Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/10/2009

Memo untuk Kasroha

Sabtu lepas, dengan rasminya maid baru telah sampai. Namanya Kasroha, berumur 34 tahun. Mengikut profile, sudah berkahwin dan punya 2 orang anak, yang sulung sudah berusia 11 tahun. Pengalaman bekerja katanya sudah 3 tahun jadi maid di Jakarta, kepada pasangan suami isteri.

Hari pertama sampai, saya tidak memberikan dia sebarang task. Atas nama peri kemanusiaan lah katakan, saya cuma minta dia kemaskan biliknya sahaja. Alhamdulillah, tanpa disuruh juga dia sapukan lantai ruang tamu, ruang makan dan mop. Hari pertama lagi saya sudah meminta dia mematuhi 2 kehendak saya dan Encik Suami antaranya:

- Mestilah menutup aurat kerana Encik Suami tak ingin menambah dosa kering setiap hari. Katanya, dia tidak mempunyai seluar panjang, dan saya dengan pantas telah membelikan beberapa helai seluar untuk kegunaannya.

- Tidak boleh mempunyai handphone. Malas nak handle kes-kes telefon sana sini, dan al-hamdulillah, dia juga katanya tidak mahu.

Dari segi housekeeping, saya boleh puji. Tapi, ada rasa tidak enak didalam hati ini bila melihat dia menguruskan anak-anak terutamanya Idris.

Mahu tahu kenapa?

Sungguh kasar dia memperlakukan Idris! Sungguh tidak enak terasa dalam hati ini. Sungguh-sungguh buat saya mengeluh! Sungguh-sungguh buat saya was-was ingin meninggalkan dia sendirian bersama anak-anak! Kerana khuatir, saya minta pertolongan Cik datang menjadi trainer kepadanya.

Malam seterusnya, membuat hati saya mendidih. Lantai dapur tidak dimopkan, kelengkapan susu Idris dan Sophia juga tidak disediakan. Kain pakaian saya dilipat seperti Encik Suami yang melipat pakaian, berbagai-bagai bentuk, tiada susunan. Pakaian anak-anak dicampur adukkan, habis almari pakaian Idris dan Sophia tunggang langgang. Sudahnya, semua pakaian yang dilipat saya keluarkan semula. Begitu juga dengan pakaian di almari anak-anak. Apa gunanya saya mempunyai pembantu rumah andai semua kerja rumah tunggang terbalik. Rumah saya, peraturan saya. Apabila dia memilih menjadi pembantu rumah, dia perlu memenuhi kehendak saya, bukan mencuba sedaya upaya untuk membuatkan saya mengikut apa sahaja yang ingin dibuat oleh dia.

Jam 2 pagi, saya menulis memo untuk Kasroha. Cuma waktu malam saya berpeluang untuk memeriksa tugasan yang dibuat. Ingin mengejutkan dia, saya tidak sampai hati.

Saya juga kurang berkenan dengan caranya meninggikan suara tatkala bercakap dengan saya. Sentap hati bila saya bertanya dengan elok, dijawab dengan pitching yang tinggi. Tiap kali meninggi suara, saya pasti akan bertanya 'kenapa tengking saya? bukan saya cakap elok-elok ke?' dan dia malu tersengih-sengih serba salah dan berkata 'sorry'. Tapi, selepas itu dia buat lagi. Susah ingin meluntur buluh!

Kawan-kawan, ada idea macam mana nak handle? Tolong komen, mana yang sudi, mana yang ada pengalaman. Maid yang dulu, takde pun macam ni.


9 comments:

Jiey^Mien said...

Dear, kalu dgn kito dio tok makey samey, mitok en.suami bersuara.. abih cerito!
mentang2 la lagi tuo drpd kito, sesuko hati jah..
*gerey neh*

nasaoji said...

riso deh klu maid gitu..nak2 kasar ngn anak2...

hurrmm..kne slow talk kot ngn dia...apa dr hati dia..dan hati kt..

[AFZA] said...

hahaha..rotan2..di tangan kak put sentiasa kena ada rotan panjang ...hahha..mcm cikgu 2 displin..hehehe

Noina said...

hurm..ni dah 2 org dah komplen pasal maid..Put ngan Naurah..hurmm.dia pun bengang gak ngan maid dia..ina nak komen banyak pun susah gak..sebab ina pun takde pengalaman ttg maid ni..huhu..

Rofaizal Jaafar said...

Kasi warning dulu.. Buat lagi kasi dia balik kampung.. Haha.. Simpan pun tak guna kan.. Lawan tokey tuh..

ieda said...

saya pun takde pengalaman guna maid tp pada sayalah tak payah marah2 dgn dia.suruh hbby tegur pulak.kalau tak jalan jg hantar balik.kalau simpan lama2 nti takut dia balas kt anak2 masa kita takde plk.

zali azali said...

ermm, letak cctv kat area macam ruang tamu, dapur ngan bilik anak kita..bukan apa..senang kita monitor apa yg dia buat...mudah mudahhan dapat maid yg baik...

ita zakaria said...

Put..ita takde pengalaman plak pasal maid. just nak bagi pendapat...jgn smpi die rase die besar...nanti die tunjuk belang. kasi ajar sikit same maid tuh..hehe!

rus hai said...

skrg maid yg sama ke sue? camna? dah ok ker?