Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/04/2009

Mama sangat-sangat sedih.

Hari ini, aku tewas lagi dalam lautan air mata. Hampir setengah jam aku disurau. Termenung panjang. Mengasingkan diri. Mohon agar aman. Betullah kata Kak Ros, ibu kepada anak istimewa yang telah berusia 24 tahun, sepanjang membesarkan anak terunanya itu, dia sering bertemankan gerimis.

'Senang la nak tuang keje, ada anak cacat' - alasan begitu sering dia dengar. Dan, hari ini.. telinga aku mendengar benda yang sama tatkala permohonan untuk membawa Idris ke PDK dan terapi. Aku hanya bersyukur kepada Allah, kerana Big Boss aku memang memahami mengenai keperluan aku menguruskan Idris. Manakan lagi dengan physio, occupational therapy, ditambah lagi yang terbaru dengan speech theraphy dan kali ini, setiap isnin hingga khamis, Idris perlu dijemput pulang pada setiap 12.00 tengahari.

PDK bukan day care, tapi kelas pemulihan!

Susah bercakap dengan orang tak gheti bahasa, tak memahami apa rasanya punya anak istimewa seperti Idris. Ikutkan hati yang jahat, ingin sekali aku sumpah, berdoa siang dan malam agar dia juga dianugerahkan anak istimewa dalam keturunannya. Baru dia tahu, langit itu tinggi atau rendah. Idris atau aku sekalipun tidak diminta untuk dilahirkan dalam keadaan sebagaimana dia sekarang.

Sedihnya. Sangat rawan. Tidak adil untuk Idris tidak diberi peluang untuk berjuang.

:(

Dahlah, tak mampu aku nak teruskan mentafsir rasa hati ke dalam kata-kata...

Idris, you're my everything

18 comments:

Noina said...

kak put...ina turut sedih dgn apa yang org katakan pada akak.ina tak penah lagi kena..tapi ina dapat rasakan ada yang seakan tak puas hati pada ina..dan ina juga penah terpikir yang nak doakan mereka2 nih dapat nasib mcm kita..jahatkah kita?atau mereka2 ni yang kejamm..klu lah anak2 kita yang dgr..tentu semangat dorang akan hilang klu dgr benda2 mcm ni..sakitnya hati!

ttg PDK tu..akak antar idris kat PDK kat mana?ina ada jugak nak try antar Nabila..tapi rasanya masih terlalu awal buat dia..sebab skrg ni dia masih lagi mcm baby umur 4-5 bulan..nak mkn merengek..mandi menangis.takut org PDK tak tahan..tapi insyaallah..klu Nabila dah besar sket mgkin ina akan hantar dia..

ibuVouge said...

salam puteri

mudah untuk iv sebut sabar tapi yang menanggung rasa perit sahaja yang tahu..

(((((((((( hug)))))))))))))))))

kak ja said...

Manusia yg bangang mcm tu, jgn dilayan, Nuur..

Yg penting, Idris, walau apa pun keadaannya, dia tetap anak Nuur, dan dia berhak diberi peluang utk berjuang, sama mcm org lain..

Alangkan kja pun boleh tumpang jatuh kasih dgn Idris... manyak ensem maa!! See? kja x pandang part kekurangan dia, tp kja cuma nampak kelebihan dia!!

minfrogy@gmail.com said...

mulut tempayan senang tutup, mulut org kadang2 kna lmpang bru senyap kak...

Leen Die said...

put tutup telingan dan abaikan org2 yang bersikap begitu..dorang tue takder perasaan...u can do it gurl...luv

KLMari said...

Sungguh biadap...sungguh tak bertimbang rasa. Kita tak mintak keadaan sebegitu. Tapi kita cuba selagi daya buat yang terbaik untuk anak kita. Harap awak banyak bersabar dan sentiasa tabah...Orang yang menyokong awak lebih ramai daripada orang yang hanya tau mengata....U take care..:)

nasaoji said...

sabar kak put eh...tu jer yg leh kt btau....

Baby Tiger said...

kak put, would u like to meet my auntie. anak dia OKU, so macam2 dia dah lalui. i think u 2 should meet up. skang anak dia dah umur 19.

btw, Allah selalu dengan orang2 yang teraniaya. sampai hati diorang cakap macam tu.

kak put tau tak, orang yang paling terkenal, yang melalui kisah hidup sama dengan idris? hurmm Bill Gates tau! so.. berdoalah. moga2 anak bujang kak put akan jadi orang yang berjaya nanti!! amin.

Jiey^Mien said...

