Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/09/2009

Oh Cik Kelis...

Imbas kembali Oktober 2004, saya kegembiraan kerana buat pertama kalinya saya memiliki sebuah besi yang layak saya panggil kereta. Besi yang berwarna emas, kecil comel yang membawa saya ke mana sahaja destinasi yang ingin saya jejaki. Walaupun ianya cuma sebuah kereta kecil dan tidaklah dari 'baka' besi yang berjenama, saya puas kerana besi itu saya perolehi dari titik usaha saya sendiri sewaktu saya berusia 22 tahun. Saya namakan Cik Kelis.


Cik Kelis adalah mangsa eksperimen saya untuk memandu laju. Encik suami memberikan keizinan 100% kepada saya untuk berbuat apa sahaja terhadap Cik Kelis. Namun begitu, Cik Kelis bebas saman 100% (kalau adapun, mesti itu adalah hasil kerja kreatif Encik Suami dan orang-orang lain tidak bertanggungjawab). Saya sering menggunakan 'helah memakai kereta kelis' sewaktu jalan jammed dengan mencilops kiri dan kanan serta saya tersangat senang untuk memperolehi parking di kawasan-kawasan Presint 1 sekarang ini kerana saiz Cik Kelis yang kiut miut membuatkan dia senang 'dicampak' dimana-mana. Sungguh fleksibel Cik Kelis kepada saya.

Pada tahun 2005, Cik Kelis pernah 'sakit' terkena buatan orang. Cik Kelis dilanggar secara tidak sengaja di pintu sebelah kanannya. Waktu itu, hati saya remuk redam. 2 minggu Cik Kelis tidur di dalam wad.

Hasilnya, Cik Kelis digantikan dengan 2 pintu baru. Cik Kelis terus berjasa kepada saya. Cik Kelis lah menyaksikan pemanduan solo saya dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Cik Kelis sungguh berjasa dan sungguh serasi dengan saya. Bukanlah saya tak pernah menyakitkan Cik Kelis, kalau setakat tergores di bumper, dan calar-calar di seluruh badannya, memang saya akui saya menderanya. Tetapi, itu semua kesakitan minor hasil kerja memnya. Saya sayang Cik Kelis, servis kereta tak pernah saya hantar ke workshop bawah pokok, saya mesti akan hantarnya ke Perodua, klinik sejati Cik Kelis. Spare part semua original. Kali terakhir saya menghantarnya ke klinik pada 5 September, untuk diservis dan pada 6 September untuk diganti tayarnya. Hampir cecah 4 angka jugalah saya leburkan untuk kesayangan saya Cik Kelis.

Tanggal 8 September 2009 bersamaan 18 Ramadhan, sewaktu saya seronok baru pulang dari Bazar Ramadhan, Kak Yan telefon saya.

"Sue, awak kat mana? Anda (nickname Encik Suami) accident kat Bentong, he trying to get you tapi tak dapat," saya waktu itu terkedu. Lemah longlai saya rasanya. Terus saya hubungi encik suami. Masih saya ingat dua soalan pertama saya tatkala encik suami mengangkat telefon.

"Abang OK? Any bleeding? Any injury? Was it painfull?" dan bila encik suami menjawab semuanya OK dan no, no, no, soalan saya seterusnya " How was Kelis?" encik suami cakap, "teruk" aduh.. tapi, saya masih maintain cool. Saya call AAM, saya call abang-abang saya tanya itu ini dan minta bantuan, last-last sekali saya ambil keputusan, encik suami pulang dengan naik towing truck dan hantar Cik Kelis terus ke bengkel. Bila jumpa aje encik suami, saya lega. Dia sihat sebagaimana selalunya cuma kesian dia masih belum berbuka. Saya teman dia berbuka dan malamnya, Andak datang bertanya khabar.

Esoknya, saya tidak ke pejabat. Saya ambil keputusan untuk melawat Cik Kelis kesayangan saya di bengkel, lagipun as an owner, saya perlu sign beberapa document untuk nak claim third party insurance. Sampai sahaja di bengkel, saya dah tarik nafas dan nekad saya akan cool nak jumpa Cik Kelis.

