Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/06/2009

Rumahku Syurgaku

Masih ingat saya memperkatakan tentang PDK Idris? Ikhlasnya, saya tiada kesempatan langsung untuk menghantar dia ke sana. Jadual mingguan saya padat, dengan rutin sekurang-kurangnya sekali seminggu saya terpaksa mengambil half day dan paling hectic, dalam seminggu tiga kali half day bagi memenuhi tuntutan keperluan Idris di hospital. Bersyukur kerana boss memahami.

Minggu lalu, tak tahan dengan jarak rumah yang agak jauh (Seri Kembangan ke Putrajaya) memakan masa selama 30-40 minit memandu (seandainya jammed) membuat saya nekad memohon kuarters. Suami bersetuju, mana-mana untuk kepentingan Idris, dia tidak kisah sangat, asalkan mudah dan Idris dapat diuruskan dengan sempurna. Saya sengaja memilih Precint yang berhampiran dengan sekolah Idris ataupun kawasan berdekatan dengan kawasan Hospital Putrajaya. Rumah kecil bukan lagi masalah untuk kami, yang penting Idris.

Dan semalam, permohonan kuarters saya diluluskan :) Al-hamdulillah. Cepat bukan? In less than 5 working days!

Lantas, bertanyalah orang kepadaku, pakai kabel besar ke?

Jawabku, tidak. Rezeki anak saya. Saya punya anak istimewa, dia yang membantu saya.

Anak ini yang memberikan saya kediaman. Allah permudahkan semua urusan, demi membesar dan mendidik anak ini. Allah salurkan bantuan kepada saya, dipermudahkan segala urusan.

Apabila saya menjejak sahaja ke kawasan perumahan baru saya, Al-hamdulillah. Berjiran dengan surau, berhadapan dengan playground dan court futsal. Satu persekitaran yang saya rasakan cukup sesuai untuk orang berkeluarga seperti saya dan sekolah Idris cuma selang 2 blok dari bangunan rumahku. 5 minit cuma memandu ke tempat kerjaku. Aduh, terima kasih Allah. Sujud penuh kesyukuran. Rumahku cuma rumah kecil, berbilik 4. Cukuplah untuk kami sekeluarga.

Pada Cik, abang-abang dan kakak-kakakku, hujung bulan adikmu ini akan pindah :) Jangan lupa datang ke rumah baruku, walau ia kecil, pasti disitulah rumahku syurgaku nanti.


32 comments:

Deelira said...

hmm syukur..
semoga kehidupan akk lebih sempurna selepas berpindah nnt..
sempurna urusan di rumah, sempurna urusan di hospital dan
sempurna urusan di tempat kerja..
bukan senangkan nak berhadapan dgn "orang2" d tmpt keje yg x semuanya memahami wlwpon sebenarnya kita xperlukan pemahaman dari dorang..yg penting.. bos SGT memahami..

Min Min said...

alhamdulillah for u kak...
skrg easier for u...
jgn pening sgt lpas ni..;)

Jiey^Mien said...

Alhamdulillah.. rezeki Idris.. =)
Tingin nk dok umoh hok dekak ngan offc n segala-galanya.. huhuhu

Baby Tiger said...

rezeki ide!!

nanti wat kenduri pindah rumah bagtau la ye!!

suealeen said...

alhamdulillah kan.. anak istimewa ni banyak rezekinya. yang tak disangka-sangka tu selalu jadi..

Kerikil Kehidupan said...

Alhamdulillah..saya pun teringin..kalaulah ada perumahan sblh hospital serdang..mau saya beli..Semoga dipermudahkan segala urusan..dan semoga idris terus membesar dgn sihat..aminn

OyenG said...

wah.... umah baru nie sunggu memudahkan urusan akak...... kenduri umah baru bagi tahu yek.... hehehe... windu kat ide!!!!

Leen Die said...

Syukur Put dah dpt umah baru..semuanya ada dekat ngan umah..senang untuk put ngan Idris..terutama seklai idris put leh bawak dia p jalan ke playground..sekolah..daku pun leh melawat..sudikah menerima tetamu mu ini..cewahhh

~Puteri-Nuur~ said...

[Deelira]
Insya Allah, moga semuanya berjalan lancar selepas ini. Tadi dah ambil kunci rumah, aduish.. sure selepas ni busy nak pack barang. Saya nak pindah :)

~Puteri-Nuur~ said...

