Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/04/2009

Mama, Sophia sakit perut :(

Sophia @ Baby Gym, cuba untuk meneran, tapi gagal :(

Kesian anak Mama :(

Sudah dua hari Sophia ada masalah untuk membuang, mana silapnya, aku sendiri tidak tahu. Bila perut tak selesa, mulalah dia meragam. Dia menangis tanpa henti, dia minta Mama dodoikan 24/7, dia demand nak tido dalam pelukan Mama. Mama sanggup bersusah siang malam, tak cukup tidur sekalipun untuk lihat Sophia kembali selesa, tapi macam mana?

Sebelum ini, ada juga Sophia begini, tapi bila Sophia dibawa berjumpa doktor, katanya 'mungkin' masalah susu. Lantas, kami tukarkan brand susunya dari Snow kepada Nestle Nan-HA. Selepas itu, semuanya OK. Adakah sebab susu lagi? Aduish.. sakit kepala Mama fikirkan.

Kali ini, Sophia sakit perut lagi. Dua hari juga Sophia membuang dengan bantuan 'turpedo' ke tut tut dia. Selepas itu, keluarlah segala najis. Yang menghairankan, warnanya hijau gelap, seakan warna lumut dan siap ada tompok-tompok halus berwarna kuning. Tak kan nak amik gambar kot upload kat sini, sungguh tak senonoh nanti. *hehehhe*

Duhai ibu-ibu, ada sebarang petua/nasihat? Mama Sophia ini sudah cuak.

8 comments:

Jiey^Mien said...

Pelik eh.. Bakpo dih.. Siye nyo kalu baby sakik gak.. Amik Duphalac tokleh ko? Duphalac bleh wak najis jadi lembuk.. Sbb kalu ubak sumbat tu, tok brp molek jugok nk amal..

Leen Die said...

Erm..cuba bg air masak bnyk kat sophia then put try wat susu kasik cair sikit. Sian klu bb meneran berak keras nie..soh ko budok ore tuo klu sembelit pun jenuh tau..sakit..teringat pengalaman dlm pantang sembelit..mgeri2..dahlah jahit banyok..waaa

Baby Tiger said...

ciananya pwincess nih...

~Puteri-Nuur~ said...

Jiey,
Tak tahu gapo masalah Sophia. Bukannya sebab najis dia keras, I dont think so, sebab bila Put masuk ubat tu, najisnya semua lembik. Org kelate kato 'sarat'.. tak sure la u ever heard or not dengan term tuh ;-)

Leen,
Memang ngeri bila sembelit, tapi bukan tu masalah Sophia. Poor her. Btw, ore kelate jugok ko? Boleh la speaking ;-)

Anim,
:( Cian my lil' girl..

nasaoji said...

doaku utk sophia yg chantek..moga adik sembuh cepat ya...

OyenG said...

sophia... unty zilla pun tak tahu nak bagi petua ke ape ke... almaklumlah masih singgle... hehehe....
unty zilla hanya boleh doakan yang sophia cepat sembuh dan sihat... nanti leh gelak2 ngan unty zilla

mirah said...

err kalau cairkan susu ke,aci dok?
Heheh pernah juga dulu org tua pesan. Maybe tak sesuai susu, kena try susu lain kot..

~Puteri-Nuur~ said...

Mirah,
A'ah. Put dah cairkan susu, dan berjaya! Thanks.