjagaan anak istimewa seistimewa Idris ini, juga saya mampu membina tali persahabatan dengan mommy blogger yang lain, menambah senarai teman dan saya akui ::my.little.secret:: adalah wadah dimana saya 'bercakap' apa yang tersurat di hati yang kadangkala tidak mampu saya ucapkan.

Kedua-duanya
Saya tahu, tak ramai yang tahu dan kadang kala, tak semua perasan Megat Idris Naquiyuddin itu anak istimewa saya. Sewaktu Idris didalam kandungan, semuanya nampak sempurna. Mengandungkan Idris selepas dua tahun setengah mendirikan rumahtangga memang suatu mimpi indah dalam hidup saya. Malah, mengandungkan Idris juga lebih senang tak banyak songeh, tak seperti sewaktu membawa Sophia.


Idris dilahirkan secara caesarian selepas 5 kali gagal induce, di waktu 38 minggu usia kandungan. Idris lahir dengan tiada sebarang komplikasi (mengikut doktor). Anak kecil saya lahir sempurna dari segi fizikalnya, hati berbunga girang bila terpandang wajahnya, tangisnya yang gemersik serta 'bau' baby yang amat saya rindukan.


Seawal usia Idris mencecah 3 bulan, saya terkesan akan kelainan pada Idris. Melalui pengamatan pembacaan saya mengenai milestone bayi, seawal usia 3 bulan, dia sudah mampu memberi respon kepada bunyi, rattle, cahaya dan sudah punyai eksperesi gembira dan sedih. Namun, ianya tiada pada Idris. Pada Cik, saya bertanya, kata Cik setiap perkembangan bayi itu berbeza. Saya sangkakan itu suatu perkembangan biasa, kerana pada teman-teman yang bergelar ibu jua telah saya tanyakan, dan jawapannya juga hampir sama.


Apabila Idris berusia 8 bulan, sepupuku seorang nurse di HKL datang melawat, dia jua terkesankan sesuatu pada Idris. Jasa baiknya, Kak Ning mengaturkan temujanji bertemu pakar, dan pakar perubatan mengesahkan Idris mengalam Global Developmental Delay dan Autism berdasarkan perlakuan yang dilakukan tatkala itu. Demi Allah, sewaktu mendengar keputusan itu, hati saya hancur. Sedih. Saya terpaksa mengambil masa menerima kenyataan ini. Bukan saya malu atau kecewa dengan pemberian Allah ini, namun saya harus menukarkan semula mind setting dan harapan yang saya sandarkan kepada Idris agar lebih realistik. Anak sulong, banyak yang saya sandarkan. Dari saat itu juga, saya kentalkan hati. Janji saya pada anak ini, selagi ada daya, saya tak akan sesekali mengalah.


Ujian demi ujian dilakukan ke atas Idris, alhamdulillah, inilah hasilnya Idris pada hari ini. Saya masih terus menjalani terapi, rawatan dan segala usaha masih saya teruskan. Ada kalanya saya melatah, ada kalanya saya tersinggung, tapi saya harus faham, itulah dunia. Itulah hidup. Hari ini saya tersinggung, esok hari saya bangkit dengan perisai menahan rasa. Hari ini saya gembira, esok hari masih belum pasti. Untuk itu, saya berterima kasih kepada keluarga yang begitu memahi saya, teman-teman yang sentiasa mendorong saya, serta memahami akan keperluan saya membesarkan Idris bukanlah semudah membesarkan anak-anak yang lain.

Ketiga-tiganya


Lahirnya Sophia kedunia mewarnai hidup saya sekeluarga, malah bukan saya sahaja, Sophia beruntung kerana banyak mata dan perhatian dari keluarga dan teman-teman sekeliling yang menyayanginya. Saya akui, Sophia senang mendapat perhatian, mungkin keletahnya yang sentiasa happy-go-lucky, menambat hati kita. Gelak tawanya begitu menghiburkan. Allah menganugerahkan saya Sophia untuk merasai detik menimang anak seperti juga orang-orang lain.