Oh Idris Mama Jiey yang ensem.. Nanti Mama Jiey lempang mokcik yang buat mama kamu rasa sedih.. **dush** di kepala orang itu!! **hiyarhh** di tulang rusuk belah kanan orang itu..

Mama Jiey sayang kamu!! Orang putih melayu!!

mirah said...

mm..ya sukar kan menyelami rasa hati orang. Takpelah nuur, biarlah apa org lain nak cakap. Kekadang baik diam dari mempertahankan diri. Biar Dia sahaja yg tahu rasa hati kita. Dan mujurlah big boss nur ok tu. Syukur dah tu.

Sutera Batik said...

Manusia itu sgt bodoh tahap dewa.. Anggap saja langau yg x reti base... Buduh...

Puteri's territory said...

Sue, Kak Yang terharu sgt baca your blog. I believe mereka yang Allah kurniakan anak istimewa ini adalah intan yang terpilih kerana dapat memelihara 'ahli syurga' ini. Manusia ini mmg akan selalu iri hati tapi bersyukurlah kerana kak yang rasa Su diberi kelebihan kerana adanya Idris. Both of you are lucky to have each other. Hugs and kisses to Idris. Muah!!!

Mommy Lyna said...

take it like this Put,

"dia jeles sebab dia tak boleh tinggal2 keje"

meman orang2 keliling kita selalu dengki kalo benda huk dia tak dak. jeles la tu jeles la tu. dak pung dia dengki sebab Put bole dpt pelepasan Big Boss tapi dia takleh. hahaha. kesian sungguh.

oh adakah itu penyataan yg kejam?

neway, kami nok balik KL nih. next week babai Miri!

dop payah kisah deme2 tu. mari kito pakat wat club. hehe.

Madu Lebah said...

idris..... teacher zila here.....
kulang ajar itu olang hah....
tarak ada insurans mulut ka itu olang..... suka ati mengata mama idris ya....
teacher zila mau tengok sangat itu olang punya anak2 ada sesempurna ka.....
mama idris... teacher zila tetap bagi sokongan yang padu.....

go kak put... go kak put!!!! :D

~Puteri-Nuur~ said...

[Ina]
Pasal PDK tu, tak ada had umur nak masuk. Tapi, Kak Put cadangkan Ina tengoklah dulu macam mana diaorang uruskan anak-anak kita. Macam Idris, Kak Put dah survey PDK Putrajaya. Entahlah, KakPut tak boleh nak komen lagi.

[Ibu Vogue]
Terima kasih, Put tahu Put kuat (ayat-ayat nak motivated diri sendiri) tapi kadang kala ada juga terbabasnya.

[KakJa][Min][Leen][Odah]
Nuur tak ambil pusing dah cakap-cakap orang itu.. biarlah diaorang. Mengata tak akan habis, sampai sudah pun. Kan?

[KL Mari]
Put dah maafkan mulut-mulut yang kejam itu, moga diberi peluang oleh Allah untuk panjangkan akal dan sifat perikemanusiaan dalam dirinya. Amin.

[Anim]
I love to! Hanya orang yang sama, ada anugerah ini yang mengerti apa rasanya.

[Jiey}
Orang itu telah Mama Idris uruskan.. hehehe. Jangan bimbang, Mama Idris is back on track dah.. hahaha~

[Mirah]
Tiap benda yang terjadi, ada hikmah yang tersembunyi. Nuur hanya nak lihat dari bright side sahaja.. hehehe~boleh macam tu?

[Yani]
Sila abaikan mereka. Terima kasih ;)

[Kak Yang]
Thanks for dropping by. Memang dia anak yang sangat istimewa dan memang Sue dah rasa beruntung ada Idris dalam hidup ni..

[Lyna]
Yeay! Yeay! Kelik KL doh.. bulih la kita buat club. Nanti kita arrange semula yer.. :)

[Zila]
Thanks yer teacher. Since bila teacher Zila ni tukar nama jadi madu lebah? Selepas menghilang 2-3 hari, kami pergi tengok wayang tanpa kamu! Heehehehe~

Cikpid said...

blog hopping n jumpa blog ni..n tetibe air mata bergenang bc entry ni..org tu mulut sgt jahat..benci!!

Watie Aziz said...

nuur, sabar lah yerk...tuh semua mulut2 longkang yg hati busuk..jgn u layan ...ada banyak mender u nak kena buat & pikir selain dr bersedih ..it will efect ur day ..& kalau teriku2 ..boleh efect anak juga nanti ..

i doakan u dikurniakan hati yg tabah selalu ..salam sayang si hensem itu!!

ladyBEErd said...

bersabarlah yer...semoga Allah kurniakan kebaikan di sebalik dugaan ini...