Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/10/2009

Cerita di Aidilfitri

Ada cerita di Aidilfitri lalu yang menyentap tangkai hati saya yang mendorong saya menutup ::my.little.secret:: semalam. Maaf teman-teman, andai terasa diri tidak dijemput. Jangan salah sangka, saya tidak menjemput sesiapa pun ke laman ini. Hanya saya sahaja yang ada.

(Entry ini ditulis pada 2 Syawal sebenarnya, namun tiada kesempatan untuk saya menyiarkannya disini.)

*****
Semalaman saya menyelusuri catatan saya buat anak-anak. Pengalaman berharga saya bergelar ibu kepada Idris dan Sophia. Mereka melengkapkan hidup saya dan Encik Suami. Hati saya sungguh terusik tatkala pulang berhari raya lalu, ada mulut-mulut yang langsung tidak tahu hujung pangkal mengenai Idris melabelkan Idris sebagai seorang anak 'tidak membawa untung kepada ibubapanya'.

Kejam!

Seharian saya moody. Saya pendam didalam hati. Saya simpan seorang diri. Rasa itu akhirnya berhaburan keluar tatkala saya ditegur oleh abang saya yang meminta saya mengemas sedikit tempat perbaringan Idris di ruang tamu di rumah Cik. Kebetulannya, anak-anak saudara saya yang lain bermain sama dikawasan itu membuatkan rumah agak selerak dengan toys mereka.

"Ini bukan kerja anak Sue yang tak ada tangan dan tak ada otak untuk sepahkan ruang!," hampir semua toys di atas lantai saya kutip dan saya buang ke dalam bakul sampah. Encik suami terpinga-pinga memandang saya yang sedang naik angin. Kehairanan. Cik juga memandang. Pelik. Mungkin pada orang, tiada angin, tiada ribut, saya meletup sendirian. Apakah?

Bila disusul tanya oleh Encik Suami, barulah saya bercerita. Bertemu dengan sanak-saudara yang kadang kala bersua, mungkin membuatkan saya terguris. Mereka kadang kala mungkin lupa, mungkin tidak mengetahui dan mungkin juga buat-buat lupa apabila berkata. Seolah-olah, anak saya anak yang dungu. Pelik sangatkah pada pandangan kalian anak berusia 2 tahun masih tidak boleh berjalan? Bukanlah saya tidak memerlukan perkataan 'sabar' dari kalian, tetapi ucapan 'sabar' atau 'redha' jika ditutur tanpa keikhlasan tidak akan sampai di hati. Kata itu akan melemahkan saya. Bukan saya kata saya seorang yang kental, namun apa yang saya alami selama 2 tahun setengah ini saya tahu saya mampu menjaga dan mendidik Idris dengan cara saya tersendiri.

Andai tidak tahu apa-apa mengenai anak istimewa, usah diberi pandangan tidak profesional kalian kerana kata itu setajam sembilu menghiris hati saya. 1 Syawal banyak memberikan saya kesabaran kerana saya tidak melenting tatkala 'mendengar komen-komen kurang cerdik' kalian mengenai Idris. Seperti kata Cik, saya perlu kuat dan sabar. Insya Allah, tapi andai kalian keterlaluan, maafkan saya. Mulut saya juga tahu bagaimana untuk menjadi celupar.


Usah memberi pandangan, jika kalian tidak tahu siapa Megat Idris Naquiyuddin. Simpan kata-kata kalian. Bersyukur pada Allah, memberikan kalian anak-anak yang sihat tubuh badan, akal fikiran, sempurna anggota badannya.

Saya tidak pernah menganggap Idris sebagai sesuatu yang dimalukan untuk dimiliki. Malah, dengan penuh kesyukuran, saya menganggap dia sebagai ikatan kasih terindah saya dan Encik Suami. Saya bawa ke mana sahaja saya pergi, walau dengan penuh kesukaran kata orang. Tapi kata saya, alah bisa tegal biasa. Saya bangga bila ada orang menyapa anak saya, walau dipengakhirnya mereka akan tampak kehairanan kerana Idris buat deek dan dunno aje akan mereka. Tapi, saya tidak malu dengan anak ini. Dia adalah nyawa saya. Harta saya yang tak ternilai dengan wang ringgit.

