Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/08/2009

Hello. dah ready ke belum?

Sepanjang menyambut Ramadhan ini, saya berpuasa di rumah kakak di Gombak. Setiap pagi saya berulang alik dari Gombak ke Putrajaya. Penat, usah cerita. Tiap hari juga saya migrain dibuatnya, traffic conggested are EVERYWHERE! Sepanjang jalan yang saya lalui, tak kiralah sama ada dari MEX Hi-way ataupun Mahameru Hi-way, semuanya sama sahaja. MRR2 tu tak payah cakaplah.

Mengapa saya perlu berulang alik sejauh ini?
Saya tiada Bibik! sob sob sob. Bibik saya dijangka sampai awal Ogos lalu, namun atas alasan-alasan yang diberitahu, kemungkinan saya hanya dapat seorang pembantu di ambang Aidilfitri. Aiyo! Serious, saya sangat 'capek', saya keletihan sepanjang hari memandu, keletihan minda seharian bekerja di pejabat dan keletihan badan berpuasa dan 'didera' anak-anak kesayangan yang ingin meraih perhatian, kasih sayang dan belaian dari ibu mereka (saya rela didera). Terima kasih Abang Awish dan Kakyan kerana menumpangkan kami anak-beranak. Jasamu dikenang~

Ahad lalu juga, saya bersantai-santai enak bersama KakYan dan anak-anaknya Irfan, Irwan dan Kaka. Disamping saya, Idris dan Sophia juga turut sama. Kami berbual-bual kosong dengan Cik, almaklumlah, puasa. Aktiviti makan-makan tidak dijalankan ;) Tiba-tiba Irfan bertanya pada mamanya.

"Ma, kenapa Idris belum berjalan? Kaka dah lama jalan" Kami semua terdiam. Aku sendiri kehilangan kata-kata. Kakyan dan Cik juga seperti terpaku. Beberapa saat kemudian, setelah berjaya mencari hujah yang mudah dan senang difahami, Kakyan menjawab pertanyaan sang anak yang berusia 7 tahun itu.

Irfan

"Sebab sendi-sendi dan urat saraf Idris belum ready. Macam Abang, Kaka semua, urat-urat saraf dah ready.." terang Kakyan sambil memegang betis dan menunjuk-nunjukkan lutut Idris. Kami semua seperti menanti respon si Irfan. Buat seketika, dia seperti berfikir, menimbang semula kata-kata mamanya. Mungkin mencari kebenaran kata-kata itu, mungkin kurang logik di pendengaran telinganya.

"Oh.." hanya itu jawabnya sepatah. Kami tersenyum, lega pun ada. Tiba-tiba, Irfan pun sama memegang lutut Idris, seraya berkata "Hello, dah ready ke belum?" aksi spontan Irfan mengundang gelak kami semua. Tapi, dalam hati ada gerimis mengundang.

Sayu rasa hati bila saya diaju persoalan 'bila Idris nak jalan?' atau 'eh, tak boleh jalan lagi' dari mulut-mulut orang yang kurang mengenali kami. Soalan dari anak senaif Irfan penuh dengan keikhlasan dalam hati, niatnya suci. Mungkin dia selama ini kehairanan, Idris lebih besar, lebih tinggi dan lebih tua dari Kaka, tapi masih belum boleh menapak, merangkak juga jauh sekali. Aduh, duhai hati. Tabah. Tabah. Tabah. Teruskan berusaha. Saya tahu, tidak selamanya saya mampu melindungi Idris. Tidak selamanya saya mampu untuk 'menyembunyikan' Idris dari kebenaran.

He is the reason why I wake up smiling everyday

Telinga saya terasa nipis apabila mendengar orang menyebut perkataan 'c****'. Saya takut, gerun, fobia dengan perkataan itu. Seboleh mungkin saya tidak mahu melabelkan dia sebagai kategori itu (lihat, saya tidak mampu walau hanya untuk menulisnya). Sama seperti apabila saya disarankan untuk mendaftarkan Idris dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai kanak-kanak OKU, dengan lantang saya menyuarakan 'Anak saya tak c****!' Tetapi apabila saya pulang, saya istikharah, saya fikir sedalam mungkin, saya tetap jua mendaftar Idris, segalanya demi kebaikan dan masa depannya.

Habis cerita sedih-sedih, keluhan manusia sentiasa tak akan henti, saya nak cakap ini kat ini orang

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*

Saya tahu, dia sure hangin tahap gaban bila saya letak pic ni sebab dia rasa dia tak cantik.. heheheh. Dia kakak saya, namanya Puteri Azlian, saya panggil dia Kakyan sejak saya kecil, tapi gelaran itu seakan ditambah lagi dengan nama Wanteh/Teh selepas anak saudara sulong saya lahir ke dunia.

Kakak saya sangat kecik orangnya. Ramai orang kata, kalau saya 'memilih untuk menipiskan badan saya' [sekarang saya pilih nak tebal taw..huhuhu] saya akan kelihatan secantik dia [see, dalam erti kata lain saya juga memuji saya cantik, ok?]. Saya tahu kalau Kakyan baca entri saya kali ini, saya pasti dia akan tersenyum [dan, senyum lagi sambil kata 'perasan', kan?] hahahaha.

