Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/10/2009

Baby

Kenalkan, ini merupakan ahli terbaru rumah saya. Namanya Baby. Baby ialah 'anak angkat' kepada Puteri Mariam Sophia. Sengaja Mama dia membelikan dia anak angkat ini memandangkan Cik Phia saya itu sangatlah caring orangnya. Baby yang sepanjang 24cm ini sungguh comel dan menemani Cik Phia ke mana sahaja dia pergi :)

Sedikit update pasal Cik Phia, dia semakin nakal. NAKAL yang amat sangat, dan dia juga sudah mampu dipanggil Professional Combat! Menyusur dengan kedua tangannya ke hulu dan ke hilir, sambil mulut tak henti-henti membebel lalalalalala~*

Mulutnya juga tak henti makan. Pantang melihat Mama atau Abah atau sesiapa sahaja di meja makan, dia sudah mula gelisah, minta didukung, disuap sama. Semuanya hasil kerja cemerlang WanCor yang sentiasa menyuapkannya dengan biskut raya sepanjang pulang bercuti.

Cik Phia juga sudah pandai menyanyi sendirian. Bila si Abah mengikut rentak nyanyiannya, dia akan tersenyum malu. Aduh.. comel [tak malu puji anak sendiri!]

Cik Phia yang gigih sedang mengkaji beg Mama :P

8 comments:

Min Min said...

kompom klu min2 yang dukung phia si Baby kena tinggal kat belakang sebab min2 memang takut anak patung tu dari min2 kecik lagi smpai la ni...
huhuhu

Jiey^Mien said...

Tak perlu rasa malu bila memuji Cik Phia sebab dia memang comel!!
=)

jUliANa^sAlLeh said...

comey kn phia baby tue...hiks...jujue tmn mama bli tue...hiks... :P

eh kak put...bukan bag tue kate nk jd phia nye bag ke??hahahah :P

izzahazfar said...

Kak nur..
tq for invitation..sgt suker..

pergh...phia ni mmg comel..zah kalo bebduak ni..mmg kalau dapat..nak picit2 pipi depa..

ita zakaria said...

Alahai comel lak Phia, tengok budak tembam nih, hati bagai berbisik... "rase cam nak bagi Sarra adik cepat"... haha. mesti die pandai buli abang Isdris...

||♥Shahida♥|| said...

kiutnya!

MY HEART said...

Cik Phia memang shomel arrr put... rasa nak geget jer...

nasaoji said...

kak put..mmg cumei la keletah phia!