Walau seberapa pelik dan hairannya kalian pada Megat Idris Naquiyuddin, dialah pengarang jantung hati saya. Dialah mengajar saya erti kehidupan sebenar mengenai kasih seorang ibu yang tiada penghujung, mengajar saya erti sebuah kesabaran, membentuk saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dari saya sebelum saya hari ini, dan insya Allah, anak saya ini yang akan memberi banyak kredit pahala kepada saya disana nanti.

Cinta hati saya

Pada Jiey saya berkongsi rasa, dan SMS dari Jiey sedikit sebanyak membuang rasa gundah gulana itu. Hanya kami ditempat yang sama sahaja mengerti akan rasa itu.

Hari ini saya membuka semula coretan ini, untuk sesuatu saya abadikan buat Idris kelak. Saya ingin, apabila dia bisa membaca suatu masa nanti, dan mungkin andai ketika itu saya tiada lagi dimuka bumi ini, saya ingin dia tahu, dia adalah kesayangan saya sampai bila-bila.

*
*
*

p/s: Berhajat ingin menderma darah di PPUM tadi, tapi tidak kesampaian. Cuma doa mengiringi Encik Haryadi Rusli yang akan menjalani pembedahan esok. Doakan semoga dia selamat.

p/s: Insya Allah akan ke Gedangsa minggu ini.

14 comments:

ME said...
This comment has been removed by the author.
Ezzah said...

kak put, abaikan saje kata2 org bodoh tak berakal tuh! doa2 kami sering bersama idris agar idris boleh jadi macam kanak2 sebaya dia and nnt boleh main sama2 dgn danish! :)

p/s : aiiisssyyy....comeynya idris bersongkok dan berbaju melayu! ~melting~ :)

Syamilia said...

sis, sy rasa idris sangat comel... bertuah sis dan hubby dpt anak2 yg comel2...walaupun dia xmacam kita tp dia ttp insan yg dipilih oleh Allah...i respect u lah sis... =)

Leen Die said...

pertama sekali mintak maaflah tak p umah pout raya-2 tue sbb kelam kabut sgt sbb raya ke-2 tue balik perak..neway put sapa insan2 yg bg kata2 mcm tue..even kami tak berada pada situasi put tp kami fhm perasaan put..anak demam pun kiter akan risau inikan pula anak seistimewa idris..mesti perasaan tue lebih sensitif..betul kata org hanya kiter yg hadapi saja yang lg terasa..tp put byk2 bersabar yer..kiter sentiasa dibelakang put..neway dah lam atak tgk idris dan bila tgk dia skrg mesti byk pencapaian idris dah buat kan. tgklah gaya dia duduk belah abahnya tue..pastu yg dia dah leh berkata2..auntie banggo ngan idris..put leh ke kami sekeluarga nak p berjalan2 kat umah put kat putrajaya tue...???

izzahazfar said...

salam kak..
zah salah sorng silent reader yg membaca coretan akak..
terkejut bila pagi td tak dapat view blog akak..

ingatkan akak dah private blog..nak minta masuk dlm list..tak tau mcmana nak berhubung...

apapun..hanya akak sahaj yg mengerti...jika zah ditempat akak tentu zah juga seperti itu..

semoga akak terus tabah ya..!

||♥Shahida♥|| said...

idris hebat...org yg bodoh jek xnampak...put kena kuat k...idris encem..kiut sgt..sikit pun xnampak kekurangan dia...semua manusia ade kekurangan.....hadapi dgn kuat dan sabar...

ieda said...

salam puteri...
kebanyakan orang melihat keuntungan yg diberi kepada ibubapa oleh anak2 yang bijak pandai & sempurna sahaja.
sedangkan anak2 istimewa ini sebenarnya membawa keuntungan yang lebih abadi kepada ibu bapanya untuk kehidupan di akhirat nanti.anak2 yang sempurna belum tentu akan mengheret ibubapanya ke syurga.sama2lah kita memelihara amanah Allah ini.

