Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

16/07/2009

Terapi Pertuturan dan Bahasa

Akhirnya, setelah tiga bulan pihak hospital menunda temujanji Idris dengan terapi pertuturan dan bahasa, akhirnya Khamis lalu terlangsai sudah janjitemu kami. Sehari sebelum itu, saya masih di Genting atas urusan kerja. Agak ralat bila datang menerpa bilik Puan Haniza, di Jabatan Rehablitasi, Hospital Putrajaya memandangkan saya tidak membuat sebarang homework mengenai speech theraphy (selalunya, sebelum saya membawa Idris menghadiri temujanji, saya akan study terlebih dahulu dan membuat beberapa note untuk sesi Q&A bersama doktor/terapi).

Kami tiba agak lewat. Alasannya, parking susah hendak dicari. Parking tempat kereta OKU juga penuh. Andai pemarkir kereta adalah bukan dikalangan OKU, saya kecewa. Nasib paduka bonda ada bersama menemani saya kala ini. Cik juga teruja untuk mengetahui bagaimana speech theraphy dijalankan ke atas Idris. Kami lewat 20 minit, nasib baik patient selepas Idris datang sedikit lewat, maka ia memberikan sedikit sebanyak ruang untuk saya bertanya itu dan ini.


Penilaian ke atas Idris di jalankan. Nyata Puan Haniza agak teruja dengan tahap kebolehan Idris untuk bertutur tanpa pelat memanggil Mama dan Abah (bagi seorang kanak-kanak Delay yang otaknya berusia 6-8 bulan dan Autism, Idris dikategorikan sebagai terrer lah). Soalan pertama Puan Haniza tanyakan kepada saya "Apa harapan Puan bawa Idris hadir ke sesi Speech Theraphy ni?" Dalam mata berkaca, saya jawab padanya "Harapan saya yang besarnya ingin sekali melihat Idris bercakap seperti anak-anak lain, tapi mungkin itu harapan saya yang terlalu tinggi. Andaikata Idris mampu menyuarakan, berkomunikasi dengan saya dalam caranya tersendiri sudah cukup bersyukur untuk saya." Itu saya jawab padanya.

Dalam hati, ini harapan saya padanya. Saya teringin sekali untuk mendengar Idris berbicara petah dengan saya. Bertanyakan saya itu dan ini. Bertanya mengenai perkara yang paling mudah, kecil dan senang untuk difahami mengikut perspektif seorang kanak-kanak. Iklan di TV beberapa tahun dahulu, dialoh seorang anak dan ayah cukup menghibakan saya andai Idris mampu bertutur sebaik itu.

"Ayah, ini apa?" tanya sang anak.
"Bunga." Jawab si ayah.
"Ayah, ini apa?" tanya sang anak sekali lagi.
"Bunga' jawab si ayah.
Dan untuk beberapa ketika, sang anak dalam nada penuh kepastian mengatakan "Orkidlah ayah"

Ringkas sahaja dialog itu. Mungkin pada orang lain, dialog itu tidak terkesan sama sekali di hati mereka, namun pada saya, andai Idris mampu berbicara seperti itu, seribu rahmat Allah kurniakan kepada saya. Harapan saya pada Idris andai dia mampu untuk berkomunikasi dengan saya dengan mengatakan ketidakselesaannya apabila diapersnya penuh ataupun dia inginkan susu tatkala dia kelaparan sudah memadai. Ya Allah, tolonglah anak ini. Saya sebagai ibu sanggup bersusah payah siang dan malam demi memastikan dia mampu menjadi seperti anak-anak yang lain.

Untuk disimpulkan, Puan Haniza meminta saya untuk membuat tiga aktiviti utama ini kepada Idris.

Stimulasi Bahasa
Puan Haniza meminta saya untuk mencari perkataan-perkataan yang sentiasa berada disekeliling Idris. Seperti contoh bola, Bubu (bantal peluk Idris), diapers dan sebagainya. Perkataan seperti bola ini haruslah diulang beberapa kali untuk saya seperti dalam bentuk ayat sebegini:

Ini bola.
Bola bulat.
Cantik bola ni.
Jom kita main bola.

Dengan menyebut beberapa kali perkataan bola ianya menghantar maklumat kepada Idris bahawasanya si bulat ini bola. I keep on saying bola, bola, bola. Ia juga dapat menambahkan perbendaharaan kata kepada Idris juga. So, Mama Idris kerap la menyebut bola, bola, bola :P Idris juga harus dikenalkan kepada objek-objek yang berada disekelilingnya seperti anggota badan dan objek harian. Buat masa sekarang, saya amat pasti Idris cuma mengenali tangan, kaki, telinga, hidung, gigi dan rambut sahaja. Ini kerana pembelajaran secara tak langsung sewaktu bersama saya menunjukkan dia mengenali bahagian-bahagian badannya. Saya pasti itu. Tahniah Idris.

