Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/05/2009

Aku rindu..

Singgah blog *baby~tiger* tadi, tiba-tiba ada satu rasa datang. Rasa yang sukar untuk diungkapkan. Sukar untuk berkongsi rasa ini. Iya, aku rindu.. rindu kepada insan-insan yang banyak membawa erti dalam hidupku..

Aku rindu Aboh...

I always being a daddy's girl.

Anak bongsu dari 8, cukup membawa erti saya anak manja. Bagiku, sifat suka merajuk yang aku ada pada hari ini adalah kerana Aboh. He spoil me. Aku sangat-sangat rindukan Aboh..

No one can ever replace him. No one.

Al-Fatihah. Moga Aboh sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Aku rindu Ummi..

Cik Mah sedang mengucup mesra Ummi

Dia ibu kepada bondaku. Dia, wanita yang mengajar erti kegigihan. Dia, wanita yang aku tahu banyak kelebihannya. Dia, juga telah kembali kepadaNya. Ikhlas hati, ada rasa ruang besar didalam hati ini bila merindui kalian yang telah pergi.. :(

Aku rindu Idris Naquiyuddin...

Anak ini, saya sayang. Saya selalu ungkapkan ini pada diri saya, he is the best thing ever happened to me. Saya selalu ungkapkan, tanamkan rasa ini dalam hati, saya bersyukur dikurniakan Idris ke dalam penghidupan ini. Saya diberi peluang bergelar seorang ibu, saya diberi kesempatan untuk membelai manja anak kecil ini, dan saya sungguh-sungguh rindu untuk menjadikan kesempatan yang ada ini, membelai dan memanjai dia selalu untuk selamanya. Masa, janganlah pergi. Izinkan aku untuk terus menyayangi si kecil ini.. sampai ke akhir hayatku. Biarlah dia datang dalam apa jua cara dan bentuk kejadian sekalipun, dia adalah nafasku. Dia adalah darahku. Dia adalah jantungku, dan seluruh kehidupanku ada padanya.


Dan, akhir sekali... Aku rindu Mariam Sophia...

Melihat wajah comel ini, tidak pernah gagal menghantar rasa 'Mama ingin pulang. Mama ingin sekali mengucup pipi gebumu, Mama ingin sekali memelukmu' Anak ini sudah banyak belajar erti sebuah pengorbanan. Aku rindukan detik-detik pertama aku mendengar suara kudusnya tatkala menjengah mengenal bumi Ilahi. Dia membawa segala perjanjiannya dengan Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyayangi, Berikanlah anakku Mariam Sophia kesihatan yang unggul, kecerdasan akal fikiran, sifat toleransi yang tinggi dan Ya Allah, tanamkanlah dalam hati anak ini, Idris Naquiyuddin adalah abangnya yang perlu dia utamakan dalam segala urusan dalam kehidupannya.

Ahhh... aku rindu :(

5 comments:

OyenG said...

Amin......

Baby Tiger said...

kak put, anim rasa memang nak arrangekan kak put jumpa mak tam - anak sulung dia oku, no 2 perempuan. so..mungkin dia leh kasik advice macam mana nak bagi sophia faham kenapa abang dia dapat special attention..

kak ja said...

Yg dah pergi, utk dikenang..
Yg masih ada, utk dihargai kehadirannya, kan?

alyyani said...

oh, da bole agak put ni manja org nye.. anak bongsu rupenye.. tp awak strong besarkan & mendidik anak2 esp idris :)

Mysunshine Gift Shop said...

salam sis,
I saw your email in myspecialchild. I doakan u tabah. You are a strong person. Semoga Allah permudahkan. Insyallah

zar