Picture: Credit to Fahiya ;)

Saya sungguh teruja tatkala Sophia bangkit berdiri sendirian, ketika dia memanggil saya mama seawal usia 6 bulan, saya teruja apabila setiap kali Sophia teringin untuk makan bersama, saya teruja apabila Sophia melambai mesra saya tatkala saya ingin bergerak ke pejabat. Perkataan 'babai' yang keluar dari mulut Sophia seperti satu perkataan hikmah membuatkan saya rindu seharian ingin pulang ke rumah.

Membaca..

CAUGHT IN THE ACT : Mendera Lope!


Keempat-empat
Masa seakan mencemburuiku :P

Apabila di rumah, semangat untuk menulis seakan hilang. Saya lebih gemar meluangkan masa bersama Idris dan Sophia. Akhir-akhir ini saya begitu gemar melihat senyuman manis menghias wajah Idris dan Sophia. Mereka saya lihat seperti sang pelangi, mewarnai hidup saya. Tambahan pula, Idris kini kerap 'buat perangai', mempamerkan perangai-perangai indahnya terutamanya tatkala saya bersama Sophia, dia menjeling cemburu dan mulalah menangis. Makin dilayan, makin menjadi. Saya tahu, dia ingin meraih perhatian saya, dan dia memang berjaya.

Bersama pelangi hidup saya, sila abaikan kecomotan sang ibu itu xX

Rupanya, hati ini tidak betah tatkala melihat anak-anak menangis. Terasa seperti tidak kena, kasihan pun ada. Saya begitu hairan, bagaimana ada di dunia ini seorang perempuan bergelar ibu membiarkan lelaki asing sesenang hati memperlakukan anak seperti binatang? Atau, mereka memang binatang. Wallahuaklam.

Tengok wajah ini... aduh, cair hati saya...

Kelima-lima dan terakhir-akhirnya
Saya agak gusar untuk berkongsi cerita andai ianya salah ditafsirkan. Berpegang hakikat kepada prinsip 'saya tak mampu memuaskan hati orang lain' dan 'sila abaikan mulut-mulut longkang' orang yang ingin bercakap, saya akhirnya akan sungguh-sungguh mengupdate ::my.little.secret:: ini sekerap mungkin. Ini adalah jurnal saya, sebagai seorang ibu kepada mereka berdua yang sangat bernilai untuk saya lepaskan tanpa sebarang kenangan.

p/s: blog ini tidak private lagi, mengambil semangat Jiey, mama Ian yang juga mendapat tempias hampir sama seperti saya.






21 comments:

Ezzah said...

alalalala.....tomeynya idris n phia!

p/s : rindu nk baca penulisan kak put.. ;)

pasni kena update selalu tauuuu...abaiakn je mulut2 longkang yg dah tentu2 busuk tuhh...Bak kata jumie..kita golongan bangsawan..ahahahahah.. :P

Sutera Batik said...

Rs kejap je ms berlalu.. Aku rs mcm baru je aku tgk pic idris pakai towel tu n puji kecutean dia ms ko duk kat UMT. Skarng dia dah besar... Dah jadi hensem boy..

MY HEART said...

Put,

Akak sokong put no matter what. Apa usaha in term of menulis some info di dalam blog ini adalah satu usaha yang suci dan murni.

Cerita put tentang idris, kisah kasih put tentang anak-anak merupakan hak put.

Biarkan 'mereka' yang tidak berkenaan berkata-kata kerana hanya orang yang memahami saja yang mengetahui..

Noina said...

Put..suka sangat tengok Idris ngan Sophia..sungguh..rasa tenang sangat hati.. :)

Peduli kan saja mulut longkang tuh..Ina pun kdg2 rasa down jugak bila nak menulis..risau juga klu tulis lebih2 kata kita ni 'over' plak..Macam niat put..sama la ngan niat ina..Nak abadikan kenangan hasil2 tulisan ini untuk nabila..itulah niat pertama bila start menulis blog ini..Harap2nya tak tersimpang lah..hehe..

ieda said...

salam puteri..ari tu masa nak buka blog ni tetiba tak boleh..terkejut plk..ngapelah diprivatekan...rasa frust masa tu sb tak bleh baca perkembangan idris & tak bleh tgk muka comei idris & phia..
now..thanx puteri sb buka semula utk public..rasa happy semula nie..

Aiydalela said...

Salam Put..

tulislah ape yang ada dalam hati..jangan difikirkan SANGAT ape yang orang cakap.. (walau adakalanye PERIT..) kalau tak, kite TAK KAN ke mana..