Pemahaman Bahasa
Puan Haniza juga minta agar saya memberikan arahan-arahan ringkas untuk difahami untuk Idris. Saya ambil contoh senang, saya yakin Idris memahami maksud apa itu 'Jom, Alamanda' atau apabila saya dan abahnya bercakap yang mana struktur ayat kami terkandung perkataan jom, gi, let's go :) Mengapa saya kata dia tahu? Sebab apabila kami menuturkan perkataan ini, matanya tegak dan berkaca. Menampakkan harapan dia ingin keluar dari rumah dan berjalan-jalan.

Pernah sekali sewaktu melewati Alamanda, sang Abah sengaja menyebut dengan agak kuat perkataan 'Alamanda' dan sang anak yang dalam keadaan bermata garfield boleh mencelik mata dengan segar bugar dan bersemangat. Bukankah itu memberi satu signal dia tahu apa itu Alamanda :P

Komunikasi dan Gambar

Ini saya perlu rajin :P Saya seterusnya diminta mengambil gambar beberapa objek kegemaran Idris dan perlu mencetaknya kepada dua keping gambar. Saya perlu mengajar Idris untuk memahami apa itu objek yang saya tunjukkan dan memadankannya dengan objek asalnya. Ini masih belum sempat saya lakukan. Sungguh, isu perpindahan rumah masih belum selesai. Saya perlu memastikan adanya ko-ordinasi mata dam tangan serta memadankannya dari gambar kepada objek dan objek kepada gambar. Nanti apabila bahannya sudah saya sediakan, saya akan rakamkan sesi komunikasi gambar Idris kelak.

8 comments:

Min Min said...

akak perkasa,
sesunguhnya puteramu si idris itu sgt hebat dalam proses terapi kedua itu...
dari dulu lagi kan rasanya...
bila kita plan nak kua n xajak dia mesti dia perasan n buat sesuatu...
hehehe...
moga2 dia lagi terror untuk 2 lagi terpai dia...
aminnnnnnnn

mirah said...

p nuur, baguslah perkongsian ini, blh juga mirah buat pada si khadijah. Ya jadi ibu memang kena tabah putri nuur.. :)

MY HEART said...

Put,
Terus berusaha. Itu yang akak alami iaitu perasaan dan harapan yang tinggi masa bawa Daniel ke Speech terapi. Untuk melihat Daniel pulih. Tapi alhamdulillah.. setelah berusaha kuat Daniel sekarang sudah menunjukkan prestasi yang baik. Sudah boleh bertutur walaupun baby talk dia masih ada. Akak bersyukur. Walaupun tidak sepetah anak2 lain tapi dia masih ada usaha untuk bercakap dengan akak. Akak akan doakan put dan idris.

Baby Tiger said...

budak ensem ni dah baik demam? take care..

zalieyna said...

anak saya dah masuk 2thn 4 bulan tapi x pernah sebut emak dgn ayah walaupun dah 2 kali pergi speech terapi...nak sgt dengar dia bercakap..mcm2 dah cuba

Adyani said...

Ya Allah...tabahkanlah hati ibu ini dan Kau tabahkanlah jua hati ku Ya Allah. Anak sy 4yo pun msh dlm sesi speech therapy + fine motor theraphy. Fokusnya x sebaik kanak2 yg lain. Alhamdulillah ada kemajuan. Dari 1 word dh tmbh 2 words. Kita doakan sama2 ye....
Salam.

Maya Zuhera said...

Assalam..ank sy 3thn..sy br tw die de mslh pndgrn mse umo die 2thn 10bln..sedih sgt..br mnjalani 1st speech theraphy..byk lg appointmmt tuk die psni ct scan,mri..skg doc jz bg alt bntu pndgrn trial 2bln..die cpt nk mngikut pe y kte buat tp ble nk mngeluarkn prkataan/bnyi dr mlt die ssh sgt..die dh tw bbp prkataan sblm sy tw die de mslh pndgrn ni..myb nt die kne oprte msukkn implan koklea..sme2 kte brdoa spye ank kte cpt dpt brckp spt knk2 nrml y lain..amin

Maya Zuhera said...

Assalam..ank sy br msuk 3thn de mslh pndgrn..sy br tw die de mslh ni mse umo 2thn 10bln..die dh dpt alt bntu pndgrn trial 2bln..lps 2 kne bli alt y lg bgs tuk die..psni kne buat ct scan,mri..myb kne oprte msukkn implan koklea..die br mnjlni 1st speech therapy..b4 ni mmg die dh bole ckp bbp prktaan tp x byk la..die cpt nk ikt pe y kte buat tp nk mngluarkn bnyi/prkataan y kte ajr 2 ssh die nk ikt..sme2 la kte brdoa spy ank kte cpt dpt brckp spt knk2 nrml y lain..tabahkn dan kuatkn la smgt kami ya Allah demi ank2 kami..amin..