Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/06/2009

MSK Get-2-Gather & Potluck

Dengan jayanya, saya dan keluarga berjaya juga hadir ke MSK Get-2-Gather & Potluck. Sungguh mencabar kesabaran saya sebagai seorang Mama untuk 'mencungkil' Abah dan anak-anak Abah untuk bangkit dari tidor di pagi ahad yang hening, walau saya sendiri bangkit seawal jam 5 pagi untuk memasak bekalan makanan.

Dimulakan perjalanan pada pukul 9.30 pagi (event start pukul 8!) saya tahu saya dan keluarga bukanlah boleh dibawa majlis :P [blame hubby for the late] tapi masih rasa bersyukur dan berterima kasih kerana hubby sanggup mengorbankan waktu tidur hari ahadnya demi saya :) dan juga, terima kasih kepada gadis ini : Min Min

Walaupun Min Min ni 'future-mommy' [dia masih single but not available] dia datang juga temankan kakaknya yang sorang ni :P dan dia juga 1 jam menunggu saya dan keluarga untuk tiba di Taman Tasik. Sangat-sangat menghargainya, gracias!


Kami tiba jam 10 pagi di Taman Tasik Shah Alam, singgah di Kedai Kopi 1. Rupanya, kami tersilap lokasi. Jenuh jugalah bertelefon dengan Mommy Lyna and hubby do the talking, bukan apa, saya ini buta Shah Alam :P Rupanya, semasa kami tersesat di Kedai Kopi 1 tu, ada juga mommy blogger yang sama tersesat tapi ku lupa namanya :P

Bila dah sampai, of course la dah 2 game yang terlepas. Semestinya, saya terlepas sesi ice-breaking :P sungguh rugi. Tapi tak mengapa, sebab kami sungguh teruja dengan makanan yang banyak sangat dan saya sungguh suka semua cakes yang dibawa :) kami juga sempat bermain game yang mencari pasangan. Hubby sangat sporting pun ingin sama turut serta, sambil dia mendukung Idris dan saya mendukung Sophia.

Tengok, the gentleman pun sangat sporting :P

Saya sedang beramah mesra sebelum game bermula. Tengok Sophia, sangat sporting juga.

Tapi, tak lama saya bersosial. Bukan saya yang disqualified, tapi apabila sedang rancak bermain dan si ayah-ayah sekalian terpekik itu membuatkan Idris terkejut. Alahai.. kesian anak Mama, terkejut dengan pekikan suara sang-sang ayah. Nak tak nak, saya menarik diri. Idris perlu ditenangkan. Saya hulurkan dia kepada Bibik, saya peluk anak itu. Matanya memandang saya, dan apabila saya bisikkan padanya 'Mama adalah sayang kat sini' tangis terhinjut-hinjut dia makin kuat. Saya mengerti, Idris tidak biasa terdedah kepada crowd yang ramai, muka-muka yang dia tak familiar.

Teresak-esak menangis di pangkuan Abah. Tak sampai hati melihat dia terhinjut-hinjut, Sophia saya serahkan kepada Bibik.

Itulah game yang terakhir dan kami selepas itu bergambar.

Kami jerit MSK taw :P

Dan ini kami, diakhir acara. The happy parents, but not the children. Idris & Sophia memang lilin, dah cair. Jenuh dan naik lenguh tangan saya dok kipas mereka berdua, bukan sahaja saya malah si Min dan Bibik juga.


Dan ini, Mommy Lyna the organizer, terima kasih Lyna sebab organize gath yang menarik ini. Biasalah kalau ada banyak kekurangan di penganjuran pertama, tapi tahniah sebab mampu buat jadi kenyataan. Maybe lepas ni kena ada committee tetap ye, organizekan juga family day :) Tiada aral melintang, saya akan datang memeriahkan majlis :P


Dan, credit juga untuk anak Mama Sophia kerana sangat sporting, walau panas, Sophia langsung tak menangis dan Mama maafkanlah bila Phia tak senyum pun..

Sophia :)
Tengok si Min Min buat peace kat kepala dia :P

Overall, we had fun! Tak sabar nak dapatkan list mommy bloggers yang attend hari tu, Lyna bila dah siap tu jangan lupa email ye. Nak kenal ni :)

10 comments:

Aiyda said...

bestnye aktibiti gini2.. :D

Jiey^Mien said...

wahhh.. bestnya.. rugi tak gi.. =(

tHrEE oF us said...

haaa.. akak pnya spagetti ler yg kite tapau tu kan? jenuh ku mencari.. hehehhe

juliana said...

wah bestnyer...org jauh ni tgk pic je la...takleh nk join...heheh

Watie Aziz said...

nice knowing u nuur (oanggil u nuur ker puteri erk..? atau kena sebut nama penuh..? hehehe...

keep in touch yeah!! sungguhlah aku berharap agar Qarissa akan berdiam diri seperti Sophia bila di pakaikan hairband tuh.hu hu...

siap bwk bumbo tu...baguslah u nih!! next time, leh i pinjam letak Q plak..hehhehe..kalau dah tak muat, i pinjam yg satu lagi tuh kay! hahahaa

Lan0stZz said...

hi puteri, Lana here. I remember u coz i teruja lah tgk kerusi anak laki u yg besar ittew. mana nak dpt ek? gonna get one for haiQal yg x reti dok senyap ni. hehe.

Lan0stZz said...

Salam Puteri, Lana again. plz don't publish this comment. i just nak cakap that i had just finished browsing your blog and didn't know or even notice anything different with your lil boy when i met u at MSK gath which is amazing. & from all your entries, i mmg boleh feel u as a mother. Stay strong ok. InsyaAllah amanah yg diberi tuhan yg dijaga sebaiknya mcm puteri lakukan akan dibalas jua, mungkin di dunia or akhirat. Take care dear.

nasaoji said...

lohh...min jd bibik kedua lak yer...

mmg happy dak2 tu...

Baby Tiger said...

wahh mesti best kan??

ita zakaria said...

best nyer..meriah kan? bile lah dpt jemputan & dapat join d club... tahniah pada moderator...