Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/08/2009

Gedangsa

Akhirnya, sampai juga saya ke Felda Gedangsa. Pada mulanya tertanya, dimanakah Gedangsa, bila dah sampai, baru ku tahu Gedangsa ni 22km dari Tanjung Malim. Terima kasih Ina dan suami yang sudi menunggu Idris dekat-dekat sejam di R&R Rawang, kalau tak kerana Ina, sah-sah Put tak sampai ke sini. Nabila sangatlah chumil, nasib dia tak meragam masa tunggu Auntie Put eks..

Kami tiba hampir jam 9 pagi. Jalannya berliku-liku. Dari Putrajaya ke R&R Rawang, hubby yang drive, tapi selepas itu saya yang pegang stereng. Idris dan Abahnya berehat-rehat dibelakang, sebentar selepas itu terdengar dengkuran hubby. Hubby penat, baru semalam pulang dari outstation, tapi demi Idris, kami berdua berkorban masa dan tenaga.

Sampai kat sana, saya dapat #29. Pergh! Mula-mula Idris masih boleh bersabar, tapi lama-lama mana tahan. Dengan cuaca yang agak panas, dengan orang ramainya, maka saya memilih untuk 'mengurung' Idris di dalam kereta. Sedaya mungkin saya dodoikan dia tapi tak berjaya la beb. Akhirnya, kami keliling Felda Gedangsa. Idris pula naik syok jalan-jalan. Mungkin dalam hati dia rasa puas, boleh conquer Mama dan Abah tanpa gangguan the Godmother Phia :)

Dalam pukul 12+ (lupa eh) saya ketemu Ita, Sarra dan ayahnya. Wah, comel sungguh bakal-bakal menantuku :P Nabila dan Sarra memang macam twins. Putih melepak! Tapi sayang, tak sempat dan terlupa nak capture gambar Idris the don juan dengan aweks cun nih.. next time ye ;) Turn kami tiba hampir jam 3 petang (itupun selepas insiden orang tak gheti sabar potong line kami la). Patutnya turn Idris dulu, tapi sebab Sarra nak kena tolak tulang, dia didahulukan. Ummi Sarra jangan susah hati, kami tak marah :) Lagipun, Idris tu baru kali pertama.

Nabila sedang berperang ;) - surelah nangis, kan?

Turn Sarra plak, ramai yang dok pegang ni. Pun, surelah menangis, kan?

Idris plak, kali pertama dipegang Kak Raw, see.. steady anak lelaki Mama :) Tapi...

Hohoho~ Caiyok Idris!!

Bila kena turn Idris, banyak benda yang kami sandarkan pada Idris saya sampaikan kepada Kak Raw. Banyak yang Kak Raw pesan, tegur dan nasihat untuk Idris, saya simpan dalam hati. Insya Allah, dengan usaha dan tawakal pada Allah, kalau ikutkan Kak Raw Idris boleh berjalan. Bila mendengar sepatah ayat itu bagai ada satu semangat meniup dalam jiwa kami suami isteri. Insya Allah Idris, kita sama-sama berusaha.

Bila Idris kena wrap macam ni, aku takut. Nampak seperti Idris dikapankan (Nauzubilllah, tidak seawal ini Sang Pencipta) Tapi, cepat-cepat aku usirkan rasa tidak enak itu. Malam sebelum saya melangkah ke mari, satu malam saya tidak dapat lena. Saya bangun bersolat hajat, mohon Allah kurangkan kesakitan Idris semasa rawatan dijalankan. Dan, saya percaya pada keberkatan permintaan seorang ibu yang tulus menyayangi anaknya tanpa mengharapkan sebarang balasan, lihatlah Idris selepas dibungkus penuh dalam uniform ala mumia nya ini..