Gambar official FB page dia - yer, Sue tahu muka Kakyan ala-ala Sofea Jane (bukan Mariam Sophia yer)

... dan, tak lupa juga, kepada 'dayang' kanan Idris, si Kaka..

*
*
*
*
*


*
*
*
*
*

Dia gemar datang dan bertanya khabar mengenai 'Lope Idris'. Dan, tiap kali dia datang, Idris akan memberikan respon yang negatif, namun Kaka masih tetap setia dan kekal dengan baik hatinya. Hari ini, anak ini sudah mampu berjalan dan hari ini juga, bukan setakat Lope Idris yang dijagainya, tetapi Phia juga. Tiap kali Kaka melintas di hadapan Phia, dia akan menegur, tergelak, senyum dan ketawa.

*
*
*
*
*


Happy Birthday

untuk mereka berdua! Moga dilimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

p/s: gambar kat bawah ni saje nak interframe, gaya terbaru Phia senyum :)

p/s: Semasa sahur tadi pun Kakyan ada bagitau, kata Irfan 'Abang teringin la nak dengar Idris panggil 'Abang' kat Abang' *sighs* Insya Allah Irfan, moga Allah perkenankan.

13 comments:

MRS. K said...

alololo.. comel cik phia senyum...
takpe kak put, InsyaAllah, satu ari impian kak put akan tercapai...

Baby Tiger said...

kak put,

idris - pasti akan berlari dengan pantas dan cakap tak henti2..tunggu saja kebesaranNya

Phia - alahai, meh sini auntie nak geget pipi tomato!!

Noina said...

sayu rasa ati ni bila baca entry Put ni. Ian pun mcm Put jugak. Cuma belum ada kanak-kanak yang bertanya. Yang bertanya mak udak..huhu..lagi sakit telinga..tapi tahan jelah..tentang c**** ina sendiri pun tak sanggup nak panggil Nabila. Sedih Put, Dalam perut sihat..tapi..enatahlah..Dah di tentukan. Kena terima..huhu..:(

ibuayu said...

sayunya ....samalah kita...walau saat dan ketika itu untuk saya telah berlalu tapi saya faham macamana perasaannya .

Jiey^Mien said...

comey kakok put.. =)
unclr ian pun sokmo tanyo, "bilo awk nk jaley eh?"
first time dgr, bergetar jgk hati nih.. lamo2 kalih doh.. :P
Ank sdr hubby umo 3 thn ajin tanyo, "Ummi, kenape kepala Rayyan panjang?"
Pahtu mok dio jwb, "Rayyan kan sakit.."
Mama Rayyan? *Speechless*

ct_as said...

sayunya baca entry ni...anak buah hubby akak pun x leh jalan..apatah lg bercakap...umur 3 tahun..baru2 ni doktor mengesahkan mata pun rabun...sedih akak dengar. Tapi akak kagum ngan u all...x penah putus asa utk merawat anak..tabah...
Insya Allah masanya akan datang.

~Puteri-Nuur~ said...

[MRS.K]
Insya Allah, Allah itu Maha Pemurah, Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Mungkin belum ketikanya Idris berjalan, mungkin macam Abang Irfan dia cakap 'belum ready'.

[Baby Tiger]
Anim, Insya Allah. Bila masa dan ketika tu terjadi, mungkin KakPutlah akan jadi ibu yang paling gembira dalam dunia ni. Tak banyak Kakput minta dariNya, cukuplah andai Idris boleh menguruskan dirinya sendiri.

Nak geget Phia? Aduh... habislah dia, dia suka kena kiss taw. Tiap kali orang kiss, dia akan senyum.

~Puteri-Nuur~ said...

[Noina]
Nauzubillah, C**** tu memang Put takut. Mungkin, orang akan kata Put tak berpijak di dunia yang nyata, tapi kalau mereka dalam situasi kita, diaorang akan tahu apa rasanya. Kita sama-sama tabah, ok? :) Jumpa lagi di Gedangsa nanti.

~Puteri-Nuur~ said...

[ibu ayu]
Saya singgah di blog ibu ayu, sangatlah hensem si Arif Irfan itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Alia yer.

[jiey^mien]
jiey, cuba nak menjadi 'kalih' tapi kadang-kadang bergetar jugok hati ni.

[ct_as]
amin. amin. amin.

Min Min said...

akak,
org tau akak ibu perkasa,
hati akak teguh macam permata,
memang akak yang alami,
pedih bisa semua akak rasa tapi yang pasti satu hari nanti mesti tuhan bagi bahagia...
#rindu budak2 comel..gombak jauh la..

Rofaizal Jaafar said...

Tabahkan hati.. Itu dugaan.. Hal yg sama patut aku lakukan juga.. Kita dr kelompok yg sama..

p/s Phia sungguh comel dan bday Idris sama ngan uncle la..

nasaoji said...

makin banyak aksi anak2 bila mereka meningkat umur,...

~Puteri-Nuur~ said...

[min_min]
jom la berbuka sama-sama :)

[rofaizal_jaafar]
insya allah, kita sama-sama tabah. nanti uncle leh celebrate birthday dengan idris eks..

[nasoaji]
mereka semakin notti :P