Sufeenan779 said...

Putri,
selama ini saya hanya silent reader blog ini.Setiap kisah idris saya tak pernah terlepas mengikutinya. Ada sumber kekuatan dan semangat dari setiap baris kata-kata yang dititipkan. Sama seperti tiap kali saya membaca blog mama ian.Kisah dua anak kecil yang naif ini sangat-sangat memberi keinsafan dan juga sumber inspirasi.

Namun membaca entry kali betul-betul menyentuh hati sanubari saya untuk mencoret sesuatu.

Benarlah bila manusia berkata tanpa bersandarkan akal yang waras dan hanya berpandukan hati dan perasaan yang buta untuk menilai perasaan orang lain, impaknya sangat besar.Betul sabar itu indah, namun sekuat mana sekalipun wanita itu, tiba tikanya ia seakan menjadi rapuh jua, sementelah jika ia berterusan diterjah dengan kata-kata nista yang langsung tiada unsur simpati.

Mereka itu sebenarnya kadang kala lupa akan makna Qada' Qadar Allah, ketentuan yang telah termaktub di Luh Mahfuz dan tiada satu kuasa pun mampu mengatasinya.Sebab itu bila saja ada kisah-kisah anak istimewa seperti idris,mulut-mulut celupar itu pasti berkata "Ni mesti ada buat dosa besar sampai tuhan balas sebegini.." seolah-olah pilihan memiliki anak begitu dan begini terletak di tangan manusia. Jika anak itu lahir sempurna, itu anugerah Allah. Tapi jika anak itu lahir sebaliknya, itu kifarah dosa ibu dan ayahnya. Sewenang-wenangnya menuding jari tanpa menyelidik terlebih dahulu. Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran manusia yang sebegini.

Kita takkan mampu menutup mulut manusia sebegini selagi mana mereka tidak meletakkan diri mereka di tempat kita. Apa yang boleh dilakukan, teruskan berusaha. Dan saya percaya dan yakin, a miracle will comes some day! dan hanya miracle itu sahaja yang mampu membuatkan mereka semua itu terduduk dan terkedu!

Rofaizal Jaafar said...

Fuh.. Aku ingat dah di 'blacklist' oleh Put.. Rupa nye ada citer lain.. Sabar lah Put.. Serah kan pada Allah yg Maha Adil.. Ada balasan setiap perbuatan!

Noina said...

Put..ina mulanya tak boleh nak terus membaca coretan Put kali ini.Abg tanya pelik..kenapa ina tiba2 bangun dari dok depan PC tadi..dan terus dok kat sofa..air mata ni mengalir, Put. Hari Raya haritu pun ina alami benda yang sama dengan Put. Cuma malas nak coretkan dlm blog sebab akan mengundang airmata ni.

Betul..Orang memang tak paham dengan kita. Sakit..pedih hati..kita telan sendiri..Ibu mana tak sayang anak..lagi2 anak2 kita..Idris dan Nabila..memang amat memerlukan kita..Entahlah Put, kdg2 rasa nak 'laser' je org2 yang tak paham..tapi ina rasa tak berbaloi marah2 org yang tak paham..buang air liur je..hurm..klu dpt..nak letak earphone..atau apa je utk disumbatkan kat telinga..janji tak nak dengar perkara2 negatif yang dorang ckp tentang anak kita..

Buat sahabatku..Sabarlah..memang mudah kata sabar..ni juga peringatan buat ina..Sabar..sabar dan sabar..ada ganjarannya nanti..Insyaallah..

Nor Hidayah said...

KAK SUE,


SETIAP KALI ORANG CAKAP MACAM-MACAM TENTANG ID, KAK SUE CAKAP ALHAMDULILLAH.

ID BIJAK CUMA ITU SUDAH BAHAGIAN DIA.
ID BIJAK DAYAH TAHU.. DENGAN ADA KAK SUE DAN FAMILY YANG SUPPORT DAN SAYANG DIA..TIDAK JEMU DIDIK DIA..

DIA AKAN BERJAYA DALAM HIDUPNYA..

