Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/07/2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

Hello, my name is Megat Idris Naquiyuddin bin Megat Iskandar, but people call me Handsome :P Lalalalala [dengan nada poyos] ~ Saya dilahirkan pada 12 April 2007 dan kini saya berumur 2 tahun 2 bulan.

Ini car seat saya. Pertama kali saya duduk dalam car seat ni semasa Mama dah sarat mengandungkan Sophia walaupun dah lama car seat ni Mama peram dalam rumah. Mesti korang tertanya-tanya kenapa Mama peram, kan?

Jawab Mama, saya terpaksa menyimpan dahulu car seat ini sebab saya khuatir pada awalnya ia akan membengkokkan belakang Idris. Untuk makluman umum, Idris ni mengalami Global Developmental Delay dan Autisme. Walau pada fizikalnya dia nampak seperti anak-anak lain tetapi dia sebenarnya pengembangan dia masih di peringkat 6-8 bulan. Car seat ni banyak membantu saya, saya boleh keluar berdua-duaan dengan Idris tanpa menunggu kepulangan Abahnya lagi, dan car seat ini jugalah yang memberikan keselesaan dan keselamatan yang maksimum kepada Idris tatkala saya memandu dia untuk menghadiri sesi Fisio, Occupational Theraphy dan Speechnya di Hospital Putrajaya saban minggu.

Bila Idris didudukkan di dalam car seat ini, dia jarang menangis, jauh sekali ingin terpekik. Saya senang hati melabelkan Idris sebagai anak yang patuh kepada pesanan ibu. Tiap kali saya meletakkan Idris di dalam car seat ini, saya perhatikan dia patuh dan membuat aktivitinya tersendiri. :) [lumrah dia seorang anak autisme ;P]

Here's a Phonebook

14 comments:

ME said...

Idris memang handsome ..

Baby Tiger said...

kiut !! kiut !!

OyenG said...

hendsome nye idris.....
nak chop untuk jadikan menantu leh tak???
hehehheheh

juliana said...

handsome nye abang...vote for idris!!

Watie Aziz said...

put, tak dinafikan lagik, Idris memang encem..ehehehe

QQ said...

salam kenal..idris handsome lar..
mate tak boleh tahan..

c-idah said...

untungnye...
nak gak anak awak dok kat car seat tu...

anak sy...hampeh!!!

kak ja said...

Huit!! Renungan Idris dlm the 2nd pic tu menikam sukma lah!!

kamalnzura said...

salam...

hensemnya ur son...:D

Madamme Anne said...

idris baik...
msti kak put bangga kan dpt anak mcm dia...
sooooo nice..
hug n kiss for him..

c-idah said...

untungnye nak gak si megat dok kt
car seat tu...

anak sy xnak dok pun kt car seat tu

[AFZA] said...

to mummy..mention..menantu dah ade..no replacement..hahahaa

rauhunt said...

dgn adanya booster tu buleh la mummy dia meneruskan hobi berderak selalu

Amalina said...

Salam, apa khabar? lama takde cerita abg Idris dan adiknya. Harap2 mereka sihat ye. Hugs n kisses for them.