[Min Min]
Senang untuk Idris, senang untuk akak jugak. Takde la asyik rasa penat berulang alik setiap hari, terkejar ke sana ke mari.

~Puteri-Nuur~ said...

[Jiey^Min]
Kalu bulih, nak bawak anak-anak mari office jugoks :P sambil buat keje, dengar suara diaorang pun dah cukup mendamaikan. Lepas ni, lunch hour pun harus mokcik kelik jengok anok. Oh bibik, bersedialah :P

~Puteri-Nuur~ said...

[Baby Tiger]
Duhai anak rimau, masuk kuarters pun nak buat kenduri masuk rumah ke? Maybe akan buat la house warming, tapi kecik-kecik je la, sekecik rumahnya jua :)

~Puteri-Nuur~ said...

[suealeen]
Allah itu Maha Pemurah, Maha Mengasihani. Dia kurniakan insan istimewa untuk Put sebab dia tahu Put mampu, kan? (ayat motivasi diri sendiri) ngeh3. Thanks for dropping by :)

~Puteri-Nuur~ said...

[kerikil kehidupan]
kalaulah dapat rumah berjiran dengan hospital sungguh-sungguh senang. nak bawa Idris pergi terapi setiap minggu berjalan kaki je tolak stroller dia :P alangkah indahnya, tapi Put dapat satu compound dengan sekolah Idris pun dah syukur seribu rahmat sangat2.

~Puteri-Nuur~ said...

[oyeng]
rindu Ide? mehlah rumah. anytime :) house warming nanti akan difikirkan kemudian, sekarang ni yang penting nak PINDAH! I need an extra muscle weh nak basuh rumah :P nak join? hohoho~

~Puteri-Nuur~ said...

[leen die]
kalau rasa hati nak datang jenguk Ide, do call/SMS me :) kalau ada kat rumah, tak de hal.

r33n said...

janji kite bahagia ngan ape yg kite wat kak,lantak ler org nk kate ape kan.

fajar said...

alhamdulillah, syukur!

benar, Idris terutamanya bawa banyak rezeki kepada keluarga kalian. moga Allah terus melimpahkan rahmat kepada kalian semua. Amin

Lightnur said...

Assalamualaikum Puteri Nuur

Alhamdulillah di atas anugerahNya buat Puteri Nuur sekeluarga. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di dunia ini mahu pun di akhirat nanti. Ameen.

Selamat berhijrah...
lightnur

~Puteri-Nuur~ said...

[r33n]
btol.btol.btol.saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.janji saya tak menyusahkan orang.

~Puteri-Nuur~ said...

[fajar]
terima kasih. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.

~Puteri-Nuur~ said...

[lightnur]
bab nak berhijrah itulah yang memenatkan :) semoga semuanya dipermudahkan.

~mama aiman~ said...

sis,tersentuh baca the whole story of Idris..how strong u are..sis,dia permata yang mungkin kurang bersinar tapi cahayanya bisa menyilaukan mata yang memandang..May Allah bless ur family 4 ever..

yaya said...

bestnye pindah umah baru! congrats

~Puteri-Nuur~ said...

[~mama aiman~]
he is the best thing ever happened to me, insya allah amanah dan anugerah allah ini akan dijaga sebaik mungkin.

~Puteri-Nuur~ said...

[yaya]
YEAY! nak pindah :P tapi, penat la nak packing.

Watie Aziz said...

yea yeah ..pindah umah baru ,,yeay yeay ...mesti idris seronok..dan yang penting, senang kerjaa u nanti kan put..alhamdulillah ..Tuhan mudah kan semua urusan u ...syukur sangat ..

put, i dah tanya Gymbo ..what is ur id YM..? leh kita chat chat!

~Puteri-Nuur~ said...

[watie]
my YM is puterinuur. add me. add me.

shy said...

alhamdulillah...Allah permudahkan perjalanan hidup akak n family. nnti duduk p'jaya precint berapa?..berjiran la kita, shy keje kt cyber je..hehe

juliana said...

sanggup berkorban aper sahaja utk yang tersayang...

~Puteri-Nuur~ said...

[shy]
akak di Precint 14 :) kalau singgah Alamanda, leh la kita dating2 :P

~Puteri-Nuur~ said...

[juliana]
:) saya sanggup. saya rela. saya suka 'terkorban' untuk orang kesayangan saya dengan penuh ikhlas.