Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/07/2009

Penyatuan Dua Hati

Semalam, saya dan suami meninggalkan Idris dan Sophia sendirian dirumah dibawah jagaan Bibik. Agak berat hati ini untuk melangkah keluar, tapi mengenangkan Along bakal menjadi suri orang malam itu, saya berkeras juga pergi. Along, adik sepupu saya yang saya jarang temui. Jarak membataskan kami sering bersua, dia nun jauh beribu batu disana. Saya tiba agak lewat di kediaman Ayah Ngah. Waktu saya tiba, Ayah Ngah dan seluruh ahli keluarga sedang menunggu rombongan lelaki tiba. Saya dijemput masuk ke ruang tamu yang dihias indah. Bau semerbak bunga-bungaan menusuk hidungku, menghantar suasana romantis di kalbu.

Pelamin yang indah, ringkas je kan? Tapi, sangat cantik.

Saya duduk bersimpuh di kalangan beberapa tetamu yang hadir. Pandangan saya tertancap pada indahnya pelamin yang dihias indah dengan bunga-bungaan segar. Harum. Segar. Mungkin itu simbolik untuk penyatuan dua hati yang memulakan kehidupan baru bergelar suami dan isteri. Tak lama kemudian, pengantin lelaki dan keluarga tiba. Damai wajah Amir saya lihat, tenang. Saat itu, ada selintas ingatan buat Arwah Uda, pada pandangan mata saya, iras Amir persis Uda, mungkin tak sama seratus peratus, tapi ada kesamaan pada wajah itu. Amir diiring ke ruang tengah, dan kemudian Along diiring turun oleh 3 orang 'Helen of Troy'.

Along tak ubah ku lihat seperti seorang puteri dari kayangan. Manis wajahnya, seri pengantin terpancar dari senyumannya, dan renungan matanya jua. Dalam hati terbit rasa ingin mengulangi semula saat-saat itu bersama Iskandarku [dalam mode mama gediks]. Seketika kemudian, majlis dimulakan dengan berbalas pantun, puitis dan sungguh terkesan di hati. Sungguh sempurna majlis ini, dan tatkala aku terdengar suara Ayah Ngah memanggil 'Anakanda Amir' sungguh syahdu. Syahdu, kerana bermula dari detik saksi mengatakan 'sah' bererti seluruh tanggungjawab dan amanah yang dipikul di perdu seorang ayah teralih sudah kepada seorang lelaki bergelar suami. Saya tahu, harapan seaorang ayah pasti mengharapkan anak gadis kesayangannya dijaga dan disayangi seelok mungkin hingga ke hujung nafasnya dikandung badan.

Bagaikan puteri dari kayangan turun. Along, awak sangat cantik!

Bilamana sah sahaja Amir bergelar suami kepada Along, dia mohon bersujud syukur kepadaNya. Akhirnya cinta mereka termeterai jua. Ikrar taklik dibacakan, meremang bulu roma saya. Betapa indah tersusunnya Islam. Kemudian, sang isteri bangun tampil ke pelamin. Semua mata ibarat terpukau memandang keayuan sang puteri. Tahniah Along, saya sangat-sangat suka dengan dress itu, dengan make-up itu, dengan rambut itu dan segala-galanya.

Dua benda kesukaan saya di majlis akad nikah pada malam itu. Ringkas, penuh simbolik dan menarik.

One happy family. Welcome Amir!

Puan Azzahraa & Encik Amir
Selamat berbahagia selalu, hingga ke akhir usia. Tak sabar nak rasanya nak tengok anak-anak yang akan lahir dari kasih sayang you all ni.

xoxo
KakSue & Abang Is :)

p/s: tak banyak gambar, sebab keadaan tak mengizinkan.

1 comment:

Min Min said...

agak2 masa saya kahwin karang akak ada x?
hahaha....
entah zaman bila...