Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/06/2009

Mandi Laut

Akhirnya, terlangsai juga niat Mama nak bawa Idris berenang di laut. Nak biar Idris merasa halus atau kasarnya pasir pantai, dan dengan azam yang tinggi serta mengorbankan waktu tidur di pagi hari ahad yang hening, Mama bangkit seawal jam 5 pagi, menyediakan juadah dan bersiap sedia.

Biasanya orang pergi picnic di waktu petang, tapi kami kali ni di waktu pagi. Jam 6.50 pagi, tayar kereta kami telah bergerak. Terpinga-pinga Sophia bila Mama angkut dia masuk dalam kereta. Abah tak larat nak drive, jadi Mama la jadi super-bionic Mama, demi Idris, demi anak-anak, Mama sanggup bersusah.

Sampai kat sana, ini picture pertama kami ambil. Tengok si Sophia, kehairanan lagi. Mungkin Sophia heran, dengan bunyi ombaknya, dengan air laut yang luas terbentangnya.. hehehe, next time, Sophia plak mandi.

Breakfast kat tepi pantai, oh.. sungguh indah. Si Idris tataw la pandang apa tu...

Breakfast kat tepi pantai. Idris pandang apa la tue.. burung kots.

Abahnya sedang usyar air laut, air macam pasang.. katanya. Sebenarnya nak cari alasan main air :P

Disebabkan gambar XX rated, tak bler la nak upload pic Idris main air kat tepi laut. Tapi, suka tengok pic nie...

The sexy legs :P

Ini pula Idris semasa acara 'tanam idris'

Baca doa dulu, ntah apalah Abah, Tok & Mama nak buat ni...

My fave. pic :D

Water Theraphy baik untuk budak-budak macam Idris ni. Untuk menguatkan struktur tulang belakangnya. Ternyata, di dalam tekanan air, Idris mampu berenang sendiri. Tapi, tak ada video semasa Idris berenang, sebab Mama dan Abah sibuk dok monitor Idris. Bukan apa, bimbang dia akan tertelan air. Itupun dalam beringat, dua kali juga Idris minum air laut :P Sebab dia terlalu suka, mungkin laut terbentang luas buat Idris excited. Mana ada bebudak tak suka air, kan?

He's floating!

Tergelak happy dengan Abah. Semoga Idris terus-terus gembira :)

... and, my. fave. video. Dengar Idris gelak. Sungguh terubat jiwa Mama :D

video

11 comments:

alyyani said...

put, bawak anak2 mandi laut mane? mcm bersih pulak pasir nye tuh..

nifalnin... said...

put,

ske la niza tgk idris mcm nih.. sengih jer dia dpt main air... put g laut maner nih...??? nanti bleh kite g together2...

Leen Die said...

sexy boy lah idris nie..sememangnya anak put comel..ayah dia pun cam comel jugak..jgn mare deh..seksi tul kaki idris tue..baguslah dlm air kaki dia bertindakblas..kayuh laju tue dlm air yer..best2..semoga put tak jemu2 berusaha k...bravoo222..wink2 utk idris ..kiss sikit idriss...

~Puteri-Nuur~ said...

[ally]
put bawa mandi di PD je. kat tepi pusat latihan imgeresen.

[niza]
PD je.. itulah, Min, Zila & Fizu pun ada plan nak pi main laut bawa Idris & Naufal. Kita pi sama-sama, tapi lepas Niza abis confinement la eks..

[leen]
ibarat kata Jiey, jatuh berkali-kali pun takpe sebab Mama Idris dah tahu macam mana nak bangun :) Semoga rasa jemu dan putus asa tak akan wujud dalam kamus hidupku :D

Baby Tiger said...

wahh bestnya!! idris nampak happy!!

nasaoji said...

erhh...dia begitu bahagia..;p

HanaMerra said...

Put,

Akak dah kembali. Meh arr jenguk umah akak jika sudi heheheh

Lightnur said...

Assalamualaikum Pureri Nuur

Salam kenal.

Bestnya pergi picnic di PD. Tiada yang lebih baik dari menghabiskan masa bersama keluarga kan?

Masha Allah suka dengar Idris ketawa. Suka betul dia dalam air.

Ceria selalu,
lightnur

~Puteri-Nuur~ said...

[baby-tiger][nasaoji]
doakan kegembiraan Idris sentiasa berpanjangan.

[light nur]
my precious, lengkap hidup ini rasanya dengan anugerah yang diberi, insya allah sentiasa bersyukur dengan pemberianNya.

[hanaMerra]
Dimana sih menghilang sekian lama? Nanti Put buat lawatan balas yea..

siti818 said...

salam perkenalan. saya baru singgah di blog ni..

saya sungguh teruja sebab idris sebaya dgn anak saya dan mama dan idris sgt tabah menghadapinya.

saya ada dgr byk cerita bahawa kak raw ni boleh berubat kanak2 istimewa. kalau idris nak dicuba berubat kat situ apa salahnya kan.. cubalah ke laman web dia Rawatan Alternatif Kak Raw http://kakraw.spcs.name.my/


byk juga blogger2 yang hantar anak2istimewanya ke sana.. di felda gedangsa

kak ja said...

Tumpang hepi tengok perkembangan Idris.. Semakin cerdik dia skg..