INSYALLAH

TERUSKAN KETABAHAN KAK SUE TU..

(MAK PUN CAKAP ID TU BIJAK..CUMA KENA SABAR MENDIDIKNYA KAN)

*HUG KAK SUE*

Zety Zin said...

Bagi saya, Idris adalah anak yang bijak. Dan sangat istimewa di hati saya.

Abaikan manusia-manusia yang tak reti nak bersyukur tu.

Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.

Salam sayang buat Idris :)

Anonymous said...

sabar ya dik... adik kena kuat sebab masih pjg lagi cabaran yg perlu dilalui. akak tak pandai beri nasihat tapi mungkin boleh berkongsi pengalaman kerana anak akak juga istimewa. akak punya 3 anak yg cuma beza usia setahun, jadi sudah pasti agak nakal dan rumah bersepah tu perkara biasa. akak pun tak suka membebel dan tak peduli kalau rumah bersepah sikit, selagi mereka happy. tak suka paksa diorang buat apa yg mrk tak suka. Lagipun akak takde maid.

for me, people are more important than things. yg boy tu cuma suka baca komik saja, akak selalu kena perli tapi akak tak kisah, dia suka membaca pun dah cukup bagus. biarlah tak baca buku sekolah pun. asalkan ada budaya membaca. rasanya dia berjalan masa umur 2 thn. bercakap umur 3 thn. pandai baca ABC lengkap masa darjah 2. thn ni dia baru minat dgn buku, dan akak start dgn komik bergambar. start dgn gambar saja... skrg dah byk tulisan. Alhamdulillah, dia sentiasa melekat dgn komik skrg. biasalah akak selalu kena perli, biarkan anak baca komik je.

sesetengah org tak faham. setiap org tak sama caranya. walaupun sedara-mara atau adik-beradik sendiri. akak dah biasa tahan telinga dengar org mengata, tak pandai ajar anak, anak tak berdisiplin, maknya yg pemalas... blablabla.

mula2 tu akak malas nak jumpa sedara-mara atau jemput org ke rumah. mula2 tu terguris tapi lama2 difikir, buat apa nak diserabut kepala otak dgn kata2 mereka yg tak berotak tu. tak perlu emo. nanti kita cepat tua, sakit darah tinggi, anak2 pun tak happy kalau makbapak dia asyik stress. Tuhan Maha Adil. Esok lusa hari mereka nanti, baru mereka tahu. anak2 mrk yg bagus masa kecil belum tentu akan bahagiakan mrk bila dah besar nanti.

Mak akak selalu cakap, anak2 yg susah dijaga masa kecil tulah yg akan menjaga dan membahagiakan ibu bapanya nanti. akak ada kawan yg ada anak terlalu istimewa, selepas demam panas masa umur 3 bulan, terus jadi vegetable until now. dia bawa anak tu ke mana2 dlm stroller selama 16 thn, cuma boleh makan nestum dan minum susu dlm botol. her husband divorced her 6 years ago dan dia tak sanggup kahwin lagi sebab tak jumpa org yg betul2 ikhlas nak jaga anaknya tu bersama. dia kata, kerana anak ini dia murah rezeki di dunia, anak ini pasti masuk syurga dan pasti dia takmahu tinggalkan ibu yg sentiasa bersamanya di dunia. kalau kita sudah hati, ingatlah pada org2 yg lebih susah nasibnya daripada kita. life is short. you are too blessed to be stressed, my dear.

~mamamia~

zali azali said...

kak put, sabar la kak. saya sendiri bersyukur punyai anak istemewa macam aiman ( CP ). anak macam ni buat kita selalu ingat pada pencipta kita. kita kena bangga dengan anak yg istemewa macam ni. dia dah korbankan keseronokan dunia semata sema mahu menemani ibunya di syurga. anak inilah yg akan dan pasti menemani kita di syurga kelak. ingatkan, kepayahan kita dan kesabaran kita mendidik serta memberi segala kasih sayang kepada insan yg bergekar anak ini..amatlah besar ganjarannya di sisi tuhan..harap satu hari boleh jumpa idris, biar dia berkawan ngan aiman..