*
*
*
*
*

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Saya terpekik, sedihnya! Tak lekang saya membebel free kat encik suami yang muka dah serba salah tahap dewa. Memang saya sayang encik suami, tapi bila tengok Cik Kelis dalam keadaan ini.. aduh, saya sendiri tak pernah menyakitkan Cik Kelis hingga ke tahap ini. Tapi, saya syukur sebab Cik Kelis yang kena seteruk itu dan bukannya encik suami. Cik Kelis hanyalah besi dan boleh ditukar ganti, tapi bukannya encik suami yang cuma satu dalam dunia ini untuk saya. Sewaktu mengosongkan kereta, saya tak habis-habis bercakap sendirian dengan Cik Kelis "Cik Kelis, maaf. Get well soon" mungkin orang akan kata saya agak mereng, tapi saya treat semua my belongings equally like how I want people to treat me nicely.

Lelaki ini yang 'meranapkan' sebahagian badan Cik Kelis saya :(


Cik Kelis, saya tinggalkan flip-flop ladybird ni untuk temanimu ~ get well soon! ^-^

Malam itu, mungkin kerana dihantui rasa bersalah tak bertepi, encik suami sms saya ini --->

"Andai kau menjadi pelangi,biarku jadi awannya agar kita selalu bersama. Andai kau menjadi merpati biar ku jadi sang bayu,agar kita sering bertemu.Andai kau menjadi puisi, biar ku jadi melodi, bersama kita menyanyi. Andai ku jadi rembulan,sudikah kau menjadi kejora hingga pagi nanti.Andai esok aku menjadi tanah sudikah engkau menjadi bunga menghiasi dadaku?"

Oh Bubu, i'm melted again! I love you, too.

8 comments:

jujue said...

ape lg kak put...ank badak...ank badak...~~smbil menari...hihihihi :P ganti rugi dr en somi...ihiks... *wink*

juliana said...

cik kelis yg selalu aku naiki satu ketika dulu..skang ni takde kawan doh nk ajok g beli...hehe sticker umt ader lagi tu..jom balik smula sini..

Anonymous said...

Kesian cik kelisa..sama mcm Jue..Ezi pun terperasan sticker UMT..kenangan ek..smpi sayang nk buang..hehe..tringt zaman2 cik kelisa parking kt tpt dekan or timbalan dekan..hehehe..

~Puteri-Nuur~ said...

[jujue]
erks, kalau nak anak badak, kena bentangkan budget dulu kat MOF tuh, lepas tu MOF merangkap PM akan buat keputusan la. rasanya, memandangkan 'negara' mengalami defisit buat masa sekarang, permohonan puan adalah ditolak. (rasanya macam tulah pattern PM saya akan jawab) heheheh~

[juliana]
hohohoho~ cik kelis la yang sokmo dok berjalan gi membeli belah. heheheh. sticker tu, sengaja tak buang, sayang :)

[anonymous]
Ezi sayang nak buang sticker tu, sayang!

OyenG said...

salam kak put....
lor ciannye cik kelisa kak put.....
abg is pulak yang menyebabkan cik kelisa kak put cedera parah......
hish3..... cik kelisa kak put masih dirawat??? or dah sihat....

Deelira said...

sian kak put..
nak wat camne..kejadian dah nak berlaku..
apa pon..mujur encik suami xde apa2 kan..
cik kelis kak put dah berjasa
dia rela dirinya jadi begitu
asalkan encik suami tuannye xcedera..
besar pengorbanan dia tu.. :)

nifalnin... said...

aduh... sedih la plak part ending n3 nih.. huhuu.. niza pun slalu gak t'marah kat fizu.. hehehh.. pastu, biler pk2 balik mcm x patut jer nak marah2 nih... sabor jer la kan...

nasaoji said...

huhh.terpampam sat saya!..

baru nak jual ikan keli besi saya, tp, mcm tak jd la..

alololo...sweet r asben kak put!..

alhamdulillah, asben kakput tak dak pa pa..