Jurnal terindah tak seme orang memilikinye.. perjalanan kehidupan adalah berbeda-beda..

Demi Idris & Sophia? :p

smile n smile..

Jiey^Mien said...

Put, the idea of going to see Siti Hajar is superb!!
Nak! Nak! Nak! *Dgn muka yg tidak tahu malu..*
Let's make the arrangement k!

Dearest Put,
Kita di landasan yang sama k..
Put lagi berani coz bleh bercerita sepenuhnya tentang Idris di sini..
=)

Anonymous said...

tertinggal pulak nak cakap nih,..

moga syurga buat ibu semulia akak.. :)

student occ theraphy

puan.farah. said...

=)tak tahu la kenape..setiap kali bace blog ni rase laen..sebab die little secret kut..

=)

Syamilia said...

comeinyer...

ita zakaria said...

Put...touching lah. but full of meaning...ita faham nape adakala Put malas nak menulis. ita pun ade kala merasainya jugak. biala 'mulut2 longkang' tuh terus 'berbau'...bialah Put.

Tgk Phia, mmg teringin nak bagi Sarra adik...dah byk kali ita ckp kat Put kan..tapi, banyak sgt 'tapi' dari abi Sarra. Ummi ita tumpang gembira ye Phia...

~Puteri-Nuur~ said...

[ezzah]
akan ku tegakan hatiku :) terima kasih kerana berkongsi rasa :D

[Sutera Batik]
How time flies! Semeta jah Idris jadi budak besar dos.. insya allah, pahni dia jupo mung dia bulih hung-ga dos.. amin. amin. amin.

~Puteri-Nuur~ said...

[my heart]
kak sha, terima kasih di atas panggilan ituw, di atas nasihat ituw, di atas keprihatinan ituw :P

[noina]
anak-anak dilahirkan ke dunia tanpa secalit dosa, tatkala mata memandang ke arah mereka, hati akan damai je. kita di track yg sama ina, insya allah, dengan niat berkongsi ilmu ni, kita akan sama2 mendapat manfaat.

Min Min said...

cayang ide n phia bucuk minmin...
huhuhu...

~Puteri-Nuur~ said...

[ieda]
maaf, waktu tu tak leh nak tambah, limit sampai 100 readers je. takpe, sekarang ni dah boleh baca dah.

[anonymous]
terima kasih di atas pandangan. lebih selesa sekiranya adik memperkenalkan diri, ada banyak benda ingin KakPut bertanya.

~Puteri-Nuur~ said...

[puan.farah]
Put rasa, put tahu apa yang Farah rasa sekarang ni. Mungkin belum masanya lagi, enjoy dulu zaman bersama Peja ni, joli sengoti ye. bila dah ada 'handbag' (read:anak) susah nak berjoli dah.

[syamilia]
:D

~Puteri-Nuur~ said...

[ita zakaria]
Allah jadikan sesuatu kejadian dengan penuh hikmahnya. yang baik datang dariNya. Kalau ada terniat untuk memberikan Sarra adik, Put rasa tak salah untuk Ita & Farid mencuba. Mengikut kajian juga, anak istimewa yang mempunyai adik banyak membantu perkembangan mereka. Terbukti pada Idris. Nanti Put cuba cari masa buat satu entry untuk itu ye, dari pandangan peribadi Put.

[minmin]
Gedangsa minggu ni ON. sila temani aku yer..

Zety Zin said...

tahniah putri di atas semangat untuk bangkit semula dan berpegang pada prinsip 'abaikan mulut longkang' tu.

semangat tu yg kita nak :)

jUliANa^sAlLeh said...

yeay!!!mama kuat!!!!!biarkn mrk sme tue...yg pnting esk lope n phia nk bce tulisan mama kn... :) chaiyok2!!!!!

Xxhugs n kissesxX

Min Min said...

pn.puteri,
saya akan kompomkan sok ptg (Friday)
may b ada ad hoc tapi kena tggu pg sok

nasaoji said...

sekalipun ada suara2 sumbang yg duk kata kak put duk nak raih apa2, usah kak put dulik..

bagus kak put buat "jurnal" ni, nnt idris dan phia dah besar, dema tahu isi hati mamanya!...

kak put mmg ibu yg kental!...