Senyuman lebar Idris menenangkan saya, walau saya akui hampir semua anak-anak yang selesai menjalani rawatan dengan Kak Raw akan berhamburan air mata dan tangisannya dalam masa yang agak lama, tapi anak ini selepas 20 minit, dia kembali ceria. Syukur Ya Allah. Bukankah itu doa sang ibu barakah namanya.

Insya Allah, jika diizinkan, diberi kesihatan yang baik, minggu ini kami sekali lagi ke Gedangsa. Mungkin tanpa Ina dan Ita. Saya semakin bersemangat bila ada perubahan positif pada Idris. Saya bersyukur. Saya berterima kasih, kini Idris saya mulutnya makin 'lebat' dan penuh dengan intonasi. Ibarat anak kecil ini menyanyi gembira sambil memanggil nama saya.

'Oh Mama eyyy..' itu antara ungkapan faveret Idris semenjak seminggu yang lalu, dia akan menyebutnya tiap kali saya melintas dihadapannya. Kemudian, dia akan menghadiahkan saya dengan sebuah senyuman naifnya yang mampu buat saya rasa segala jerih payah saya membesarkan dia terbayar. Terima kasih Idris, kerana meminjamkan Mama erti kesabaran, semangat istiqamah ini dan kasih sayang yang agung untuk Mama sandarkan dalam hati. Moga ianya buat Mama lebih kental untuk menempuh hari mendatang.

p/s: Mama Ian, macam mana?

11 comments:

||♥Shahida♥|| said...

cayalah idris..!!

ME said...

Waa .. puteri dah ke Gedangsa .. ada org btau saya juga pasal tempat ni .. tp sampai skrg tak sampai2 lg.

IrinaSairah said...

chaiyok idris...

ct_as said...

tumpang tanya..tempat apa tu puteri? rawatan tradidional ek? kalu utk kanak2 istimewa yg x boleh jalan & leher lembik boleh bawa ke situ x?

Baby Tiger said...

lahhh tak tau gi gedangsa ke? tu dekat dgn umah atok anim la kak put.. :)

Noina said...

cayalah idris..tabik spring la acik ina tgk!hehe..

Insyaallah..maybe kitaorg gi kot minggu nih..puasa pun puasa lah..Lagipun nanti 2 minggu lagi next nak gi..susah plak..kita jumpe kat sana yek Put..abg maybe gerak dalam 7-7.30 la..pasal 6.30 baru balik.. :)

Min Min said...

idris tetap hensem even dibalut...
macam mumia hensem dalam cite night at the museum...
hehehe...
xdapat ikut daa ritu....demam..

Rofaizal Jaafar said...

Alhamdulillah dah sampei Idris ke Gedangsa yee.. Irfan the next.. InsyaAllah..

~Puteri-Nuur~ said...

[shahida]
:) Idris kuat semangat btol tu, janji nak berjalan dan berlari dengan Phia.

[ME]
Jomlah akak, we'll find some fine day bawa anak-anak together pi sana.

[irina sairah]
Idris cakap OK, terus berusaha :P

~Puteri-Nuur~ said...

[ct_as]
BOLEH! Masa Put bawa hari tu pun ada macam-macam keuzuran pada anak-anak syurga ni :) macam idris sendiri pun masih belum boleh berjalan, tulang belakang pun masih lemah walau dah umur 2 thn setengah.

[Baby Tiger]
Aiyo Anim, tataw. Thrill giler cari jalan :P

~Puteri-Nuur~ said...

[Noina]
Yeay, Nabila datang jugak. Mesti Idris suka sebab aweks follow :P Nanti Nabila ada dua jejaka pilihan hati (insyaAllah) Ian pun join jugak. Jumpa kat sana ye Ina.

[Min Min]
Takpe, masih ada banyak masa lagi. Next time boleh ikut lagi ye Min Min.

[Rofaizal Jaafar]
Jom jom kita bawa Irfan pergi sama. Bila lihat ada perkembangan kat Idris, semangat kami suami isteri jadinya.