Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/08/2009

Gedangsa, Lawatan Kedua

Sabtu lepas menyaksikan sekali lagi saya membawa Idris ke Felda Gedangsa. Kali ini, lebih meriah ditemani Ian + mama dan ayahnya. Tok juga turut sama menemani Idris. Kami bersahur jam 4 pagi sebelum berangkat turun dan jam 5.30 pagi saya ketemu Jiey di R&R Sg. Buloh. Jiey memendam niat dan azam untuk membawa Ian ke sana sejak sekian lama akhirnya terlaksana juga. Kami tiba di rumah Kak Raw jam 6.30 petang dan giliran Idris #12 dan Ian #13. Saya dimaklumkan, orang yang mendapat #1 itu datangnya pada jam 4.oo pagi. Waduh~ demimu anak.


Kami lesaikan tanggungjawab kami kepada Pencipta terlebih dahulu di masjid berdekatan dengan rumah Kak Raw. Idris terjaga dari tidur, dan mula tersenyum-senyum. Saya menapak menghampiri Ian, dia masih tidur. Sebentar kemudian, apabila ayah Ian usai solat, kami mengambil peluang. Di pertemuan kedua dengan Jiey ini, barulah saya mampu melihatnya dengan jelas. Mama Ian, kamu cantik ;) tak heranlah, Ian sangat kacak, ok. Selepas solat, kami menyertai Ian dan Idris serta ayah-ayahnya yang sedang berbual dengan seorang pakcik, yang juga jemaah di masjid itu.



Saya menganggarkan kami dapat bertemu Kak Raw pada jam 10 pagi, masa di antaranya kami siapkan anak-anak. Sungguh selera Ian dengan ‘big breakfast’nya. Sayang seribu kali, Idris yang terkenal cerewet dengan pemakanannya menolak untuk disuapkan. Kalau tidak kerana berpuasa, harus Mama Idris yang habiskan :P Sempat saya berpesan pada Jiey “Kak Raw tak berapa gemar kalau dia tahu budak dibawa Fisio” Jiey tampak kehairanan. “Kenapa?” Aku juga gagal menerangkan kenapa. Itu sebetulnya yang dipesan oleh Ina minggu lepas. Giliran Idris sampai tepat jam 10 pagi.


Sebelum rawatan


Saya telah bersiap secara mental dan air matanya untuk ‘menghadapi’ Idris, raungan dan air matanya. Ibu yang mana rela melihat kesayangannya ditekan, ditarik dan disentak? Jika pada keadaan biasa, sudah harus saya akan melindunginya, tapi tidak disini. Saya merelakan dalam keterpaksaan demi kebaikannya. Dan, seperti yang dijangkakan, air mata Idris berhamburan, tangisan Idris dimana-mana. Aduh, sabar duhai hati. Keraskan hatimu. Semuanya demi Idris. Kata Kak Raw, badan Idris makin berisi. Iya, saya sangat setuju. Sangat arif dengan perubahan badannya. Selera makan Idris bertambah sejak akhir-akhir ini, tetapi hanya kepada satu jenis makanan sahaja. Idris juga masih makan bubur nasi yang diblend halus, sama untuk makanan Sophia. Dan, apa yang menyedihkan saya, Idris lebih cenderung makan nestum Nestle berbanding bubur yang dimasak oleh saya. Sob sob Sob **

Semasa rawatan

Selepas rawatan

Usai Idris, saya agak tidak berkesempatan untuk melihat Ian 'disentuh' oleh Kak Raw, tapi the whole story boleh baca kat sini Pertembungan Yang Mengusutkan ~ cuma ini yang Mama Put sempat ambil. Sungguh comel Ian bila terdiam tangisnya terpaku seketika tatkala flash kamera menyinggah anak matanya, dan lagi comel apabila saya diberi kesempatan untuk mendengar Mama Ian menyanyi ~lalalalala. Mana dia Rayyan Ariff? :) [sama dengan lagu untuk Idris]

Saya berpisah dengan Jiey hampir jam 11.00 pagi. Saya mengambil giliran untuk memandu, suami kepenatan kerana sehari sebelumnya dia seharian memandu dari KB ke KL. Tok teringin untuk makan paw Yik Mun di Tanjung Malim. Abahnya di belakang tido dengan Idris, siap baring lagi kat sebelah Idris.


Yang ini plak Idris anak yang baik, menunggu 4 jam dibungkus.


Insya Allah, next week kami datang lagi.


p/s: Ina, Ita & Jiey -- amacam next week?

9 comments:

ita zakaria said...

salam put, sory..aituh suddenly nak balik kg. akak2 ita dok pujuk suh balik pose kat kampg...mggu nih masih dalam perancangan. put memang pegi ker mggu nih? nanti kite sms eh...

Baby Tiger said...

pasni post la pasal perkembangan budak ensem ni.. eh tomato mana? tak enterframe pun!

Noina said...

Salam Put.. Mcm tak dapat je nak gi..pasal abg keje la..huhu..nanti kita jumpe lagi yek..:)

Jiey^Mien said...

hahhaha.. comey gapo gak mama put, gemuk2 lagu nih ni.. selaur baju abih pakak ketat abih..

InsyaAllah, nk pujuk big boss neh.. dio tok tehey Ian tiyok.. Sapa balik dumoh tok abih2 lagi.. Puah pujuk.. sapa la bukok wrapping tuh, baru la Ian sengih.. Payoh sggh nah..

p/s : tok gi jgk ko kali ni? best ah tok, happening..

ME said...

bestnya dapat pergi ramai2 .. saya masih belum berkesempatan membawa Luqman ke Gedangsa .. ada jer halangan

Min Min said...

setiap pengorbanan pasti dapat ganjaran kelak...

~Puteri-Nuur~ said...

[ita zakaria]
huhuhu, hajat di hati nak pegi, tapi tgk keadaan dulu mcm mana eks..

[Baby Tiger]
Pasni kalau ada masa, KakPut try tulis pasal perkembangan Idris :P Phia xde, dia ditinggalkan. Hehehe

[Noina]
Okie dokie, next time.

~Puteri-Nuur~ said...

[jiey^mien]
come lote la weh :P ni baru ore panggil mek klate :)

hok tiyok tuh, adat dah. minggu ni rasa nak gi jugoks, Tok rasanya gi kot kalu tadop gapo-gapo.

~Puteri-Nuur~ said...

[ME]
Kak, banyak masa lagi ada :) Bila-bila masa akak nak pergi, do let me know. Boleh kita buat gathering kat sana :)

[Min Min]
Itulah yang diharapkan :)